Friday, July 17, 2009
SPRM PUNCA SEGALA INSIDEN
Penghinaan dan cabar kerajaan PR
Jumaat 17 Julai 2009 24 Rajab 1430 Hijrah
oleh: Saidah Hairan Fri Jul 17, 09 3:42:23 pm MYT
SHAH ALAM, 17 Julai (Hrkh) - Polis bertindak ganas ketika meleraikan 500 orang yang berhimpun di luar bangunan Plaza Massalam mendesak supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian pembantu exco kerajaan ngeri Selangor, Teo Beng Hock. Perhimpunan itu dimulakan dengan ucapan daripada Adun Sekinchan, Eng Suee Lim yang menegaskan himpunan itu bertujuan menyatakan bantahan terhadap SPRM kerana secara terang-terangan telah menyebabkan kematian pembantu (PA) exco Selangor.
Menurut beliau, kematian itu bukan saja merupakan satu penghinaan tetapi telah mencabar kerajaan Pakatan Rakyat malahan pegawai yang bekerja dengan Pakatan Rakyat.
Dalam masa tiga minit beliau berucap Polis datang dengan keras mengatakan; "Ini perhimpunan haram...", suasana bising berlaku apabila peserta perhimpunan membalas mengatakan; "Ini bukan satu perhimpunan haram, ini perhimpunan aman..." Serentak itu kedengaran laungan,"'We want justice, we want justice...., Adakah kita buat kacau bilau, kita tuntut keadilan..." Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Tian Chua yang masing-masing membawa bunga kekwa putih serta kain rentang yang bertulis 'We want justice.'
Sebelum perhimpunan Menteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim sampai ke Plaza Massalam tepat jam 10 pagi dan terus masuk ke bangunan Massalam bersama Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali. Masing-masing membawa bunga kekwa putih serta kain rentang yang bertulis 'We want justice.'
Sebelum perhimpunan Menteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim sampai ke Plaza Massalam tepat jam 10 pagi dan terus masuk ke bangunan Massalam bersama Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali. Turut serta antaranya exco kerajaan negeri Selangor; Dr Halimah Ali; Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad; Bendahari PAS, Dr Hatta Mohd Ramli dan Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali. Pemimpin Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba jam 10.20 pagi. Beliau turut berucap dalam perhimpunan aman itu dengan mengatakan; "Saya dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain datang ke sini untuk menuntut keadilan. Kita bantah keras pimpinan BN dan kita tak hendak lihat satu persatu kezaliman yang dilakukan."
"Kita mahu SPRM negeri Selangor jawab, pimpinan Umno jawab kerana kezaliman berterusan di negara ini." Beliau menegaskan, kes kematian pembantu exco itu wajib dijawab oleh SPRM bersama pimpinan mereka kerana arahan yang diberi oleh BN. Laungan 'reformasi, reformasi, reformasi' bergema disambut dengan 'we want justice'. 'Tangkap, tangkap, tangkap pembunuh, jangan jadi lembu.' Selepas itu, Anwar terus dibawa masuk ke dalam bangunan untuk menemui Pengarah SPRM.
Pergelutan berlaku 10 minit kemudian selepas pimpinan Pakatan Rakyat masuk ke dalam bangunan Plaza Massalam. Anggota polis pencegah rusuhan (FRU) bertindak ganas meleraikan perhimpuan aman tersebut dengan menangkap beberapa orang peserta. Pembantu exco kerajaan negeri Selangor, Lu Chuan Boon telah diheret polis sejauh kira-kira 30 meter apabila beliau enggan beredar dan bertindak duduk di hadapan Plaza. Bagaimanapun, beliau pengsan ketika diseret polis dan anggota cawangan khas (SB) kemudiannya mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM. Orang ramai terus melaung 'polis ganas'. Dua trak FRU datang tepat jam 10.40. Sebelum itu dua trak FRU sudah berada di Plaza Massalam.
Empat orang ditangkap antaranya exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar. Polis menyerbu dan menangkap ketika beliau memberikan taklimat kepada orang ramai supaya menanti pimpinan Pakatan Rakyat keluar dari bangunan. Turut ditangkap ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam; pembantu ahli Parlimen Petaling Jaya dan pembantu Xavier. Mereka telah dibawa ke balai polis seksyen 11, Shah Alam. Ketika menanti pimpinan menyerahkan memorandum kepada Pengarah SPRM, peserta perhimpunan antara Dr Dzulkifly,Shamsul Iskandar, Elizabeth Wong, Lau Wen Sang duduk berkumpul di hadapan pintu masuk Plaza. Bagaimanapun lebih kurang jam 11 pagi Ketua Polis Selangor, Dato' Khalid Abu Bakar datang dan mengarahkan mereka bersurai.
Lebih 200 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM. Manakala anggota FRU telah membuat benteng mengawal bahagian depan bangunan berserta trak 'Water cannon'. Lebih kurang jam 11.15 pagi, Anwar bersama pimpinan PR keluar dari bangunan tersebut. Anwar memaklumkan mereka menemui Pengarah SPRM Selangor, Jaffar Mahad. Beliau berasa sedih dengan kematian Teo kerana wujud keadaan misteri yang memerlukan tindakan segera diambil, termasuk menyiasat cara SPRM menjalankan soal siasatnya. Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian tersebut.
Sementara itu, Khalid berkata, sebarang soal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan berlaku salahguna peruntukan DUN, hendaklah dijalankan di pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK).
Menurutnya, kerajaan Selangor akan membiayai kos pengkebumian Teo. Anwar juga mengumumkan bahawa pemimpin Pakatan akan bermesyuarat di ibu pejabat PAS malam ini, untuk membincangkan tindakan seterusnya. Anwar berkata, satu perhimpunan dirancang diadakan di Stadium Kelana Jaya jam 4.30 petang Ahad ini. Teo Beng Hock, 30, terbunuh, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM itu di mana dia disoal siasat kelmarin berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN. - mks. _ http://harakahdaily.net/
BACA PUISI MANIFESTASI RAKYAT
Baca puisi PRIMA bertema 'Baca Puisi Manifestasi Rakyat' yang akan digerakkan di Kelab Golf Perangsang, Templer Park, Selangor pada 15 Ogos 2009 nanti dibuat secara tak formal, tetapi beberapa orang aktivis masyarakat sudah menyatakan kesediaan untuk menyertainya, beritahu Jurucakap PRIMA Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz. Seorang Ahli Parlimen dan seorang bekas Ahli Parlimen, akan turut membaca puisis malam berkenaan yang membariskan penyair-penyair PRIMA seperti Pak Dharma, Prof Dr Mohamad Mansor Abdullah, Yassinsalleh, Dr Seri Intan Mokhtar, L Mankadir Shamsi, Zakaria Bidin, Datin Rozie Rahman dan beberapa lagi, menurut Dato' Kamal Amir seterusnya.
SALAM SANTAI ABANG ZEK
Kira semula kertas undi
Salam sejahtera saudara saudari sekelian. Dalam update lesungbatu hari ini pastinya ada yang baru. Tajuk utama hari ini JANGAN CERITA BANYAK, ELOK KIRA SEMULA KERTAS UNDI MANEK URAI dan tajuk keduanya, KENAIKAN TAMBANG KENDERAAN AWAM SATU BEBAN BARU RAKYATAntara lain dalam RUANGAN TEPI tiga dari komen pembaca berjodol:-·
o Manek Urai: Cuma Nasib Tidak Menyebelahi BN·
o DUN Selangor Bukan Sahaja Bais, Tapi Tak Betul·
o Baru Sekarang KDN Hendak Serius Fasal Kerakyatan
(Nota: Sekiranya saudara saudari memberi komen di ruangan KOMEN PEMBACA, harap dapat sertakan nama pengirim (nama samara diterima) dan dari mana. Dalam kolum tetapnya seperti JENAKARIA – Pemburu Itik, GAMBAR MENARIK: Sebuah Kasih MuhibbahSelamat melayari http://www.lesungbatu.webs.com/.Hormat dariZakaria Bidin (Abang Zek)Pengelola Lesungbatue-mail: zabidinoor@gmail.com
INFO DARI JAKARTA
Jakarta hotel blasts killed 9, wound 50
Play Video AP – Slideshow:Explosions rock Jakarta hotels
Video:Jakarta blasts at two hotels Australia 7 News
Play Video Terrorism Video:HPD: Serial robbers laid back 11 News Houston
JAKARTA, Indonesia – A senior lawmaker says there are "indications" suicide attackers carried out the twin bombings on hotels in downtown Jakarta that killed nine and wounded 50. Theo Sambuaga, chairman of the parliamentary security commission, said "there are indications of suicide bombs" at the J.W. Marriott and Ritz-Carlton Friday morning. "That is being investigated." The Indonesian security minister and police have said a New Zealander was among those killed. Thirteen other foreigners were among the wounded, including nationals from the United States, Australia, Canada, India, the Netherlands, Norway and South Korea. (Pix AP - Smoke from J.W. Marriott hotel after an explosion went off in Jakarta)
It has been nearly four years since a major terrorist attack in Indonesia, the world's most populous Muslim nation. (THIS IS A BREAKING NEWS UPDATE. Check back soon for further information. AP's earlier story is below.):
JAKARTA, Indonesia (AP) — Bombs minutes apart ripped through two luxury hotels in Jakarta Friday, killing nine and wounding at least 50 more, ending a four-year lull in terror attacks in the world's most populous Muslim nation. At least 14 foreigners were among the dead and wounded.
The blasts at the J.W. Marriott and Ritz-Carlton hotels, located side-by-side in an upscale business district in the capital, blew out windows and scattered debris and glass across the street, kicking up a thick plume of smoke. Facades of both hotels were reduced to twisted metal.
Alex Asmasubrata, who was jogging nearby, said he walked into the Marriott before emergency services arrived and "there were bodies on the ground, one of them had no stomach," he said. "It was terrible."
The Marriott, which was attacked in 2003 in a bombing blamed on Southeast Asian terror network Jemaah Islamiyah, was hit first, followed by the blast at the Ritz two minutes later. The attacks came just two weeks after presidential vote expected to re-elect incumbent Susilo Bambang Yudhoyono who has been credited with stabilizing a nation previously wracked by militancy. Local media reported that two people were killed in another explosion in a car north Jakarta later Friday. Officials confirmed a blast but said it did not appear to be related. Security Minister Widodo Adi Sucipto told reporters at the scene the hotel blasts happened at 7:45 a.m. and 7:47 a.m. (0045 GMT, 8:45 p.m. EDT) and that "high explosives were used." He said at least nine people were killed and 50 wounded.
Anti-terror forces were rushed to the scene, and authorities blocked access to the hotels in a district also home to foreign embassies. "This destroys our conducive situation," Sucipto said, referring to the nearly four years since a major terrorist attack in Indonesia — a triple suicide bombing at restaurants at the resort island of Bali that killed 20 people. The security minister and police said a New Zealander was among those killed, and that thirteen other foreigners were among the wounded, including nationals from Australia, Canada, India, the Netherlands, Norway, South Korea and the U.S.
--------------------------------------------
Associated Press writers Niniek Karmini and Ali Kotarumalos in Jakarta and Tanalee Smith in Adelaide
HAKIM ARAH SERAH DOKUMEN:
n Pita rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pondok pengawal dan dua buah lif blok 11 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara dari 25 hingga 27 Jun 2008.
Gambar-gambar 'slides' yang dibuat semasa ujian ke atas sampel-sampel DNA yang dikatakan diambil daripada pengadu dan kediamannya. Pihak pembela juga dibenarkan melihat 'slides' yang dibuat semasa ujian berkenaan di bawah pengawasan pegawai penyiasat dan ahli kimia.
n Nota-nota ahli kimia berkenaan pemeriksaan dan analisis sampel- sampel DNA yang diambil daripada pengadu dan barang-barang di kediamannya.
MOHD AFFANDI HASSAN MENULIS
SEKALI PERSETUA...
SEKILAS PANDANG...
Wajar siasat punca kematian
Memang wajar gesaan Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco kerajaan negeri Selangor dikenali Teo Beng Hock, 30 yang dilaporkan terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam. Dato' Mahfuz memberitahu http://harakahdaily.net/ di Seremban, Teo dibawa ke pejabat SPRM semalam, dan ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut. Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan Dun membabitkan beberapa Adun Pakatan Rakyat negeri itu.
Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, Dato' Mahfuz berkata perlu satu siasatan menyeluruh bagaimana Teo terbunuh perlu diberi penjelasan walaupun dakwaan menyatakan beliau terjatuh bangunan. "Kes ini memberi kesan buruk kepada keyakinan masyarakat akan keselamatan pihak saksi yang ditahan oleh SPRM kerana mereka seharusnya dijaga dari segi keselamatan ketika berada di bawah tahanan SPRM," ujar Mahfuz. Peristiwa mati dalam tahanan sebelum ini banyak berlaku tetapi membabitkan dalam tahanan polis, namun kali ini lebih mengejutkan ia berlaku di SPRM, katanya. Justeru, beliau mendesak satu siasatan menyeluruh dilakukan dengan suruhanjaya bebas ditubuhkan.
-Pak Dharma
LAPORAN POLIS DI MANEK URAI
Pimpinan PAS buat laporan polis
Ketua Dewan Pimpinan PAS (DPP) Kuala Krai akan membuat laporan polis pagi ini jam 10 pagi, berikutan berlakunya unsur-unsur politik wang secara terang-terangan dilakukan oleh UMNO pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai 14 Julai 2009 lalu. Insiden berkenaan berlaku di pejabat Kesedar Manek Urai, seperti sempat dirakamkan oleh beberapa pihak. Pejabat Kesedar terbabit terletak 50 meter sahaja dari lokasi pusat mengundi di SK Peria, menurut laporan http://www.idhamlim.blogspot.com/ pagi ini (17 Julai 2009). Ketua DPP Kawasan Kuala Krai dijangka akan disertai pimpinan PAS kawasan lain akan membuat laporan jam 10 pagi ini, beritahu laporan berkenaan - Drs Khalil Idham Lim.
INFO PENDIDIKAN MELAYU
Latihan dalam perkhidmatan:
oleh: Cikgu Fadzli, 16 Julai 2009.
Salah satu punca kurangnya budaya kerja cemerlang di sekolah adalah disebabkan pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan yang hanya dibuat sekadar memnuhkan taqwim program sekolah. Latihan dalam perkhidmatan atau singkatannya LDP adalah program yang perlu direncanakan oleh pihak sekolah terhadap semua guru mahupun kakitangan sekolah. Jelasnya, LDP ini diibaratkan sebagai kursus profesional yang dijalankan sebagai latihan peringkat dalaman warga sekolah.
Rata-rata tinjauan kami, kebanyakan guru merungut disebabkan LDP yang diadakan hanya membebankan dan bukan memberi manfaat yang jelas kepada peserta. Secara amnya, terdapat keraguan semasa pelaksanaan LDP iaitu:
Ketika ini, jika perkara ini masih membelenggu perjalanan latihan di sekolah, bagaimana budaya kerja cemerlang dapat diterapkan. Sebaiknya, LDP perlu dipandang serius sebagai kursus profesional yang dapat memberikan manfaat kepada semua warga sekolah. Guru terutamanya dapat memberikan komitmen jikalau hujung minggu yang diluangkan untuk LDP memberikan kesan positif kepada budaya kerja mereka. Lebih baik jangan buat latihan jika sekadar panggil penceramah yang mahu pasang LCD pun tidak pandai, harapkan guru media juga yang memasangnya. Bukankah pelik namanya itu! - http://www.cikgumalaysia.com/