Monday, July 13, 2009

NGOMEL BERSAMA KAMAL AMIR...

Karyawan fasih bahasa Inggeris:
Belajar teknikal filem dari Hongkong


Pagi ini (13 Julai 2009) saya menonton TV Astro (CinemaX 412) dokumentasi di belakang tabir pembikinan filem 'Rush Hour'. Selama ini saya menjangka karyawan filem Hollywood terlalu hebat dengan kreatviti pembikinan filem aksi. Rupa-rupanya karyawan filem Hollywood mempelajari pelbagai teknik aksi daripada karyawan filem Hongkong, terutama menampilkan seni mempertahan diri. Mereka juga mengakui kagum akan kemahiran aktor Jackie Chan melakukan aksi lasak bag menghasilkan filem 'Rush Hour' berkenaan. Apabila menelusuri kerja-kerja seni berkenaan, saya melihat karyawan yang fasih berbahasa Ingeris itu terpaksa belajar teknik-teknik filem aksi daripada karyawan Hongkong yang tak fasih berbahasa Inggeris.

Sekiranya bahasa Inggeris itu bahasa ilmu, kenapa karyawan-karyawan filem Hollywood yang fasih berbahasa Inggeris terpaksa mempelajari ilmu tkenikal perfileman daripada karyawan yang tak fasih berbahasa Inggeris? Ketika saya ke Armsterdam tak lama dulu, saya menaiki van yang dipandu pengusaha pelancong. Rupa-rupanya pengusaha pelancong itu seorang State Councelor (atau di sini ADUN) yang memandu sendiri van berkenaan, di samping fasih berbahasa Inggeris. Beliau tak mempunyai kemahiran dalam sains dan matematik, sekalipun fasih berbahasa Inggeris, justeru bagi menambahkan pendapatan beliau terbabit dalam perusahaan pelancongan. Maknanya, bahasa Inggeris tak melambangkan ketinggian ilmu seseorang. - Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz, Jurucakap PRIMA.

CHEGU BARD DEDAH 'POLITIK WANG' DI MANEK URAI

UMNO galakkan 'politik wang':
Apa yang diharap lagi pada SPRM?
oleh: Badrul Hisham Shaharin

Sekali lagi diulang kenyataan kewujudan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya membuang wang rakyat dan SPRM bukan sekadar hilang maruah tetapi ia sudah mati dari prinsip kewujudanya. Selaku ko ordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) SPRM sudah tidak harus lagi dibicarakan kewujudanya kerana SAMM sudahpun mengistiharkan SPRM mati dihari kelahiranya. Upacara pembakaran dan penyerahan permit kubur SPRm telahpun disempurnakan oleh SAMM di depan Ibupejabat SPRM putrajaya pada 25 Febuari 2009 yang lalu. (sila klik sini untuk baca lanjut)

Sebenarnya SPRM bukan sahaja punya cukup 'kelengkapan' dan 'kewangan' untuk memenuhi kehendak kewujudanya namun lebih dari itu SPRM sebenarnya punya ramai kakitangan yang punya roh perjuangan ke arah memerangi rasuah dan meningkatkan maruah integriti negara. Malangnya lembu - lembu yang bergelar pegawai tinggi SPRM lebih berminat menjadi tunggagan regim Bn.Pengarah SPRM Negeri Sembilan masih berhutang penjelasan mengenai tindakanya selaku Pengarah SPRM N.Sembilan ''meminta' dan 'menerima', wang 'sumbangan' dengan julah yang besar dari Menteri Besar Negeri Sembilan.

Che'GuBard dimaklumkan oleh teman seorang anggota satu Jawatankuasa di bawah SPRM telahpun membincangkan perkara ini diperingkat jawatankuasa yang dianggotainya. Tiada penafian dibuat (maknanya tuduhan tersebut benar) cuma dicadangkan tindakan amaran 'keras' kepada Pengarah SPRM Negeri Sembilan kerana kesalahan tersebut (ertinya kesalahan berlaku). (sila klik untuk baca lanjut mengenainya)Terbaru di Manik Urai jika (mendiang) SPRM masih hidup sudah tentu tindakan harus diambil kerana ugutan atau tawaran rasuah politik. Penduduk Manik Urai diugut oleh pemimpin Regim Bn agar mengundi Bn untuk mendapat Jambatan Baru. (sila klik sini untuk baca lanjut) Ini jelas salah !.

Selain itu bukan sedikit peruntukan wang rakyat digunakan untuk kempen Regim Bn. Contohnya 6000 pelajar tiba - tiba diberikan peralatan sekolah, kasut dan pakaian sekolah dalam satu majlis Bn. Malah gambar dibawah cukup membuktikan bagaimana Timbalan Presiden komponen Regim Bn (Umno) terlibat dalam rasuah kain batik/pelikat kepada pengundi.

- Gambar dirakam oleh Jinggo (jurugambar bebas) di Manik Urai dandisiarkan di laman foto beliau.
Terbaru mendapat email dari pembaca blog ini yang menghantar maklumat amalan korupsi yang dilindungi oleh lembu (Pegawai Tinggi) SPRM. cheGuBard diperingkat mengumpul bukti sokongan dan pengesahan maklumat sebelum pendedahan dibuat.Apapun pendedahan dibuat rakyat perlu sedar tidak akan ada tindakan diambil kecuali ia tidak melibatkan kepentingan pemimpin tinggi Regim Bn.....untuk melihat pemimpin tinggi regim Bn atau lembu SPRM ini berlumba masuk ke penjara maka rakyat harus bangkit menghumban Regim Bn. - http://chegubard.blogspot.com/

CATATAN PERJALANAN DI MANEK URAI


Bekwah

Setiap hari Manek Urai bekwah
di mana-mana rezeki merempah ruah
di mana-mana daging kena ratah,
ikan panggang, ayam percik, kambing bbq, gulai kawah
murah sungguh rezeki, mudah sungguh mimpi
mewah sungguh janji.

Aduhai, alangkah moleknya
selepas ini ada lagi wakil rakyat yang mati
selain dapat makan lauk daging lazat-lazat
boleh juga jual kp.

Wanginya bau asap panggang daging
katmana pula lepas ni ada lagi bekwah besar
tujuh hari tujuh malam macam ni
murahnyalah rezeki
ramainyalah orang kaya murah hati
Banyaknyalah orang berbudi di Manek Urai loni...

-Yassinsalleh
jam 2235,
Julai 12, 09
Manek Urai.

SURAT PILIHAN EMEL

Ajaran Islam semuanya rahmah
Kalau keluar rahmah jadi sia-sia

Islam mempunyai karakter sebagai agama yang penuh kemudahan seperti telah ditegaskan langsung oleh Allah Swt. dalam firmanNya:وماجعل عليكم في الدين من حرج “…dan Dia tidak menjadikan kesukaran dalam agama atas diri kalian.” Sementara dalam sebuah haditsnya, Nabi Saw. pun bersabda: إن الله لم يبعثني معنتا ولامتعنتا ولكن بعثني معلما ميسرا “Sesungguhnya Allah Swt. tidak mengutusku untuk mempersulit atau memperberat, melainkan sebagai seorang pengajar yang memudahkan.” (HR. Muslim, dari ‘Aisyah ra.) Visi Islam sebagai agama yang mudah di atas termanifestasi secara total dalam setiap syari’atnya.

Sampai-sampai, Imam Ibn Qayyim menyatakan, “Hakikat ajaran Islam semuanya mengandung rahmah dan hikmah. Kalau ada yang keluar dari makna rahmah menjadi kekerasan, atau keluar dari makna hikmah menjadi kesia-siaan, berarti itu bukan termasuk ajaran Islam. Kalaupun dimasukkan oleh sebagian orang, maka itu adalah kesalahkaprahan.” Ada beberapa prinsip yang secara kuat mencerminkan betapa Islam merupakan agama yang mudah. Yaitu di antaranya: Pertama, menjalankan syari’at Islam boleh secara gradual (bertahap). Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak. Ada tahapan yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban pokok agama.

Setelah yang pokok-pokok berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah. Izin untuk mengamalkan syari’at Islam secara bertahap ini telah dicontohkan oleh RasululLah Saw. sendiri. Suatu hari, seorang Arab Badui yang belum lama masuk Islam datang kepada RasululLah Saw. Ia dengan terus-terang meminta izin untuk sementara menjalankan kewajiban-kewajiban Islam yang pokok saja, tidak lebih dan tidak kurang. Beberapa Sahabat Nabi menunjukkan kekurang-senangannya karena menilai si Badui enggan mengamalkan yang sunnah. Tapi dengan tersenyum, Nabi Saw. mengiyakan permintaan orang Badui tersebut.

Bahkan beliau bersabda: “Dia akan masuk surga kalau memang benar apa yang dikatakannya.” Kedua, adanya anjuran untuk memanfaatkan aspek rukhshah (keringanan dalam praktek beragama). Aspek Rukhshah ini terdapat dalam semua praktek ibadah, khususnya bagi mereka yang lemah kondisi tubuhnya atau berada dalam situasi yang tidak leluasa. Bagi yang tidak kuat shalat berdiri, dianjurkan untuk shalat sambil duduk. Dan bagi yang tidak kuat sambil duduk, dianjurkan untuk shalat rebahan. Begitu pula, bagi yang tidak kuat berpuasa karena berada dalam perjalanan, maka diajurkan untuk berbuka dan mengganti puasanya di hari-hari yang lain.

Dalam sebuah hadits Qudsi Allah Swt. berfirman: إن الله يحب أن تؤتي رخصه كما يكره أن تؤتي معصيته “Sesungguhnya Allah suka kalau keringanan-keringananNya dimanfaatkan, sebagaimana Dia benci kalau kemaksiatan terhadap perintah-perintahNya dilakukan.” (HR. Ahmad, dari Ibn ‘Umar ra.) Dalam sebuah perjalanan jauh, RasululLah Saw. pernah melihat seorang Sahabatnya tampak lesu, lemah, dan terlihat berat. Beliau langsung bertanya apa sebabnya. Para Sahabat yang lain menjawab bahwa orang itu sedang berpuasa. Maka RasululLah Saw. langsung menegaskan: “Bukanlah termasuk kebajikan untuk berpuasa di dalam perjalanan (yang jauh).” (HR. Ibn Hibbân, dari Jâbir bin ‘AbdilLâh ra.)

Ketiga, Islam tidak mendukung praktek beragama yang menyulitkan. Disebutkan dalam sebuah riwayat, ketika sedang menjalankan ibadah haji, RasululLâh Saw. memperhatikan ada Sahabat beliau yang terlihat sangat capek, lemah dan menderita. Maka beliau pun bertanya apa sebabnya. Ternyata, menurut cerita para sahabat yang lain, orang tersebut bernadzar akan naik haji dengan berjalan kaki dari Madinah ke Mekkah. Maka RasululLâh Saw. langsung memberitahukan, “Sesunguhnya Allah tidak membutuhkan tindakan penyiksaan diri sendiri, seperti yang dilakukan oleh orang itu.” (HR. Bukhâri dan Muslim, dari Anas ra.)

Demikianlah, Islam sebagai agama yang rahmatan lil’ ‘alamin secara kuat mencerminkan aspek hikmah dan kemudahan dalam ajaran-ajarannya. Dan kita sebagai kaum muslimin, telah dipilih oleh Allah Swt. untuk menikmati kemudahan-kemudahan tersebut. Diceritakan oleh ‘Aisyah ra. bahwa RasululLâh Saw. sendiri dalam kesehariaannya, ketika harus menentukan antara dua hal, beliau selalu memilih salah satunya yang lebih mudah, selama tidak termasuk dalam dosa. (HR. Bukhâri dan Muslim) Akan tetapi, kemudahan dalam Islam bukan berarti media untuk meremehkan dan melalaikan kewajiban-kewajiban yang telah ditetapkan.

Rukhshah tidak untuk dijadikan apologi, keringanan-keringanan dari Allah bagi kita jangan sampai membuat kita justru menjadi jauh dariNya. Karakter Islam sebagai agama yang mudah merupakan manifestasi nyata bahwa ajaran Islam bukanlah sekumpulan larangan yang intimidatif, melainkan ajaran yang mewedarkan kasih-sayang. Sehingga dengan demikian, ketika kita menjalankan ajaran-ajaran Islam, motivasinya bukan karena kita takut kepada Allah Swt., tapi lebih karena kita rindu dan ingin lebih dekat denganNya. Bukan karena kita ngeri akan nerakaNya, namun lebih karena kita ingin bersimpuh di haribaanNya –di dalam surga yang abadi. - Ustadz Abdullah Hakam Shah, Lc

SALAM SANTAI ABANG ZEK

Tak adil nilai Najib
100 hari baru jadi PM

Saudara saudari yang dihormati sekelian, semoga hari minggu ini hari santai yang menceriakan. Dalam lesungbatu hari ini, tidak kurang dimeriahkan dengan dua rencana berjodol:-

1. Najib tidak boleh dinilai dalam masa 100 hari sahaja.
2. BICARA AHAD BERSAMA RINAS JASMINE: Teknologi sudah cukup sempurna tetapi manusia masih belum terdidik. Ruangan Jenakaria memaparkan kisah ‘berbual dalam tandas’.

Manaka dalam ruangan Gambar Menarik memaparkan orang gemar berbadan sendo. Dukacita dimaklumkan ruangan Bicara Bisu yang baru dimulakan minggu lalu tidak dapat diteruskan berikutan masalah teknikal yang tidak dapat diatasi lagi. Akan cuba juga sehingga benar-benar tidak boleh. Kalau ada masa, layarilah www.lesungbatu.webs.com hari ini dan komen dan suara anda amat dialu-alukan.

Salam hormat dari Zakaria Bidin (Abang Zek) Pengelola lesungbatu.