Wednesday, April 15, 2009

DARI LAMAN BLOG:

Samson buta mata
Spartacus masih dirantai.

Assalamualaikum,

Memang filem-filem lama menjadi nostalgik, malah tak jemu ditonton apabila ditayangkan di kaca tv (kalau di panggung tak kuasa mahu melongo bersama anak-anak muda). Pagi ini (15 April 2009) selepas solat subuh Astro 412 (CinemaX), secara tak sengaja saya menonton filem 'Spartacus' yang sudah beberapa kali ditonton. Filem keluaran dekad 1960-an itu, pernah juga saya tonton ketika bersantai di penginapan pada 1996 apabila ke Stockholms di Sweden. Bagaimanapun saya tak menonton sejak awal, kerana filem berkenaan ditayangkan di kaca tv mulai jam 5.00 pagi, tetapi hampir 7.00 pagi barulah saya terconggok di depan tv

Semalam(14 April 2009) channel yang sama di samping waktu yang sama, filem 'Samson and Delilah' ditayangkan di kaca TV. Justeru selepas solat subuh, di samping bersantai menunggu sarapan, sempat juga menonton filem nostalgia berkenaan. Barangkali perkara biasa sahaja filem-filem terbabit, tetapi sinikal yang ditampilkan hampir tak disedari. Apalagi 'Samson and Delilah' yang diadaptasi daripada injil ayat 13-16 itu, terlalu menusuk di kalbu perihal perkasa seorang lelaki dimusnahkan oleh pujuk rayu perempuan. Samson pula rela matanya dibutakan sebagai balasan Allah kerana mudah digoda oleh kecantikan Delilah. Begitulah!

Spartacus pula dianggap epik terkenal perihal manusia membebaskan perhambaan minda dan fizikal, tetapi sukar menembusi peraturan dan undang-undang empayar Rom. Bagaimanapun undang-undang (seperti kata Tok Nikah Kahwin @ Musang Berjanggut, itu undang-undang Dato' yang bikin) tak mampu menewaskan perpaduan golongan prolitar. Apabila komander tentera Rom, Crusses tampil di khalayak ramai untuk memerangi Sparticus, dia menyeru bala tenterannya: 'New Rome, new Italy, new empire!'.

Malaysia memang melalui period 'Sparticus' dan 'Samson and Delilah' sekarang sama ada secara langsung atau tak langsung. Pemilihan filem-filem berkenaan di Astro 412 (CinemaX) seolah-olah mengingatkan kita, Samson akan dbutakan matanya selepas tergoda dengan kejelitaan Delilah, sama ada secara simbolik mahupun realitinya. Spartacus juga akan terus dirantai selepas memporak-perandakan kerajaan besar Rom, yang dipimpin komander tentera yang baru Crusses. Empayar Rom yang sukar dikalahkan pada era sebelum Masehi akhirnya melalui episod beberantakan, barangkali Astro 412 akan menayangkan pula 'The Fall of The Roman Empire' lakonan aktor Stephen Boyd dan aktres Sophia Loren.

-Pak Dharma.

INFO ANTARABANGSA...


Anwar Dicalon 100 tokoh
Paling berpengaruh di dunia

Pejabat Ketua Pembangkang Parlimen Dato' Seri Anwar Ibrahim melaporkan, pimpinan Pakatan Rakyat itu dicalonkan oleh majalah 'Time' antara 100 tokoh paling berpengaruh di dunia. Pencalonan tersebut memberi kredit kepada Malaysia iaitu di kalangan orang Melayu, memang mampu menampilkan tokoh berwibawa, berkarisma dan setanding dengan pimpinan negara luar. Bagaimanapun sikap Pateh Karma Wijaya yang berakar umbi dalam pimpinan Melayu, legenda Hang Tuah dan Hang Jebat menjadi tragedi yang ditangisi sepanjang zaman. Justeru dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Dato' Seri Anwar hari ini (15 April 2009) menjelaskan:

"Majalah antarabangsa Time sekali lagi mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai antara 100 orang tokoh paling berpengaruh dunia untuk tahun 2009. Pada tahun lalu, Anwar diiktiraf sebagai antara tokoh paling berpengaruh dalam kategori Pemimpin & Revolusioner sebaris dengan Barack Obama, Hillary Clinton, Dalai Lama dan Vladimir Putin.Sekiranya anda ingin memilih calon tokoh berpengaruh dunia untuk tahun 2009, anda boleh layari pautan di bawah:

IMBAUAN TUN DR MAHATHIR...


THE GENERATION GAP
By
Dr. Mahathir Mohamad on April 15, 2009 11:37 AM


1. When in 1957 we became independent the population was only five million. Even after 1963 when Sabah and Sarawak joined the Peninsula to form Malaysia the population was only slightly more than six million.

2. Today Malaysia's population is 27 million. Obviously most Malaysians were born after 1957-1963. Meaning to say they had not known anything but being free, being independent, being ruled by their fellow countrymen.

3. History is not a compulsory subject in our schools. If at all history is taught it is sketchy, not really giving a clear picture of what it was like to be ruled by foreigners, by the British, the Japanese and in some cases the Thais.
4. I am not trying to say that those who lived under colonial rule are more appreciative of independence, although that is basically true. But what we should all be concerned with is that we appreciate our independence and our freedom more, whatever may be our political leanings.

5. Is it wrong for us to look back on the past? Some think it is irrelevant. That was before, this is now. Don't tell us all those stories about the struggles of people gone by. We have always been independent. All our life we have been independent.

6. But I think we should know where we came from. Otherwise we would not know which way we should go. We may think we are going forward when in fact we are going backward, back to where we started. We would not be making progress.

7. I am pleading for the teaching of history. George Santayana, an American philosopher once said; "Those who forget the lessons of history will be condemned to repeat their mistakes over and over again", or words to that effect.

8. How do we know we are not repeating our mistakes now if we do not know of our mistakes in the past. We need to know.

9. We need to know how we came to be colonized. We need to know how we barely managed to escape from being a Communist state.

10. We need to know how our Rulers were forced to surrender their states to the British. We need to know how the British were forced to rescind the MacMichael treaties. And so on, and so forth.

11. Somewhere along we would recognize the mistakes we had made. And knowing them we would be better able to avoid making them again. Our country would continue to grow and prosper.

12. The independent generations have enjoyed the independent country they inherited.

13. Surely they would want their children and grandchildren to inherit the same.
14. And this they can ensure by knowing the history of this beloved country and the mistakes of the past.

CORETAN KEMBARA...


Antara dua 'Warung Saya':
Di kota dan di desa yg berbeza

Singgahlah di 'Warung Saya'. Di Hujung Jembatan' pemberitahuan: Kalau sesiapa dari Chow Kit nak ke PWTC singgahlah di 'Warung Saya', dekat hujung jembatan; ada wifi, free fon charging dan free fomo surfing. Boleh komen blog; boleh SMS ngata orang, boleh tengok orang-orang terhormat telanjang. Boleh duduk sembang-sembang, pasang pukat pasang lukah, pasang tajur kalau mujur, malam boleh dangdut sampai pagi. Bila nampak Yang Berhormat lalu boleh ikut tawar khidmat memudah cara, biasanya mereka pemurah, lebih-lebih lagi yang luas hutan negerinya.
Kalau bawa ke Jalan Alor bolehlah tumpang sekaki. Haaa? Kenapa aku buka warung begitu? Supaya senang dapat overriding komisyen jual orang beli orang, tulis blog tulis buku, semuanya sedang laris sekarang. Hantar SMS pun boleh dapat upah lumayan. Jangan lupa datanglah sembang-sembang di 'Warung Saya' hujung jembatan. Kembara di kota berbeza dengan kembara di desa, kerana warung di desa tak sama dengan warung di kota. Bagaimanapun kalau ke Lancang, di Pahang singgahlah di 'Warung Saya' milik L. Mankadir Shamsi. Boleh cari telur itik kampung, kerdas, jering, daun asam jawa, petai; kadangkala tempoyak pun ada. Tapi, awas L Mankadir ternak lembu, kambing dan seladang juga! - (Yassinsalleh, Pucung Perdana, Selangor - 15 April, 2009; jam 18:03:37)

ANALITIKAL MOHD AFFANDI:

Memang tidak wajar UMNO:
Bebankan masalahnya kepada rakyat

Melalui Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin UMNO memberitahu rakyat parti itu hendaklah diberi masa dua tahun untuk membaiki imej dan strukturnya yang lebih mesra rakyat. Rakyat diberitahu mereka kena tunggu dua tahun untuk melihat apa yang digembar-gemburkan sebagai Kabinet Rakyat itu berkesan atau tidak. Bagi UMNO/BN, masa yang diberikan rakyat lebih dari 51 tahun untuk “membela” rakyat tidak cukup, perlu tambahan khusus untuk membuktikan UMNO/BN memang mementingkan rakyat.

Adakah ini berupa pengakuan bahawa sudah lebih 51 tahun rakyat dilenakan dengan janji dan projek gergasi yang tidak memberi manfaat kepada mereka? Adakah UMNO kini mengaku ia telah gagal menjadi pemerintah yang mesra rakyat? UMNO/BN sudah tua dan tidak relevan lagi dalam percaturan politik abad 21 di Malaysia. Inilah mesej penting yang rakyat perlu fahami dan ambil ingatan supaya mereka tidak dipermainkan selama 50 tahun lagi dengan coklat berulat yang diberi nama Kabinet Rakyat.

Sebenarnya sejak dahulu hingga sekarang tidak wujud “kabinet rakyat” yang digembar-gemburkan sekarang. Semua kabinet dari dahulu hingga kini adalah kabinet para pengail politik yang matlamatnya yang paling utama ialah menjaga kepentingan parti dan kepentingan ketua-ketua UMNO yang sentiasa rakus syahwat politiknya. Apa yang dilaungkan sebagai transformasi dan reformasi dalam UMNO bukanlah untuk rakyat, tetapi untuk gembung-gembung UMNO dan sekutunya untuk memastikan mereka menang besar dalam pilihan raya akan datang. Mana ada reformasi dan transformasi untuk rakyat? Tidak ada.

Jika ada berilah contoh konkrit untuk dinilai. Tidak ada contoh konkrit itu. Yang ada hanya usaha untuk membaiki kelemahan parti dan para pemimpin UMNO/BN supaya rakyat memilih mereka lagi dalam pilihan raya akan datang. Jika itulah maksud transformasi dan reformasi, maka agenda peribadi UMNO/BN yang begitu ketara dan angkuh disogokkan kepada rakyat wajib ditolak bulat-bulat oleh rakyat tanpa ragu-ragu lagi.

Slogan baru, gagasan satu Malaysia, mungkin boleh diterima oleh etnik bukan Melayu yang menunggu-nunggu sekian lama “Melayu” itu sama taraf dengan mereka, tanpa sebarang keutamaan diberikan kepada mana-mana etnik atau suku kaum atau komuniti (ketiga-tiga istilah ini digunakan dengan maksud yang sama dari segi politik perkauman). Yang pertama perlu dihapuskan ialah hak istimewa orang Melayu; diikuti kemudian status bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan (yang ditolak UMNO); kedudukan ekonomi disamaratakan dengan memberi keutamaan kepada etnik China untuk meneruskan monopoli mereka (hakikat ekonomi ini tidak pernah dibincangkan dengan terbuka dan mendalam.

Oleh itu sekarang perlu dilakukan dengan kritis supaya Melayu tahu mengapa mereka susah mendapat barang-barang yang diperlukan dalam sektor pembinaan misalnya). Kesan politik pula cukup besar bagi UMNO/BN. Gagasan satu Malaysia menuntut mereka membubarkan parti perkauman, dengan itu UMNO, MCA, MIC dan semua parti gabungan perlu dibubarkan dengan menjadikan BN sebuah parti untuk semua etnik yang sama rata kedudukannya. Ini bererti Presiden BN boleh sesiapa saja yang dipilih oleh perwakilan atau sebarang cara yang ditentukan nanti. Jika perkara ini tidak mahu dilakukan, maka apa yang dinamakan gagasan satu Malaysia itu hanya khayalan Perdana Menteri saja, untuk mengelirukan lagi rakyat yang sudah terlalu keliru dan bercelaru. [15/4/2009]

(*Mohd Affandi Hassan, sasterawan dan pengkritik sastera Melayu tersohor. Beliau berpengalaman dalam pentadbiran dan pengurusan negara. Sebagai pesara PTD dan bekas pegawai tinggi kementerian, beliau memahami masalah kontraktor dan pembekal Melayu yang berurusan di jabatan-jabatan kerajaan)

INFO SASTERA & BUDAYA



PUISI

Aduhai Peniup Nafiri

SYAHDAN tersebutlah
kisah di suatu ketika
betapa raja Melaka
demi menafsui
si Puteri Gunung Ledang
sanggup ia merampas
setiap saga
emas dan perak
rakyat Melaka.

Betapa raja Melaka
menghukum bunuh Hang Tuah
yang amat setia
kerana fitnah Karma Wijaya
betapa raja Melaka
sepenuh-penuh relanya
menjadi penyembah
maharaja benua
menghantar ufti
sembah setia
kerana bukan sekadar
Hang Lipo seorang,
lima ratus dayang jadi tambahan
pemuas nafsu pengasah ulu.

Betapa raja Melaka
lintang pukang
mencawat ekornya
bila Melaka
diserang Feringgi
betapa kedi rajaan Melaka
bersemayam sudah di muzium
kota sejarah singgahsananya.

Betapa Melaka hari ini
sudah menjadi
sebuah kandang babi
menampung selera
sang gembalanya
yang bertakhta
di pulau di hujung anjung.

ARAKIAN kini,
tak siapa peduli
bahawa di Melakalah
terungkapnya kata-kata
'Takkan Melayu Hilang Di Dunia'
sebagai gembala khinzirkah, mungkin?

Aduhai peniup nafiri
yang kematian angin
janganlah kau buka
pentas sejarah
keaiban ini..!

-Yassinsalleh
jam 20.59.25
14 April 09
hujan mencurah
bagaikan tujuh tempayan
airmata orang-orang
Melaka.

INFO DARI EMEL:

Imej dua sami Budha
Solat berjemaah di masjid

Barangkali dakyah mahu menghina Islam disibarkan menerusi internet, di samping gunakan 'Islamic e-book' sebagai gerakan menyuburkan informasi. Ketika bangsa Melayu memberi fokus kepada 'ketuanan Melayu', di samping kekebalan raja-raja diperkotak-katikkan menerusi pindaan undang-undang 1993 yang digerakkan oleh UMNO, 'Islamic e-book' bukan sahaja turut menyibarkan karikatur Nabi Muhammad yang dicedok dari Barat, malah meng-emel-kan pelbagai dakyah yang mengganggu minda. Mereka menyibarkan gambar sami-sami Siam turut bersolat di tengah masjid (mungkin di selatan Thailand; mungkin juga teknik pertindihan gambar) yang motifnya menghina, menghina dan menghina!

PRIMA mempostingkan gambar-gambar berkenaan untuk perhatian bersama, supaya tak lagi terperangkap dengan percikcokan politik dengan mengheret mufti ikut sama menyentuh ahli pembangkang menggunakan ayat-ayat al-Quran ketika berkempen. Dalam masa mencari laba politik, fikirkanlah internet digunakan 'melanyak Islam' habis-habisan. Dua imej gambar yang dpostingkan ialah memperlihat dua orang sami Budha bersolat di masjid bersama jemaah umat Islam. Sekalipun beberapa imej diemelkan, tetapi PRIMA menampilkan dua imej sami Budha terbabit sedang berdiri dan sujud. Astaga!

KOMENTAR:

bersama Pak Parjo...

Penitir-penitir canang dimarahi:
Kerana Orangkaya tak peduli jasa

Arakian terlalu marah Orangkaya Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana kononnya segala penitir-penitir canang memutar belitkan kata-katanya. Adapun Orangkaya Tan Sri Muhyiddin itu berkatalah ia sekalian orang bukan Melayu tak menyokong anak buahnya dalam pemilihan di Bukit Gantang. Syahdan apabila tersauk ikan tersenyumlah Orangkaya itu, tetapi tersauk bangkar maka masamlah muka ia. Tetapi akan penitir-penitir canang itu tak dihiraukan sama ada orang besar-besar itu marah ataupun tiada; asal sahaja menerima habuan padalah!

Sebermula akan Orangkaya Pagoh itu setelah bergelar Orangkaya Timbalan Perdana Menteri, semakin garanglah ia. Segala barang lakunya ditakuti sekalian orang banyak. Maka penitir-penitir canang yang sentiasa mengekori penggawa menteri dan sekalian binti-binti perwira itu berdiam diri setelah dicerca, kerana masa ini ialah orang yang paling berkuasa di negeri Melayu itu, adanya. Barang katanya mestilah dipatuhi kalau mahu menjaga periuk nasi; apalagi disebut orang dahulukala, maka sekalian orang pun kabullah akan Seri Maharaja jadi bendahara.

Syahdan maka datanglah persalin seperti adat bendahara, dianugerahi keris bandan dengan selengkapnya. Adapun akan adat dahulukala, apabila orang jadi bendahara atau jadi penghulu bendahari, atau temenggung, akan jadi menteri, dianugerahi baju sakhlat dan keris dengan selengkap alatnya. Tetapi penghulu bendahari dan temenggung dan para menteri tiada berkebak; akan bendahara berkebak dan buli-buli dawat; jikalau jadi temenggung dianugerahi tombak bertetampan. Setelah Seri Maharaja jadi bendahara, Melaka pun makin makmur maka para pedagang berpantun:

Bandar Melaka
pisang jarum
air Bukit Cina
Bendahara Seri Maharaja.

Begitulah peri masyhurnya negeri Melayu itu sejak zaman bahari sudah bersatu padu ia dengan disebut 'Satu Melaka' jua (sebelum dikenali sekarang 'Satu Malaysia') seperti dirawikan dalam 'Kitab Melayu' daripada:







HIDUP BAHASA MELAYU!

DARI LAMAN BLOG

Baru sahaja diberi taklimat:
'Satu Malaysia' kpd jemaah menteri

Assalamualaikum,

Mesyuarat kabinet hari ini (15 April 2009) Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dilaporkan memberi taklimat mengenai konsep 'Satu Malaysia' kepada jemaah menteri. Rupa-rupanya selama ini jemaah menteri belum tahu lagi dengan konsep berkenaan, justeru perlu diberi taklimat. Biasanya dasar negara sudah diterima secara kolektif sebelum ianya dilaksana; atau dalam bahasa mudah memang sudah difahami oleh jemaah menteri. Barangkali konsep 'Satu Malaysia' perlu diberi taklimat, kerana sebelumnya wujud 'beberapa Malaysia' sama ada 'Malaysia Timur', 'Malaysia Barat' dan 'Malaysia Semenanjung'. Isy isy isy!

Pada period Tunku, Tun Razak dan Tun Hussein Onn sudah wujud 'Malaysia Timur' dan 'Malaysia Barat'; sebaliknya dimasuhkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan perbezaan waktu setengah jam di seragamkan. Akibatnya di Malaysia Barat lewat setengah jam daripada Malaysia Timur, terpaksa diawalkan. Misalnya jam 6.30 pagi, terpaksa diselaraskan kepada 6.00 pagi, lantas tergocoh-gocohlah (bukan tergopoh-gopoh) kakitangan awam ke pejabat. Kadangkala tak sempat solat subuh, kalau menetap di Seri Gombak mahu ke Putrajaya.

Disebabkan dasar kerajaan tak ditentukan oleh demonstrasi jalanan; malah istana juga tak boleh campur tangan membuat dasar, justeru pelaksanaan badan kehakiman di samping pelbagai akta digerakkan untuk memperhambakan minda. Rakyat hampir menjadi jumud, berfikiran beku malah dilaporkan timbalan menteri pun dipanggil bodoh kerana tak memahami polisi kerajaan. Apalagi polisi kerajaan berubah-ubah mengikut slogan, misalnya daripada 'pembangunan' kepada 'DEB' diikuti 'perpaduan', 'penerapan nilai Islam', 'Islam Hadhari' dan 'Satu Malaysia'!

Barangkali jemaah menteri pun masih melongo dengan perubahan 'Islam Hadhari' kepada 'Satu Malaysia', malah mesyuarat kabinet hari ini (15 April 2009) baru diberikan taklimat oleh Dato' Seri Mohd Najib. Justeru hari ini jemaah menteri baru diberi kefahaman mengenai 'Satu Malaysia' itu, di samping DUN Terengganu bergolak, UMNO Perlis berkocak dan UMNO di Perak terus berombak, bergejolak dan berbolak-bolak. Heh heh heh!

-Pak Dharma.