Wednesday, July 29, 2009

Jgn lanjut khidmat Musa Hassan

Pulihkan kembali imej PDRM!
Anggota keselamatan perlu jujur

oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim
Bertempat di bilik jawatankuasa Bangunan Parlimen pagi ini, satu sesi meja bulat telah diadakan di antara Pakatan Rakyat dan organisasi bukan kerajaan lainnya. Sesi meja bulat khas hasil inisiatif Sdr Lim Kit Siang ini menjurus meneliti kepincangan institusi keselamatan dan keadilan terutamanya di kalangan pimpinan pasukan polis.

Tidak dapat dinafikan pasukan polis merupakan sebuah institusi yang sudah lama berkhidmat demi menjamin keamanan dan keselamatan rakyat. Demi memastikan pengorbanan anggota keselamatan yang jujur menabur bakti tidak disia-siakan oleh sesegelintir, adalah penting satu usaha digembeling secara menyeluruh bagi memulihkan integriti serta keyakinan rakyat terhadap pasukan polis.

Kegagalan kerajaan umno-bn menuruti saranan Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Polis untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Pasukan Polis menimbulkan tanda tanya rakyat terhadap iltizam kerajaan, sedangkan Suruhanjaya DiRaja tersebut mengakui peningkatan mendadak kadar jenayah menimbulkan keresahan rakyat serta kegusaran para pelabur. Manakala keyakinan rakyat hanya dapat dipulihkan sekiranya kewujudan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis menjadi kenyataan.

Selepas meneliti pandangan dan mendengar pendapat wakil dari pelbagai organisasi, para hadirin secara sebulat suara menuntut supaya kerajaan tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan. Mereka melahirkan rasa kesal kerana pimpinan atasan polis telah mengabaikan tanggungjawab mereka; iaitu melindungi dan menjamin keselamatan rakyat keseluruhannya.

-ANWAR IBRAHIM

info ekonomi

Malaysia's EPF, Prokhas
deny loan facility talks

Reuters - Wednesday, July 29

KUALA LUMPUR, July 28 - The Employees Provident Fund , Malaysia's largest pension fund, on Tuesday dismissed a media report it was in talks to provide a 5 billion ringgit loan facility to a government agency. The Malaysian Reserve newspaper, citing an unidentified source on Tuesday, said the EPF was ready to fund the loan at an undisclosed rate to Prokhas, a government-owned special purpose vehicle.

Prokhas, owned by the Finance Ministry, runs two schemes under the government's economic stimulus, providing guarantees on bank loans to small and medium enterprises.
"The EPF denies that it is currently in talks with Prokhas for a 5 billion ringgit loan," said the pension fund in a statement.

Prokhas also issued a statement denying the report."There has been no deal or 'talks' between Prokhas and EPF on any loan issues. Prokhas itself is not in need of any loan for its operations," said Prokhas.

(Reporting by Soo Ai Peng and Niluksi Koswanage; Editing by Kim Coghill and Tomasz Janowski)

info graduan menganggur

120 kali mohon kerja
Graduan masih gagal

Salam kawan-kawan semua.... saya ni dah lama minta kerja tak dapat2, samaada kerja swasta tau govt. dah dekat 120 applications saya minta...minta bantuan kawan-kawan inform dekat saya jika terdengar atau mengetahui company yang memerlukan pekerja terutama diarea penang, kedah atau perlis kerana saya org utara dan mempunyai keluarga.saya mempunyai kelulusan ijazah kewangan. wassalam - (Diana Said, emel: 29 Julai 2009, 9.30 am)

Panduan dari sumber manusia
Untuk pemohon jawatan k'jaan

Salamz....kamu sudah cuba guna laman web jobsmalaysia?daftar dalam laman web ni...http://www.jobsmalaysia.gov.my/daftar untuk kerja goverment dan juga swasta.pekerjaan untuk goverment di dalam jobsmalaysia meliputi kekosongan di badan2 berkanun, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.untuk kerajaan persekutuan kamu akan disambungkan terus ke SPA.

Maksudnya sekiranya kamu ada memohon di SPA maka permohonan kamu di JobsMalaysia akan membatalkan permohonan kamu yang lama.Sekiranya kamu dah mendaftar, kamu perlu membuat carian kerja, Klik pada carian kerja, kemudian carian kerja khas, klik hanya di bahagian negeri dan daerah pilihan kerja sahaja. Kemudian klik cari.

Selepas tu kekosongan yang matching dengan kamu akan dipaparkan, kamu hanya perlu klik pada nama company tersebut dan segala butir-butir tentang kekosongan termasuk gaji yang ditawarkan serta pegawai untuk dihubungi akan dapat dilihat oleh kamu. kamu boleh terus menghubungi person in charge tersebut untuk mengetahui tentang kekosongan tersebut dan juga untuk bertanyakan bila boleh kamu menghadiri temuduga.' Sekiranya terdapat masalah kamu boleh menghubungi saya :-

RAZALI BIN MAT RAMLI
IBU PEJABAT JABATAN TENAGA KERJA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, PUTRAJAYA

razali@mohr.gov.my Semoga kamu mendapat pekerjaan..Aminnnnn....

Azlina minta Diana
Layari laman blog Felda

Felda Plantation Resorts Sdn Bhd juga memerlukan seorang Eksekutif Kewangan untuk di tempatkan di Felda Residence Hot Springs Perak. Layari http://www.felda.net.my/ link ke Felda Holdings Berhad

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: "Azlina Ab Rahman" Date: Wed, 29 Jul 2009 11:56:57 +0800

Suara Dari Daerah Kecil...

Orang Asli Kg Tohor:
Pertikai Mat Hassan & Rais

Penduduk-penduduk etnik Orang Asli di Kampung Tohor, Jelebu baru-baru ini dilaporkan sudah berani mempertikaikan wibawa Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Mohamad Hassan dan Ahli Parlimen Jelebu yang juga Menteri Kebudayaan, Komunikasi, Warisan dan Kebudayaan Dato' Seri Dr Rais Yatim dalam sesi dialog baru-baru ini. Pimpinan UMNO yan selama ini disambut baik oleh penduduk Orang Asli, dikejutkan dengan suara baru penduduk berasaskan penolakan perhambaan minda. Mohamad dan Rais disoal, kenapa UMNO hanya datang untuk pilihan raya atau sesi dialog, selepas itu hilang macam batu campak ke lubuk.

Kampung Tohor, lokasinya antara Kampung Chennah di mukim Gelami Lemi (Kenaboi) ke Lata Kinjang di kaki Gunung Besar Hantu. Apalagi selepas 52 tahun merdeka, Orang Asli di Kampung Tohor sekadar diumpan dengan janji manis pilihanraya. Sebelumnya Orang Asli di sini, sekadar berjiran dengan Orang Asli di Kampung Esok, malah seakanakan tersisih dengan dunia luar. Sebaliknya apabila di kalangan mereka sudah mempunyai pendidikan yang baik, di samping berkahwin dengan puak lain di luar Kenaboi (khabanya berkahwin dengan Orang Asli di Air Baning, Durian Tipus), pendekatan mereka agak berbeza. Prasarana yang tak berubah sejak merdeka hingga sekarang perlu dijawab oleh Mohammad dan Rais. Begitulah!

Penduduk di sini memberitahu, buat pertama kali dalam sejarah kerjaya Rais, penduduk Orang Asli mempertikai kedudukannya sebagai Ahli Parlimen (1974-1990) dan (1999-hingga sekarang). Mereka juga mahu menikmati bekalan elektrik, bukan bergantung kepada generator; mereka mahu jalan diturap minyak tar, bukan jalan kayu balak yang sukar kalau kenderaan berselisih, dan blah blah blah! Jangan biarkan gajah tempang terus mengamuk (naik minyak) di hutan Gagu, hingga jabatan perlihitan meminta bantuan bomoh dan tok pawang. Ehem ehem ehem!

INFO SASTERA & BUDAYA

PUISI

Terpancar Di Sinar Matamu

Antara jerit cengkerik
dan tali pancing yang putus
dalam nyanyian nyamuk
dan deru sungai merentas batu
Jeram Besu
kita melakar peta
perjalanan esok
tanpa ragu dan penuh tahu
arah yang dituju.

Dan terpancar di sinar matamu
aku melihat betapa semangatmu
Nahar bagaikan pancaran
sinar mentari pagi
di kaki langit
yang saujana kudus.

-Yassinsalleh
jam 1302
Julai 29, 09
Petaling Jaya.

Kalau Nanti Orang Bertanya

Angin yang kencang
di puncak bukit ini sekarang
membawa rinduku pulang
ke dakapanmu duhai
semalamku yang hilang
nun jauh ke kampung laman
aku terapung-apung
dalam kesegaran
hembusan bayu memanjang
di manakah agaknya kini
kalian duhai teman se sungai mandian
kawan se halaman permainan
dulu kita rajawali perkasa
melayang-layang melegari
awan bertenun pelangi
menatang citra mengarak lentera
penuh perkasa.

Aduhai, semalamku yang hilang
aku ini dagang terbuang
di kota algojo yang sedang
amat ghairah dan serakah
melatih para pertanda
di anjung keraton
tanpa lentera tanpa citra
tanpa apa.

Tiba-tiba ingin saja
aku meminta angin bukit
yang kencang ini
meniupkan butir-butir pasir
masuk ke mata
supaya tak siapa tahu
bahawa aku sudah pun memulakan
tangisan esok bangsaku
yang hari demi hari
kian bertambah tak mengerti
kalau nanti orang bertanya
katakan padanya
pasir masuk ke mata.

-Yassinsalleh
jam 1418
Juali 29, 09
Bukit Gasing, Petalng Jaya.

Kes Ditangguh...

MUTAKHIR
Inkues kematian Teoh ditangguhkan 5 Ogos ini

SHAH ALAM: Prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock yang bermula pagi ini ditangguhkan kepada 5 Ogos bagi membolehkan peguam pemerhati keluarga mangsa, kerajaan Selangor dan Majlis Peguam meneliti beberapa dokumen berkaitan. Permohonan penangguhan itu dibenarkan Koroner, Azmil Muntapha Abad dan menetapkan pada tarikh itu sama ada membenarkan dokumen berkaitan saksi boleh diberikan. Sebelum itu, peguam mewaliki keluarga mendiang Teoh, Gobind Singh Deo meminta dokumen berkaitan laporan bedah siasat, kimia, DNA, forensik dan rakaman CCTV dibekalkan kepada pasukan peguam terlebih dulu. - http://www.bharian.com

SEKALI PERSETUA...

Kuat PR hanya psaikologi:
Sinambung kisah Tun Mai

Kata sahibul hikayat maka Orangkaya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasssin itu dikatakannya anak-anak buah Orangkaya Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim bukan kuat, hanya temberang sahaja (atau disebut anak-anak cucu akhir zaman sebagai psaikologi). Adapun kalau kekuatan mereka itu temberang, alangkah baiknya dibubarkan sahaja DUN Perak itu, supaya sekalian orang banyak tahu siapa temberang dan tak temberang, adanya. Kononnya di mana-mana sahaja anak-anak buah Orangkaya Permatang Pauh itu beramuk-amukan, tetapi Orangkaya Dato' Seri Ong Tee Kiat dan Dato' Seri (Tabib) Chua Sooi Lek itu bukanlah anak buah Orangkaya Permatang Pauh.

Arakian Orangkaya Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Orangkaya Tan Sri Rafidah Aziz juga bukanlah anak buah Orangkaya Permatang Pauh, tetapi beramuk-amukan bagaikan Tuah dan Jebat di istana Melaka. Apalagi malaslah orang banyak mahu sebut satu persatu mengenai Keyveas-Murugiah atau Samy Vellu-Subramaniam-Sothianathan, kerana mereka semuanya bukanlah anak buah Orangkaya Permatang Pauh. Orangkaya Tan Sri Muhyiddin itu khabarnya ke Afrika ia bersama bekas Orangkaya Perdana Menteri Tun (Tabib) Mahathir Mohamad, kerana menjadi kegemaran bekas Orangkaya itu melabur ke negara-negara miskin.

Syahdan, maka tiada berapa lamanya, dengan takdir Allah Taala mahligai itu terbakar, tiba-tiba di atas kemuncak mahligai itu api. Maka segala anak tuan-tuan itu berebut masuk untuk menunjuk berani dan berbuat jasa. Adapun Tun Mai (nama sebenarnya Tun Muhyiddin seakan-akan sama pula dengan heh heh heh!) memerhati api sahaja sambil mengerah orang masuk menyelamatkan harta raja.Hendak masuk takut terbakar kerana bulu romanya yang lebat, maka digelar orang banyak ia Tun Mai Hulat Bulu. Disebabkan Tun Mai itu temberang sahaja menunjuk berani, maka diperbuat otang nyanyi:

Kalau di hulu berkayu arang
Di hilir bakar tempurung bertepi
Sudah tahu Tun Mai temberang
Kenapa dibiar bermain api?

Maka sekalian orang banyak pun tertawa sambil menyurat 'Kitab Melayu' bersama:







HIDUP BAHASA MELAYU!

JEMPUTAN KEPADA SEMUA...

============================================
BACA PUISI 'MANIFESTASI RAKYAT
'Warga Prihatin Malaysia (PRIMA)

menjemput ke majlis
BACA PUISI MANIFESTASI RAKYAT
menentang PPSMI dan isu rakyat prolitar.

Tempat: Kelab Golf Perangsang, Templer Park, Selangor
Masa : 8.30 malam
Tarikh : 15 Ogos 2009

Tetamu Istimewa:.................

Semua dijemput hadir.

Turut mengundang
Pimpinan PRIMA:

Pak Dharma - Yahaya Ismail - Dato' Kamal Amir - Prof Dato' Dr Mohamad Mansor Abdullah - Yassinsalleh - Dr Seri Intan Mokhtar - Datin Rozie Rahman - L Mankadir Shamsi - Ahmad Nizam Hamid - Zainal Rasidin - MSO - Yasleh Rita Ayu - Adiah Mat Lana - Haji Abu Bakar Ninggal - Zakaria Bidin.
==========================================

SEKILAS PANDANG...

Mengikut skrip akhbar Melayu:
Sandiwara dalam 'Enam Jahanam'




Tak perlu meminta khidmat 'Nujum Pak Belalang', memang sudah diramalkan media Utusan Melayu akan menjadikan isu kenyataan "pergi jahanamlah Umno" oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Penolakan bulat-bulat Nik Aziz kepada usaha untuk berbaik-baik dengan UMNO yang bagi mereka menunjukkan kesombongan dan sifat keterlaluan Menteri Besar Kelantan itu, mengikut skrip Utusan Melayu dengan memetik pandangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Dato' Dr Awang Adek Hussin. Oleh itu, mereka mahu UMNO agar tidak beria-ia untuk bekerjasama dengan Pas kerana beranggapan bahawa semua ucapan Nik Abdul Aziz berhubung soal hendak berbaik-baik dengan Kerajaan Pusat hanyalah satu lakonan semata-mata. - (Gambar, Dato' Nik Aziz dalam majlis bersama nelayan di Kota Bharu)

Kalau mahu melihat kehebatan lakonan, barangkali bolehlah menonton filem 'Enam Jahanam' karya Allahyarham Tan Sri Dr P. Ramlee, dengan kedudukan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sekarang sebagai Perdana Menteri ke 6. Heh heh heh! Salahkah Tantari mencari dan menbunuh 'Enam Jahanam' yang membunuh serta merogol isterinya, Mas di (B)atang Me(N)ara?. Setiap 'Enam Jahanam' pula berselindung di sebalik kedudukan masing-masing sebagai usahawan, perbankan, korporat, penghulu, guru persilatan dan ahli politik yang bermuka-muka, bersuka-suka dan beragenda-agenda. Sebaliknya Tantari tak bersendirian menghancurkan kebobrokan 'Enam Jahanam', tetapi dibantu oleh Laksamana Tamhuri...

P. Ramlee sudah menyampaikan mesej sejak dekad 1960-an lagi, malangnya tak mampu untuk dikongsi bersama oleh isy isy isy! Tak payahlah Awang Adek bersandiwara menyebut: "Bagi pihak parti, kita (Umno) dari awal hingga akhir sentiasa bersedia kalau nak berbaik-baik, nak berbincang. Tapi kalau sebelah sana bukan saja tak bersedia, bukan saja mempermain dan mempersendakan kita, sekali boleh, sekali tak boleh...payahlah kita (hendak beri kerjasama). "Kita orang Melayu dan beragama Islam, bermaruah, berbudaya, perlu membuat contoh yang elok," kata Awang Adek. Kalau bermaruah, berbudaya perlu membuat contoh, apakah contoh tragedi kematiah Teoh di pejabat SPRM mahu diikuti? - (Gambar, adegan dari filem 'Enam Jahanam')

Malah dilaporkan http://harakahdaily.net/ Dato' Nik Aziz dalam majlis bersama nelayan di Kelantan menyebut, ketika pemimpin UMNO begitu mengharap PAS bagi memperkuat ketuanan Melayu, dan di saat lain pula pemimpin UMNO mendera pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat. Ia langsung tak mencerminkan semangat 1Malaysia seperti diimpikan perdana menteri. Adegan itu sudah lama berlaku. Dan baru-baru ini diulang semula Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Noh Omar apabila melarang pegawai di bawah kementerian yang diterajuinya menghadiri mesyuarat anjuran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat, kata Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas isu berkenaan.

Beliau seterusnya menambah, tindakan menteri berkenaan amat tidak wajar kerana cuba menyekat hak rakyat. "Tindakan sedemikian seumpama kembali semula di zaman Jepun yang berpuak-puak dan dengki. Sekarang dengan kebangkitan Islam keadaan sedemikian amat tidak sesuai lagi. Tapi tiba-tiba timbul semula masalah begitu ketika perdana menteri melaungkan semangat 1Malaysia,? ujarnya selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Dataran Warisan, perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, baru-baru ini. Aduhai!

-Pak Dharma