Friday, May 15, 2009
DARI LAMAN BLOG...
Perlukan kedaulatan rakyat:
Bukan Perdana Menteri rakyat
Assalamualaikum,
Mereka yang belum berumur 50 tahun memang tak mengerti mengenai tragedi berdarah 13 Mei 1969, begitu juga warga emas berusia 60 tahun sukar memahami 'zaman ubi kayu' serta duit pokok pisang. Heh heh heh! Bagaimanapun mereka yang prihatin dengan sejarah bangsanya memang menyedari tragedi berkenaan adalah 'awan hitam' bagi bangsa Melayu. Justeru analitikal bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai tragedi berdarah itu (sila lihat tube di sebelah), perlu diberi perhatian secara rasional. Lainlah kalau sengaja mahu isy isy isy!
Mungkin sahaja saya generasi yang sama dengan Anwar mahupun Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, justeru persepsi kami terhadap traged 13 Mei mahupun Malayan Union pada 1 April 1946 seolah-olah masih terasa terngiang-ngiang di telinga. Barangkali! Di samping pengalaman saya yang akrab bersama Allahyarham Pak Sako mahupun Tan Sri Abdul Samad Idris, kami melihat musuh nombor satu rakyat Malaysia bukanlah perbezaan ras, tetapi kemiskinan dan penindasan manusia kepada manusia. Tragedi 13 Mei memerlukan penyusunan semula masyarakat yang mendorong saya terbabit sebagai aktivis politik.
Bagaimanapun sama seperti Pak Sako, saya tak mampu menangani 'intrigue politik'; begitu juga Tan Sri Abdul Samad Idris sering membisikkan: 'Orang muda menanggung dendam; orang tua menahan ragam'. Barangkali Tan Sri Abdul Samad Idris mempunyai pencapaian yang baik dalam politik UMNO, tetapi masih kecewa dengan nasib bangsa, bahasa, pendidikan dan ekonomi warga Melayu terumbang ambing. Memang segelintir warga Melayu terbabit dengan korporat, profesionalisme dan kejayaan berikutan Dasar Ekonomi Baru selepas tragedi 13 Mei, tetapi peratusan yang melepek, melapik dan merepek masih huh huh huh!
Dato' Seri Anwar memang diketahui umum terbabit menyibarkan 'surat terbuka Tun Dr Mahathir' dan isu penerbitan 'Dilema Melayu' yang mencetuskan kontoversi, justeru analatikal beliau mengenai Tragedi 13 Mei hingga kepada One Malaysia, bolehlah dianggap sesuai dengan lanskap politik semasa. Bagi tempoh melewati 50 tahun pimpinan politik yang diwarisi gerakan kemerdekaan sudah berakhir di negara-negara Asia termasuk India, Indonesia, Filipina, Mynmar dan Indochina juga, Malaysia juga perlukan perubahan bukan peralihan; kebebasan bukan keterbukaan dan kedaulatan rakyat bukan perdana menteri rakyat!
-Pak Dharma
INFO SASTERA & BUDAYA
'Kerusi Tun Razak' di UKM
Dr Mansor sedia jika ditawar
Pimpinan negara diingatkan supaya tak mengadaptasi pentadbiran di istana Melaka 500 tahun dulu, apabila meminggirkan cendekiawan semata-mata mahu mempertahankan kedudukan dan kepentingan peribadi, kata bekas Timbalan Naib Canselor HEP UTM, Profesor Dato' Dr Mohamad Mansor Abdullah (gambar). Ketika menghubungi sekretariat PRIMA semalam (14 Mei 2009)Profesor Dato' Dr Mohmad memberitahu, "Cendekiawan dan pemikir budaya dipinggirkan dalam institusi pengajian tinggi, sebaliknya kroni-kroni diberi kedudukan sekalipun tak memberi input yang baikkepada anak-anak bangsa."
Serentak dengan itu Pofesor Dato' Dr Mohamad Mansor menjelaskan, beliau bersedia mengisi 'Kerusi Tun Razak' yang dicadangkan di UKM sekiranya ditawarkan. Profesor Dato' Dr Mohamad Mansor yang membuat kajian mengenai sumbangan Tun Abdul Razak dalam Felda dan pembangunan luar bandar menerusi tesisnya mengakui, sekarang beliau masih meneruskan kerjaya sebagai pensyarah sambilan di UIA dan Unisel. Bagaimanapun katanya IPTA akan rugi sekiranya pemikiran kritis seperti Mohd Affandi Hassan, Yahaya Ismail, Pak Dharma atau lain-lain tak dimanfaatkan.
"Saya difahamkan karyawan tamu di UKM sekarang diisi oleh Profesor Tenas dari Riau, Indonesia dalam masa kita mempunyai pemikir-pemikir budaya yang kritis seperti Mohd Affandi, Yahaya dan Pak Dharma yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak bangsa," jelas Profesor Dato' Dr Mohamad Mansor. Justeru, beliau mengulangi pendiriannya bersedia untuk mengisi 'Kerusi Tun Razak' di UKM sekiranya menerima tawaran.

INFO PENTAS CERAMAH
Kalah di Bukit Gantang
UMNO sendiri sabotaj calon!
Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail mengakui kekalahan calon BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang baru-baru ini disebabkan ahli UMNO sendiri belot, bukan disebabkan kekuatan Pakatan Rakyat (PR). Beliau yang juga pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberitahu ketika berucap dalam majlis ceramah di Kuala Terengganu turut menjelaskan pihak polis memberikan permit ceramah dalam pilihanraya kecil berkenaan hingga jam 11.00 malam, di samping meletakkan syarat tak boleh menyentuh isu Altantuya Shaariibuu. "Pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau ialah selepas Najib dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009," beliau menjelaskan.
Sekalipun pimpinan BN bertukar, tetapi tetap juga kalah dalam pilihanraya kecil berkenaan, kata Saifuddin. Kalau dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh, Dato' Seri Najib boleh mendesak Dato' Abdullah Ahmad Badawi mempercepatkan pelan peralihan kuasa, kerana UMNO kalah rakyat menolak pimpinannya, tetapi di bawah Najib juga rakyat tetap tak mahu menerima UMNO, menurut Saifuddin menambah. Beliau menjelaskan, kekalahan calon BN di Bukit Gantang apabila tersibar gambar calon berkenaan bersama wanita di Danok. "Hanya ahli UMNO sahaja yang tahu mengenai gambar tersebut, dan mereka yang bertanggungjawab menyibarkan," ujar Saifuddin.- (http://www.biaqpila.blogspot.com/)

MOHD AFFANDI HASSAN MENULIS...
Mengkritik raja Melayu:
Jahat sungguh Abdullah Munsyi
Telah berkata Abdullah Munsyi dalam kitabnya Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan: “Syahdan adalah sebab segala perkara ini jadi, sebab aniaya rajanya dan tiada betul perintahnya. Maka pecahlah hati segala rakyat.” (Edisi Amin Sweeney, 2005, hal. 119). Sungguh tajam dan menghiris kemarahan orang yang setia, tak kira kepada siapa, bila membaca komen Abdullah ini. Kini tak ada lagi Melayu yang berani macam Abdullah; lagi pula Abdullah bukan Melayu betul, tapi Melayu Tamil Islam. (gambar, buku 'Hikayat Abdullah' oleh Abdullah Munsyi).
Kalau beliau masih hidup, tak ada halangan baginya masuk UMNO; tapi kenalah bakar kitab-kitabnya terlebih dulu dan bersumpah di mana-mana tempat yang sesuai tak mahu menderhaka lagi (kepada sesiapa sekali pun). Abdullah membuat komen itu ketika mengulas tabiat anak-anak raja Kelantan ketika itu yang pemalas, zalim memeras rakyat, rampas harta rakyat walau sebiji beras sekali pun, dan paling buruk kuat sungguh hisap ganja, candu dan segala benda yang memabukkan dan mengkhayalkan.
Mujurlah kini tidak ada lagi anak-anak raja macam itu, apatah lagi sultan-sultan pun tidak boleh lagi jadi zalim kerana semua sultan menjadi sanjungan rakyat. Tak munasabah jika raja-raja bertindak zalim padahal semua rakyat sanjung dan sembah mereka. Oleh itu cerita Abdullah Munsyi ini sudah berlalu, tidak ada apa-apa lagi yang hendak diceritakan tentang keburukan raja-raja dan anak-anak raja kerana ada di antara mereka yang jauh lebih cerdik daripada Abdullah sendiri, pandai berkata-kata dan pandai pula menulis karangan yang jauh lebih bermutu daripada tulisan Abdullah sendiri (gambar, petikan daripada buku 'Hikayat Abdullah)
Tetapi ada satu perkara yang menjadi idaman semua rakyat, terutama rakyat Perak. Apa agaknya komen Abdullah Munsyi sekiranya dia lihat sendiri, macam di Kelantan, peristiwa yang berlaku di Perak. Adakah beliau akan ulang kata-katanya yang dikutip di atas? Tidak mungkin Abdullah mengulangnya, kerana risikonya sangat besar. Abdullah yang cerdik dan menerima pendidikan terbaik daripada Inggeris, tidak akan menyusahkan dirinya menulis sesuatu yang benar jika dengan berbuat demikian dia akan masuk bilik tahanan kerana menghasut dan mencaci raja-raja Melayu.
Sekarang timbul soalan akademik yang sangat menarik untuk dibincang oleh ahli-ahli akademik yang cerdik dan pintar (bukan jenis yang selalu keluar di TV). Soalan itu ialah: Adakah ini bermakna Abdullah boleh bercakap benar di bawah pemerintahan Inggeris, dan kita semua digalakkan berbohong setelah merdeka? Jika soalan itu nakal, macam mana pula soalan yang tidak nakal yang membayangkan maksud soalan nakal itu? Di sinilah kehebatan Abdullah (gambar, anjung Abdullah di Johor, bagi memperingati Abdullah Munsyi), dan cara tadbir Inggeris. Di bawah lindungan Inggeris, Abdullah boleh bercakap benar, dan dari situ kita tahu perangai sebenar anak-anak raja Kelantan.
Kini setelah merdeka, di bawah lindungan siapa pula yang membolehkan kita bercakap benar? Barulah kita tahu, jika kita pakai otak sedikit, kita tidak mempunyai pelindung itu. Perlembagaan? Tikus pun akan tertawa jika ada manusia yang mengharapkan pergantungan kepada Perlembagaan. Apa juga yang ada dalam Perlembagaan hanya berguna jika anda berkuasa. Sekali lagi Abdullah lebih hebat daripada kita semua, padahal menurut kita dia berada di bawah penjajahan Inggeris, malah ada yang kata dia talibarut Inggeris.
Tapi kita yang tidak jadi talibarut sesiapa ini, mengapa tidak boleh bercakap benar? Kita mahu tahu mengapa kegilaan yang berlaku di Perak itu terjadi dan berlarutan pula. Siapa punya kerja? Perlembagaan tidak membenarkan kita bercakap, tetapi untuk terus menutup mulut tidak boleh, kerana kebenaran tidak mungkin ditutup oleh sesiapa sekali pun. Mesti ada tokoh atau tokoh-tokoh yang bersalah dalam kes ini. Alangkah baiknya jika ada di antara kita seorang Abdullah Munsyi abad 21 yang seberani dan setulus beliau. Dalam keadaan sekarang, kita hanya boleh bermimpi. Tetapi mimpi itu pun mesti ikut Perlembagaan.
Demikianlah hebatnya undang-undang Malaysia yang kita semua bikin dan luluskan. Akhirnya kita semua harus terima amaran orang tua-tua kita dalam dongeng mereka: kita tidak boleh percaya kepada undang-undang beruk dan kepada hakim beruk. Bilakah pula cerita ini akan diharamkan dalam Dewan Rakyat melalui peruntukan Perlembagaan? Selagi dongeng itu tidak diharamkan, selama itulah rakyat akan terus bertanya untuk mencari kebenaran. Kecuali jika kebenaran itu sendiri pun telah ditelan oleh Sang Beruk. (14/5/2009).
(Mohd Affandi Hassan ialah sasterawan dan pengkritik sastera Melayu yang memenangi beberapa kali karya sastera nasional, tetapi menolaknya. Pesara PTD dan bekas pegawai tinggi beberapa kementerian, beliau menghasilkan novel, antologi cerpen dan essei. Antara karya terpentingnya 'Le Masque' - DBP, 1974)
LAPORAN SEBELUM SARAPAN...
Usah beban Sultan Perak:
Najib perlu bubar sahaja DUN
Presiden UMNO Dato' Seri Najib Tun Razak tak perlu membebankan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam isu membubarkan DUN sekiranya Barisan Nasional (BN) sedia berdepan dengan rakyat sekiranya Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diadakan semula bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu. Dalam laporan media arus perdana hari ini (15 Mei 2009), Najib berkata bagaimanapun pilihan raya DUN itu hanya satu pilihan ke arah menangani krisis tersebut tetapi bukanlah sesuatu yang harus.
Kata beliau, keputusan muktamad sama ada perlu diadakan pilihan raya negeri bergantung kepada budi bicara Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.‘‘Ia bukan sesuatu yang harus berlaku tapi bergantung kepada Sultan untuk mempertimbangkannya,” katanya kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini. Najib mengulas cadangan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan semalam supaya DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan rakyat negeri itu memutuskan parti mana yang sepatutnya mentadbir negeri tersebut.
Tetapi rakyat Malaysia yang waras tak pernah melupakan bagaimana insiden 1986, apabila Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan DUN berikutan PBS mahukan pilihanraya diadakan semula dengan kedudukan 25-23. Tetapi pembubaran tersebut dibatalkan atas sebab-sebab teknikal, diikuti ADUN PBS yang melompat juga tak sah pemecatannya sebagai ahli parti. Kemelut di Sabah sekalipun rumit, tetapi diselesaikan dengan janji BN menggilirkan jawatan Ketua Menteru dua tahun sekali kepada semua parti komponen. Apa jadi dengan formula di Sabah, takkan rakyat Malaysia boleh lupakan begitu sahaja?
Subscribe to:
Posts (Atom)