Tuesday, July 28, 2009

info suara prolitar...

Anugerah untuk Bik Mama
Confirm dapatlah heh heh heh!

Hari ni (28 Julai 2009), Bik Mama (Rosmah Mansor) dianugerah doktor kehormat pendidikan kanak-kanak oleh Tan Sri Ibrahim Abu Shah (bukan UiTM). Lepas ni confirm dapat extend heh heh heh! What a joke? Senang aje visi dan misi, buat apa pening-pening kepala. Kalau nak bersantai jom kita bersukan; setidak-tidaknya untuk nampak lebih slam. Peduli apa dengan anak Rembau merungut apabila tanah adat dirimbat, kononnya pembangunan dan pembinaan rel keretapi. Anak Jelebu musnah kampung tradisi, kerana projek takungan air. Peduli apa gajah mengamuk musnahkan tanaman penduduk Kampung Gagu, apabila hutan terang benderang untuk projek. Takkan Rais Yatim buat tak nampak aje. Biarlah, biarlah..! - (Ahmad Nizam Hamid, Semantan, Pahang; SMS 28 Julai 2009; 09:20:01)

INFO SASTERA & BUDAYA

PUISI

Tapi Bahagia Melata Di Kota

Aduhai, saujananya alam
tanah kampung yang terbentang
di manakah agaknya kerbau dan bangau
tiada ciak mengejar belalang
tak kelihatan rama-rama berlegaran
tak kedengaran serling batang padi berlagu
tak berkejaran puyu dan haruan
senda gurauan.

Alahai, terbiarnya tanah pusaka
turunan nenek moyang
gempita kota gelora cita dan cinta
metropolitan merobah lentera budaya
anak pesawah mengejar janji kota
yang amat payah dan serakah.

Bila lembayung melabuhkan senja
pilu amat terasa
betapa pewaris dan pusaka
keempunyaan tanah bumi
Semenanjung Tanah Melayu
tidak lagi melihat ketuanannya
terpasak ke bumi di kampung laman
tapi bahagia melata di kota
sebagai pengawal sekuriti.

-Yassinsalleh
jam 2235
Julai 28, 09
Kuala Lumpur.

Bagaikan Semangatmu

Seri Intanku tersayang
siang kau adalah mentari pagi
mendakap hangat azam
dan semangat keramat.

Keazamanmu adalah gerimis
tengah hari yang mendandan pelangi
membeah nesapa tunjang remaja
bangsamu yang baru belajar
nikmatnya bercita-cita.

Rembang, senyummu sayangku
adalah meriah warna lembayung
bertemasya menutup
setiap liang duka
yang mendera dan tertawa.

Senja, syahdu suaramu
adalah merdu nyanyian serindit
menyambut cumbuan angin malam
menyisir rambut impian
yang kian jua kau lerai
kusutnya.

Dan malam kau adalah gemerlap
bintang-bintang menarikan
belaian jari jemari
embun yang dingin membuka
lembaran daun-daun waktu
ceritera semalam yang lemas
dan payah.

Dan kau dengan amat tenang
amat percaya dan pasti
bahawa citra esok
cita-cita perkasa remaja
Jeram Besu adalah satu kepastian
yang hakiki, keramat dan berdaulat
semoga Jeram Besu akan berseri
sepermai semangatmu,
duhai Seri Intan.

-Yassinsalleh
jam 2131
Julai 28, 09
Kuala Lumpur.

Info Suara Anak Rembau...

Untuk dapat imej baik ?

oleh: Badrul Hisham Shaharin

Regim BN ini tidak pernah berubah dalam aspek pembaziran jutaan wang rakyat hanya semata - mata untuk membayar perunding imej bagi melobi imej pemimpin regim ini khususnya untuk luar negara.Semenjak Mahathir, Abdullah dan kini Najib turut sama membelanjakan wang yang cukup banyak semata - mata untuk membina imej peribadi. Antara syarikat yang kini sedang menikmati jutaan wang rakyat untuk menaikkan imej Najib ialah Anco Worldwide, sebuah syarikat perunding imej dan media antarabangsa.Menurut sumber yang dipercayaan syarikat ini menikmati kontrak RM20 juta untuk perkara tersebut.

Ada satu maklumat pula menyatakan kontrak RM20 juta masih belum ditandatangani namun syarikat ini masih didalam tempoh percubaan tetapi tetapi menikmati bayaran tinggi berdasarkan projek. Antara tugasannya ialah memastikan Najib Tun Razak mendapat liputan dalam agensi berita dunia seperti CNBC dan CNN. Menempatkan tulisan mengenai Najib dan menempatkan tulisan Najib di media dunia juga menjadi peranan mereka. Bayaran yang tinggi ini juga berkaitan dengan usaha Najib untuk mengimbangi imej Anwar Ibrahim yang dihormati dunia.

Pejabat Perdana Menteri sekarang ini juga dikatakan bersedia membuat bayaran yang amat tinggi hanya untuk memastikan lawatan Obama, Presiden Amerika ke Kuala Lumpur. Kononya lawatan Obama ke Kuala Lumpur akan menaikan imej Najib ke tahap maksimum di mata dunia.
Apco Worldwide difahamkan telah mendapat ruang di pejabat Perdana Menteri sejak awal Najib menjadi PM. Apco dan beberapa buah agensi perunding imej dan media yang berpengkalan di US terlibat secara terus dan serius dalam menghasilkan strategi 100 hari Najib. Ini termasuk kempen 1 Malaysia dan beberapa pengumuman yang porpular..Maklumat ini dipecahkan oleh beberapa kakitangan kanan tinggi kerajaan yang tidak berpuas hati dengan pembayaran yang amat mahal sedangkan hasilnya amat diragui. Sehingga kini imej Najib dalam dan luar negara belum berada pada tahap memuaskan.

Abdullah Badawi juga pada ketika menjadi Perdana Menteri turut menggunakan agensi asing untuk meastikan imejnya naik sebagai pemimpin Islam Progresif dan pemimpin Malaysia sebagai sebuah negara islam yang liberal. Manakala tidak boleh disangkal oleh regim ini bahwa Mahathir Mohamad dan Abdullah turut menggunakan pelobi Yahudi Abramoff dengan bayaran yang begitu mahal semata untuk memastikan punya imej baik. cheGuBard sudah pun menulis sebelum ini mengenai perkara ini. sila baca petikan di bawah:

Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis), regim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchisebuah agensi perunding/pengiklanan multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi perunding imej dalam beberapa siri pilihanraya yang bertanggungjawab mencari teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen regim Bn. Syarikat yang sama juga terlibat dalam banyak projek kerajaan. CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah menadatangani kontrak bernilai USD 250 juta kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Israel.

CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun. (Sila klik sini untuk baca siapa EDS? ) Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT disumberluarkan. (sila klik sini carian CIMB aniaya pekerja) EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berngpengkalan di Herzelyia, Israel. Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis, ketenteraan dan pertahanan Israel.
Malah ia juga terlibat dalam industri persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga dalam Laporan Tahunan CIMB 2008. (sila klik untuk laporan CIMB 2008)petikan di atas ialah dalam tulisan antara Chin Peng dan Henry Gurny untuk baca lanjut sila klik sini. - http://chegubard.blogspot.com/

Ubah Persepsi Hari Pahlawan...

Kenapa nilai pahlawan direndahkan:
Bukan sekadar terbatas kpd tentera

Pengerusi Telapak Budaya Malaysia (TELAPAK), Omar Manan menggesa persepsi "Hari Pahlawan' perlu diubah, iaitu bukan lagi sekadar mengutip derma tetapi dihayati sebagai manifestasi rakyat di peringkat akar umbi. Masyarakat di desa serta golongan prolitar juga perlu didekatkan dengan aspirasi pahlawan sebenarnya, kata Omar Manan yang juga aktivis drama pentas dan TV sekitar dekad 1970-an. "Sebelum ini 'Hari Pahlawan' sekadar mengutip derma untuk mereka yang terkorban dan menjadi mangsa darurat," beritahunya yang menolak persepsi masyarakat hari pahlawan disasarkan kepada tentera.

Menurutnya, negara sudah menyambut 'Hari Angkatan Tentera', 'Hari Polis' dan 'Hari Pahlawan', tetapi nilai hari pahlawan seolah-olah terlalu rendah di mata masyarakat. Di Indonesia, kata Omar Manan 'pahlawan' adalah pejuang bangsa termasuk penggerak nasionalisme. Malah beliau menambah, pada 1996 regim Suharto turut memproklamir empat 'pahlawan nasional' yang berjuang menentang kolonial Belanda.
Kutipan derma perlu diubah kepada memperingati pahlawan nasional yang berjasa seperti Dato' Dol Said di Naning, Dato' Maharajalela di Perak, Dato' Bahaman di Pahang, Tuan Guru Tok Janggut Haji Mat Hassan di Kelantan dan pimpinan seterusnya. "Pahlawan bukan tentera semata-mata, justeru persepsi ini perlu diberi nilai baru," menurut Omar Manan.

Proses damai Asia Barat...


AS tak harap Arab-Israel
Akan jalin hubungan segera

KAHERAH: Washington tidak mengharapkan negara Arab menjalin hubungan sepenuhnya dengan Israel serta-merta tetapi ia diharapkan berlaku ketika proses damai dilaksanakan. Wakil khas Asia Barat Presiden Barack Obama, George Mitchell berkata selepas mengadakan pertemuan dengan presiden Mesir, Hosni Mubarak pemulihan hubungan akan muncul "lebih lama ketika proses damai dilaksanakan." Mitchell berkata beliau merancang mengadakan pertemuan dengan ramai pemimpin Arab "untuk menggalakkan mereka mengambil langkah tulen ke arah pemulihan hubungan dengan Israel." - (Gambar rakyat Palestin mengadakan tunjuk perasaan di Gaza, semalam - foto Reuters)

Beliau juga meminta Palestin untuk menahan diri daripada mengeluarkan "kenyataan atau membuat tindakan yang mungkin menyebabkan rundingan yang bermakna dan proaktif hampir mustahil untuk diadakan." Setiausaha agung Liga Arab, Amr Moussa berkata selepas menemui Mitchell "negara Arab tidak akan mengambil langkah untuk menjalin hubungan sebagai pengorbanan untuk Israel. Negara Arab tidak akan bertindak ke arah itu selagi Israel tidak menghentikan dasar pembinaan penempatan Yahudi," katanya. Mitchell membuka lembaran baru usaha ke arah rundingan damai dengan mengunjungi Israel Ahad lalu dan Syria sebelum itu.

Beliau berlepas dari Kaherah semalam untuk menuju semula ke Israel, dan Bahrain selepas itu. Obama berhasrat untuk mencapai proses damai menyeluruh di antara Israel dan semua jiran Arabnya bagi menjamin "kestabilan, keselamatan dan kesejahteraan" di rantau berkenaan. "Jika kita mahu mencapai kejayaan, kita memerlukan kedua-dua negara Arab dan Israel untuk berusaha bersama kita bagi membentuk kedamaian yang menyeluruh," kata Mitchell.
Mesir memainkan peranan sebagai "orang tengah" dalam memulihkan hubungan di antara kumpulan Palestin Fatah dan Hamas yang merampas kuasa di semenanjung Gaza pada 2007. – AP/AFP

Laporan terkini dari Kelantan...

Kelantan mahu bawa isu royalti
minyak ke mahkamah antarabangsa

KOTA BAHARU 28 Julai - Menteri Besar Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan mungkin dibawa ke mahkamah antarabangsa sekiranya rundingan secara “persaudaraan” dengan kerajaan pusat gagal mencapai kata sepakat, menurut laporan http://utusan.com/ jam 6.15 petang ini (28 Julai 2009).
Langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri di anggap bagi memastikan UMNO tak memperlekehkan konsep 'persaudaraan' yang mahu dijalin oleh PAS, menurut sumber itu lagi. Sementara itu laman blog harakahdaily pula melaporkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa hubungan yang terjalin sekarang ialah di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dan bukan hubungan dengan parti UMNO.

"Hubungan negeri ialah dengan Kerajaan Pusat oleh kerana sistem yang diamalkan ialah sistem Federalisma, oleh itu tidak timbul hubungan dengan Umno,"kata Mursyidul Am PAS itu pada sidang media selepas melawat pameran ternakan di Padang Perdana dekat sini semalam.
"Kerajaan Pusat ada kewajipannya kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri pula ada kewajipannya terhadap Kerajaan Pusat, maka kenapa mahu disekat (hubungan itu).

"Kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri hendaklah menyentuh isu penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan," katanya. Dalam pada itu Nik Aziz berkata, tindakan parti lain di peringkat Pusat yang menghalang Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dari mendapat kemudahan daripada Kerajaan Pusat itu adalah tidak menurut Perlembagaan.

Info Negara Islam...


Gunmen kill 8
in Baghdad bank robbery

Play Video Reuters – Iraq bomber targets funeral tent
Slideshow:Iraq
Play Video Video:Iraq's Kurds head to the polls Reuters
Play Video Video:Jolie appeals for Iraq aid Reuters

By Hamid Ahmed, Associated Press Writer – 19 mins ago

BAGHDAD – Gunmen killed eight security guards and made off with nearly $7 million Tuesday during an early morning robbery at a bank in central Baghdad that police say is the work of insurgents attempting to finance their operations. It is the second deadly robbery in a week in Baghdad's commercial Karradah district. Although violence has dropped dramatically over the past two years, the number of robberies in Iraq appears to be on the rise. A special committee made up of Iraqi army, police and bank officials was formed to investigate the robbery, which netted 8 billion Iraqi Dinars ($6.9 million), said an Interior Ministry official. - (Pix AFP - file photo shows Iraqi policemen standing guard at a checkpoint in central Baghdad)

The gunmen broke into the state-run Rafidain Bank at about 4 a.m., killing three on-duty guards and five others on the premises, who were either on a break or asleep, said an Iraqi police official. Investigators believe the gunmen used silencer-fitted weapons during the attack because witnesses and neighbors didn't hear any gunshots. It was not immediately how many gunmen were involved or how the money was secured in the bank at the time of the robbery. Another official said the robbery appears to be the work of insurgents trying to get hold of cash to finance their operations. He did not explain what evidence led him to that conclusion.

All the officials spoke on condition of anonymity because they were not authorized to release the information to the media. "While I cannot confirm that the attacks were terrorist related, it does fit past trends of terrorist groups in Iraq of financing their operations through crimes — like kidnappings for ransom, robberies and black marketeering," U.S. Army Maj. David Shoupe, a military spokesman, told The AP in an e-mail. Insurgents in Afghanistan also are believed to have staged bank robberies, kidnappings for ransom and other criminal activities to raise funds.
Five people were killed Sunday when gunmen broke into the al-Nibal money exchange office in Karradah shortly before noon, killing three employees and two customers and wounding 12 others, including eight employees.

In April, gunmen armed with silenced weapons killed at least seven people during a daylight heist of jewelry stores in Baghdad. In the same month, gunmen used similar tactics, killing two, during the robbery of a currency exchange in the southern city of Basra.
____
Associated Press Writer Chelsea J. Carter in Baghdad contributed to this report.

MOHD AFFANDI HASSAN MENULIS...

"PERGI JAHANAMLAH UMNO!",
KATA TOK GURU NIK AZIZ

“Pergi jahanamlah UMNO,” sergah Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan. Adakah ini satu kutukan atau satu kenyataan politik yang tepat? Yang pasti, Tok Guru Nik Aziz marah apabila UMNO dan media di bawah kekuasaan mereka memutar-belitkan kenyataannya tentang kerjasama antara pusat dan negeri Kelantan. Masalah yang dihadapi Kelantan, yang menjadi masalah kronik yang dihadapi oleh setiap Menteri Besar dari PAS, ialah tentang perhubungan pusat dan negeri yang penuh konflik. Pusat tidak boleh terima ada negeri yang tidak sehaluan dengan pusat, walaupun dalam konteks demokrasi.

Meskipun peruntukan dalam Perlembagaan jelas tentang tanggungjawab pusat kepada negeri, terutama dari segi membayar gran tepat pada waktunya, tetapi dari segi pelaksanaannya tidak pernah dibuat dengan profesional, berasaskan kehendak Perlembagaan, oleh kerajaan pusat. Kita tidak perlu soal tentang kejujuran kerajaan pusat, kerana memang mereka tidak jujur dan soal kejujuran ini tidak penting dalam politik. Yang penting ialah sama ada mereka patuh kepada Perlembagaan yang mereka buat sendiri. Kita mesti ingat, Perlembagaan Malaysia dibuat oleh UMNO dan konco-konconya. Jadi apabila mereka tidak mahu ikut, tentu ada masalah. Mereka tidak profesional, itulah kesimpulan yang tepat.

Rakyat tidak wajar mengharapkan kejujuran daripada UMNO (baik zaman Perikatan mahu pun zaman Barisan Nasional), tetapi mereka mahukan sikap profesional, bertindak sebagai manusia normal dan rasional, bukan sebagai manusia yang menggunakan kuasa untuk menindas. Tentang aspek ini, Dr. Nik Ibrahim bin Nik Mahmud telah menulis tesis Ph.D. (1977) yang menganalisis hubungan penuh konflik dan penindasan antara pusat (di bawah Tunku dan Tun Razak) dengan Kelantan. Beliau memberikan data-data konkrit dengan mengemukakan dokumen yang boleh diperiksa oleh sesiapa juga yang tidak menerima kenyataan ini.

Jika kutukan Tok Guru Nik Aziz dilihat dalam konteks yang dianalisis oleh Dr. Nik Ibrahim ini, kita akan faham mengapa Tok Guru Nik Aziz mengucapkan dengan lantang kutukan beliau yang memang berasaskan kenyataan pengalaman politik yang tidak boleh diketepikan. Adakah orang Melayu berharap kutukan Tok Guru Nik Aziz akan menjadi kenyataan? Jika kita melihat perkembangan terbaru dalam UMNO, kita akan dapati betapa para pemimpin UMNO sendiri mengaku betapa teruknya parti Melayu itu menghadapi masalah rasuah. Beberapa orang pemimpin penting UMNO telah menjadi korban tabiat rasuah itu apabila dinafikan daripada bertanding dalam pemilihan UMNO.

Tetapi mereka tidak dipecat dari jawatan penting di negeri-negeri, misalnya sebagai Ketua Menteri di Melaka. Kutukan Tok Guru Nik Aziz diluahkannya berasaskan kenyataan politik dalam UMNO sendiri. Tidakkah rasuah itu satu kecelakaan besar bagi negara, apabila para pemimpin negara dengan tidak ada perasaan malu mengaku bahawa mereka adalah pengamal rasuah. Malah Dr. Mahathir Mohamed sendiri menegaskan Kabinet Najib yang ada sekarang tidak bersih, masih ada pemimpin rasuah di dalamnya. Adakah Dr. Mahathir berbohong? Yang boleh menjawabnya dengan tepat hanya orang UMNO sendiri, tetapi apabila bekas PM sendiri sudah membuat kesimpulan demikian, maka ucapan Tok Guru Nik Aziz yang umum itu memang dikhususkan kepada UMNO sebagai parti Melayu yang Islam yang telah merugikan Melayu dan Islam.

Yang menjadi masalah kepada UMNO dan ketua-ketua UMNO ialah apa yang diucapkan oleh Tok Guru Nik Aziz itu tepat sekali dengan perilaku politik dalam UMNO sendiri, yang diakui mereka dan disedari mereka kebenarannya. Oleh itu apabila lidah rasmi UMNO, akhbar Utusan Malaysia melalui ruangan “Bisik-bisik” yang ditulis sendiri oleh Ketua Pengarangnya (bertarikh 28/7/2009), berkata Tok Guru Nik Aziz merugikan Islam dan bukan seorang pemimpin Islam sejati, maka fakta yang ada menunjukkan kesimpulan Ketua Pengarang itu lebih tepat ditujukan kepada UMNO dan para pemimpin UMNO. Kita boleh bertanya: Dari segi apa Najib Tun Razak dan Dr. Mahathir Mohamed misalnya menguntungkan Melayu dan Islam, dibandingkan dengan sumbangan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat?

Adakah kedua-dua mereka pemimpin Islam sejati? Adakah ketiga-tiga mereka ini sama-sama merugikan Melayu dan Islam dan bukan pemimpin Islam sejati? Oleh itu, siapakah pemimpin Islam sejati itu di Malaysia? Kita perlu tahu siapa pemimpin Islam sejati itu, kerana pada waktu orang Islam sudah begitu jauh dibawa UMNO untuk mengelirukan masyarakat tentang Islam (misalnya dengan mengemukakan Islam Hadhari, yang dengan sendirinya memberi keraguan kepada konsep Islam sejati, kecuali jika Islam Hadhari itulah yang sejati), maka pemimpin Islam sejati itu perlulah dinamakan supaya boleh dijadikan ukuran dalam menentukan siapa yang sejati dan palsu dalam kepemimpinan Islam ini.

Yang sah, tidak seorang pun daripada UMNO pernah muncul sebagai seorang pemimpin Islam sejati seperti yang disebut oleh Ketua Pengarang Utusan Malaysia dalam pojoknya. Yang pasti PAS telah melahirkan seorang negarawan besar dan seorang pemimpin Islam sejati dalam diri Dr. Burhanuddin Hilmi. Siapakah di kalangan pemimpin UMNO yang setanding dengan beliau sebagai seorang pemimpin Islam sejati? Di sinilah Tok Guru Nik Aziz berada, berdiri sebagai seorang pemimpin Islam yang tidak kalah dengan ketokohan Dr. Burhanuddin. Sama ada beliau seorang pemimpin Islam sejati atau tidak, tentulah bukan Utusan Malaysia yang menentukannya. - [28/7/2009] Mohd. Affandi Hassan

SEKALI PERSETUA...

Maka berkata Orangkaya Hadi Awang:
Sudah banyak UMNO bawa kemusnahan

Sebermula tersebutlah alkisah Orangkaya Marang Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang menjadi penghulu harakah Islam (PAS) berkata ia, negeri Melayu ini akan aman tenteram sekiranya tiada lagi harakah Melayu (UMNO). Maka pergilah Orangkaya Dato' Seri Hadi ke balai sukan Bertam, Kepala Batas di Seberang Perai Utara lalu disuruhnya UMNO dan BN segera berundur diri dari persada siasah negara. Maka berkata Orangkaya itu, BN dan UMNO sudah banyak membawa kemusnahan dan keruntuhan kepada rakyat negara ini melalui (sistem amalan demokrasi yang zalim) cara orang atas angin memerintah negeri mereka.

Arakian maka Tun Telanai menyuruh memanggil Suir seorang tua lagi untut keuda belah kakinya, maka disuruh Tun Telanai bermain lembing di hadapan Paduka Bubunnya. Maka oleh orang tua itu dilambung-lambungnya lembing itu, ditahankan belakangnya (taklah ia dinamakan liwat); maka lembing itu mengambul jatuh ke tanah, sedikit pun tiada ia luka. Maka sembah Tun Telanai kepada Paduka Bubunnya, "Tuanku, inilah sebabnya maka Melaka tiada alah diserang Siam. Semuanya orang Melaka demikian belaka." Syahdan adapun UMNO itu samalah juga seperti Suir yang kakinya untut yang bermain lembing itu, maka diperbuat orang pantun:

Apa difikir rasa terbantut
Bising pula dengkung dengkang
Lagi Suir berkaki untut
Lembing tak lut kena belakang

Maka oleh sekalian orang banyak mereka pun membaca 'Kitab Melayu' daripada:






HIDUP BAHASA MELAYU!