Pejuang tak diwirakan:
Berseorangan lawan gerilaDatuk saudara saya Allahyarham Simek bin Baginda Taib (adik kandung datuk saya Jatin bin Baginda Taib), tak diwirakan seperti Leftenan 90 Adnan bin Saidi, sekalipun perjuangan beliau hampir sama. Tokcu Simek berkhidmat sebagai homeguard, dikepung oleh lebih 50 anggota gerombolan komunis di sebuah kebun getah di Kepis, Kuala Pilah sekitar awal dekad 1950-an. Beliau dicabar menyerahkan senjata api (senapang patah), tetapi Tokcu Simek menolak tawaran tersebut. Tokcik Simek melawan hingga ke titis darah terakhir, malah penduduk kampung mendengar dentaman senapang berbalas-balas dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi. (Gambar Pak Abdullah CD, tengah bersama isterinya bermesra dengan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Dato' Aziz Shamsuddin pada Disember 2007)
Apabila suasana senyap sepi, barulah penduduk kampung bersama pasukan polis datang untuk membantu, tetapi Tokcu Simek sudah terkorban dengan beratus-ratus butir peluru menembusi dadanya. Sekalipun senapangnya dilarikan, tetapi berdasarkan siasatan beliau kehabisan peluru, malah masih menghunus parang untuk melawan. Justeru tikaman benet berbekas di seluruh badannya, dalam semangat berpantang menyerah sebelum ajal! (Sila baca novel saya 'Jejak Pulang; Utusan Melayu, KL; 1979). Ironinya, sekarang ramai yang mengaku wira negara dengan tujuan untuk mengampu UMNO sebagai heh heh heh! Lihatlah gambar-gambar ini wahai persatuan bekas perajurit mengenai pimpinan UMNO (Saya sudah mendokumentasikan perjuangan Askar Melayu dalam buku '50 Tahun Askar Melayu' - Pak Dharma). (Gambar Pak Abdullah CD, kanan sekali bersama bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba).
Tokcu Simek mempertahankan estet milik Inggeris, malah beliau menyedari Inggeris memperalatkan tenaganya. Tetapi beliau terpaksa berkhidmat dengan Inggeris demi sesuap nasi untuk menyara keluarganya, sekalipun sebagai homeguard tak ada pencen dan tak ada pampasan - habis manis sepah dibuang! (Gambar, Pak Abdullah CD diterima mengadap Padka Seri Sultan Perak, Sultan Azlah Shah pada 1998).
(Gambar bekas pimpinan gerila Pak Abdullah CD bertemu mesra dengan bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar, dalam satu majlis di Kuala Lumpur pada Disember 2007. Barangkalai mereka yang menganggap menjadi wira itu tak pernah diraikan begini).