Saturday, July 4, 2009

INFO PENDIDIKAN MELAYU


Ubah persepsi pelajar malas:
Susah mahu tukar perangai budak

oleh: Cikgu Fadzli

Siapa sangka orang muda juga berbakat dalam perguruan. Semasa menghadiri seminar pendidikan yang diadakan di sebuah IPTA cuti sekolah yang lalu memberikan laluan kepada saya berkenalan dengan seorang kaunselor yang juga di antara pembentang kertas kerja bertajuk ubah persepsi pelajar malas kepada rajin.Ketika mendaftar, kertas kerja yang diedarkan ada diselitkan kajian beliau yang juga di antara kajian tindakan yang dibuat oleh kaunselor ini. Sungguhpun begitu manusia seperti saya sama seperti insan yang lain hadir seminar hanya apabila diarahkan.

Berkata dalam hati saya, "Alah, kertas kerja ini semua teori, semua orang boleh tulis sekolah mereka berjaya ubah itu dan ini." kata hati saya. Sehinggalah saya cuba masuk bagi pembentangan rakan kauselor ini dan duduk minum bersamanya semasa seminar berhenti minum pagi. Saya mulakan perbualan dengan ayat biasa, "Seronok dengar penbentangan cikgu tadi, tidak terasa mengantuk sedikit pun."sapa saya umpama mengampu. " Betul ke ini? Atau sahaja mengusik saya." kata beliau dengan sedikit curiga "Betul cikgu, hampir menangis pun ada cikgu. Sebab susah mahu tukar perangai budak-budak ini sekarang." kata saya dengan nada ingin lebih tahu

Semasa berbual, beliau berkongsi pengalaman semasa permulaan bergelar kauselor sekolah. Pembentangan beliau ada menunjukkan wajah-wajah pelajar yang dahulunya dilabelkan malas atau tidak berpotensi kemudian kini ada yang bergelar usahawan muda berjaya walaupun tidak menyambung pengajian ke peringkat universiti. Apabila beliau sampai sahaja ke sekolah, tidak dinafikan semua cikgu dan pentadbir memang mempunyai kerjasama yang baik. Namun begitu, pelajar-pelajar sahaja yang bermasalah sehingga merasakan bersekolah bukan lagi membuatkan mereka pandai namun membuatkan mereka lebih terkongkong. - www.cikgumalaysia.blogspot.com.

DR M PERSOAL RM 253b WANG PETRONAS...


Where has the money gone to?:
The payments made by Petronas

By
Dr. Mahathir Mohamad on July 3, 2009 9:48 AM

I reproduce here the payments made by Petronas to the Federal Government since 1976. That year the Government received RM300 million. The amount increased to RM2 billion in 1981. By 2003 it paid RM15.6 billion to the Federal Government. The total from 1981 to 2003 is RM168.8 billion in 22 years.From then onwards it increased from RM19 billion in 2004 to RM67.8 billion in 2009. The total for six years is RM253.6 billion.I am sure the Government had spent the money wisely. It would be interesting to know what the RM253.6 billion was spent on.
** FY Payment (in billion):

1976 (0.3), 1977 (0.7), 1978 (0.7), 1979 (0.7), 1980 (1.8), 1981 (2.0), 1982 (2.6), 1983 (3.8), 1984 (4.3), 1985 (4.6), 1986 (5.0), 1987 (4.0), 1988 (4.4), 1989 (4.3), 1990 (5.5), 1991 (7.4), 1992 (7.1), 1993 (7.7), 1994 (7.3), 1995 (6.7) 1996 (6.8), 1997 (8.8), 1998 (9.6), 1999 (8.2) 2000 (12.0), 2001 (17.1), 2002 (14.0), 2003 (15.6), 2004 (19.0), 2005 (28.1), 2006 (37.8), 2007 (44.1), 2008 (56.8) 2009 (67.8)
** Petronas Group payment to Federal Government inclusive of taxes, royalty, export duty and dividends

KILAUAN EMAS DI KEDAH...

Ketulan emas di kuari:
Tuah penduduk Pendang

PENDANG: Penduduk Pendang kini sibuk mencari emas di tapak kuari di Kampung Jelutong, Tobiar di sini, sejak ketulan emas dilaporkan ditemui oleh beberapa pekerja kuari dua hari lalu. Tinjauan Bernama mendapati beratus-ratus penduduk berduyun-duyun membawa peralatan untuk mencari emas. "Mula-mula saya pun tak percaya dalam ketulan batu kuari ini ada emas. Tapi bila dengar ada orang dah jual emas, saya pun datang mencuba nasib. Saya tengok memang macam ada ketulan berwarna kuning dan bersinar-sinar di celah-celah batu kuari yang berwarna hitam ini," kata Niza Samsudin, 25, dari Kampung Banggol Temak. (Gambar, penduduk Pendang mencari emas semalam - 3 Julai 2009)


Semua ahli keluarganya turut mencari emas bersamanya. Seorang pelajar, Amirul Anas Amirul Rashid, 13, berkata dia datang mencari emas setiap petang sejak Rabu lalu. "Pada mulanya ibu bapa saya tak izinkan saya cari emas ini, tapi apabila saya bawa balik tunjuk kepada mereka, ibu bapa saya pun turut datang mencari bersama. "Kami nak kumpul banyak-banyak dulu, lepas ini baru jual," katanya. Abdul Halim Abdullah, 66, yang menetap lebih 30 tahun di kampung tersebut, berkata ini adalah kali pertama laporan emas dijumpai di kampung itu. "Jika benar ketulan kuning di dalam batu adalah emas, kami yang kebanyakannya bersawah tentu bertuah kerana dapat menjana pendapatan tambahan," katanya. - Bernama

SURAT ABANG ZEK

E-mel baru lesungbatu
Mangsa penutupan akaun

Saudara saudari yang dihormati sekalian. Saya Zakaria Bidin atau ada yang mengenali saya sebagai Abang Zek, dengan rendah diri memaklumkan di sini bahawa saya tidak lagi menggunakan alamat e-mail hotmail saya mulai hari ini, 3 Julai 2009, dan sekarang menggunakan alamat e-mail baru saya atas nama zabidinoor@gmail.com untuk semua urusan sama ada urusan peribadi, rasmi atau untuk laman web saya http://www.lesungbatu.webs.com/. Saya terpaksa menukar alamat e-mail saya kerana pihak hotmail tidak dapat memberi apa-apa jawapan mengapa ramai pengguna e-mail hotmail menjadi mangsa penutupan akaun mereka tanpa memberi sebarang sebab munasabah.

Memang banyaklah alamat yang tidak dapat saya selamatkan dan saya hanya dapat menghubungi saudara dan saudari yang mana ada dalam rekod simpanan lain sahaja. Harap saudara dan saudari sekelian yang mana ada menyimpan alamat e-mail lama saya, dapatlah kiranya diubah kepada zabidinoor@gmail.com. Semoga dengan cara itu sahaja silatulrahim kita dapat diteruskan. Saya juga memohon maaf atas kesulitan ini. Zakaria BidinPengelola laman web http://www.lesungbatu.webs.com/

SEKALI PERSETUA...

Rakan menikam dari belakang:
Orangkaya dituduh nak roboh kuil

Sebermula akan Orangkaya Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak menafikan dakwaan rakan pakatannya kononnya kerajaan negeri akan merobohkan kuil-kuil Hindu dan tokong-tokong Cina di negeri itu dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai sengaja ingin mencetuskan ketegangan kau. Adapun Orangkaya Dato' Seri Azizan berkata kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak pernah membincangkan tentang perkara merobohkan mana-mana tokong atau kuil di Kedah. Arakian akan Orangkaya itu ditikam dari belakang kerana merobohkan pusat penyembelihan babi yang terletak di Kampung Berjaya, yang dbiarkan sahaja oleh harakah Melayu (UMNO) sejak berpuluh tahun lalu.

Hatta maka Raja Iskandar Shah pun diamlah di Melaka. Adapun Raja Iskandar tatkala diam di Singapura, tiga puluh dua tahun,maka Simgapura alah oleh Jawa; maka kararlah baginda di Melaka tiga tahun. Maka datanglah peredaran dunia, baginda pun hilanglh, dan anakanda baginda Raja Besar Mudalah ganti kerajaan ayahanda baginda, terlalu sekali adil perintah baginda. Syahdan, bagindalah yang pertama berbuat menteri mengajari orang di balai, begitulah perihal bijaksananya Melayu memerintah. Mereka yang datang ke negeri Melayu itu tak payah menunjuk-nunjuk pandai, seperti diperbuat orang nyanyi:

Raja Iskandar membuat kota
Sekalian menteri dengan istiadat
Jangan diajar kepada beta
Memerintah negeri mengikut adat

Maka oleh sekalian orang banyak disuratnya dalam 'Kitab Melayu' kepada:







HIDUP BAHASA MELAYU!

SEKILAS PANDANG...

Dua hari Suara PRIMA:
Hadapi masalah teknikal

Assalamualaikum,

Maaf kepada semua pelayar blog PRIMA, berikutan dua hari tak digerakkan. Dalam tempoh dua hari masalah teknikal yang menganggu, saya hubungi pihak TMnet, mahu mengetahui sebab-sebab tak boleh disambung kepada streamax. Telefon kepada TMnet pula sentiasa sibuk, hingga semalam (3 Julai 2009), barulah dapat bercakap dengan Puan Zainab. Alahamdullillah. Justeru pagi ini (4 Julai 2009), teknisen dari TMnet memberikan perkhidmatannya, bagi mencari punca kenapa tak boleh disambungkan ke streamax. Bagaimanapun malam tadi, aktivis sosial dari Seremban Rozmal Malakan yang juga mahir mengenai komputer menghantar SMS: "Blog tak ada kena mengena dengan TMnet. Kalau tak boleh masuk internet masalah TMnet. Kalau blog tak boleh update mungkin ada spam report, boleh reavtivate balik." Bagaimanapun, terima kasih kepada TMnet yang segera mengambil tindakan.

Semalam solat Jumaat (3 Julai 2009), tak bersua pula dengan Haji Abu Bakar Ninggal, pengasasPKR Bahagian Gombak, yang tak aktif lagi bersama pimpinan sejak Ahli Parlimen Gombak Azman Ali heh heh heh! Apalagi Haji Abu Bakar bukanlah amfu sana amfu sini, kalau Azmin Ali tak mahu hubung-hubung lagi setelah membantu dengan moral dan material sejak 1999. Kalau Haji Abu Bakar ikut sama, tentu beliau juga melongo apabila pihak masjid umum aktiviti ADUN Gombak Setia Dato' Dr Hassan Ali mengenai dialog di Dewan Greenwood, Ahad ini (5 Julai 2009) dan kutipan cukai tanah. Barangkali kalau aktiviti ADUN bukan Melayu juga boleh dihebahkan di masjid. Aduhai!

Jurucakap PRIMA Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz mahukan gerakan menentang PPSMI diteruskan menerusi deklamasi puisi yang dicadangkan di tempat hebat sikit. Khabarnya di kelab golf sesuai dengan minat Dato' Kamal Amir bersantai di padang golf, sejak terbabit dengan hayunan kayu golf heh heh heh! Barangkali L Mankadir Shamsi, Zakaria Bidin, Yassinsalleh atau Haji Sayuti Omar tak biasa dengan kayu golf, sama juga macam Profesor Dr Mohamad Mansor Abdullah, Yahaya Ismail atau Mohd Affandi Hassan. Tetapi jengah ke kelab golf apa salahnya, di samping deklamasi puisi di sampin mendekatkan puisis itu kepada kalangan VIP.

Saya juga beberapa kali ke kelab golf (kalau di Indonesia golof) bersama Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris dulu, sekalipun tak pernah menghayun kayu golf. Kami sekadar bersarapan pagi sahaja mencari kuih-kuih Melayu tradisional di Kelab Golf Diraja Selangor, di Jalan Pekeliling atau makan tengah hari untuk menikmati menu masakan Cina. Kadangkala makan tengah hari di kelab Golf Diraja Seremban, Ampangan atau di Seri Menanti, sekadar untuk bersantai yang memerhati orang menghayun kayu golf. Kalau Dato' Kamal Amir mahu mencari kelainan di padang golf mendeklamasi puisi, apa salahnya!

-Pak Dharma