Tuesday, July 14, 2009

KEPUTUSAN RASMI PRK DUN MANIK URAI

PAS menang majoriti tipis
UMNO menaruh harapan

Seramai 12,293 pengundi layak untuk calon pilihan mereka antara Tuan Aziz Tuan Mat (calon UMNO) dan Haji Mohd Fauzi Abdullah (calon PAS). Hampir 99.2 peratus pemilih adalah kaum Melayu sementara hanya 0.46 peratus Cina, 0.23 peratus India dan 0.11 peratus kaum-kaum lain.

KEPUTUSAN RASMI UNDI

Haji Mohd Fauzi Abdullah - PAS (5348 UNDI)
Tuan Aziz Tuan Mat -BN ( 5283 UNDI)
- MAJORITI 65
-JUMLAH UNDI ROSAK 92
JUMLAH KELUAR MENGUNDI 10 722 (87.22%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
MASA 8.29 PM (rasmi)

SPR SALAHKAN UNDANG-UNDANG P/RAYA

Kaji semula peraturan berkempen:
Insiden di Manek Urai menjadi alasan
14/07/2009 10:58pm

KUALA KRAI 14 Julai - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang mengkaji semula undang-undang berkempen pada mana-mana pilihan raya akan datang berikutan berlakunya pelanggaran syarat berkempen seperti di Manik Urai. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, arahan tidak mengadakan sebarang kempen pada hari pengundian sepatutnya dipatuhi oleh semua parti politik yang bertanding. “Ya, saya kecewa apa yang berlaku pada pilihan raya kecil Manik Urai hari ini apabila parti politik yang bertanding masih lagi meraih dan merayu undi (pada hari pengundian).

“Bukan itu sahaja mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat dan beberapa perkara lain yang tidak elok,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman kemenangan calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah di pusat penjumlahan undi di Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 di sini, malam ini. - Bernama

INFO SASTERA & BUDAYA


PUISI

Mengutip Kelkatukah
Si Anak Kecil

Trafik jem di Manek Urai
bendera bercacakan
sepanjang jalan
gambar orang besar-besar
bergayutan di pohon-pohon
slogan berseloka kata mengata
dalam kepulan asap
pembakar lemang.

Anak remaja
memacu kapcai
lumba berlumba
mengarak bendera
ke hujung ke pangkal
ke hulu ke muara.

Manek Urai
akan esok mengutip kelkatukah
si anak kecil
mengumpan kail.

-Yassinsalleh
jam 1716
Julai 14, 09.
Kg Temelir Pria,
Manek Urai.

Serindit Tua Hilang Magis

Manek Urai
musim buah sekarang
berhimpunlah para mergastua
segalanya monyet
tupai berlompat-lompatan
keluang, kelawar berterbangan-terbangan
babi, serigala bersondolan-sondolan.

Bising bangar
berebutan melarah mutan bergomolan
berebutan mengepung durian
bertolak-tolakan bersepak-sepakan
menggonggong bacang
sambil semut dan kerengga
bertempiaran berjerit-jeritan
bercakar-cakaran di dahan-dahan
bergigit-gigitan di batang-batang.

Dalam demikian dusun-dusun
gempita dengan amat
tiba-tiba serindit tua
kehilangan magis paruhnya
tiba-tiba mengudis getah bacang
kicaunya hilang merdu
nyanyinya hilang lagu.

Lalu, tersembamlah
serindit tua itu
jatuh ke atas taik musang
yang sedang disondol babi
bergelumangan
dan pasir pun memutihlah
di Lakloh
dan ceritera semalam
membelantara di Manek Urai.

-Yassinsalleh
jam 1400
Julai 14, 09
Kg Lakloh, Manek Urai.

KRONOLOGI DI MANEK URAI 3 - 5 PETANG


Muhyiddin cabut balik ke KL:
Jam 3 semua pondok BN heh heh heh!

5:00 pm- semua tempat mebuang undi ditutup. jangkauan awal mengatakan 86% pengundi keluar keluar mengundi. sama-sama tunggu keputusan. satu kejadian kemalangan berlaku di hadapan SK Perial
4:50 pm- Maklumat yang baru diterima mendapati Markaz induk BN ditepi jalan utama Kuala Krai-Gua Musang telah mula kosong mengikut pemberi maklumat sekitar jam 3.30 petang tadi.Gambaran ini mungkin menjawab desas desus yang kedengaran setakat ini hampir disahkan 5 dari 9 peti undi telah pun dimenangi oleh PAS setakat ini.

4.40 petang - Kemalangan di hadapan Sek. Keb. Sungai Perial, Nadiah Mohd Kamil, 24, dari Kuala Kangsar cedera di bahagian mulut diiringi pegawal keselamatan PAS

4.39 petang - Calon PAS, Abe Uji tiba di markas Induk PAS. Para penyokong menyambut dengan laungan takbir berkali-kali

4:34pm: Pihak keselamatan memberitahu bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Ini suatu petanda bahawa BN sudah Kalah!Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin BN lain sudah meninggalkan Manek Urai menuju ke Kota Bharu dengan diiringi polis trafik.

4.22pm Peratus keluar mengundi sehingga pukul 4 petang tadi sudah mencecah 86.4 peratus atau 10,626 pemilih menunaikan tanggungjawab - sejam lagi sebelum pusat pembuangan undi ditutup.4.16 petang - Calon PAS, Abe Uji dalam perjalanan menuju ke Markas Induk daripada UPU Temali

4.15 petang - Peratusan yang telah keluar mengundi sebanyak 84 %Kenderaan bergerak sangat perlahan dari persimpangan Manek Urai Baru ke Sungai Perial
4:10 pm petang - Beberapa pemerhati daripada MAFREL masih kelihatan berada di peti undi memantau perjalanan pilihan raya kecil Manek Urai.

4:10 pm - Peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi sudah mencecah 83.9 peratus atau 10,312 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam sebelum pusat pembuangan undi ditutup.

4:04 pm: Sementara itu, mengulas mengenai sikap penyokong PAS yang mengibarkan bendera pada kenderaan mereka, Musa berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi supaya mengenakan tindakan saman terhadap mereka yang berkenaan.Katanya tindakan mereka itu membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, selain diri sendiri kerana bendera bersaiz besar yang dipasang pada kenderaan boleh menghalang penglihatan pemandu.
3:59 pm- Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.Fatah berkata, jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini

3:54 pm- kesian kat akak merah ni..orang lain dah balik pun! Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang tadi, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun percaya calonnya - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.

Seorang penyokong PAS ditahan polis setelah disyaki terbabit dalam insiden membaling batu ke arah penyokong BN sehingga mencederakan dua anggota Puteri Umno di SK Peria hari ini.Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengahari ketika penyokong kedua-dua parti berkumpul di tempat pengundian itu dan satu provokasi telah dilakukan oleh penyokong-penyokong PAS sehingga mencetuskan ketegangan, lapor Bernama. "Sedikit pertelingkahan antara penyokong-penyokong PAS berlaku dengan penyokong BN sehingga mencetuskan kejadian membaling batu."Akibat kejadian itu dua ahli Puteri Umno cedera (bengkak) di pinggang, manakala seorang lagi patah giginya akibat terkena balingan batu," katanya dalam satu sidang media di Markas Taktikal (Martek) di Laloh.

Pihak keselamatan memberitahu bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Ini suatu petanda bahawa BN sudah Kalah!Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin BN lain sudah meninggalkan Manek Urai menuju ke Kota Bharu dengan diiringi polis trafik.3.47 petang - Di Temali, calon PAS tiba di pusat pengundian. Beliau disambut oleh kira-kira 150 penyokong dan diiringi dengan bacaan doa

3.46 petang - Seramai 150 hingga 200 penyokong PAS kembali berkumpul di hadapan pusat pengundian Sungai Peria

3:40 pm - Pengarah Operasi Keselamatan PAS Dun Manek Urai, Mejar (B) Mohamad Ibrahim berkata, pihaknya telah bersiap sedia dengan mengerahkan petugas keselamatan berada di sekitar tempat pembuangan undi."Mulai jam 3 hingga 5 petang adalah waktu yang paling kritikal kerana segala kemungkinan boleh berlaku apabila kita lalai biar pun sesaat.

3:30 pm - muhyiddin ada kat mrsm kuala kerai. tengah pelahap makan kot? tak pun sambung tidur. sebab tu muka jadi sembab..kahkahkahmuslimat PAS sedang rancak merayu undi
3.20 petang - Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin sampai di MRSM Kuala Krai
3.09 petang - Di Sungai Peria, dua orang petugas muslimat PAS dari Kuala Kangsar, dimasukkan ke hospital Kuala Krai akibat cedera parah akibat balingan batu dari kumpulan penyokong BN
3.00 petang - Perjalanan ke beberapa UPU masih sesak. Diantaranya Sungai Peria, Sungai Sok, Chuchoh Putri dan Laloh - http://www.kedaikopitepimasjid.blogspot.com/

NAJIB KE MESIR KETIKA PRK MANEK URAI


PRK Manek Urai urusan Muhyiddin:
Najib sudah berlepas ke Mesir pagi ini

July 14, 2009 13:25 PM

Sharm El-Sheikh (Mesir) - Laporan berita TV3 jam 1.30 tengah hari, Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Mesir pagi ini (14 Julai 2009), dengan membiarkan pilihanraya kecil Manek Urai diseahkan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Berita BERNAMA melaporkan Najib akan menghadiri sidang kemuncak negara-negara berkecuali (NAM) di Sharm El-Sheikh yang akan dirasmikan oleh Presiden Hosni Mubarak esok (Rabu, 15 Julai 2009). Sidang kemuncak itu akan meminta Amerika Syarikat, Russia dan lain-lain kesatuan Eropah menggunakan pengaruh mereka mendesak Israel mematuhi pelan damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Najib yang menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak kerana tak menampilkan diri berkempen membantu calon UMNO Tuan Aziz Tuan Mat di PRK Manek Urai, terus mengambil pendekatan berdiam diri mengenai isu berkenaan. Semalan (13 Julai 2009) Menteri Luar, Dato' Anifah Aman memberitahu media, Najib dijangka menghadiri persidangan ke 15 kumpulan negara 118 anggota NAM esok (Rabu, 15 Julai 2009). "Kami menaruh harapan kerana selepas Barrack Obama mengambil alih jawatan Presiden AS, beliau juga mendesak Israel menghormati inisiatif damai bagi menyelesaikan masalah Gaza," menurut sumber NAM. Bagaimanapun ketiadaan Najib membantu kempen PRK Manek Urai tetap menajdi tanda tanya, sekalipun beliau sudah berlepas ke Mesir pagi ini.

DARI PEJABAT ANWAR IBRAHIM


Government Pre-Trial
Maneuvers Show Political Motivations

(New York, July 13, 2009) – The Malaysian government should immediately drop politically motivated criminal charges against opposition leader Anwar Ibrahim, Human Rights Watch said today. On July 15, 2009, the Kuala Lumpur High Court will hear Anwar’s application to strike out a sodomy charge against him, and an ongoing defense request for evidence it says is crucial to properly prepare for trial. This is the second time Anwar has been charged with sodomy. He spent six years in prison before his previous conviction for sodomy was overturned in 2004.
Human Rights Watch said the current charge appears politically motivated and lacks credibility.The government has failed to disclose key evidence to the defense, hastily sought to pass a DNA statute that aids the prosecution, and put Anwar at a disadvantage by unnecessarily moving the trial to the high court. In addition, the government allowed the attorney general, who is under investigation for misconduct in Anwar’s previous trial, to be involved in the current case. “This trial is a bald-faced attempt to permanently remove an opposition leader from Malaysian politics,” said Elaine Pearson, deputy Asia director at Human Rights Watch. “The government is trying to manipulate the justice system for political purposes.”

The current charge against Anwar relates to allegations that on June 26, 2008, he had sexual relations with Mohd Saiful Bukhari bin Azlan, a 23-year-old male former volunteer aide to Anwar. Although initially filed as a non-consensual offense, prosecutors later changed the charge to consensual sodomy, though Saiful has never been charged. A conviction would force Anwar to vacate his seat in Parliament and effectively bar him from contesting in the next general election, expected before 2012. Anwar’s July 15 court application to drop the sodomy charge rests on the basis of two medical reports.

Three specialists from the public Kuala Lumpur Hospital endorsed a July 13, 2008 medical report regarding the complainant that found “no conclusive clinical findings suggestive of penetration to the anus and no significant defensive wound on the body of the patient.” A doctor at the private Pusrawi Hospital who examined Saiful on June 28, 2008, two days after the alleged incident, reported the anus as “normal.” The doctor later left Malaysia to escape what he said was persistent pressure to alter his report.
In addition, the defense will reiterate its January 2009 request for at least 10 documents it asserts are necessary for it to properly prepare Anwar’s defense at trial. They include the original closed-circuit television recordings from the alleged crime scene, original specimens from which DNA samples were allegedly obtained, chemist’s notes, witness statements including the complainant’s, and medical reports. To date, the Public Prosecutor’s office has denied it is withholding any documents it is mandated to share under the Malaysian Criminal Procedure Code. - http://anwaribrahimblog.com/

INFO EMEL UNTUK WANITA

Emel menarik untuk wanita. Bersama ini disiarkan resepi, untuk wanita-wanita yang sentiasa mencari resepi masakan bagi hidangan sekeluarga. - PRIMA

Resepi mee kari &
Mee Bandung Asli

Bahan-bahan A:

Keledek putih 1-2 kilo direbus dan dikisar halus
Udang kering 300 grm
Bawang merah 4 ulas
Bawang putih 3 ulas
4 sudu besar serbuk Ketumbar
2 sudu besar serbuk Jintan Manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cili blender agak2 dalam 2 senduk
Kulit kayu manis/bunga lawang/cengkihGula/garam secukup rasa
Air – agak2..kuahnya kena sedang2 pekatnya
Bahan-bahan B:

Mee kuning dicelur-jgn sampai lembik
Cili hijau dihiris bulat2
Daun bawang & daun sup dihiris utk ditabur
Taugeh dicelur- jgn sampai layu
Bawang goreng - buat sendiri lagi sodap..
Tauhu digoreng dan dihiris nipis
Telur Rebus
Cara-cara memasak kuah:

1. Kisar halus keledek + air.
2. Kisar halus udang kering + B. Merah + B. putih.
3. Tumis kulit kayu manis/cengkih/ b.lawang, masukkan udang kering yg dikisar + bawang tadi sampai garing.
4. Masukkan semua serbuk jintan, kunyit & ketumbar sampai garing & wangi.
5. Masukkan cili blender, sampai garing.
6. Masukkan keledek tadi, kacau sampai sebati.
7. Masukkan air.
8. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa .

Cara menghidang:Ambil mee yg dicelur tadi, masukkan kuah, taburkan daun bawang, cili hijau, bawang goreng, taugeh, tauhu & telur
Selamat Mencuba.

KOMEN LAMAN BLOG LESUNGBATU


Jabatan kerajaan perlu serius:
Imbangi pemimpin turun padang

Oleh ABANG MAHMOR

DARIPADA ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sambutan 100 hari beliau sebagai perdana menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dua hari lalu antara yang paling menarik perhatian saya ialah apabila beliau menyebut mahu meningkatkan kecekapan penjawat awam serta keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan di dalam kerajaan. Selain itu, tentulah amalan turun padang yang beliau sendiri lakukan sebelum ini bersemuka dengan rakyat pelbagai kaum dan darjat merupakan satu perkara yang sepatutnya sudah diamalkan sekian lama. Selain dari menteri, timbalan menteri, wakil rakyat, ketua-ketua pentadbir kerajaan juga perlu mengamalkan perkara sama.

Dalam erti kata lain, seperti yang Najib sebut, ketua-ketua jabatan tidak terlalu mengurungkan diri di dalam bilik berhawa dingin tanpa menjenguk ke luar melihat anak-anak buahnya melakukan kerja terutama di pejabat-pejabat kerajaan yang berurusan dengan orang ramai. Hanya daripada situ sahaja ketua-ketua jabatan dapat menilai sendiri dan membuat perubahan jika perlu bagi menambahkan kecekapan kaki tangan mereka secara spondan yang tentunya akan memberi kesan yang lebih pantas selain daripada sentiasa memberikan pendedahan mengikuti kursus dan seminar misalnya.

Di kebanyakan tempat, ketua-ketua jabatan tidak ambil kisah tentang apa yang berlaku di pejabatnya. Mereka sama ada terlalu sibuk dari kaki tangan dan pegawainya atau mungkin tidak pernah terlintas mahu menjadikan diri mereka sebagai mando atau detekfif dalaman mengendap bagaimana anak buah mereka menjalankan kerja. Tidak siapa akan bertanya kalau seseorang pegawai keluar makan minum terlalu lama, kenapa kerja banyak tertangguh atau kenapa terlalu banyak karenah terpaksa dilalui oleh orang ramai membuat sesuatu urusan. Hingga ke hari ini, jabatan kerajaan tidak ada lagi yang memberi kemudahan menyediakan khidmat photostat sebagai contoh paling ketara.

Setiap kali orang ramai yang sudah beratur lama menunggu giliran, tiba-tiba diminta membuat salinan di luar pula yang tentunya memakan masa sedangkan di pejabat itu sendiri boleh memberi khidmat tersebut yang mana kosnya tidak seberapa. Malahan orang ramai yang berurusan di situ tentunya sedia membayar perkhidmatan itu jika dikenakan bayaran sekalipun. - http://www.lesungbatu.webs.com/

INFO ANTARABANGSA


A milestone in the Nabucco
Turkey signed pipeline project

ANKARA (AFP - Tuesday, July 14) - Turkey signed a landmark deal with four EU countries on Monday to pipe gas from the Caspian region, reducing Europe's reliance on Russian deliveries and rivalling Moscow's own pipeline project. The United States hailed the signing of the accord by the prime ministers of Austria, Bulgaria, Hungary, Romania and Turkey -- a milestone in the Nabucco pipeline project much delayed by lack of commitment from gas-exporting nations. The 3,300-kilometre (2,000-mile) conduit is supposed to become operational in 2014 at an estimated cost of 7.9 billion euros (10.9 billion dollars), but there was still lingering uncertainty over who will supply the gas.

It is due to pump billions of cubic metres from the Caspian Sea to Austria via Turkey and the Balkans, bypassing Russia which has been accused of using gas as a weapon by cutting it off in disputes with its neighbours. The project "is of crucial importance for the EU's and Turkey's energy security," European Commission chief Jose Manuel Barroso said at the signing ceremony.
A statement from US State Department spokesman Ian Kelly meanwhile hailed the deal as "a significant milestone in achieving our shared vision of opening a new energy corridor that will bring Caspian gas to Europe. "Germany's economy ministry said in a statement that the deal "reduces the vulnerability of European supplies" and "opens a new chapter in economic relations between the EU, Turkey and the countries of the Caspian region."

The deal drew criticism however from environmental group Greenpeace, which urged countries to invest instead in cheaper clean energy such as wind and sun power. The pipeline would raise Europe's harmful CO2 gas emissions, said Jurrien Westerhof, energy expert for Greenpeace Austria, in a statement. With Nabucco's estimated cost, one could install 4,000 wind turbines and produce 8,000 megawatts of wind power, more than the total amount needed by Austrian households, he added. A quarter of all gas used in Europe comes from Russia, with several southern European countries depending almost exclusively on Russian supplies.
Nabucco competes directly with Russia's South Stream project, which will carry Russian gas through Bulgaria to Western Europe under the Black Sea. But "Russia is expected not to hinder directly or indirectly the Nabucco project," said Bulgarian premier Sergey Stanishev, whose country was among the hardest hit by the cut-offs last winter. Azerbaijan is seen as the primary potential provider of gas for Nabucco. The ex-Soviet country recently signed a deal to sell natural gas to Russian firm Gazprom, but Turkey has insisted this will not compromise Nabucco.
Turkmenistan, Iraq and Egypt are also possible suppliers, though the United States has cast doubt on the Iraqi proposal, citing domestic disputes over its natural resources.
Iran is another possible supplier, but the United States and the EU oppose its participation.
Two European banks have offered to finance the project, but analysts say securing the cost could be difficult due to the global economic slowdown and uncertainty over suppliers. The project has been delayed also by Turkish demands to use 15 percent of Nabucco's gas for domestic use or even for re-export. EU officials have offered to let the pipeline operate both ways, giving Turkey access to European stockpiles in times of need. Erdogan meanwhile said the pipeline would boost its struggling EU membership bid.

"Our country's natural gas infrastructure will be integrated with that of Europe and mutual solidarity will be possible in times of potential crisis," he said. Barroso said the project "could open the door to a new era in relations between Turkey and the EU, and beyond."

CATATAN ANWAR DI MANEK URAI

Semangat rakyat kental:
Dana negara bukan hak peribadi

Alhamdulillah, semangat rakyat di Manek Urai kelihatan kental. Sambutan ceramah malam tadi hebat sekali. Pagi tadi saya turun ka desa, menemui jentera PAS dan berhenti menyampaikan pesanan singkat. Azizah masih di sana dan petang ini meraikan petugas KeADILan disana.
Saya menempelak pimpinan UMNO yang terus mengugut rakyat dengan rasuah politik. Jambatan Manek Urai akan dibina pada 15 Julai sekiranya calun UMNO menang, tegas mereka. Apa mereka kira dana negara adalah harta peribadi dan bolih segera dibangunkan menurut titah Nabi Sulaiman?

Dan agak melucukan manakala Menteri Pendidikan menganjurkan sambutan Hari Guru selepas dua bulan dari tarikh kebiasaannya (16 Mei)! Walhasil balik asal - seluruh jentera pemerintah, penguatkuasa, dan media ikut satu arah, satu Malaysia! - ANWAR IBRAHIM

SEKALI PERSETUA...


Jambatan lama jambatan baru:
Janji Orangkaya bolehkah diperaku?

Kata sahibul hikayat maka tersebutlah alkisah Orangkaya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pergilah ia ke Manek Urai d negeri Kelantan bahawasanya negeri Melayu jua, adanya. Adapun di Manek Urai itu hebohlah sekalian orang banyak memilih akan Orangkaya Penghulu pada esok hari (14 Julai 2009, seperti tarikh yang diketahui oleh anak cucu fakir). Maka kedengaran kepada orang banyak bahawa Orangkaya Tan Sri Muhyiddin akan membina ia jambatan baru berharga RM7 juta. Arakian akan Orangkaya Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, taklah ia berkata apa-apa sama ada mengangguk atau menggeleng.

Syahdan maka Raja Ahmad pergilah ke jambatan mendapatkan Feringgi, terlalu banyak hulubalang mengiringkan baginda. Maka Sultan Ahmad ditempuh baginda dengan gajah, dan segala hulubalang Feringgi pun pecah berhamburan, lalu ke air. Arakian maka sekaliannya pun undurlah turun ke perahunya.Maka dibedilnya dari kapal dengan meriam yang besar-besar seperti halalintar bunyinya (adapun perkataan ini hanya kias-kias sahaja seperti dikatakan Orangkaya Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat). Maka baginda berdiri di atas gajah di hujung jambatan, lalu diperbuat orang nyanyi:

Masuk Feringgi meriam bergema
Sultan Ahmad di atas pedana
Eloklah lagi jambatan lama
Jambatan baru entah di mana

Sebermula sekalian orang banyak berlumba-lumba membaca akan 'Kitab Melayu' daripada:







HIDUP BAHASA MELAYU!

SEKILAS PANDANG...

Persaingan sebenar di Manek Urai:
Pengundi sudah membuat keputusan



Besok (14 Julai 2009) pilihanraya kecil (PRK) DUN Manek Urai sekadar melihat persaingan calon PAS Haji Fauzi Abdullah dan calon UMNO Tuan Aziz Tuan Mat; tetapi ujian sebenar tertumpu kepada penampilan Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Spekulasi di kalangan penganalisis politik sudah membayangkan, kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap prestasi 100 hari Najib menduduki kerusi PM sebagai 'tembak pelanduk rusa yang kena'. Sekiranya calon UMNO mampu melakukan 'kejutan', bermakna wibawa Najib akan dipertikai; apatah lagi Dr M merumuskan lebih banyak negatif daripada positif.

Muhyiddin sendiri dilihat sebagai penggerak penting di belakang 'pelan peralihan kuasa' pada Mac 2009, sekalipun ianya sudah diberi jaminan akan berlaku pada Oktober 2010. Berikutan 'pelan peralihan kuasa' tak mengikut jadual akibat gerakan yang dibuat oleh Muhyiddin, Dr M lebih memberi kredit kepada Muhyiddin. Apalagi dengan ketewasan Dato' Mukhriz Mahathir dalam persaingan Ketua Pemuda, memberi imej buruk kepada Muhyiddin selepas isu 'politik wang' tak menghalang kemenangan Khairy Jamaluddin. Menurut penganalisis politik Muhyiddin perlu bersaing lebih mantap, berikutan faktor usia.

Tun Dr Ismail misalnya tak bersaing dengan Tun Abdul Razak pada 1971, justeru berdasarkan fakta penganalisis politik ketika itu, membolehkan Dato' Harun Idris melengkapkan dominasi pengaruh Pemuda memintas pimpinan yang lain. Bagi menghalang Dato' Harun isu 'parti dalam parti' dan 'komunisme'; malah Dato' Harun dilihat terlalu kecewa berikutan kematian Tun Dr Ismail pada 1973. Beliau seolah-olah mengharapkan Tun Dr Ismail berundur pada pemilihan 1975 (setelah perlembagaan UMNO dipinda bagi pemilihan tiga tahun sekali), justeru akan bersaing dengan Tun Hussein Onn (kerana Tun Sardon Jubir dan Tun Ghafar Baba dijangka tak menggugat beliau).


PRK Manek Urai secara politiknya memang persaingan Haji Fauzi dan Tuan Abdul Aziz, tetapi disebalik segala gelombang hijau dan gelombang biru; adalah debaran Najib-Muhyiddin. Mereka berhadapan dengan fenomena 'ditelan mati emak, diluah mati ayah'. Bagi pimpinan UMNO, mereka tak bimbang hilang 'satu kerusi', tetapi persaingan dalam parti yang memastikan siapa heh heh heh! Muhyiddin tak akan menunggu kerana faktor usia; Najib juga tak akan menoleh ke belakang selepas diberi baton untuk meneruskan larian di balapan. Pengundi di Manek Urai barangkali sudah memutuskan malam ini, untuk memberikan undi mereka esok hari (14 Julai 2009). Entahlah!

-Pak Dharma

HADIAH UNTUK RAKYAT...

One UTAMA dan
One Malaysia adakah sama?

oleh: Mohd Affandi Hassan, 13 Julai 2009

Jika anda pernah ke Petaling Jaya dan lalu Lebuh raya LDP (Lebuh raya Damansara Puchong), anda akan lihat terpampang tulisan besar 1 UTAMA (baca One UTAMA) bersebelahan sempadan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. 1 UTAMA adalah rangkaian kompleks beli-belah terbesar di Malaysia, sampai ke The Curve dan lain-lain yang berdekatan. Semuanya menggambarkan kejayaan PPSMI, semuanya dalam bahasa Inggeris, menjadi lambang kemegahan kemajuan Malaysia. Adakah 1 UTAMA sama dengan 1 Malaysia?

Kata orang yang sinis dan celupar mulutnya, 1 UTAMA lahir terlebih dulu, kira-kira 20 tahun dulu (sebenarnya kurang dari itu!) daripada 1 Malaysia. Oleh itu, orang sinis itu membuat kesimpulan, 1 Malaysia adalah tiruan daripada 1 UTAMA. Dari satu segi yang praktikal, kesimpulan ini benar juga, kerana 1 Malaysia mempunyai semangat yang sama dengan 1 UTAMA, iaitu semangat penjajah yang mendewakan bahasa Inggeris. Munculnya 1 Malaysia di dada PM dan anak buahnya, membenarkan tindakan 1 UTAMA menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perniagaan dan bahasa budaya baru berteraskan komersialisme.

Di dalam perkataan ini terdapat perkataan “sial”, tersembunyi di tengah-tengah. Adakah ini semangat sebenar pembangunan Malaysia, yang lebih membawa sial? Jika mengikut pendapat Mufti Perak yang bernama Tan Sri Harussani, tekaan itu memang benar kerana kemajuan yang dibawa pembangunan itu memang banyak yang sial, misalnya popularnya “jom heboh” (dimulai dengan menggunakan bahasa Inggeris juga, sure heboh, yang diharamkan oleh Mufti bergelar itu tetapi masih diteruskan dengan memakai bahasa Melayu pasar yang masih membawa semangat hiburan yang sama dengan “sura heboh” yang sangat pekat semangat komersialismenya).

Semangat komersialisme itu ternyata menjadi asas kukuh 1 Malaysia, One Malaysia, yang dibuktikan dengan bangga oleh PM One Malaysia dalam 11 (lihat betapa pandainya ahli strategi One Malaysia, meletakkan sebaris angka 1, tepatnya sepasang angka 1) untuk membuktikan “rakyat diutamakan”. Iklan sebelas “hadiah rakyat” (Mingguan Malaysia, 12/7/2009) One Malaysia ini menjadi berita besar seluruh negara, sebagai (kononnya) “anugerah ikhlas” Perdana Menteri yang kreatif. Tak perlu senaraikan semua “hadiah”, cukup kita lihat apakah hadiah terakhir untuk rakyat.

Hadiah itu ialah: “Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.” Sungguh hebat hadiah ini. Rakyat diminta menderma dengan membeli saham yang keseluruhan jumlahnya 10 bilion. Sungguh banyak wang rakyat Malaysia ini, dan sungguh bangkrap kerajaan 1Malaysia sehingga terpaksa mengemis 10 bilion untuk “membangun” mereka dengan 10 janji yang disebut awal-awal tadi (janji nombor 1 hingga nombor 10).

Jadi, dengan jelas, dan ini patut diperhatikan oleh rakyat yang boleh membaca dan diberitahu kepada yang tidak boleh membaca, sepuluh perkara yang disebut sebagai hadiah rakyat itu semuanya akan dilaksanakan daripada kutipan dana melalui Amanah Saham 1Malaysia. Anda beli saham, anda kasi wang kepada kerajaan melalui amanah saham tadi, dan anda harus perhatikan tidak semua akan dilaksanakan, bergantung cukup tidaknya dana terkumpul; jika pun banyak yang terkumpul, tidak semua akan dilaksanakan, kerana yang akan didahulukan ialah yang dapat dilihat dengan mata kepala untuk membuktikan janji itu dilaksanakan, bukan bohong.

Yang lain-lain akan dibuat lambat-lambat, mengikut rentak yang dipilih oleh kerajaan atau oleh UMNO. Jadi anda dapat “kemajuan” atau “durian runtuh” kerana anda telah memberi wang anda untuk mendapatnya. Adakah anda faham bagaimana anda ditipu? Tentu saja anda dapat faedah, jika sedikit sekali pun pun dibesar-besarkan untuk menggembirakan hati anda. Bukan, tapi untuk publisiti.

Tetapi pada hakikatnya anda telah dipaksa membayar apa yang anda dapat, supaya kerajaan dapat kredit yang boleh dilaungkan kepada rakyat betapa pemurahnya kerajaan. Murah hati membelanjakan wang anda sendiri. Anda, rakyat Malaysia semua, pasti sudah faham sekarang. Jadi tidak ada pun sifat pemurah dan prihatin kepada rakyat itu. Yang ada sifat lain. Anda pun tentu sudah tahu apa dia sifat itu. Demikianlah orang politik mempermainkan anda. Faham?