Wednesday, July 1, 2009

SURAT MENERUSI EMEL

To: wanitajim@yahoogroups.com Sent: 30/06/2009 KALBU]

Hukum membuang bulu di muka

Assalamualaikum

Saya ingin bertanya akan hukum membuang bulu di muka.

Masalah:Andainya seorang gadis mempunyai bulu yang agak lebat di kawasan muka juga keningnya. Kewujudan bulu ini di sekitar bawah hidung, atas bibir, di dagu dan tempat lain di muka. Bulu di muka yang agak lebat dan panjang sehingga orang ramai dapat mengesan akan kewujudan bulu di mukanya itu. Kadangkala, ia dapat mewujudkan perasaan malu dan kurang berkeyakinan apabila orang lain merenung akan rupa parasnya. Ada juga di kalangan rakan yang menegur akan bulu di mukanya. Namun gadis itu tidak berani untuk membuang bulu di mukanya kerana sebagaimana yang diketahui bahawa ianya adalah Haram di sisi Allah swt. Apakah yang perlu dilakukan oleh gadis itu?Terima kasih.

- Wasalam
Gadis

Larangan Di Sudut Syarak

Waalaikumsalam, Gadis yang bertanya.

Tidak mengapa membuang bulu di muka andainya ianya mengaibkan seseorang
Yang ada larangan di sudut syarak hanyalah mencukur/menipiskan bulu kening di mana ia dilaknat oleh Allah sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya;
“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.).

Secara amnya, hukum mencabut bulu di badan adalah seperti berikut;Mencabut bulu ketiak dan ari-ari; hukumya sunat. Bagi bulu ari-ari yang paling baik ialah mencukurnya. Adapun bulu ketiak yang paling baik ialah mencabutnya. Namun, jika dibuang dengan cara lain dari itu tidak mengapa.Mencabut bulu kaki dan bulu lengan/betis bagi wanita; harus kerana tidak ada dalil syarak melarangnya.Menghilangkan bulu kening; haram sekalipun dengan permintaan suami kerana larangan keras oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis di atas.Mengenai bahan/ubat/sabun yang digunakan itu menghilangkan bulu, harus jika tidak mendatangkan mudarat kepada badan. Selain itu, hendaklah dipastikan ia suci (tidak mengandungi bahan najis). Jika ada bahan najis, hendaklah dibasuh sebelum mengerjakan solat.Wallahu a‘lam.

Rujukan;1. Fatawa Ulama ‘ Baladil-Haram, hlm. 727 dan 739.2. Dr Abd Karim Zaidan, AlMufassol fi ahkam almar’ah juz 3 hal 401

Jawapan disediakan oleh Ustazah Salihah Bt Abdullah,Pensyarah Kolej Jaiputra Kota Bharu dan Dr Hafidzah Mustakim Ketua Wanita JIM Kelantan

SEKSYEN 427 KANUN KESEKSAAN


Dua pelajar IPTA ikat jamin RM5000:
Didakwa khianat kerana 'anti-Rosmah'

Dua pelajar IPTA Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang tadi (30 Jun 2009), atas tuduhan menconteng protes 'anti-Rosmah'. Mereka mengaku tak bersalah, di samping diikat jamin RM5000 setiap seorang mengikut laporan laman web Malaysiakini. Laman berita internet tersebut menyatakan mereka didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25. Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika sabit kesalahan.Tiga lagi individu dicari bagi membantu siasatan. Di percayai tiga individu tersebut ialah presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani.Dalam perkembangan tersebut, kedua tertuduh dibawa ke tahanan di Penjara Sungai Buloh.

Timbalan pendakwaraya Mazelan Jamaludin asalnya meminta jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh untuk semua pertuduhan, termasuk Seksyen 447 kanun yang sama atau kesalahan menceroboh.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum enam bulan penjara atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya.Peguam kedua-dua tertuduh Mohamed Arfizi Mohd Ramli memohon jumlah tersebut dikurangkan kepada RM4,000 kerana kedua-duanya dari keluarga berpendapatan sederhana dan juga masih belajar. Rosbiahanim menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan semula kes itu.

Dalam pada itu, Shazni melalui blog beliau menyatakan keprihatinan beliau kepada ibu bapa dan kerisauan jika kes A. Kugan yang mati dalam tahanan berulang kembali.Seluruh pimpinan persatuan yang dipimpinnya itu telah memutuskan untuk memberikan bantuan guaman kepada kedua tertuduh bagi meringankan beban tanggungan kos guaman keluarga tertuduh, ujar beliau dalam blog nya.Sumber tidak rasmi dari persatuan tersebut juga menyebut akan melancarkan tabung bantuan derma kilat dalam masa terdekat.Di tanya berkaitan situasi beliau yang dicari polis, Shazni hanya menyatakan akan menggunakan saluran undang-undang dengan baik dan bersedia memberikan bantuan bagi siasatan polis terhadap kes ini. - Malaysiakini.

UMNO SELAYANG BARU TERBIT BULETIN


Rakyat jelak dengan sikap:
UMNO perlu lihat diri sendiri

Pimpinan tertinggi UMNO disaran melihat ke dalam diri UMNO sendiri bagi terus kekal dan relevan kepada orang Melayu, bukan setakat bermain di permukaan sahaja menurut buletin "PENTAS" suara hati UMNO cawangan Selayang Baru, Selangor. Buletin berkenaan diterbitkan sempena mesyuarat agung cawangan seterusya menegaskan, rakyat hari ini mula jelak dengan sikap sesetengah pemimpin UMNO yang asyik berebut jawatan sehingga sanggup menghalalkan cara dengan bermain 'politik wang' semata-mata hendakkan jawatan. "Apa akan jadi kepada UMNO kalau penyakit 'politik wang' terus menjadi agenda utama kepada pemimpin-pemimpin yan rakus dengan kuasa?" kata buletin 'PENTAS' suara hati UMNO Selayang.

Ketua UMNO Cawangan Selayang Baru, Omar Sudi Abdul Manan mengakui penerbitan buletin 'PENTAS' adalah untuk memb eri kesedaran kepada ahli-ahli di peringkat akar umbi supaya tak patah semangat berikutan keputusan PRU12 yang lalu. Katanya, kalau UMNO lemah bagaimana mahu menawan semula kawasan-kawasan yang kalah dalam pilhanraya lalu. Kalau ketua bahagian tak peka dengan perjuangan UMNO dengan membiarkan cawangan bergerak sendiri di samping menghadapi masalah, macam mana mahu perkuatkan Bahagian UMNO, katanya. "Presiden dan Timbalan Presiden perlu melihat ke dalam diri UMNO sendiri sejajar dengan dasar baru kerajaan Satu Malaysia, rakyat didahulukan, prestasi diutamakan," beritahu Omar Sudi.