Tuesday, February 19, 2008

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)


DARI LAMAN BLOG


GEJALA SOSIAL KALANGAN BELIA:
DANGKAL MENCARI ASAS ROHANIAH

Assalamualaikum


Apabila turun ke Seremban menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan (18 Februari 2008), saya singgah ke rumah kawan-kawan di Taman Paroi Jaya selepas selesai bermesyuarat. Haji Salleh Salimin misalnya, merungut mengenai gejala sosial di kalangan belia yang semakin sukar dibendung, sekalipun usaha sudah dipelbagaikan oleh kerajaan. Malamnya, ketika balik ke rumah Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Belia Asean, Sdr Sobri Ahmad pula mengajak teh tarik, di restoran Taman Seri Gombak kira-kira jam 12 malam. Beliau merasakan ‘mood’ pilihanraya ke 12 kali kurang menarik minat belia, kerana kelihatan seolah-olah tiada tentangan parti pembangkang disebabkan propaganda media dikuasai sepenuhnya oleh sebelah pihak.








Sebelumnya beberapa orang aktivis belia menemui saya, mengajak menggerakkan semula ‘Persaudaraan Nasrul Haq’ (Belia Harapan), bagi menangani isu gejala sosial di kalangan belia disebabkan kekurangan pemahaman kerohanian. Kononnya mereka disogok dengan impian terlalu tinggi berkaitan global hingga mnejangkau ke angkasa lepas dengan tak diberi asas kerohanian. Bagaimanapun, saya sukar memberi jawaban kerana ketika pertemuan dengan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Seberang Jaya pada 27 November 1999 (ketika itu beliau masih Timbalan Perdana Menteri), apabila disebut mengenai Nasrul Haq beliau sekadar bertanya, “Masih bolehkah buat jurus?”.


Sebenarnya ‘jurus’ tak penting sangat, sebaliknya matlamat yang diberi keutamaan ialah menangani isu ‘gejala sosial’. Pak Lah memang Setiausaha Agung Nasrul Haq pertama ketika ditubuhkan oleh Tan Sri Abdul Samad Idris sekitar dekad 1970-an, sebelum diambil alih oleh Allahyarham Hashim Pendek (Pengarah Kebudayaan di kementerian ketika itu). Apabila Sdr Hashim Pendek bersara dari jabatan, Tan Sri Abdul Samad meminta saya memegang jawatan setiausaha agung, justeru saya tak memahami langsung mengenai ‘jurus’. Sekalipun pelbagai tohmahan dilimparkan termasuk menuduh ianya ‘ajaran sesat’, sebaliknya ‘Majlis Raja-Raja’ tak pernah membuat keputusan begitu, kerana yang membuat dakwaan itu individu heh heh heh!








Memang Nasrul Haq ketika itu tak mampu menangani sepenuhnya gejala sosial di kalangan belia, tetapi kadar penagihan dadah boleh dikekang apabila mereka mengisi masa terluang dengan mengikuti kursus Nasrul Haq. Malah ramai penagih dibawa oleh ibu bapa mereka mendapatkan khidmat nasihat daripada guru-guru agama dan sesi rawatan Islam yang digerakkan oleh Nasrul Haq. Tan Sri Sanusi Junid (ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri) pun tahu mengenai aktiviti Nasrul Haq, termasuk juga insiden banduan di penjara Pudu menjadikan seorang doktor dan pembantu perubatan ‘tebusan’. Tetapi semua sudah berlalu sebagai kenangan. Pade Leh!

-Pak Dharma.
INFO HAK ASASI MANUSIA

PENGUNDI MUDA UBAH MINDA:
KHAIRY HINA RAKYAT KELANTAN.

Jurucakap PRIMA Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz menasihatkan Naib Ketua Pemuda UMNO bukan sekadar mengajak pengundi muda membuat perubahan di Kelantan, tetapi sebaliknya membawa keseluruhan perubahan dalam politik Malaysia. Pengundi muda wajar menolak ‘perhambaan minda’ dengan membawa wacana politik lebih terbuka iaitu perubahan dalam politik Malaysia pada pilihanraya ke 12, 8 Mac 2008 nanti, kata Dato’ Kamal Amir mengulas berita TV tengahari ini (19 Februari 2008) mengenai gesaan Khairy ketika melancarkan satu program di Kuala Lumpur. “Kenapa isu Kelantan Khairy sekadar berkokok di Kuala Lumpur, bukankah lebih baik beliau melancarkan program itu di Kota Bharu,” menurut Dato’ Kamal Amir seterusnya.








Sambil menempelak Khairy yang mendakwa kemunduran di negeri Kelantan yang menyebabkan ramai rakyat di negeri itu berhijrah ke pantai barat mencari pekerjaan, Dato’ Kamal Amir menyifatkan Naib Ketua Pemuda itu menghina rakyat negeri Kelantan sendiri. Katanya, Khairy sendiri berhijrah adakah disebabkan Negeri Sembilan terlalu mundur, justeru terpaksa mencari rezeki di Putrajaya. Malah beritahu Dato’ Kamal Amir, Kawasan Parlimen Gua Musang di bawah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah adalah pesat membangun dengan program terancang, di samping penduduk-penduduk Gua Musang sendiri yakin dengan kemampuan Ku Li menggerakkan pembangunan kepada rakyat di Gua Musang. “Adakah Islam Hadhari menolak proses perubahan menerusi penghijrahan mental dan moral?” tanya Dato’ Kamal Amir lagi.

Seterusnya Dato’ Kamal Amir juga menasihati Khairy lebih peka dengan perjuangan Melayu sejak pra merdeka, kerana tokoh-tokoh besarnya berhijrah ke Kuala Lumpur dari kampung halaman mereka bagi membangunkan bangsanya. Pendeta Zaaba, menurut Dato’ Kamal Amir behijrah dari Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur dengan memimpin Persatuan Melayu Selangor menggerakkan Kongres Melayu pada 1 – 4 Mac 1946 yang kemudiannya mendorong penubuhan UMNO. Dato’ Onn Jaafar juga berhijrah dari Johor ke Terengganu pada 1959 dengan memimpin Parti Negara membantu PAS menubuhkan kerajaan negeri. “Justeru Khairy jangan menghina rakyat Kelantan yang berhijrah ke Kuala Lumpur, sebaliknya cerminlah diri sendiri terlebih dahulu,” uajar Dato’ Kamal Amir lagi.

PENGAKUAN MUSA HASSAN
LAPAN NEGERI DIANGGAP ‘PANAS’






Pengakuan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengenai lapan negeri dianggap panas pada pilihanraya ke 12 di Alor Setar hari ini (19 Februari 2008), memperlihatkan Barisan Nasional (BN) benar-benar terdesak. Sekalipun ada parti pembangkang yang mengaku partinya persis semut berbanding dengan BN yang dianggap raksasa, tetapi penjelasan Ketua Polis Negara mencerminkan tahap kebimbangan kerajaan sukar untuk disembunyikan, kata aktivis PRIMA Haji Mohd Sayuti Omar. Memberitahu sekretariat PRIMA berikutan laporan berita radio jam 4.00 petang hari ini, Haji Mohd Sayuti yang juga penganalisis politik tak berasa terkejut apabila Tan Sri Musa menyebut negeri Kedah adalah antara lapan negeri yang dikategorikan ‘panas’.

Seterusnya Haji Mohd Sayuti juga menyifatkan laporan berita TV jam 1.00 tengah hari, hari ini (19 Februari 2008) mengenai poster ‘dacing’ dipasang terbalik di beberapa tempat di Kedah adalah mesej jelas mengenai kedudukan negeri Kedah berada dalam kategori ‘negeri panas’. Menurutnya adalah mustahil penyokong-penyokong parti lawan yang melakukan, sebaliknya adalah sabotaj dari dalam UMNO sendiri berikutan frasa kebobrokan dalam pentadbiran sekarang. Di samping itu Haji Mohd Sayuti juga tak menolak Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Perlis termasuk dalam laporan Tan Sri Musa berada dalam kategori ‘panas’. “Tak pernah dalam sejarah pilihanraya Ketua Polis Negeri membuat pengakuan terbuka mengenai senario politik,” kata Haji Mohd Sayuti.


INFO SASTERA & BUDAYA

ANUGERAH KEPADA TOKOH SASTERA
KERAJAAN NEGERI BAZIRKAN PERUNTUKAN?




Kerajaan negeri tak seharusnya membazirkan peruntukan bagi memberi anugerah kepada ‘tokoh sastera’ di negeri masing-masing sekiranya pemilihan dibuat sebagai ‘tangkap muat’, menurut aktivis budaya di Negeri Sembilan, Haji Mohd Salleh Salimin, 70. Merujuk kepada tulisan komentar sastera di akhbar Berita Harian oleh Salbiah Ani tak lama dulu, Haji Mohd Salleh mengakui tulisan tersebut dirujuk kepada fenomena di Negeri Sembilan apabila anugerah diberi kepada mereka yang sudah meninggal dunia. Misalnya, menurut Haji Mohd Salleh aktivis yang mengerakkan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) di peringkat awal masih hidup seperti Alias Abdul Karim, Abdul Kadir Yusuff dan Haji Muhammad Tainu (Ahmad Nor Tainu).

Katanya lagi, dalam pemilihan bagi ‘Anugerah Sasterawan Negeri Sembilan’ pada 2006 lebih memalukan apabila ianya menolak sasterawan kebanggaan Negeri Sembilan yang beberapa kali memenangi hadiah sayembara mengarang di peringkat nasional, malah pencapaiannya bukan sekadar penyair sebaliknya memartabatkan sastera dan bahasa Melayu. Haji Mohd Salleh enggan menyebut nama individu tertentu, sebaliknya memberitahu sasterawan berkenaan merupakan pengarang pertama di Malaysia mampu mengangkat tema adat perpatih di dalam novel, di samping memenangi hadiah sayembara mengarang. “Pengkritik-pengkritik sastera termasuk Dr Rosnah Baharuddin, Dr Ramli Isin, Dr Illias Zaidi, Dr Yusuff Hassan dan Dr Shalan Mohd Saman dalam tulisannya mengakui keunikan karya sasterawan itu,” ujar Haji Mohd Salleh.

Justeru menurut Haji Mohd Salleh, kerajaan negeri Negeri Sembilan harus mengkaji semula peruntukan kepada anugerah berkenaan. Sekiranya berlaku penyelewengan, adalah wajar kerajaan negeri memansuhkan sahaja bagi mengelakkan pembaziran yang ketara. Haji Mohd Salleh yang juga bekas Penolong Setiasaha PEN sekitar dekad 1970-an, malah beberapa tahun menduduki kerusi Pemeriksa Kira-Kira memberitahu dalam pertemuan dengan wakil PRIMA di kediamannya baru-baru ini, memberi anugerah kepada orang yang bukan pada tempatanya, boleh dianggap pembaziran idea yang tak berkesudahan dan memalukan kepada Negeri Sembilan, apalagi turut dikomen oleh akhbar Berita Harian.


KOMENTAR
bersama Pak Parjo.

LAWATAN RASMI TPM KE PERAK
MENJELANG PENAMAAN CALON 24 FEBRUARI

Syahdan tersebutlah ceritera perihal Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak melawatlah ia ke negeri Perak menjelang hari penamaan calon pada 24 Februari 2004 yang kononnya ‘lawatan kerja’. Sebermula fakir pun diberi tahu oleh para penyurat dalam ‘Kitab Melayu’, sebelum ini gerangannya tak disebut pula ‘lawatan kerja’. Maka dicanang ke seluruh pelusuk negeri akan hal Timbalan Perdana Menteri itu meminta anak-anak buahnya jangan memaki hamun lawan, tetapi disuratkan oleh penyurat maka ia pula memaki hamun lawannya dengan menyebut ‘PKR” itu ‘Parti Kurang Relevan’. Aduhai! Tersebutlah akan Seri Bija Diraja iaitu Penghulu Singapura itu dibunuhlah oleh Sultan Mahmud kerana tak mudik menghadap pada hari raya.

Arakian Sultan Mahmud itu mahu menunjukkan kealimannya, pergila dia belajar mengaji ilmu maklumat (gerangannya macam IT juga, gamaknya) ke rumah Maulana Yusuff. Tetapi disuruh tutup pagar oleh Maulana Yusuff, kerana tak mahulah ulama itu mengajar akan raja yang zalim. Mendengar kelakuan guru agama itu, maka Sultan Mahmud pun memberitahu pengawal di pintu pagar, Fakir Mahmud yang mahu menemui Maulana Yusuff. Lalu dibenarkan oleh guru agama itu masuk. Setelah tamatlah Sultan Mahmud belajar ilmu maklumat itu, disuruhnya Paduka Tuan menyerang Manjong (iaitu lawatan kerja jugalah). Maka alahlah Manjung, oleh raja Beruas dinikahkan puterinya Puteri Siat kepada cucu Paduka Tuan bernama Tun Isap Berakah (atau Tun Isap Misai). Anak Tun Isap itulah bernama Dato’ Perak kerana dia menetap di Perak itu, adanya seperti disebut oleh:


HIDUP BAHASA MELAYU!