Wednesday, May 6, 2009

INFO SASTERA & BUDAYA...

Kenangan 100 tahun Pak Sako:
Sambutan aktivis budaya Temerloh


Sumbangan Dato' Dr Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dalam kesusasteraan Melayu dan gerakan nasonalisme akan dikenang oleh akivis budaya di Temerloh dalam sambutan memperingati patriot bangsa itu, menurut jurucakap panatianya Ahmad Nizam Hamid. Ketika menghubungi sekretariat PRIMA Ahmad Nizam menjelaskan, sekalipun Pak Sako dilahirkan di Kampung Buntut Pulau pada 10 November 1910 mengikut kad pengenalannya, tetapi kelahiran beliau sebenarnya pada 1909. "Justeru tahun ini sesuai memperingati 100 tahun Allahyarham Pak Sako," beritahu Ahmad Nizam. (Gambar kanan, Allahyarham Pak Sako)

Seterusnya beliau memberitahu, sambutan berkenaan akan diselaraskan dengan majlis baca puisi yan akan disertai beberapa penyair dan pendeklamator dari Kuala Lumpur dijangka Dato' Dr Muhamad Mansor Abdullah, Dato' Kamal Amir, Dr Seri Intan Mokhtar, Yassinsalleh dan beberapa lagi. Di samping itu aktivis teater Dinsman bersama rakan-rakannya dari PAKSI juga akan turut diundang, beritahu Ahmad Nizam yang juga seorang peguam di Temerloh. "Pimpinan PRIMA Dharmala NS (Pak Dharma) yang juga rakan kembara Pak Sako dijangka akan terbabit dalam majlis pengkisahan Pak Sako," kata Ahmad Nizam (gambar kiri).

LAPORAN TERKINI

Munajat subuh di Ipoh esok:
Mat Sabu ditangkap petang ini

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi (6 Mei 2009) di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini. Sekumpulan anggota polis di percayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau tidak bertamadun itu.

"Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran. "Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat (Mohamad Sabu) tetapi dihalang anggota yang ramai," ujarnya kesal. Dipercayai penangkapan terhadap Naib Presiden PAS ini dibuat ada kaitan dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh esok (7 Mei), bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Ianya berkemungkinan susulan daripada penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam. "Ke mana Mohamad Sabu dibawa, apa tujuan mereka tidak diberitahu," kata Salahuddin.

- Harakahdaily.

PUISI

Nikmatnya Menganjing

Menanam pokok hiasan
bukan di sini seharusnya.

Tidak ada tanah
di apartment tinggi ini
tapi bila perasaan
di lamun cinta
segalanya jadi
tidak bermasalah.

Lalu ku tanam
pokok bunga itu
di dalam air
di dalam kaca
tinggi di udara.

Senanglah nanti
kuntum ranum
yang mekar
mengutip angin
pengirim rindu.

Segeralah berbunga
wahai pohon-pohon
balkoni apartment tinggi
temanilah aku
menghitung bilangan
teman-teman
yang sudah hilang tiba-tiba
bagaikan polong
mencari tuan.

-Yassinsalleh
sedang tertanya-tanya
kat mana nak menurun
nombor toto
nak cari modal
terbitkan
antologi sajak
'Nikmatnya Menganjing'

Sehebat Laungan Katak
Memanggil Hujan

Dalam pada saudagar mimpi itu
terkial ke hulu terenang ke hilir
mencari pawang penurun nombor
bersahutan katak memanggil hujan
dia pun kebasahan
dicurah hujan gugur
bagaikan runtuh langit
menghumban awan
tiadalah dia hajatnya kesampaian
dalam demikian ia menggigil
menahan kesejukan
tiba-tiba bagaikan penyair
sedang bercinta
ilham tiba bergeliga.

"Akan ku kumpul
semua katak-katak yang ada
sebanyak-banyaknya
masukkan kontena
naikkan ke atas kapal
ekspotkan ke negara-negara Arab
untuk memanggil hujan
dan padang pasir
yang kontang gersang
akan berair menjadi ladang subur!"

Aku akan jadi kaya raya
tapi, aduh
sampai di situ dia tiba-tiba
tak lagi berkata-kata dia
lalu dia membilang-bilang jarinya
di dalam hati dengan kegusaran
berselerak di wajah.

Dalam hati kebimbangannya
kian hari kian menebal kegelisahan
kian minggu kian menyeksa
kelemasan.

"Nak ekspot katak ini
kena dapat AP
kena buat kertas kerja
sampai kat depa
habislah idea dan formula
kekatakkanku ini
sebagaimana lazimnya
akan dicuri pegawai-pegawai menteri
dan aku akan menggigit jari
da menjadi sasau
mengukur jalan tak berhujung."

Kenapakah kuasanya politik
amat menakutkan
para pemegang harta intelek
sehebat laungan
katak memanggil hujan ini?

-Yassinsalleh
jam 1724
Mei 5, 09
idea bergeliga
yang amat berharga
yang tak dapat dijadikan
harga what a wonderful world.

KENYATAAN MEDIA ANWAR

SUK ambil alih tugas Speaker:
Sidang DUN Perak selepas 6 bulan

(Petikan kenyataan media Ketua Pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim, 5 Mei 2009, selepas mempengerusikan mesyuarat komponen Pakatan Rakyat, berkaitan pilihanraya kecil DUN Penanti, di samping membayangkan akan diteruskan pilihanraya kecil satu demi satu)


Tanggal 7 Mei hadapan bakal menyaksikan DUN Negeri Perak akan bersidang, pertama kalinya dalam tempoh enam bulan. Saya kesal dengan tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Ketua Polis Negeri yang bertindak mengambil alih tugas YB Speaker Dewan dalam mengawalselia sidang Dewan. Kuasa Speaker ditelanjangkan Umno-BN tanpa mengira peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri. Kawalan keselamatan seluruh negeri, halangan ke atas media untuk membuat liputan semuanya menggambarkan tindakan opresif Umno-BN untuk mengekang maklumat sebenar sampai ke pengetahuan rakyat.

Bertebaranlah kemungkinan YB M. Manoharan, ADUN Kota Alam Shah akan meletakkan jawatan berikutan kekangan ke atas dirinya yang kini ditahan di bawah akta zalim ISA. Ini pastinya menambah beban di bahu PM baru. Kita komited agar bukan sekadar YB Manoharan, sebaliknya semua tahanan ISA wajar dibebaskan segera tanpa sebarang syarat.