Friday, July 24, 2009
INFO SASTERA & BUDAYA
RM1 setiap aktivis Pemuda...
Inisiatif sudah digerakkan di Gombak
Ketua Biro Agama Pemuda UMNO Bahagian Gombak Farid Iqbal Omar menolak tanggapan pihak Pemuda Selangor berdiam diri dalam isu empat orang pimpinannya dihukum RM1,000 kerana menghalang seorang Ahli Parlimen pembangkang di lobi Parlimen. Katanya pihak Pemuda UMNO sudah meminta setiap aktivis Pemuda di Selangor mendermakan RM1 setiap orang sebagai tanda solidariti, bagi membayar denda yang dikenakan kepada empat pimpinan Pemuda Selangor berkenaan. "Disebabkan ia tak dibuat meneruskan keputusan mesyuarat, justeru kami tak menghebahkan kepada umum" beritahu Farid Iqbal.
Bagaimanapun katanya, inisiatif mengutip derma itu sudah digerakkan oleh Pemuda Bahagian Gombak. Pemuda Selangor tetap bersatu padu menghadapi apa sahaja rintangan, sebaliknya tak digembar gemburkan menerusi publisiti, kata Farid Iqbal. Menurutnya lagi, sebaik sahaja empat pimpinan Pemuda Selangor dijatuhkan hukuman RM1,000, inisiatif sudah digerakkan denganmeminta setiap ahli Pemuda di Selangor menderma RM1 setiap orang, sebagai simbolik kepada perpaduan di Selangor. "Memang setiap pimpinan Pemuda itu mampu membayar denda berkenaan, tetapi kami mahu membuktikan kita semuanya bersatu," jelas Farid Iqbal menambah.
Info Dari Seberang...
Play Video Reuters – Jakarta bomb suspects caught on CCTV
Play Video Video:Marriott Hotel blast affects shares Reuters
Play Video Video:Terror group leader eyed for Indonesian bombings AP
Play Video Terrorism Video:L.I. Terror Suspect Raises Transit Concerns CBS 2 New York
INFO HAK ASASI MANUSIA
Bernama - Friday, July 24
ALOR GAJAH, July 23 (Bernama) -- The family of political aide Teoh Beng Hock who was found dead following questioning by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) in Shah Alam on July 16 wants the royal commission to also investigate the cause of Teoh's death.Teoh's younger sister Lee Lian, 29, speaking on behalf of the family, said the family had welcomed the setting up of the royal commission as announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak yesterday but found out later that it would only scrutinise the standard operating procedure of the MACC in questioning witnesses and suspects.
The Cabinet, at its meeting yesterday, had also agreed to have an inquest to investigate the cause of Teoh's death. Teoh's body was found on a corridor of the fifth floor of Plaza Masalam which houses the MACC office on the 14th floor. He had been questioned as a witness in relation to alleged misuse of allocations by Selangor Pakatan Rakyat state executive councillors.
Lee Lian, who spoke to reporters at the family home in Taman Seri Kelemak here, said the family wanted to meet Najib as soon as possible to request for the royal commission to also investigate the cause of her brother's death. -- BERNAMA
Yahudi Masuk Masjidil Aqsa
45 rakyat Israel sengaja cari fasal
Rejim Zionis rancang bina semula kuil di tanah suci ketiga Islam BAITULMAQDIS: Polis Israel membenarkan 45 rakyat Israel memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa, tanah suci ketiga Islam, dalam apa yang disifatkan rakyat Palestin sebagai satu cubaan untuk menimbulkan kemarahan ummah. Kumpulan penduduk Yahudi terbabit melawat kawasan berkenaan sempena bulan kesembilan dalam kalendar Yahudi dipanggil 'Av', bagi memperingati kemusnahan kuil Yahudi pertama dan kedua, yang dikatakan di bawah Masjid Al-Aqsa. Masjidil Aqsa terletak bertentangan Masjid Kubah Batu iaitu lokasi Nabi Muhammad diangkat ke langit dalam peristiwa Perjalanan Malam (Israq Mikraj). - (gambar - remaja Palestin menunjuk perasaan hari ini, membantah 45 orang Yahudi masuk ke Masjidil Aqsa)
Masjid Kubah Batu yang disebut juga sebagai Masjid Omar adalah kawasan yang disifatkan sebagai maruah rakyat Palestin. Ia amat sensitif berikutan kumpulan pelampau Yahudi mahu memusnahkan masjid yang ada pada masa ini dan membina 'Kuil Ketiga'. Pengarah pejabat Waqf Islam di Baitulmaqdis, Sheikh Azzam Al-Khatib berkata, polis Israel turut mengiringi penduduk Yahudi terbabit dan melindungi mereka.
Beliau memberitahu, kumpulan penduduk Yahudi itu berada dalam kumpulan antara 12 hingga 15 orang. Tiada pergaduhan meletus setakat ini. Sabtu lalu, Azzam dipetik sebagai berkata: "Jangan harap orang Yahudi akan dapat bina kuil mereka di tanah suci al-Aqsa. Ia tidak akan berlaku. Mereka hanya bermimpi di siang hari jika menganggap orang Islam akan lepaskan masjidil Aqsa." Kata-katanya disambut jeritan dan tepukan gemuruh beribu-ribu kanak-kanak Arab yang berada di sekitar masjid itu bagi menyambut pesta tahunan Dana Kanak-kanak Al-Aqsa. Selasa lalu pula, kumpulan sayap kanan Israel berarak di Baitulmaqdis berhampiran kawasan al-Aqsa. - (gambar - wanita Palestin turut menunjuk perasaan di hadapan rumahnya)
Polis menutup jalan Al-Wad bagi melindungi mereka dan memudahkan demonstrasi terbabit. Pemilik kedai Palestin juga diarahkan menutup perniagaan mereka pada 6 petang. Ada rakyat Israel menyerang penduduk Palestin dan harta benda mereka berhampiran sekolah perempuan Silwan dekat Pintu Mughrebi yang menjadi laluan ke al-Aqsa. Enam warga Palestin cedera dalam kejadian itu. Perkembangan di Aqsa menyusuli tindakan kerajaan Israel membuang perkataan 'bencana' atau 'al-Nakba' dalam buku teksnya yang digunakan kanak-kanak Arab. 'Al-nakba' merujuk pembentukan negara Israel pada 1948 sekali gus menandakan permulaan penjajahan Yahudi tanah Palestin. – Agensi / http://www.bharian.com/
SEKALI PERSETUA...
Kata sahibul hikayat tersebutlah ceritera tuan yang empunya ceritera terlalulah kesalnya Orangkaya Menteri Besar Selangor Tan Sri Mohd Khalid Ibrahim dengan keputusan kerajaan Orangkaya Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang memutuskan satu Suruhanjaya ditubuhkan dengan terma-terma khusus dalam siasatan kematian pembantu exco, Teo Beng Hock. Terma-terma tersebut ialah meneliti dan mengkaji peraturan yang berkaitan dengan soal siasat yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Serta menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi manusia semasa proses soal siasat terhadap Teoh untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang kembali.
JEMPUTAN KEPADA SEMUA...
Warga Perihatin Malaysia (PRIMA)
menjemput ke majlis
BACA PUISI MANIFESTASI RAKYAT
menentang PPSMI dan isu rakyat prolitar.
Tempat: Kelab Golf Perangsang, Templer Park, Selangor
Masa : 8.30 malam
Tarikh : 15 Ogos 2009
Semua dijemput hadir.
Turut mengundang:
Pak Dharma - Yahaya Ismail - Dato' Kamal Amir - Prof Dato' Dr Mohamad Mansor Abdullah - Yassinsalleh - Dr Seri Intan Mokhtar - Datin Rozie Rahman - L Mankadir Shamsi - Ahmad Nizam Hamid - Zainal Rasidin - MSO - Yasleh Rita Ayu - Adiah Mat Lana - Haji Abu Bakar Ninggal - Zakaria Bidin.
SEKILAS PANDANG...
Keputusan kabinet mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock di bangunan pejabat SPRM 15 Julai 2009, disambut baik oleh semua pihak. Sama ada ia telus, tulus dan turus atau sebaliknya perkara lain, tetapi penubuhan suruhanjaya berkenaan bagi menyiasat lagi satu 'suruhanjaya' (SPRM) bolehlah dianggap memberi harapan agar segala kebobrokan dapat dirungkai. Bukan sahaja di bawah soal siasat SPRM, malah isu ramai sangat suspek mati dalam lokap polis juga belum mampu diselesaikan - apalagi polis pula diminta menyiasat kes SPRM. Heh heh heh! Pada dekad 1980-an pun berlaku insiden suspek mati dalam lokap polis seperti kes Abdul Aziz Tompok ketika siasatan membabitkan kematian Dato' Taha Talib pada pilihanraya 1982.
Sebelumnya pada 1973, saya diminta oleh Ahli Parlimen Kampar ketika itu, Fan Yew Teng ke Kuala Lumpur (saya berkhidmat dan menetap di Seremban) berikutan isu kematian seorang lelaki dkenali Comrade Lim mati dalam tahanan ISA di Kemunting. Comrade Lim dikatakan aktivis Parti Buroh ditemui mati dalam tahanan, menyebabkan keluarganya tak berpuas hati dengan penjelasan kerajaan. Justeru mereka mahu memprotes di bangunan Parlimen dengan menyampaikan memorandum kepada semua Ahli Parlimen (yang kebetulan Parlimen sedang bersidang). Keluarga dan sahabat handai mendiang Comrade Lim sekadar 52 orang sahaja, itu pun wanita, kanak-kanak dan lelaki warga emas. - (Gambar, Fan Yew Teng mewawancara Dr Wan Azizah)
Ironinya, lebih 200 anggota FRU sudah menunggu di pintu masuk bangunan Parlimen semata-mata untuk berhadapan dengan 52 orang anggota keluarga dan sahabat handai Comrade Lim. Bukan sahaja mereka tak bersenjata, malah fizikal juga tak segagah anggota FRU disebabkan mereka wanita, kanak-kanak dan lelaki warga emas. Saya pula dijemput oleh Fan Yew Teng atas kapisiti penolong setiausaha organisasi kepadanya (ketika itu beliau setiausaha organisasi kepada partinya). Kerajaan memberi alasan yang munasabah kepada kepentingannya, bagi menjelaskan sebab-sebab kematian Comrade Lim. Begitu juga punca kematian Abdul Aziz Tompok (salah seorang pimpinan dan aktivis UMNO di Tampin) dengan alasan-alasan munasabah pihak polis.
Justeru dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca-punca kematian Teoh tak berakhir seperti kes Comrade Lim dan Abdul Aziz Tompok (keana mereka tak diwujudkan Suruhanjaya Diraja penyiasat). Malah kes seorang individu yang ditembak mati di balai polis Simpang Pertang sekitar dekad 1970-an (selepas ditahan di satu sekatan jalan raya) dikatakan mencuba merampas pistol polis menjadi punca berlaku pergelutan. Dalam kes berkenaan Yeap Ghim Guan dilantik sebagai peguam untuk croner inquiries (disebabkan ketika itu barangkali Karpal Singh tak sepopular sekarang). Memang pengalaman yang sudah saya lalui sebelum ini memberi banyak persepsi dengan insiden yang berlaku sekarang ke atas Teoh. Isy isy isy!
-Pak Dharma
INFO WABAK H1N1
1st swine flu-related death
AP - Friday, July 24
KUALA LUMPUR, Malaysia - Malaysia's health ministry has reported the country's first swine flu-related death, a 30-year-old Indonesian man who suffered a heart attack.The ministry says the man was a student at a finance education center in Kuala Lumpur who developed flu-like symptoms after returning from a trip to Indonesia earlier this month. He had a heart attack Tuesday while seeking treatment at a clinic.
The ministry said in a statement Thursday that the man tested positive for the H1N1 virus, but the exact cause of his death hasn't been determined. He had underlying medical conditions including pneumonia and obesity.
Malaysia has confirmed 939 swine flu cases since the outbreak began in this country in May.