Sunday, July 19, 2009

SAYA PERNAH DIPUKUL DAN DIAIBKAN...


Dibiarkan terbujur kaku kesejukan:
Institusi keadilan negara yang bobrok

(Teks ucapan Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam forum 'Kebenaran Di Sebalik Skandal: Perak, PKFZ & Konspirasi BN" di Lagoon 2 Ballroom, Sunway Resort Hotel & Spa pada 18 Julai 2009, Sabtu 2.30 pm - 5.00 pm)

Saya pernah dipukul dan diaibkan. Dibiarkan terbujur kaku kesejukan di dalam pusat tahanan Bukit Aman. Tiada rawatan segera, hanya menanti takdir Tuhan, tidak pasti selamat ataupun tidak. Sudah pasti ramai yang tidak menyangka, malah saya sendiri sukar membayangkan, ada di antara pimpinan intitusi keselamatan dan keadilan negara ini, yang diharapkan melindungi rakyat, mampu bertindak melampaui batas. Lebih dari 10 tahun telah berlalu, rakyat Malaysia mahukan yang lebih baik untuk semua. Akan tetapi penguasa semakin lalai dari amanah yang diberikan.
Belum lagi negara kita pulih dari kesedihan dan kemarahan kerana dikejutkan dengan kematian sdr Teoh Beng Hock. Sudah ada mereka yang sanggup merendahkan akal budi serta harga diri dengan terjun menjerumus ke dalam jurang yang paling dalam; jurang kebencian dan perkauman. Kerana ingin mengampu, ada di antara media kongkongan umno-bn sedang mula mencatur serta menuai bibit-bibit perkauman sempit, demi melepaskan beban tanggungjawab beberapa institusi seperti SPRM, Kehakiman dan Polis.

Terhakisnya keyakinan rakyat terhadap institusi Kehakiman, Polis serta SPRM adalah akibat perbuatan sendiri. Rakyat tidak sesekali boleh diperbodohkan. Mereka menuntut penjelasan berhubung skandal pita video V.K Lingam, skandal PKFZ, skandal pembelian Eurocopter komisen kapal selam beratus juta dan tuduhan pembabitan pegawai atasan polis dengan kumpulan kongsi gelap.

Berhadapan dengan kemarahan serta ketidakyakinan rakyat terhadap sistem yang mereput, maka tidak menghairankan lah propaganda murahan dianyam oleh sang picisan, walaupun ianya ternyata gila. Hasrat dan keinginan rakyat diketepikan, yang penting penguasa tidak dituding bersalah dan terpaksa memikul beban. Para pengampu tidak pernah peduli sekiranya apa yang ditulis dan disiarkan meloyakan. Makanya kegilaan dan meloyakan, bukanlah sesuatu yang asing melainkan ianya senantiasa bertaut demi mengolah persetujuan mereka yang diperintah.

Kegilaan dan alasan meloyakan seperti ini mengingatkan saya kepada bait-bait kisah yang terkandung di dalam Illiad dendangan penyair buta Homer. Apabila ditanya kepada Agamemnon, mengapa bertindak merampas kekasih Achilles. Sang penguasa menjawab, bukan salahnya sendiri melainkan ianya kerana mahkluk Erinys merasuki dengan ate(keinginan), lalu menyebabkan dia merampas kekasih kesatria Greek tersebut. Agamemnon, takut dan gusar amarah Achilles serta tentera Greek sekaliannya, sanggup menyajikan alasan seperti itu, biarlah ianya meloyakan dan tidak masuk akal. Persamaan di antara Agamemnon, penguasa rakus Greek dan para pengampu yang wujud sekarang amatlah jelas sungguhpun hidup di zaman berbeza.

Namun saya yakin Rakyat Malaysia sedar isu pokoknya ialah Keadilan. Samada ianya membabitkan mendiang Teoh, Kugan dan Allahyarham Rumie Azzan Mahlie, apa yang dituntut ialah Keadilan. Kezaliman tidak pernah mengenali warna kulit, asal ras dan kepercayaan. Mereka yang menzalimi dan dizalimi, bukannya hak eksklusif mana-mana kaum dan agama. Merenung pesan Al- Quran jelas sekali gesaan agar ditegakkan Keadilan dan menentang kezaliman.

“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan…” (surah al hadiid: 25)

Kebobrokan dan kezaliman berterusan tidak boleh lagi dibiarkan. Oleh kerana itu PAS, DAP dan PKR bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat. Kami bertekad menegakkan Keadilan dan membawa perubahan kepada sistem yang sepatutnya berkhidmat kepada rakyat melewati batas ras kebudayaan serta kepercayaan. Tragedi yang menimpa Allahyarham Rumie Azzan Mahlie, Kugan dan Teoh sewajarnya mengingatkan kita, Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban untuk bersatu segera melakukan Perubahan.

SURAT PILIHAN DARI EMEL

Gara-gara enggan jadi hakim:
Diseksa, dipukul ketika dipenjara

oleh: Mujiarto Karuk

Akibat menolak diangkat menjadi hakim, Abu Hanifah ditangkap. Ulama ahli hukum Islam itu pun di penjara. Sang penguasa rupanya marah besar hingga menjatuhkan hukuman yang berat. Dalam penjara, ulama besar itu setiap hari mendapat siksaan dan pukulan. Abu Hanifah sedih sekali. Yang membuatnya sedih bukan karena siksaan yang diterimanya, melainkan karena cemas memikirkan ibunya. Beliau sedih kerena kehilangan waktu untuk berbuat baik kepada ibunya.Setelah masa hukumannya berakhir, Abu Hanifah dibebaskan. Ia bersyukur dapat bersama ibunya kembali. (Gambar hiasan - Masjid Nabawi di Madinah, lambang keadilan dan kehakiman)

"Ibu, bagaimana keadaanmu selama aku tidak ada?" tanya Abu Hanifah."Alhamdulillah......ibu baik-baik saja," jawab ibu Abu Hanifah sambil tersenyum. Abu Hanifah kembali menekuni ilmu agama Islam. Banyak orang yang belajar kepadanya. Akan tetapi, bagi ibu Abu Hanifah ia tetap hanya seorang anak. Ibunya menganggap Abu Hanifah bukan seorang ulama besar. Abu Hanifah sering mendapat teguran. Anak yang taat itu pun tak pernah membantahnya. Suatu hari, ibunya bertanya tentang wajib dan sahnya shalat. Abu Hanifah lalu memberi jawaban. Ibunya tidak percaya meskipun Abu Hanifah berkata benar.

"Aku tak mau mendengar kata-katamu," ucap ibu Hanifah. "Aku hanya percaya pada fatwa Zar'ah Al-Qas," katanya lagi. Zar'ah Al-Qas adalah ulama yang pernah belajar ilmu hukum Islam kepada Abu Hanifah." Sekarang juga antarkan aku ke rumahnya,"pinta ibunya. Mendengar ucapan ibunya, Abu Hanifah tidak kesal sedikit pun. Abu Hanifah mengantar ibunya ke rumah Zar'ah Al-Qas. "Saudaraku Zar'ah Al-Qas, ibuku meminta fatwa tentang wajib dan sahnya shalat," kata Abu Hanifah begitu tiba di rumah Zar'ah Al-Qas. Zar'ah Al-Qas terheran-heran kenapa ibu Abu Hanifah harus jauh-jauh datang ke rumahnya hanya untuk pertanyaan itu? Bukankah Abu Hanifah sendiri seorang ulama? Sudah pasti putranya itu dapat menjawab dengan mudah.

"Tuan, Anda kan seorang ulama besar? kenapa Anda harus datang padaku?" tanya Zar'ah Al-Qas. "Ibuku hanya mau mendengar fatwa dari anda," sahut Abu Hanifah.Zar'ah tersenyum," baiklah, kalau begitu jawabanku sama dengan fatwa putra anda," kata Zar'ah Al-Qas akhirnya. "Ucapkanlah fatwamu," kata Abu Hanifah tegas. Lalu Zar'ah Al-Qas pun memberikan fatwa. Bunyinya sama persis dengan apa yang telah diucapkan oleh Abu Hanifah. Ibu Abu Hanifah bernafas lega. "Aku percaya kalau kau yang mengatakannya," kata ibu Abu Hanifah puas. Padahal, sebetulnya fatwa dari Zar'ah Al-Qas itu hasil ijtihad (mencari dengan sungguh-sungguh) putranya sendiri, Abu Hanifah. (Gambar hiasan - Jabal Rahmah, pertemuan Adam a.h, dan Hawa a.h. menjanjikan kesejahteraan manusia).

Dua hari kemudian, ibu Abu Hanifah menyuruh putranya pergi ke majelis Umar bin Zar. Lagi-lagi untuk menanyakan masalah agama. Dengan taat, Abu Hanifah mengikuti perintah ibunya. Padahal, ia sendiri dapat menjawab pertanyaan ibunya dengan mudah. Umar bin Zar merasa aneh. Hanya untuk mengajukan pertanyaan ibunya, Abu Hanifah datang ke majelisnya."Tuan, Andalah ahlinya. Kenapa harus bertanya kepada saya?" kata Umar bin Zar. Abu Hanifah tetap meminta fatwa Umar bin Zar sesuai permintaan ibunya. "Yang pasti, hukum membantah orang tua adalah dosa besar," kata Abu Hanifah.

Umar bin Zar termangu. Ia begitu kagum akan ketaatan Abu Hanifah kepada ibunya. "Baiklah, kalau begitu apa jawaban atas pertanyaan ibu Anda?"Abu Hanifah memberikan keterangan yang diperlukan. "Sekarang, sampaikanlah jawaban itu pada ibu anda. Jangan katakan kalau itu fatwa anda,"ucap Umar bin Zar sambil tersenyum. Abu Hanifah pulang membawa fatwa Umar bin Zar yang sebetulnya jawabannya sendiri. Ibunya mempercayai apa yang diucapkan Umar bin Zar. Hal seperti itu terjadi berulang-ulang. Ibunya sering menyuruh Abu Hanifah mendatangi majelis-majelis untuk menanyakan masalah agama. Abu Hanifah selalu menaati perintah ibunya. Ibunya tidak pernah mau mendengar fatwa dari Abu Hanifah meskipun beliau seorang ulama yang sangat pintar.

(Sumber Kisah kisah teladan)

TILAM POLIS DI MANEK URAI DILELONG...

RM10 setiap tiga unit
3,000 tilam polis utk PRK

KUALA KRAI: Sebanyak 5,000 tilam yang digunakan bagi penginapan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai baru-baru ini dilelong kepada penduduk tempatan hari ini. Pengurus Operasi Mad Global Resources Sdn Berhad iaitu syarikat pembekal tilam itu kepada PDRM, Azlina Adni, berkata syarikatnya diarah melelong tilam span itu pada harga RM10 untuk setiap tiga unit kepada penduduk kampung di kawasan Manik Urai. "Kita anggarkan pendapatan daripada hasil jualan ini sebanyak RM15,000 dan sebahagiannya disumbang kepada pihak yang memerlukan sumbangan," katanya kepada Bernama selepas majlis lelongan tilam itu di sini.

Syarikat itu membekalkan tilam bagi kegunaan penginapan kepada lebih 3,000 pasukan polis sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN itu yang bermula 6 Julai hingga Selasa lalu. Azlina berkata, pihaknya membuat tiga lelongan di tiga tempat berasingan, di Manek Urai sebanyak 1,000 unit, Chuchuh Puteri (1,000 unit) dan Laloh, 3,000 unit. Beliau berkata, jualan pada harga murah kepada penduduk tempatan adalah sebahagian daripada program kebajikan yang disalurkan oleh syarikat itu kepada orang ramai. - Bernama

DISIASAT DI BAWAH AKTA MESIN CETAK

2 wartawan dipanggil polis:
Dedah isu 'Restoran Berahi'

KUALA LUMPUR: Dua wartawan sebuah akhbar tempatan yang sering memaparkan isu-isu sensasi dipanggil polis bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berhubung laporan muka hadapan akhbar tersebut semalam yang bertajuk "Restoran Berahi". Kedua-dua wartawan tersebut dipanggil memberi keterangan malam tadi selama dua jam iaitu dari jam 8 hingga 10 malam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPKKL, Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya memanggil kedua-dua wartawan terbabit berhubung pendedahan berani mengenai sebuah restoran yang kononnya menyediakan wanita seksi untuk melayan pelanggan semasa menjamu selera.

Wartawan itu juga mendakwa perkhidmatan itu hanya terbuka kepada ahli restoran itu dan disediakan pada hujung minggu tertentu saja. Ku berkata, laporan yang dikeluarkan itu adalah palsu kerana siasatan mendapati restoran tersebut tidak wujud. Difahamkan gambar yang didedahkan wartawan tersebut diperoleh melalui internet dan restoran tersebut sebenarnya berada di sebuah negara jiran terdekat. Ku berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana menyiarkan berita tidak benar dan berniat jahat. Akhbar itu berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan e-mail yang dihantar orang ramai ke akhbar tersebut dan setelah sebulan membuat risikan, wartawannya berjaya menyelinap masuk di antara puluhan VIP yang mengunjungi restoran terbabit yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 11 malam. - Bernama

INFO ANTARABANGSA

AP sources: Taliban video
Shows captive US soldier


By PAMELA HESS and LOLITA BALDOR, Associated Press Writers – 27 mins ago

WASHINGTON – The American soldier who went missing June 30 from his base in eastern Afghanistan and was later confirmed to have been captured, appeared on a video posted Saturday to a Web site by the Taliban. Two U.S. defense officials confirmed to The Associated Press that the man in the video is the captured soldier. The video provides the first glimpse the public has had of the missing soldier. The soldier is shown in the 28-minute video with his head shaved and the start of a beard. He is sitting and dressed in a nondescript, gray outfit. Early in the video one of his captors holds the soldier's dog tag up to the camera. His name and ID number are clearly visible. (Pix - AP: This video frame grab taken from a Taliban propaganda video released Saturday, July 18, 2009)

He is shown eating at one point and sitting cross-legged. The soldier, whose identity has not yet been released by the Pentagon pending notification of members of Congress and the soldier's family, says his name, age and hometown on the video, which was released Saturday on a Web site pointed out by the Taliban. The soldier said the date is July 14. He says he was captured when he lagged behind on a patrol. He is interviewed in English by his captors, and he is asked his views on the war, which he calls extremely hard, his desire to learn more about Islam and the morale of American soldiers, which he said was low. Asked how he was doing, the soldier said on the video:

"Well I'm scared, scared I won't be able to go home. It is very unnerving to be a prisoner."
He begins to answer questions in a matter-of-fact and sober voice, occasionally facing the camera, looking down and sometimes looking to the questioner on his left. He later chokes up when discussing his family and his hope to marry his girlfriend. "I have my girlfriend, who is hoping to marry," he said. "I have a very, very good family that I love back home in America. And I miss them every day when I'm gone. I miss them and I'm afraid that I might not ever see them again and that I'll never be able to tell them that I love them again and I'll never be able to hug them." He is also prompted by his interrogators to give a message to the American people.
"To my fellow Americans who have loved ones over here, who know what it's like to miss them, you have the power to make our government bring them home," he said.

"Please, please bring us home so that we can be back where we belong and not over here, wasting our time and our lives and our precious life that we could be using back in our own country. Please bring us home. It is America and American people who have that power."
The video is not a continuous recording — it appears to stop and start during the questioning.
It is unclear from the video whether the July 14 date is authentic. The soldier says that he heard that a Chinook helicopter carrying 37 NATO troops had been shot down over Helmand. A helicopter was shot down in southern Afghanistan on July 14, but it was carrying civilians on a reported humanitarian mission for NATO forces. All six Ukrainian passengers died in the crash, and a child on the ground was killed.

On July 2, the U.S. military said an American soldier had disappeared after walking off his base in eastern Afghanistan with three Afghan counterparts and was believed to have been taken prisoner. A U.S. defense official said the soldier was noticed missing during a routine check of the unit on June 30 and was first listed as "duty status whereabouts unknown." Details of such incidents are routinely held very tightly by the military as it works to retrieve a missing or captured soldier without giving away any information to captors. But Afghan Police Gen. Nabi Mullakheil said the soldier went missing in eastern Paktika province near the border with Pakistan from an American base. The region is known to be Taliban-infested.

The most important insurgent group operating in that area is known as Haqqani network and is led by warlord Siraj Haqqani, whom the U.S. has accused of masterminding beheadings and suicide bombings including the July 2008 attack on the Indian Embassy in Kabul that killed some 60 people. The Haqqani group also was linked to an assassination attempt on Afghan president Hamid Karzai early last year. On Saturday, a U.S. military official in Kabul, Col. Greg Julian, said the U.S. was "still doing everything we can to return him safely." Julian said U.S. troops had distributed two flyers in the area where the soldier disappeared. One of them asked for information on the missing soldier and offered a $25,000 reward for his return. The other said "please return our soldier safely" or "we will hunt you," according to Julian.
___
Associated Press writers Robert H. Reid in Kabul and Christine Simmons in Washington contributed to this report.