Menteri dedah kedangkalan:
Anwar beri tempoh dlm 24 jam
Menteri Luar, Dato’ Anifah Aman mendedahkan kedangkalannya apabila mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, ketika menjawab soalan media di luar negara dalam satu sidang akhbar bersama Setiausaha Negera Amerika Syarikat, Hillary Clinton di Washington semalam (15 Mei 2009). Apabila Anifah gagal membuktikan dakwaannya, justeru sebagai menteri yang bermaruah beliau seharusnya meletakkan jawatan, kerana dakwaan tersebut serius bagi seorang yang berstatus menteri.
Sebagai seorang menteri, Anifah seharusnya memberi kenyataan secara intelektual bukan membuat dakwaan melulu yang tak berasas. Apalagi ketika beliau dilantik menjadi timbalan menteri oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas PRU12, Anifah sendiri menolak secara tak berhemah. Justeru kalau dakwaan Anifah berasas, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat segera kerana terdapat unsur-unsur rasuah dalam isu terbabit.
Sementara itu Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menuntut Anifah memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam atas tuduhan Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri apabila beliau berjaya mengambil alih kuasa Kerajaan Malaysia.
Peguam Sangkara Nair dan rakan-rakan yang bertindak bagi pihak Anwar akan mengfailkan saman terhadap keyataan Anifah jika beliau tak berbuat demikian. Berdasarkan fakta tentulah tak logik pembangkang menawarkan ganjaran kepada hali parti kerajaan yang mempunyai majoriti i Parlimen.
“Klien kami, Anwar menafikan bahawa beliau pernah menawarkan jawatan tersebut kepada Anifah dan menafikan sekeras-kerasnya pertuduhan sedemikian oleh Anifah. Pertuduhan demikian langsung tidak berasas, berbaur fitnah dan mahu menjatuhkan imej Anwar di mata dunia,”jelasnya dalam satu kenyataan hari ini. Anifah yang dipetik The Star hari ini berkata, “Dia (Anwar) cuba memujuk ahli-ahli Parlimen dan saya sendiri ditawarkan untuk melompat kepada pembangkang dengan jawatan amat lumayan dan dia juga beritahu seperti (jawatan) Timbalan Perdana Menteri.” Akhbar The Star dalam laporannya hari ini bertajuk: “Anwar offered me the DPM?s post, says Anifah.”
Saturday, May 16, 2009
INFO ANTARABANGSA...
Call For An Immediate Cessation:
Hostilities in Sri Lanka's northeastern
(Kenyataan media Ketua Pembankang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya pada 16 Mei 2009 isu kepentingan awam di Sri Lanka akibat tindakan ketenteraan yang menyebabkan ramai kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa)
We call for an immediate cessation of hostilities in Sri Lanka’s northeastern region and appeal to the Sri Lankan military to halt its offensive activities. The fighting has reached a point where humanitarian concerns for the civilian population must be weighed against the military advantages gained by either side in the continuation of this conflict.
Thousands of innocent people have already perished in the combat zone including many women and children. An estimated 50,000 are still caught in the crossfire. Ensuring the safety and well being of the trapped population should be the primary concern of the Sri Lankan government, the LTTE and the international community.
UN agencies and the ICRC should be allowed access to the conflict zone to assess needs and bring in relief supplies, food and medical care to needy and injured populations. International monitors should be granted access to the area to ensure the protection of civilian populations and facilitate confidence building in efforts to establish a lasting peace.
Hostilities in Sri Lanka's northeastern
(Kenyataan media Ketua Pembankang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya pada 16 Mei 2009 isu kepentingan awam di Sri Lanka akibat tindakan ketenteraan yang menyebabkan ramai kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa)
We call for an immediate cessation of hostilities in Sri Lanka’s northeastern region and appeal to the Sri Lankan military to halt its offensive activities. The fighting has reached a point where humanitarian concerns for the civilian population must be weighed against the military advantages gained by either side in the continuation of this conflict.
Thousands of innocent people have already perished in the combat zone including many women and children. An estimated 50,000 are still caught in the crossfire. Ensuring the safety and well being of the trapped population should be the primary concern of the Sri Lankan government, the LTTE and the international community.
UN agencies and the ICRC should be allowed access to the conflict zone to assess needs and bring in relief supplies, food and medical care to needy and injured populations. International monitors should be granted access to the area to ensure the protection of civilian populations and facilitate confidence building in efforts to establish a lasting peace.
INFO HAK ASASI MANUSIA...
Catatan peguam muda wanita:
Di tahan dilokap polis Brickfileds
(Puspawati Rosman, peguam wanita yang masih muda ditahan oleh polis ketika datang ke balai polis, di Brickfileds, Kuala Lumpur pada malam 7 Mei 2009 bagi menjadi peguambela kepada rakan-rakannya yang ditahan oleh polis sebelumnya. Ikuti catatan beliau ketika ditahan di balai polis, dan lanjutannya boleh layari laman blog http://www.lanailestari.blogspot.com/).
Ketika tiba di balai polis Travers, jam sudah menunjukkan hampir pukul 5 pagi. Kami diberi sepasang baju berwarna pink dan seluar warna hitam. Fadiah, Murnie dan Syu enggan memakai baju tersebut kerana ia berlengan pendek. Akhirnya polis wanita tersebut mengalah dan memberi mereka sepasang baju dan seluar berwarna oren terang. Baju tersebut berlengan panjang. Ketika Fadiah menyarungkan baju tersebut, kami kedua ketawa berdekah-dekah selama 10 minit. Ini kerana beliau nampak sangat lawak dan sangatlah hiphopper wannabe.
Kami disuruh diam oleh polis. Kemudian, cermin mata dan sepit rambut kami diambil. Kami juga tidak dibenarkan memakai bra dan selipar juga kena ditanggalkan. Kami diberi seikat gelang getah yang selalu digunakan untuk bermain 'zero point' ketika kecik-kecik dahulu untuk mengikat rambut. Fadiah telah mengambil segenggam getah tersebut dan menyarungkan kesemuanya ke rambut. Kata beliau, lepas ni kita boleh main "zero point" dalam lokap.
Keempat-empat kami ditempatkan di dalam lokap yang sama. Lokap yang paling hujung, bersebelahan dengan bilik air yang tak ada pintu. Bau jamban mula menusuk ke hidung. Keempat-empat kami tidak diberikan selimut dan bantal. Kami baring berbantalkan lengan. Kami cuba untuk tidur, tapi tidak boleh. Maka kami hanya berbaring sahaja memandang ke siling. Kami berbaring sebaris menunggu hari pagi.
Kira-kira pada pukul 9 pagi, sarapan kami pun tiba - 2 keping roti yang disapu marjerin dan sebungkus teh o tanpa straw. Kira-kira sejam selepas itu, Murnie dipanggil keluar oleh seorang polis wanita. Kami yang lain terpinga-pinga. Sejam selepas itu, seorang polis lelaki berada di depan bilik lokap kami. Fadiah terus bersembunyi di belakang aku kerana dia tidak bertudung ketika itu. Polis lelaki tersebut bertanya kepada kami tentang firma guaman manakah kami beramal, dan alamat firma. Selepas mengambil butir-butir tersebut, polis tersebut mengarahkan kami dibawa ke ruang depan balai.
Apabila keluar dari pintu, aku nampak Kak Lat dan ibu Murnie. Seorang polis wanita menyarungkan gari kepada aku. Aku kata, "Tak perlulah, saya bukan penjenayah berat". Tapi akhirnya kami digari juga.Kami telah dibawa ke bangunan sebelah. Di sana, cap jari dan gambar kami diambil. Ketika itu, datang seorang pegawai polis dan berkata, buat"Kamu ni peguam-peguam muda apa nak kecoh-kecoh. Sebab kamu, Majlis Peguam buat press conference. Lepas ni kamu akan diblacklist dan akan susah nak kerja." Fadiah kata, "Eh lepas ni lagi senang kami nak buat kerja!" Aku hanya tersenyum - Puspawati Rosman.
MESEJ DARI RAKYAT TERTINDAS...
Mesej kepada kepongahan:
Jangan pandang perkara remeh
Desakan meminta DUN Perak dibubarkan digerakkan oleh rakyat, apabila seorang pemuda dilihat berdiri seorang diri di pintu belakang bangunan pentadbiran kerajaan di Ipoh semalam (15 Mei 2009) sebagai protes terhadap kepongahan kerajaan UMNO/BN. Pemuda terbabit menunjukkan protes secara aman (silent protest) terhadap kemelut politik di negeri itu seperti dilapor laman blog http://www.biaqpila.blogspot.com/ dengan menampal mulut beliau dengan pita pelekat sambil memegang bendera negeri Perak. Beliau sekadar berdiam diri ketika polis hadir cuba mengambil keterangannya. Pemuda berkenaan juga tidak memegang apa-apa sepanduk bagi mewakili mana-mana parti politik.
Sementara itu di Pulau Pinang seorang pemuda lagi dilihat memanjat pokok, malah enggan turun setelah lapan jam di situ dengan matlamatnya mahukan DUN Perak dibubarkan. Segala insiden berkenaan adalah mesej kepada kepada Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, supaya tak meneruskan kepongahan yang menjadi amalan UMNO/BN sejak 50 tahun lalu. Kepongahan yang ditunjukkan oleh UMNO/BN lambat laun menujukan kepada berbrantakan seperti insiden 1969, 1987, 1998 dan yang terakhir 2008.
Mesej pemuda berkenaan jelas pada nota yang berbunyi: “Rakyat didahulukan, pencapaian kemudian’ dan ’saya tidak sokong mana-mana parti, cuma sebagai rakyat perak, saya mahukan negeri yang aman. Ini untuk sesiapa yang boleh melakukan, lakukan sekarang.” Justeru Dato' Seri Najib tak memandang remeh insiden demikian, kerana ianya diperhatikan oleh masyarakat antarabangsa dan pelabor-pelabor di luar negeri.
INFO MUKTAMAR PAS...
Persaingan merebut pimpinan PAS:
Terikut-ikut format amalan UMNO
Lima calon dinamakan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS, dengan 86 dicalonkan bagi ahli jawatankuasa kerja. Format bagi pemilihan mirip kepada yang diamalkan oleh UMNO apabila diwujudkan jawatan pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap bagi melengkapkan senarai pimpinan PAS dalam tempoh tiga tahun 2009/2012. Sekalipun jawatan Presiden tak ditentang apabila nama Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang sahaja dicalonkan, tetapi perebutan bagi jawatan Timbalan Presiden seolah-olah mempunyai persamaan dengan insiden pemilihan UMNO April 2009 lalu.
Senarai penuh calon-calon bagi pimpinan PAS seperti dilaporkan Harakahdaily menunjukkan persaingan bagi jawatan Pengerusi Tetap menampilkan Abu Kassim Abdullah dan Hussain Ismail; di samping Timbalan Pengerusi Tetap membabitkan enam penjuru iaitu Hussain Ismail, Ishak Surin, Misbahul Munir Masduki, Nasuruddin Daud, Tengku Puji Tengku Abd Hamid dan Wan Abdul Rahim Abdullah. Bagaimanapun fokus sudah tentu kepada jawatan Timbalan Presiden yang mencalonkan Dato' Seri Azizan Abdul Razak, Dato' Dr Haron Din, Dato' Husam Musa, Haji Mohamad Sabu dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa.
Persaingan bagi jawatan Naib Presiden juga dilihat sengit apabila membabitkan 16 penjuru termasuk Haji Ahmad Awang, Dato' Seri Azizan Abd Razak, Haji Mohamad Sabu, Dato' Harun Taib, Dato' Hassan Mohd Ali, Dato' Husam Musa, Ustaz Idris Ahmad, Dato' Kamaruddin Jaffar, Dato' Mahfuz Omar, Mohd Amar Abdullah, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, Salahuddin Ayob, Taib Azamuddin Md Taib dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagaimanapun di kalangan pimpinan PAS sendiri meramalkan beberapa calon akan menarik diri di saat akhir.
Beberapa pimpinan Muslimat juga dicalonkan untuk ahli jawatankuasa kerja termasuk Azizah Khatib Mat, Halimah Ali, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali, Mariam Abdul Rashid, Nuridah Mohd Salleh, Siti Mariah Mahmud dan Wan Hasrina Wan Hassan. Jumlah calon-calon yang bertanding bukan sekadar memperlihat perkembangan menggalakkan ahli-ahli PAS, tetapi juga potensi parti berkenaan mencapai sasaran lebih bermakna. Muktamar PAS dijangka Jun 2009 ini sepatutnya tak mengadaptasi pemilihan yang diamalkan tetapi mempunyai format yang lebih advance daripada UMNO yang semakin tak disenangi oleh warga Melayu - Pak Dharma.
PUISI
Selamat Sejahtera
Selamat bernyanyian
pada serindit di pucuk meranti
selamat berlompatan
pada belalang di rumpun padi
selamat bermain
pada ikan di sungai
selamat berkembang
pada bunga di taman.
Selamatlah alam tanpa petaka
selamatlah kekasih tanpa nestapa
selamatkah sahabat tanpa sengsara
selamatlah pemimpin tanpa dusta
selamatlah negara tanpa khianat
penanggung jawabnya.
Selamat sejahtera Malaysia tercinta
janganlah dagang lalu
dipeluk dicumbu
adik abang dibiarkan
terdampar di luar kelambu
takut tertikam
keris belida ke jejak kaki
bermusim kelak padi tak menjadi
bertahun pulak ikan tak bermain.
Dan kau dan aku
apalah yang kita cari
selain semalam kita yang hilang
kerana, esok entah d mana
bahara terjanji menimang
mimpi menghitung budi
antara kerakusan dendam
dan keramatnya kemaafan
selamat sejahtera, wak!
-Yassinsalleh
jam 0917
Mei 16, 09.
kelopak cempaka
sudah mula berguguran
dan...
Selamat bernyanyian
pada serindit di pucuk meranti
selamat berlompatan
pada belalang di rumpun padi
selamat bermain
pada ikan di sungai
selamat berkembang
pada bunga di taman.
Selamatlah alam tanpa petaka
selamatlah kekasih tanpa nestapa
selamatkah sahabat tanpa sengsara
selamatlah pemimpin tanpa dusta
selamatlah negara tanpa khianat
penanggung jawabnya.
Selamat sejahtera Malaysia tercinta
janganlah dagang lalu
dipeluk dicumbu
adik abang dibiarkan
terdampar di luar kelambu
takut tertikam
keris belida ke jejak kaki
bermusim kelak padi tak menjadi
bertahun pulak ikan tak bermain.
Dan kau dan aku
apalah yang kita cari
selain semalam kita yang hilang
kerana, esok entah d mana
bahara terjanji menimang
mimpi menghitung budi
antara kerakusan dendam
dan keramatnya kemaafan
selamat sejahtera, wak!
-Yassinsalleh
jam 0917
Mei 16, 09.
kelopak cempaka
sudah mula berguguran
dan...
KOMENTAR:
bersama Pak Parjo...
Syahdan diberitahu orang banyak akan bekas Orangkaya Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berdiam dirilah ia. Tak mahulah ia mencampuri hal ehwal di dalam negeri setelah ia diusir, kerana adat Melayu itu tiada mahu menjadi 'pelepa melampaui pucuk', adanya. Arakian Tun Abdullah itu dibiarkannya negeri Perak akan sekalian orang berbalah di balairongseri, kerana berebut-rebut mahu menjadi Orangkaya Menteri Besar ketua di balai negeri itu. Adapun orang banyak yang mahu bertanya, maka dituduh ia hendak menderhaka. Arakian beramuk-amuk sekalian orangkaya di balairongseri hingga hulubalang-hulubalang turut masuk ke dalam menghunus senjata mereka.
Bekas Orangkaya diamkan diri:
Sekalipun gempar di balairongseri
Syahdan diberitahu orang banyak akan bekas Orangkaya Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berdiam dirilah ia. Tak mahulah ia mencampuri hal ehwal di dalam negeri setelah ia diusir, kerana adat Melayu itu tiada mahu menjadi 'pelepa melampaui pucuk', adanya. Arakian Tun Abdullah itu dibiarkannya negeri Perak akan sekalian orang berbalah di balairongseri, kerana berebut-rebut mahu menjadi Orangkaya Menteri Besar ketua di balai negeri itu. Adapun orang banyak yang mahu bertanya, maka dituduh ia hendak menderhaka. Arakian beramuk-amuk sekalian orangkaya di balairongseri hingga hulubalang-hulubalang turut masuk ke dalam menghunus senjata mereka.
Hatta akan bekas Orangkaya Perdana Menteri Tun (Tabib) Mahathir Mohamad bersuaralah ia tak mahu balairongseri itu dibubarkan. Maka Orangkaya Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak serba salahlah ia disebabkan segala rakan-rakan dan sahabat andai harakah Melayu (UMNO) mahu ia membubarkan balairongseri. Arakian dikatakan ia semuanya terserah kepada sultan jua, adanya. Sekonyong-konyong anak kesayangan Tun (Tabib) Mahathir yang bernama Dato' Paduka Marina itu bangunlah ia meminta balairongseri negeri Perak itu dibubar jua.
Kata sahibul hikayat tersebutlah perkataan peri baik rupanya Raja Zainal, saudara Sultan Mahmud Shah, iaitu seorang pun tiada bandingnya pada zaman itu, baiknya tiada tercela lagi, kelakuannya pun sedap manis, terlalu baik, pantas kelakuannya. Jika baginda itu berkain pancung, maka puncanya digantung daripada hendakkan baik perbuatannya pancong itu. Maka ada seekor kuda baginda, Ambangan namanya, terlalu sangat dikasihi baginda. Mendengar peri baiknya adinda baginda itu, maka disuruh bunuh oleh Sultan Mahmud lalu gemparlah segala orang di balairongseri, maka itulah diperbuat orang nyanyi:
Apa didengar di pagi hari
bunyi bilal di surau seberang
Apa gempar di balairongseri
Raja Zainal ditikam orang
Segala kejadian itu disurat orang seperti dirawi dalam 'Kitab Melayu' daripada:
HIDUP BAHASA MELAYU!
Subscribe to:
Posts (Atom)