Wednesday, June 10, 2009

INFO SASTERA & BUDAYA


PUISI

Menimbang Patut Tak Patut

Di Batu 8 Lekir, Manjong, Perak
seorang Menteri Besar kena halau
oleh tuan tanah yang tak rela
MB itu meletakkan kereta
di atas tanahnya,
malunya dia si MB tu!

MB itu kata
orang itu telah dihasut
untuk membencinya
isy! Jahat sungguh
si tukang hasut tu ya,
tak patut!

Di Gong Badak, Kuala Terengganu
bumbung stadium runtuh,
adakah siapa pula nak kata
bumbung itu telah dihasut
membenci orang yang nyaris
ditimpanya mati?

Isy! Jahat sungguh
si tukang hasut tu ya,
tak patut! Tak patut!

Dan gerombolan
penyamun tarbus PKFZ
tak ditangkap tak didakwa,
siapakah gamaknya
si tukang hasutnya ya?
isy! Jahat sungguh
si tukang hasut tu ya,
tak patut! Tak patut!
Tak patut sungguh
si tukang hasut tu ya!

Dan siapakah pulak
yang menghasut mat toyol
dan Minah Seri bantut
membotoxkan wajah mereka
isy, isy, isy!
Jahat sungguh
si tukang hasut tu ya,
tak patut! Tak patut!
Tak patut!

-Yassinsalleh
jam 2317
Jun 10, 09
menimbang patut tak patut
menghitung jumlah kafilah
para penghasut yang amat
tak patut. He he heh!
Kah kah kah, kah kah kah!

BELASUNGKAWA DARI PRIMA


Pelakon Shukery meninggal:
Pembedahan kanser pankreas

Pelakon serba boleh dalam filem dan TV Shukery Hashim, 55 meninggal dunia di Hospital UKM Cheras jam 01 tengahari tadi akibat penyakit kanser pankreas, menurut laporan laman blog Zulkifli Noordin yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru. Dalam laporannya Zulkifli menjelaskan isteri Allahyarham Puan Fatimah Mohd Desa, Shukery menjalani pembedahan selama 6 jam di Hospital Selayang pada 24.04.2009 lalu. Walaupun pembedahan itu tidak berjaya, namun para doktor masih menasihatkan beliau menjalani rawatan kemoterapi yang dibuat di HUKM.

Allahyarham yang berasal dari Langkawi pernah berkhidmat di Filem Negara Malaysia, di samping membintangi beberapa buha filem termasuk 'Rahsia', 'Ujang' dan berpuluh-puluh drama TV. Beliau dikebumikan di Taman Watan, Ampang. PRIMA turut mengucapkan takziah kepada keluarganya, semoga ALLAH meletakkan Allahyarham dalam golongan soleh dan diberi maghfirah dan keampunan. Semoga ALLAH memberikan kesabaran kepada Puan Fatimah sekeluarga dalam mengahdapi dugaan dan ujian besar ini. Innalillah hiwa inna ilai hori ji'un - dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita kembali, Zulkifli menulis menerusi blognya.

MOHD AFFANDI HASSAN MENULIS...

PAS YANG MASIH MENCARI PARTNER

Tajuk tulisan ini sengaja menggunakan perkataan Inggeris “partner” untuk maksud ironi (istilah Inggeris lagi!) dalam analisis politik, khususnya untuk menilai perilaku para pemimpin PAS sebagai “pejuang Islam”, supaya dapat dilihat perbezaannya (jika ada) dengan “pejuang Islam” dalam UMNO. Mungkin sudah ramai di antara kita yang sedar bahawa PAS masih tercari-cari partner yang selesa dengannya. Nampak gayanya PAS tidak selesa berada dalam Pakatan Rakyat, terutama sekali apabila Pakatan Rakyat gagal mempertahankan Perak daripada diceroboh oleh UMNO/BN. (Gambar, muktamar PAS baru-baru ini)
PAS jelas sekali sangat kecewa dengan kejadian itu. Keraguan PAS terhadap kepemimpinan Anwar Ibrahim tidak dapat disembunyikan lagi, apabila Presiden PAS mula “menggoda” Najib Tun Razak, Presiden UMNO dan Perdana Menteri, untuk menubuhkan apa yang dipanggil “kerajaan perpaduan”. PAS tidak berasa tersinggung untuk dituduh berusaha memecahkan Pakatan Rakyat yang diraguinya itu, dengan secara berani menggoda UMNO untuk sama-sama memerintah Malaysia.

Walaupun semua alasan yang dikemukakan oleh Presiden PAS tidak boleh dipakai dan tidak boleh dipercayai, kerana gelagat politik PAS sendiri sejak menjadi pertubuhan politik menyerlahkan sejenis tabiat politik yang unik (sama uniknya dengan tabiat politik UMNO) dan meragukan, namun cadangan “kerajaan perpaduan” itu penting dalam konteks kegagalan “kepemimpinan Islam” Malaysia memberi corak yang tegas dan jelas dari segi mencapai matlamat politik Islam. Bagi Presiden PAS, cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan itu adalah “cadangan saya sendiri yang dipersetujui oleh DAP dan PKR”.

Perhatikan egoisme yang terlalu jelas dan pekat dalam ucapan itu, yang melihat semuanya dalam konteks politik yang agak sempit dan tidak kena mengena dengan matlamat politik Islam. Benarkah dalam Islam “perpaduan” itu matlamat utama? Soalan yang mudah dan bodoh ini penting kerana jawapannya nanti akan mencirikan sifat-sifat perjuangan Islam sejati dan yang tertumpu pada kelangsungan matlamat peribadi yang dibungkus atas nama Islam. Jika para pemimpin Islam tidak mahu menjelaskan persoalan ini, maka perjuangan Islam akan terus kabur dalam konteks Malaysia, dan peranan PAS sendiri akan terus diragui.
Mengapa cadangan kerajaan perpaduan itu tidak baik bagi PAS dan Pakatan Rakyat? Juga tidak berguna untuk rakyat Malaysia? PAS tentu sudah faham dengan jelas tabiat politik UMNO yang pandai menggunakan kekuatan musuh politiknya untuk memacu kekuatannya sendiri dengan menggunakan perasaan tamak dan gelojoh kuasa di kalangan musuh politiknya. UMNO tahu perasaan tamak dan gelojoh kuasa boleh diumpan dengan istilah-istilah besar yang tidak bererti bagi UMNO sendiri. Misalnya istilah perpaduan. Bagi UMNO, perpaduan itu diperlihatkan seolah-olah diperlukan oleh rakyat, dan barang siapa yang memperlekeh perpaduan adalah anti-rakyat.
Dari segi politik UMNO, perpaduan (dan keselamatan negara yang mengiringinya) adalah senjata politik yang boleh digunakan bila-bila masa untuk melemahkan musuh politiknya. Dengan menggunakan alasan “demi perpaduan dan keselamatan” negara, seorang pemimpin UMNO yang sedang berkuasa dan kumpulannya, boleh mendigulkan sesiapa juga yang dikira mengancam kedudukannya, baik dari UMNO apatah lagi dari luar UMNO. Oleh itu apa bila Presiden PAS menghulurkan senjata politik itu kepada UMNO, dengan cepat mereka mengambilnya untuk digunakan atas nama rakyat bagi melemahkan musuh politiknya.

Kini kerajaan perpaduan dijadikan satu projek propaganda untuk mengelirukan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia seluruhnya. Dengan nada mengejek yang tajam sindirannya, sambil tersenyum Timbalan Perdana Menteri berkata dia sendiri dan UMNO tidak tahu bagaimana bentuk kerajaan perpaduan itu kerana tidak dijelaskan oleh Presiden PAS yang baginya juga tidak jelas tentang cadangannya sendiri. Dengan itu Presiden PAS diberi imej sebagai orang yang suka bermain-main dengan politik untuk mendapat publisiti, bukan mengemukakan cadangan konkrit yang sudah difikirkan dengan mendalam dan masak-masak.

Pakatan Rakyat sendiri diletak dalam keadaan serba salah kerana tidak tahu hujung pangkal. Dalam politik Islam, peranan syura dijadikan asas untuk membuat keputusan. Bagaimana pula seorang tokoh politik Islam mengetepikan para pemimpin dalam Pakatan Rakyat untuk membuat keputusan sendiri atas nama Pakatan Rakyat? Ahli politik ini kelihatan begitu gelojoh hendak mendapat kredit dan publisiti murahan dengan menonjolkan projek kerajaan perpaduannya yang dia sendiri masih kabur.

Retorik murahan begini tidak sesuai untuk dijadikan permainan politik jika sekadar untuk mengelirukan dan menimbulkan perpecahan di dalam Pakatan Rakyat sendiri. Hanya kelemahan berfikir dan bertindak sahaja yang diperlihatkan, bukan ketajaman akal dan kebijaksanaan bermain politik yang benar-benar menguntungkan rakyat. UMNO dan PAS nampaknya, seperti biasa, terus bermain sunglap atas nama rakyat- [10/6/2009] Mohd. Affandi Hassan

BARANGKALI GENERASI MUDA...

PAS seolah-olah anggap sejarah:
Sekadar dongeng orang dahulu kala

Barangkali generasi muda PAS mempunyai kecenderungan yang sama dengan generasi muda UMNO, apabila tak peduli sangat mengenai fakta sejarah. Malah 'sejarah' jua dianggap bagaikan dongengan orang dahulu kala; persis golongan jahiliyah Mekah pada zaman Rasullullah membuat tafsiran al-Quran (yang menerangkan ibarat tamsil daripada sirah para anbia) sama seperti dongengan. Sekiranya generasi muda PAS memahami fakta sejarah, mereka tak akan berkompromi dengan isu 'kerajaan perpaduan'; di samping berharap kerajaan negeri Selangor juga bermentri besarkan PAS (sepatutnya sudah berlaku pada malam 8 Mac 2008). (gambar simbol parti bulan bintang di Indonesia, sebelum ini simbol PAS seakan-akan begini, tetapi warna kuning ialah putih di samping menegak ke kiri)

Barangkali generasi muda PAS tak berapa ingat simbol parti berkenaan sejak pilihanraya 1955 ialah 'bulan bintang', tetapi diharamkan pada 1978 oleh kerajaan pimpinan UMNO atas alasan ianya simbol agama Islam (tak tahu pula sejak bila 'bulan bintang' itu simbol Islam). Simbol 'bulan purnama' yang diguna pakai sekarang bermula pada 1978, di samping secara kebetulan PAS hampir pupus di Kelantan dengan memenangi dua kerusi DUN (atau diistilah oleh orang Kelantan sebagai 'batu nesan'). Sejak pilihanraya 1978, PAS menjadi parti 'hidup segan mati tak mahu' sekalipun Tan Sri Asri Muda disingkirkan pada 1982.

Barangkali generasi muda PAS mengimpikan kerusi wakil rakyat, exco dan menteri dengan kekuatan PAS sekarang, (sama seperti impian generasi muda UMNO), bukan sebagai pejuang. PAS bernasib baik pada 1990 apabila UMNO berpecah kepada 'team A' dan 'team B'. Menerusi kerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah (S46), Kelantan kembali ke tangan PAS. UMNO sekali lagi berpecah pada 1998, justeru PAS menambah kekuatan pada 1999 dengan menawan Terengganu. Apabila PAS menyangka mereka cukup kuat,pada 2004 Terengganu terlucut semula menerusi agenda UMNO 'gelombang biru'. Fakta sejarah ini barangkali perlu dihayati oleh generasi muda PAS. - Pak Dharma

INFO LUAR NEGARA

First Gitmo inmate in US court
pleads not guilty


By TOM HAYS and DEVLIN BARRETT
(Associated Press Writers Tom Hays And Devlin Barrett, Associated Press Writers)

NEW YORK – Under heavy guard, a Guantanamo Bay detainee walked into a civilian U.S. courtroom for the first time Tuesday, underscoring the Obama administration's determination to close the Cuban prison and hold trials here despite Republican alarms about bringing terror suspects to America.

Ahmed Ghailani, a Tanzanian accused in two American Embassy bombings a decade ago, pleaded not guilty — in English — in a brief but historic federal court hearing that transported him from open-ended military detention to the civilian criminal justice system.

President Barack Obama has said keeping Ghailani from coming to the United States "would prevent his trial and conviction." Taking a drastically different stance, House Republican leader John Boehner of Ohio labeled Tuesday's move "the first step in the Democrats' plan to import terrorists into America."

Ghailani, accused of being a bomb-maker, document forger and aide to Osama bin Laden, was brought to New York to await trial in connection with al-Qaida bombings that killed 224 people — including 12 Americans — at the U.S. embassies in Tanzania and Kenya in 1998.
U.S. marshals took custody of Ghailani from his military jailers and transferred him to a federal lockup in lower Manhattan that currently holds financial swindler Bernard Madoff, and once held mob scion John "Junior" Gotti and blind terror leader Sheik Omar Abdel-Rahman