Wednesday, May 13, 2009

INFO KONTORVERSI...


DUN Perak perlu dibubarkan:
Muhyiddin mahu 'put people first'

Bagi saya, perkataan "Put people first" bermakna mementingkan rakyat maka pemilihan akan dikembalikan kepada rakyat. Maka ini membawa maksud pilihan raya DUN Perak semula dimana Rakyat Perak akan menentukan sendiri siapa yang akan dipilih oleh mereka untuk memerintah Perak. Bukankah itu?对我来说,"Put people first" 是否意味着把人民的利益当先?如果是的话,那么又是否意味着把决定权交回给人民?让霹雳州人民来决定谁将会领导霹雳州。不是这样的吗?

It is the people’s interest which should be put first however the political crisis in Perak fans out.Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said all parties involved in the crisis must find a solution quickly so that the people were not affected.“If there is no overall approach to overcome the problem, we are worried this will drag on for some time. Other parties may see a different approach although this is linked to the Constitution,” he said after visiting the ministry’s education technology division and recording a message for Teacher’s Day. [thestar.com.my]

Bagi saya, perkataan "Put people first" bermakna mementingkan rakyat maka pemilihan akan dikembalikan kepada rakyat. Maka ini membawa maksud pilihan raya DUN Perak semula dimana Rakyat Perak akan menentukan sendiri siapa yang akan dipilih oleh mereka untuk memerintah Perak. Bukankah itu?Kita sebagai rakyat Perak akan menerima siapa yang menang pilihan raya untuk memerintah Perak. Tak kira dia tu BN atau PR.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jom Bubar DUN Perak.对我来说,"Put people first" 是否意味着把人民的利益当先?如果是的话,那么又是否意味着把决定权交回给人民?让霹雳州人民来决定谁将会领导霹雳州。不是这样的吗?我们会坦然接受,如果谁赢了选举,谁就当政府,不论他是国阵还是民联。Tan Sri Muhyiddin Yassin,解散州议会吧!
(dipetik dari www.biaqpila.blogspot.com)

EKONOMI SEMASA DARI KACA MATA DR M

Pengurusan ekonomi yang pintar:
Berjaya mentadbir negara dgn baik

(Analitikal ekonomi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad adalah rencana pertama di dalam siri mengenai aliran semasa yang membawa kepada krisis kewangan masakini. Rencana asal di dalam bahasa Inggeris telah disiarkan di dalam blog http://chedet.cc/. pada April 23, 2009)

1. Kita semua percaya bahawa negara-negara masyhur yang maju ekonominya memperoleh kekayaan menerusi pengurusan ekonomi yang pintar dan kemahiran dalam perniagaan. Mereka juga ternampak berjaya mentadbir negara mereka dengan baik.


2. Mereka telah mengadakan pelbagai petunjuk untuk menunjuk tahap kekayaan yang telah mereka capai. Dengan riaknya mereka membandingkan petunjuk-petunjuk ini, terutamanya pendapatan per kapita dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), dengan negara-negara miskin, untuk menunjuk bagaimana cekapnya mereka dalam menguruskan ekonomi mereka. Yang miskin tetap miskin kerana tidak belajar bagaimana untuk uruskan ekonomi negara mereka. Mereka ini boleh dianggap negara mundur.


3. Dakwaan negara kaya bahawa mereka begitu cekap dalam mentadbir dan mengurus hanyalah separuh benar. Benarlah mereka pengeluar barangan, pembekal perkhidmatan dan berdagang di dalam dan di luar negara. Tetapi kekayaan mereka daripada aktiviti-aktiviti ini tidaklah sebesar sebagaimana yang mereka gembar-gemburkan. Jika per kapita dan KDNK mereka berdasarkan hanya kepada perniagaan yang sebenar ini, mereka tidaklah sekaya seperti yang didakwa. Sudah tentu Amerika Syarikat dan Britain akan hampir bankrap.

4. Apa yang membolehkan mereka berjaya pertahankan petunjuk yang tinggi ialah kecerdikan mereka dalam berjudi dan memanipulasikan kewangan. Inilah yang memberi keuntungan besar kepada mereka dan membolehkan rakyat mereka menikmati tahap kekayaan yang amat tinggi.


5. Sebagai contoh, pasaran saham. Keuntungan kewangan yang diperolehi dalam pasaran saham tidak ada kena-mengena dengan perniagaan sebenar. Selalunya dividen yang dibayar amat kecil, berdasarkan kepada nilai asal saham. Oleh itu jika saham tersebut pada mulanya dinilai satu dolar, dividen sebanyak lima peratus hanyalah lima sen.


6. Tetapi jika terdapat permintaan yang banyak, saham satu dolar akan dinilai lebih tinggi daripada harga asal saham tersebut. Jika "harga pasar" saham ialah lima dolar, dividen lima peratus akan berikan pemegang saham hanya 0.5 % atau setengah sen dividen untuk setiap saham yang dibeli pada harga lima dolar. Ianya tidak akan membuatkan pemegang saham itu kaya.


7. Adalah lebih baik jika wang tersebut diletakkan dalam simpanan tetap dengan kadar faedah empat peratus, dengan itu lima dolar akan memperoleh kadar faedah sebanyak 20 sen.


8. Tetapi jika nilai saham naik, katakan daripada lima dolar ke enam dolar, pulangan ke atas pelaburan lima dolar adalah satu dolar atau 20 peratus. Tetapi nilai sebenar perniagaan tersebut dari segi aset tidak akan digambarkan pada nilai saham (dalam pasar) mahupun modal.


9. Jika perniagaan gagal ianya akan dinilai sebahagian sahaja daripada harga pasaran jika ianya hendak dicairkan (dijual).


10. Walaubagaimanapun aset (modal dan harta) tersebut mungkin bernilai lebih daripada harga pasar yang menjunam. Dalam pada itu pelabur (yang melabur semasa harga saham tinggi) akan kehilangan banyak wang yang dilaburkan (kerana kejatuhan nilai saham dalam pasar).


11. Jika pembeli membeli kesemua saham yang nilainya sudah merosot, ada kemungkinan dianya akan membuat untung dengan menjual asset (harta) perniagaan tersebut. Ini bukanlah satu jenis perniagaan, tetapi memang ada yang beli syarikat untuk meleraikan aset. Selepas itu tidak akan ada lagi perniagaan yang akan menyumbang kepada KDNK.


12. Yang jelas harga saham tiada kaitan dengan perniagaan yang dijalankan. Walaupun perniagaan maju, harga saham yang terlalu tinggi tidak membayangkan nilai sebenar atau keuntungan perniagaan. Harga saham sebenarnya palsu. Saham, yang pada dasarnya kepingan kertas telah menjadi komoditi yang tersendiri (untuk dijual beli).


13. Tetapi pelabur tetap boleh jadi kaya dengan membeli dan menjual saham. Sudah tentu mereka juga boleh kehilangan semua duit yang dilaburkan apabila saham merudum.


14. Harga saham juga boleh dimanipulasi. Menerusi jualan singkat harga boleh dinaikkan atau ditekan turun. Sekali lagi pergerakan harga saham tidak ada kena mengena dengan perniagaan sebenar yang dijalankan.


15. Pasaran saham bertukar menjadi kasino di mana pertaruhan berlaku walaupun ianya tiada kena mengena dengan perniagaan sebenar. Perjudian di negara-negara kaya ini adalah jauh lebih besar daripada nilai syarikat yang disenaraikan di pasaran saham. Tetapi keuntungan luar perniagaan ini tetap dihitung di dalam pendapatan per kapita serta KDNK.


16. Tetapi bukan ini sahaja kekayaan palsu yang menaikkan per kapita dan KDNK negara-negara kaya.


17. Hakikatnya ialah angka petunjuk per kapita dan KDNK tidak mencerminkan kekayaan negara-negara maju daripada perniagaan dan dagangan mereka. Jika ditolak pendapatan daripada jual-beli saham, daripada pinjaman sub-prime (yang lemah) bank-bank, gadaian dan insuran keatas hutang yang tak dapat dibayar, jualan matawang dan kegiatan dana lindung nilai, pendapatan per capita dan KDNK negara-negara maju akan berkurangan sebanyak 40 peratus (angka ini disebut oleh Obama). Ini bermakna per kapita Amerika Syarikat bukan US36,000 Dolar tetapi US21,600 Dolar.


18. Pendapatan per kapita Malaysia lebih tepat kerana kita tidak terlibat (setahu saya) dengan pinjaman sub-prima, dana lindung nilai dan lain-lain. Hari ini per kapita kita ialah US6,000 Dolar oleh kerana nilai tukaran Ringgit ialah 3.80 bagi satu dolar Amerika. Jika tidak kerana penyangak matawang Amerika menurunkan nilai Ringgit dari 2.50 kepada 3.80 bagi satu US dolar pendapatan per kapita kita sepatutnya 9 ribu hingga 10 ribu dolar Amerika.


19. Dari angka per kapita ini, kita tidaklah jauh ketinggalan dari kemajuan dan kekayaan negara-negara maju yang sebenar.

INFO ANTARABANGSA...


Denied medical attention:
Suu Kyi suffering dehydration

(Kenyataan media Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya, 13 Mei 2009 mengenai pejuang prodemokrasi di Mynmar, Daw Aung San Suu Kyi yang dinafikan haknya oleh pentadiran junta tentera)

Malaysians were outraged to hear news that Daw Aung San Suu Kyi was denied medical attention this weekend despite widely publicized reports that she is suffering from dehydration and low blood pressure. Although her captors finally acceded to pressure to allow for proper treatment the delay was unreasonable. I urge that she continue to receive all necessary medical attention without haste or prejudice.

Furthermore we urge the Myanmar authorities not to use the recent unauthorised visit to her home by an American national as a pretext to extend the period of her detention. Aung San Suu Kyi’s release should be immediate and unconditional and any further prolongation of her incarceration would be an affront to the values of justice and democracy.

I urge Asean to lead the world in condemning the intransigence shown by the military junta and demand for free and fair elections to be held as soon as possible to restore democracy the rule of law and human rights to the people of Myanmar.

YASSINSALLEH BERPUISI...

Selamat Hari Jadi Adik

Pada ulangtahun kelahiranmu ini
maafkan daddy tidak dapat bersama
adik tiup lilin potong cake
terimalah hadiah hari jadi
untuk adik dari daddy:

-i-

Adab datang memberi salam
hemah menanti salam bersambut
tepak dihulur pembawa maksud
sirih dikapur air diteguk
hemah berbahasa sopan berkata.

Adat meminta bermohon muafakat
tertib berpakat mencari bulatnya
berjunjung naik berjinjang turun
datang pandang depan
pergi nampak belakang.

Itulah landas tamadun
turunan nenek moyang
warisan pesaka zaman bezaman
nilam geliga baiduri cendekia
khazanah megah bangsa berdarjat
berpualam berbahara bertahta berdaulat
bersemai di hati terukir di kalbu
terpahat di jiwa terhampar di sanubari
gemilangnya Melayu terbilang
bangsaku bertuah
bumiku petanya iman
jalannya syariah pelitanya adat
obornya kitab Allah.

-ii-

Hari ini warisan pesaka
dan segalanya yang keramat
atas nama kuasa seghairahnya
sedang dihumban ke dalam
unggun besar serakus-rakusnya
dan layulah engkau Melayu
kerana nama bangsamu itu sendiri
membawa erti tukang layu
bertaraf tukang sapu
tukang merapu, tukang ampu
tukang tipu yang tak tau malu

-Yassinsalleh
jam 1413
Mei 13, 2009
di bawah pohon
pokok si balai-balai
Ipoh, Perak DR
aku menyambut
Hari Jadi Puteri
kesayanganku
Yasleh Hani Wati.

KOMENTAR:

bersama Pak Parjo...

Disuruh orang memukul canang:
Hendak memilih pembesar negeri
Kata sahibul hikayat tersebutlah ceritera Orangkaya Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin pergilah ia mengiringi Raja Muda Perak di istana. Maka terlalulah gembira baginda Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah melihat orangkaya itu datang, kerana sebelum ini anak-anak buah Orangkaya Dato' Dr Zambry Abdul Kadir menuduhnya 'derhaka'. Disebabkan balai panjang nan batuah membenarkan rayuan Orangkaya Zambry menangguhkan perintah balai panjang nan tinggi, maka Orangkaya Nizar pun tak dibenarkan memasuki pejabat.

Syahdan maka Pateh Aria Gajah Mada pun keluarlah lalu ia menyuruh orang memukul canang berkeliling negeri dan peminggir Majapahit itu, disuruh berkampung ke Majapahit, kerana tuan puteri hendak memilih suami (tak seperti DUN Perak di akhir zaman ini, takutlah ia tak dipilih orang). Setelah sekalian mendengar demikian itu, maka segala raja-raja dan menteri, hulubalang, sida-sida, bentara dengan segala rakyat besar kecil, tua muda, dan tinggi rendah, tempang hirut, petut kiat, capek riuk, buta tuli, sengau bisu, sekaliannya pun berhimpunlah ke Majapahit, kurang-kurang dikerah orang, lebih-lebih ia hendak datang.

Maka Tuan Puteri Wi Kesuma nik ke atas peranginan memandang ke jalan. Maka segala orang itu disuruh oleh Pateh Aria Gajah Mada lalu sorang-seorang sekali. Hatta maka segala raja-raja dan menteri, sida-sida, bentara, hulubalang sekaliannya berjalan seorang-seorang di hadapan peranginan semuanya dengan perhiasan (tak seperti Orangkaya Dato' Dr Zambry tak berjalan seorang-seorang ia), masing-masing dengan kenaikan dengan pelbagai kelakuannya lalu dinyanyikan orang banyak:

Hamba sahaya nak lari
Budak-budak jaga sahaja
Orangkaya apa yang dicari
Hendak memikat anak raja

Sebermula masing-masing berdoa di dalam hati, kasadnya biarlah dipilih oleh tuan puteri akan jadi suami seperti di surat dalam 'Kitab Melayu' daripada:







HIDUP BAHASA MELAYU!

DARI LAMAN BLOG:


Virus 'selsema babi' di Brazil:
Di mana 'sawan babi' dan 'gila babi'?

Kebimbangan dunia terhadap virus 'selsema babi' turut menggelabahkan kerajaan Malaysia yang kononnya mengambil langkah-langkah keselamatan, termasuk memantau pelancong-plancong dari Brazil, selatan Amerika Syarikat atau yang berkaitan. Pemilihan nama virus itu 'selsema babi', selaras dengan spesies haiwan berkenaan 'haram' kepada umat Islam lebih daripada bangkai dan darah. Bagaimanapun di Malaysia virus haiwan haram ini dikenali juga 'gila babi' dan 'sawan babi'.

'Sawan babi' menyebabkan mangsanya mengalami sakit kepala, pitam dan tak sedar diri hingga menyondol-nyondol kepala menyusup ke bawah meja, katil atau apa saja dengan mulut berbuih-buih. Mangsa sukar diselamatkan kalau 'sawan babi' menyerangnya sewaktu mandi di sungai atau memerun di kebun yang mendedahkan kepada bahaya. Sebaliknya 'gila babi' ialah perlakuan yang perongos, pongah dan bobrok seolah-olah dunia ini milik mereka hingga boleh berbuat apa sahaja.

Virus 'gila babi' ini barangkali yang merebak di DUN Perak sekarang, malah dikira lebih berbahaya daripada virus 'selsema babi'. Setakat ini virus 'selsema babi' tak banyak sangat mangsanya, belum pun sampai 100 orang lagi berbanding dengan populasi dunia. Maknanya virus 'selsema babi' tak berapa berbahaya dibandingkan virus 'gila babi' di DUN Perak sekarang. Sekalipun semua pihak menyedar formula menghapuskan virus 'gila babi' dengan pembubaran DUN, di samping pilihanraya khas diadakan, entah kenapa UMNO menolaknya?

Mudah-mudahan virus 'gila babi' yang mengganggu sistem demokrasi di Perak tak menular ke DUN lain. Apalagi isu 'politik wang' juga memang lumrah sama ada dalam pilihanraya mahupun pemilihan UMNO. Pada 1971 pun Allahyarham Tun Abdul Razak sudah bangkitkan 'politik wang' dalam pemilihan UMNO, malah Tun Musa Hitam juga turut membangkitkan pada pemilihan 1982. Maknanya isu politik wang sudah 'alah bisa tegal biasa' kepada UMNO, justeru pilihanraya bila-bila masa pun memang strategi 'politik wang' amalan biasa UMNO. Ayuh, bubarkan DUN Perak.

-Pak Dharma