Tuesday, March 10, 2009

DARI LAMAN BLOG...

WARKAH TERBUKA KEPADA SULTAN:
SEMBAH MELAYU DENGAN BUDAYANYA


Assalamualaikum,


Pelbagai pihak termasuk ahli-ahli akademik berwibawa menyembah kasih ke bawah DYMM Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff memohon baginda menasihati Dato' Zamry Abdul Kadir mahupun Dato' Seri Ir Muhamad Nizar Jamaluddin bagi membubarkan DUN Perak. Kebijaksanaan Sultan Azlan Shah dengan membubarkan sahaja krisis perlembagaan boleh diselesaikan. Justeru baginda seharusnya prihatin dengan rakyat jelata yang memerlukan sebuah kerajaan yang stabil bukannya rapuh, lapuh dan lumpuh. Kerajaan yang ditubuhkan oleh UMNO di Perak sekadar menjadikan bangsa Melayu 'tak dapat tanduk telinga dipulas'.



Krisis perlembagaan sudah diperjelaskan oleh pakar undang-undang dan perlembagaan dengan kenyataan bekas Presiden Majlis Peguam Dato' Param Coomarasamy, Presiden Majlis Peguam Dato' Ambiga Sreenivasan dan ilmuan undang-undang Profesor Aziz Bari. Kenyataan Menteri Luar Negeri Dato' Seri Dr Rais Yatim adalah 'memihak' disebabkan atas kapisiti apa beliau menyampaikan pandangan. Kalau berdasarkan beliau seorang peguam berpengalaman, setakat ini belum pernah beliau mengendalikan kes-kes besar di mahkamah secara profesional, apalagi kedudukan beliau sekadar Menteri Luar sahaja. Justeru semua pihak yang terbabit dengan perundangan bersetuju DUN Perak wajib dibubarkan.


Rakyat di Perak khusunya dan di Malaysia amnya menunggu kebijaksanaan DYMM Paduak Seri Sultan Perak berlaku adil kepada semua pihak, dengan menasihati Dato' Zamry dan Dato' Seri Muhamad Nizar membubarkan DUN Perak. Rakyat mengkritik kepongahan UMNO menyebabkan kecelaruan di Perak, malah tak pernah mempertikai kedaulatan institusi istana seperti juga keperihalan Hang Jebat di istana Melak yang bangkit menentang kedurjanaan Pateh Karma Wijaya dan Tun Bija Sura Ali. Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee juga tak menghina raja-raja Melayu apabila memilemkan 'Nujum Pak Belalang', 'Musang Berjanggut', dan 'Antara Dua Darjat'.


P. Ramlee menggambarkan raja merangkak di gua kerana kehilangan mahkota dalam 'Nujum Pak Belalang', atau diperkuda oleh seorang wanita di dalam bilik tidur menerusi filem 'Musang Berjanggut', malah individu berdarah tengku menghina pemuzik dalam 'Antara Dua Darjat' adalah sinikal kepada keperongosan mereka yang berkuasa seperti UMNO. Secara rasional selepas pemilihan UMNO 24-28 Mac 2009 ini, UMNO di Perak semakin kucar kacir sekiranya dominasi kuasa tak mencapai sasaran. UMNO akan kembali kepada senario 1987, dan Perak semakin kalut, kemelut dan kelabut dengan perbuatan-perbuatan UMNO yang sekian lama mengumpulkan dosa kepada rakyat dan menggugat institusi raja-raja. Isy isy isy!


-Pak Dharma

KOMENTAR: bersama Pak Parjo..

ORANG BANYAK MEMUJI-MUJI:
PERBELANJAAN TAMBAHAN NEGARA.

Syahdan segala orang banyak pun memuji-muji akan perbelanjaan tambahan Negara yang dibentangkan oleh Orangkaya Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak di Balairongseri hari ini 13 Rabiulawal 1430 (10 Mac 2009). Pujian-pujian itu dahulunya pernah juga diberikan kepada Orangkaya Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah semasa mereka menjadi Menteri Kewangan. Segala orang banyak memuji-muji perbelanjaan yang mereka bentangkan di Balairongseri. Arakian terlalu ramai orang yang mahu mendampingi mereka seperti disebut orang banyak: Adat teluk timbunan kapar, adat lurah timbunan angina. Alahai!

Hatta telah beberapa lama di jalan, sampailah ke Pulau Sebat. Maka Bendahara Paduka Raja dan penghulu bendahari dan segala orang-orang besar dan orangkaya-orangkaya sekaliannya keluar mengalu-alukan baginda dengan segala bunyi-bunyian dan alat kerajaan. Maka rupa perahu tiada lagi terbilang banyaknya. Telah bertemu dengan Sultan Mansor Shah, maka sekalian orang-orang besar itu menjunjung duli. Maka Sultan Mansur Shah pun sampailah ke Melaka; maka baginda pun berangkat naik ke istana dua laki isteri. Syahdan segala orang banyak memuji-muji akan segala perbelanjaan Sultan Melaka berkahwin ke Majapahit, kerana tak seorang pun berani menyalahinya seperti disebut dalam ‘Kitab Melayu’ daripada:

HIDUP BAHASA MELAYU!