Thursday, June 18, 2009

JEMPUTAN MAJLIS ILMU...

Pencinta ilmu dijemput hadir
Ke majlis Syeikh Nuruddin al-Banjari

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mempelawa orang ramai ke majlis ilmu bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban pada 20 Jun 2009 (Sabtu) jam 9.00 pagi, dengan ceramah disampaikan al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari (gambar) ulama muda dari kota Banjarmasin di Kalimantan, Indonesia. Berdasarkan http://alqasam.blogsome.com/ , al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun silsilah. Sebagai contoh: Sekiranya kita mempelajari hadis, maka hadis itu sampai silsilah periwayatnya sehingga kepada Rasulullah s.a.w.

Kalau kita mempelajari kitab-kitab ulama muktabar, maka kitab-kitab ini sampai silsilahnya kepada pengarang asal kitab ini seperti Imam As-Shafei, Imam As-Sayuti, Imam Nawawi dan lain-lain lagi. Di sinilah ketulenan dan keberkatan ilmu itu berpindah dari generasi ke generasi. Lantaran itu, amatlah wajar kita meraikan kedatangan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin dengan mengikuti majlis ilmu yang akan dikendalikan oleh beliau sendiri. Mudah-mudahan dengan menghadiri majlis ilmu dan mendampingi ulama, kita semakin hampir dengan Allahs.w.t.

Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M, di Kalimantan. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian dimadrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).

Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh Ulama seperti Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul- Ulama rahimahullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah. Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda.

Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad ‘Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990.Setelah menamatkan pengajian di Univ. al-Azhar, beliau menumpukan perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar yang datang dari Asia termasuk dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir sehingga beliau digelar sebagai al-Azharus Tsani ( Univ. Al-Azhar kedua).

Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau bertajuk At- Tamassuk Bil Kitab Wassunnah edisi terjemahan bertajuk Berpegang Dengan Kitab Dan Sunnah).

SUARA DARI SELATAN...


Sultan Johor murka:
Bina jambatan ketiga

Sultan Johor, Sultan Iskandar dilaporkan murka dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura di bahagian Johor Timur. Dalam laporan Bernama hari ini (18 Jun 2009), baginda bertitah yang disampaikan melalui Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail, mewakili baginda pada perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, Nusajaya di Johor Bahru hari ini. Baru-baru ini Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan mengenai minat Singapura terhadap pembinaan jambatan ketiga berikutan pertemuan dengan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew di Putrajaya.

Mengulas isu berkenaan ketika ditemui media di Kota Samarahan, Sarawak, Najib berkata, kerajaan belum membuat keputusan berhubung pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura. Menurutnya, perkara itu masih di peringkat cadangan kerana, sebelum dilaksanakan, satu kajian secara mendalam perlu dilakukan bagi memastikan sama ada ia memberi faedah atau tidak kepada kedua-dua negara. "Ini bukan keputusan muktamad lagi dan kita akan mengambil langkah untuk membuat kajian dulu, selepas kajian kemungkinan dibuat, kita kena tengok sama ada jambatan ini bermanfaat atau tidak," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Pichin, Serian, di sini, hari ini.

Najib berkata, masih ada banyak masa untuk mengadakan perbincangan dengan Sultan Johor dan juga kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya projek ini hendak diteruskan.

INFO KRISIS DUN PERAK


Peguam sahkan Nizar fail rayuan esok:

Bernama- 18/06/2009 5:30pm

PUTRAJAYA 18 Jun — Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Seorang daripada peguam Mohammad Nizar, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa permohonan itu difailkan di Pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini kerana tempoh akhir 30 hari bagi mengemukakan rayuan tamat pada Isnin.

Ditanya bagaimana beliau akan melakukan tanpa penghakiman bertulis, beliau berkata, mereka tidak mempunyai pilihan dan pasukan peguam mereka akan melakukan yang terbaik untuk merangka soalan berhubung perkara undang-undang mengenai keputusan lisan Mahkamah Rayuan.“Sudah pasti kami kebingungan kerana hanya seorang hakim (Datuk Md. Raus Shariff) menyatakan hasil keputusannya. Kedua-dua hakim yang lain tidak menyatakan apa-apa, tetapi kami akan melakukan yang terbaik.” - Bernama

INFO LUAR NEGARA

Suspected US missile:
Strikes in Pakistan kill 8

By Munir Ahmad, Associated Press Writer – 6 mins ago

ISLAMABAD – Suspected U.S. missile strikes pounded the hide-outs of a Taliban commander in northwestern Pakistan on Thursday, killing at least eight people, government officials said.
Shahab Ali Shah, the top administrative official in the South Waziristan tribal area along the Afghanistan border, said the missiles hit close to the villages of Gharlamai and Nandaran, about six miles (10 kilometers) west of the Wana bazaar area. He said the death toll could rise as villagers dig through the rubble.

Two Pakistani intelligence officials, speaking on condition of anonymity because they are not authorized to talk to media, said a training center of Taliban commander Malang Wazir between the two villages was the target and that nine people were killed.Two other intelligence officials, also speaking on condition of anonymity, said four missiles were fired at two sites. They put the casualties at eight dead and about two dozen wounded. Ali Khan Wazir, a shopkeeper, said drone aircraft had been flying over the area for hours before the explosions. He said Taliban vehicles were seen rushing to the scenes.

U.S. missiles fired from unmanned drones have repeatedly struck South Waziristan, most recently on Sunday after nearly a one-month lull. The strikes have generated a backlash over civilian casualties. Wednesday's strikes come as the Pakistani military has started pounding militant targets in the area with airstrikes. The highly anticipated operation is seen as a potential turning point in the yearslong and sometimes halfhearted fight against militancy in Pakistan. It could also help curb Taliban attacks on Western forces in Afghanistan.

But while Washington has been pushing for the offensive, on the heels of a similar operation in the Swat Valley, fighting in the lawless tribal region will likely be the toughest yet for Pakistan's military, testing both its combat capability and the government's will to see it through.
The Swat offensive has triggered a wave of retaliatory attacks by militants across Pakistan that have been blamed on Pakistani Taliban leader Baitullah Mehsud, whose base is in South Waziristan. More than 100 people have died since late May in suicide bombings on targets including police and security buildings, mosques and a hotel catering to foreigners. The attacks have fueled anti-Taliban sentiment in Pakistan that in turn has emboldened the politically weak government of President Asif Ali Zardari.

MOHD AFFANDI HASSAN MENULIS...


Marah Politik Atau Marah Betul-betul?

Nik Aziz, MB Kelantan, telah beri kata dua dan amaran kepada Timbalan Presiden PAS supaya melucutkan jawatannya yang dimenanginya dengan mengalahkan Husam dan Mat Sabu. Lucut jawatan jika masih mahu bercakap atau bermimpi tentang kerajaan perpaduan. Masuk UMNO, jangan jadi sampah dalam PAS. Adakah ini marah politik atau marah betul-betul? Mustafa Ali sudah awal-awal lagi beroleh marah politik daripada MB yang masin mulutnya itu, apabila dia pandai-pandai membuat ramalan Anwar Ibrahim akan gagal merebut kuasa bulan September lepas.

Ramalan itu memang tidak perlu pun, kerana bagi Anwar jika dia betul-betul dapat kuasa memang bagus, tetapi jika tidak dapat pun sudah sangat baik kerana gertaknya itu membuat anak-anak ayam didiknya lari bertempiaran ketakutan seperti anak ayam sedang dikejar helang. Yang penting di sini ialah idea itu telah ditanam di hati rakyat, supaya mereka betul-betul bersedia untuk melakukan perubahan. Jadi Mustafa Ali diberi marah politik kerana memandai-mandai membuat ramalan yang tidak perlu itu.

Kini Nasharuddin pula kena, adakah kena marah politik atau kena marah betul-betul? Nampaknya dia kena marah betul-betul, bukan marah politik lagi. Sampai Nik Aziz beri kata dua supaya lepaskan Ahli Dewan Rakyat Bachok, kalau tidak mahu lagi berada dalam PAS. Tapi kali ini lebih menarik, kerana Mustafa Ali yang kini S/U Agung PAS, kasi amaran bahawa tidak ada rundingan antara UMNO dan PAS mengenai kerajaan perpaduan. Kalau mahu berunding, mesti dengan Pakatan Rakyat. Kenyataan Mustafa Ali penting kerana dia membawa kembali keadaan siuman dalam politik tarik tali budak-budak kampung.
Bagus sekali jika kini PAS sudah sedar bahawa dia harus bersama dengan Pakatan Rakyat, bukan tersorong-sorong mencari partner dengan UMNO yang sedang lemas. Jika pendirian Mustafa Ali adalah pendirian PAS, maka PAS berada di atas landasan yang betul. Yang penting sekarang ialah memperkuat barisan alternatif, bukan mengelirukan rakyat dan para pengikut dengan cadangan karut yang boleh memecahbelahkan muafakat yang baru hendak menjadi kuat.

Jika ini diteruskan, maka PRU 13 nanti akan memberi rakyat peluang terbaik untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN yang telah gagal membela rakyat selama lebih dari 50 tahun. Sungguh sayang jika PAS yang sudah berumur 50 tahun lebih masih berperangai budak-budak, selalu berubah tempat seperti budak-budak bermain coh. Lebih sayang seribu kali sayang kerana lagak tidak berpendirian tetap itu datangnya daripada kumpulan yang disebut golongan ulama.

Kalau mereka tidak pandai berpolitik, duduk saja di surau-surau dan lecturelah penduduk kampung yang bodoh-bodoh tentang khayalan mereka yang muluk-muluk, sambil memarahi orang lain yang bertungkus-lumus bekerja keras (walau apa pun tujuan kerja keras itu!). Huru-hara politik Melayu menjadi bertambah keliru dan kusut apabila seorang mufti memberi amaran bahawa perpecahan Melayu sangat teruk, oleh itu UMNO mesti disokong untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dengan PAS.

Nampaknya mufti yang seorang ini cukup seronok menjadi alat politik UMNO/BN, sehingga sanggup memberi fatwa tidak rasmi bahawa keselamatan Melayu dan Islam berada dalam tangan UMNO, oleh itu UMNO mesti diperkuatkan lagi dengan bantuan PAS yang tidak keberatan menerima politik UMNO yang menegaskan PAS tidak layak memerintah negara, oleh itu hanya mempunyai satu pilihan saja, iaitu bekerjasama dengan UMNO untuk membela Melayu dan Islam. Konon. Tukar konon itu menjadi “kunun”, seperti yang disebut oleh para pemimpin UMNO, yang akhirnya menjadi kuno.

Selagi Melayu sanggup “diperkununkan” oleh UMNO untuk percaya UMNO penyelamat Melayu dan Islam, maka selama itulah Melayu akan terus bodoh, tidak boleh berfikir dengan bebas, tidak mahu melepaskan diri daripada belenggu feudalisme UMNO yang ternyata merugikan Melayu dan Islam itu. Orang Melayu akan jadi cerdik dan berani sekali lagi jika mereka menolak UMNO dan menolak sebarang kerjasama antara UMNO dan PAS. Orang Melayu harus sedar, harus celik mata melihat bagaimana UMNO membentuk dan mewariskan kepemimpinan di kalangan mereka.

Perhatikan dengan teliti dan kritis, nescaya anda akan melihat bagaimana kepemimpinan dalam UMNO semakin lama semakin lemah, semakin tidak boleh diterima kerana terlibat dalam segala macam skandal yang tidak dapat dijelaskan dan dilepaskan dari sebarang keraguan. Perhatikan bagaimana para pemimpin UMNO mengelak daripada bercakap benar dan secara kontan berdepan dengan kebenaran. Yang diberikan mereka setiap masa bukan penjelasan, tetapi alasan yang dicari-cari apabila berdepan dengan kebenaran.

Biarlah maksud kebenaran itu tidak dijelaskan di sini kerana terlalu banyak perkara yang tidak benar itu dilemparkan kepada orang Melayu untuk diterima. Yang penting untuk difikirkan dengan kritis dan tuntas ialah kerajaan perpaduan tidak dapat menyelesaikan apa-apa masalah jika para pemimpin yang akan menerajuinya masih UMNO dan serpihan PAS yang selalu berubah pendiriannya.Bukan kerajaan perpaduan yang diperlukan oleh rakyat pada waktu ini, tetapi penyingkiran para pemimpin yang korup, tidak bermoral, pembohong dan penindas kebenaran. Itulah yang diperlukan rakyat sebenarnya.

Siapa mereka telah dikenali rakyat, oleh itu penyingkiran itu tidak menjadi masalah lagi. Jangan kusutkan perkara yang jelas ini dengan huru-hara politik yang ditimbulkan oleh para pemimpin yang korup, yang kaya wang dan kaya skandal, atau yang ditimbulkan oleh tokoh agama yang pentingkan kedudukan dan gelaran daripada bercakap benar. Kesimpulan moral yang penting ialah: UMNO tidak diperlukan lagi dalam bentuk apa sekali pun. Titik. - [18/6/2009] Mohd. Affandi Hassan