Sukar mengikat tanduk seberkas:
Apabila seladang terus menebong
Assalamualaikum,
Barangkali banyak pihak sukar menerima penampilan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam aktiviti politik selepas beliau mengambil keputusan untuk bersara pada 2003. Mungkin sahaja menerusi laman web beliau, Tun Dr M sekadar menerima komen 'apa khabar Tun', 'itu bagus, ini bagus', kadangkala boleh mengelirukan. Apabila saya postingkan pendirian Tun D M berkaitan isu PPSMI, respon agak menakutkan, mengecutkan dan melecutkan! Malah mereka menyangka saya bersetuju dengan Tun Dr M, setelah PRIMA mengambil pendirian 'hidup dan mati' bersama Bahasa Melayu!.
Memang dalam proses demokrasi ianya berpegang kepada kebebasan bersuara, yakni menolak sebarang 'perhambaan minda', tetapi seperti diperjelaskan dalam ungkapan orang tua-tua: Sukar mengikat tunduk seberkas; sukar mengepal (menggenggam) pasir kering di tangan. Justeru, setiap orang mempunyai pandangan yang perlu sama-sama kita hormati kerana 'akal tak sekali tiba; fikiran tak sekali datang'. Apalagi dalam senario sekarang, orang Melayu tak suka UMNO disebabkan 'kebencian' bukan lagi 'keberangan'; 'meluat' bukan kerana 'tak kuat' dan 'menyampah' tak disebabkan 'kena sumpah'!
Misalnya Pengerusi GMP Dato' Dr Hassan Ahmad mengakui, "Saya benci membaca apa-apa yang datang dari sesiapa saja lidah berbelit, kalah lidah biawak dan belit ular sawa. Silap-silap, dia ingat dia aje yang betul, saya akan bedal dia!". Sebenarnya Dato' Dr Hassan tak menujukan kepada sesiapa, sebaliknya mengingatkan pendirian PRIMA tak berkompromi dalam perjuangan Bahasa Melayu. Penulis blog Seladang pula, terus menebong apabila saya postingkan isu PPSMI yang sangt alergik kepada beliau, barangkali! Dr Harun Kidam dari Melaka juga bangkit dengan deklamasi puisi di Melaka semalam (11 April 2009) yang menolak pelakasanaan PPSMI.
Menerusi emel bekas pegawai tinggi kementerian dan pengkritik sastera Melayu, Mohd Affandi Hassan turut melahirkan rasa bencinya terhadap isu pelaksanaan PPSMI yan dianggapnya tak mahu memberikan sebarang komen."Buat masa ini lebih saya tak memberikan komen, mungkin tak akan memberikan sebarang komen!", beliau menjelaskan. Rumusannya pencinta bahasa dan aktivis berasa jijik dengan pelaksanaan PPSMI, malah sebagai mesej kepada UMNO, bersiap sedialah untuk menjadi roda bulat yang berputar (seperti kata Dato' Seri Dr Rais Yatim roda tu tak empat persegi). Barangkali 'Malaysia Baru Harapan Baru' boleh melupuskan 'Satu Malaysia, Kabinet Rakyat' yang heh heh heh!
-Pak Dharma