Thursday, June 4, 2009

AGENDA TAWAN PULAU PINANG...


Syarikat China terbabit:
Dua projek raksasa di PP

Syarikat China kemungkinan diminta untuk mengambil bahagian dalam menyiapkan sistem landasan rel berkembar di bahagian selatan Semenanjung Malaysia, menurut Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, lapor Bernama petang ini (4 Jun 2009). Beliau menyentuh mengenai isu syarikat China mengambil bahagian di dalam projek infrastruktur di Malaysia semasa perbincangan dengan Perdana Menteri China Wen Jiabao semalam (3 Jun 2004). (Gambar, selepas mesyuarat MT dan umumkan UMNO tak bertanding dalam PRK DUN Penanti di Pulau Pinang).

Sebuah syarikat China akan terlibat dalam pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua manakala sebuah lagi akan mengambil bahagian majoriti dalam satu usahasama berkaitan pembesaran Empangan Mengkuang di Pulau Pinang, katanya pada satu sesi soal jawab di Forum Perniagaan Malaysia-China sehari di sini, Khamis.Najib juga berkata syarikat China akan dipertimbangkan bagi sektor tenaga di Sarawak yang berkaitan dengan Empangan Bakun dan mereka juga akan dijemput bagi pembesaran sektor teknologi maklumat dan komunikasi Malaysia.

Bagaimanapun langkah menarik syarikat China ke Malaysia barangakali bukanlah pelaboran, sebaliknya agenda untuk mendapatkan semula sokongan pengundi China di Pulau Pinang (Gambar jambatan Pulau Pinang bagi membawa Gerakan menyertai BN pada 1970-an). Sebelum itu, semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya, Naib Perdana Menteri China Hui Liangyu berkata langkah menuju ke hadapan bagi China dan Malaysia semasa kemelesetan ekonomi semasa sekarang ini ialah dengan mengukuhkan kerjasama ekonomi masing-masing.Banyak lagi bidang kerjasama yang boleh disertai oleh komuniti perniagaan kedua-dua negara bagi mencapai masa depan yang lebih cerah, katanya.

Apalagi hubungan dengan China sudah terjalin sejak Parameswara di Melaka sekitar 1401, malah pada period Sultan Mansor Shah (1459-1477) pemerintah China turut menghantar Puteri Hang Li Po sebagai persembahan kepada raja Melaka. Sebaliknya Naib PM China itu, Hui berkata beliau menyedari mengenai Wawasan 2020 Malaysia dan China juga mempunyai tempoh masa yang sama untuk meningkatkan lagi pembangunannya bagi manfaat rakyatnya. Najib kemudiannya menyaksikan pertukaran dokumen 16 memorandum persefahaman antara syarikat dan pertubuhan Malaysia dan China.

Ia termasuk INS Bioscience Bhd, yang bertukar-tukar dokumen dengan dua pihak, iaitu yang pertama dengan Tonghua Dongbao Pharmaceutical Co Ltd untuk mengeluarkan insulin halal dan yang kedua dengan satu rakan di Dalian untuk mengeluarkan baja bio.Jia Yu Home Entertainment Sdn Bhd yang bekerjasama dengan MDec, telah menandatangani satu perjanjian dengan stesen TV Nanning dan Chengsa untuk melaksanakan pengeluaran bersama penyiaran program "secara langsung" Tahun Baru China 2010.

CIMB Bank Bhd telah bertukar-tukar dokumen dengan Yingkou Co Ltd untuk menyelesaikan pengambilalihan 19.99 peratus Bank of Yingkou manakala SP Setia Bhd akan menjalin tenaga dengan Hangzhou Ju Shen Construction Engineering Ltd to memajukan sebidang tanah seluas kira-kira 12 hektar di Xiao Shan di Wilayah Zhejiang.Satu lagi MoU membabitkan pembangunan hartanah berkaitan usahasama antara Dutaland Bhd dengan BODA Group untuk membangunkan sebidang tanah 1.3 ha di Shijiazhuang, sebuah ibu wilayah dalam kawasan Beijing-Tianjin.

Dibena Enterprise Sdn Bhd telah menandatangani dua MoU, salah satunya dengan Becom Software Co Ltd untuk melaksanakan satu usahasama dalam kad pintar pelajar di Malaysia, dan dengan Beijing Risbo Networking Technology Co Ltd untuk bekerjasama dalam rangkaian talian tetap dan wayarles di Malaysia dan China.Huawei Technologies dari China telah menandatangani dua MoU, salah satu daripadanya dengan Taman Teknologi Malaysia dalam pembangunan modal insan bagi industri komunikasi dan satu lagi dengan Universiti Teknikal MARA bagi tujuan yang sama.

MoU yang lain termasuk Lion Blast Furnace Sdn Bhd dengan EXIM Bank China untuk membiayai satu projek dandang: Danga Bay Sdn Bhd dengan Beijing School of Foreign Languages untuk membangunkan satu institusi pendidikan di Iskandar Malaysia; Sunzen Biotech Bhd dengan Regalplus (Beijing) Investment Consultant Co Ltd untuk membekalkan aditif makanan haiwan yang dibuat dari secara bioteknoloji.
Acacia Cellulose International Sdn Bhd dengan China National Machinery & Equipment Import & Export Corporation untuk membina satu kilang pulpa dan kertas; Bell Corporation Sdn Bhd dan Oriental Children Care Green Product Development Co Ltd mengenai pemasaran produk penjagaan peribadi; dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dengan Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China untuk mempromosikan secara bersama latihan perdagangan dan sumber manusia.

DR MAHATHIR IKTIRAF KMM


Melayu lebih awal berjuang merdeka:
Tak mahu Perjuangan UMNO diperlekeh

oleh:
Tun Dr. Mahathir Mohamad
(Bekas Perdana Menteri Malaysia)


1. Terdapat usaha berterusan untuk memperlekeh perjuangan UMNO dan orang Melayu untuk kemerdekaan.

2. Kononnya orang yang pertama memperjuangkan kemerdekaan ialah Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya. Chin Peng lah yang cuba membebaskan Malaya daripada penjajah British sebelum mana-mana orang Melayu mencuba melakukannya.

3. Perjuangan UMNO adalah kemudian dari itu.
4. Chin Peng bukanlah orang yang pertama yang memberontak melawan British. Sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II. Mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada orang Melayu Semenanjung kerana mereka cenderung ke kiri. Dengan itu perjuangan mereka tidak begitu berhasil. Namun terdapat beberapa pertubuhan yang secara tidak langsung mewarisi perjuangan mereka. Malay Nationalist Party atau Party Kebangsaan Melayu, Angkatan Belia Insaf dan Putera adalah di antara pertubuhan yang meneruskan perjuangan KMM. Mereka juga tidak mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu kerana disyaki dipengaruhi oleh Komunis.

5. Selepas KMM barulah datang Chin Peng dan PKM. Chin Peng berjuang untuk mendirikan sebuah Communist Dictatorship di mana dia akan menjadi diktator. Bagi orang yang bukan Komunis, terutama bagi orang Malayu kejayaan Chin Peng bukan akan membawa kemerdekaan tetapi mengganti penjajahan British dengan penjajahan Komunis pimpinan Chin Peng dengan majoriti daripada pemerintahan terdiri daripada kaum Cina. Melayu yang akan ada dalam pemerintahan Komunis ini hanyalah hiasan, seperti juga kita lihat keadaan di Singapura sekarang.

6. Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu lambat laun akan terhapus.

7. Sebab itu Melayu yang sedikit yang mirip ke kiri pun tidak ingin menyertai MCP. Keadaan dalam MCP sepanjang ia mencuba rebut kuasa, mulanya daripada British dan kemudian daripada Kerajaan Campuran Perikatan dan Barisan Nasional, memberi gambaran akan pemerintahan Chin Peng jika ia berjaya. Orang Cina Komunis akan menjadi pemerintah tetapi Komunis Melayu dengan orang Melayu dan India akan diberi peranan yang kecil dan tidak bermakna sama sekali.

8. Inilah sebabnya yang orang Melayu tidak menyertai pemberontakan MCP melawan British, dan tidak anggapnya sebagai perjuangan untuk kemerdekaan Malaya.

9. Dengan kesedaran dan kepercayaan ini maka orang Melayu telah tubuh badan yang tersendiri untuk betul-betul memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British. Badan yang ditubuh ialah UMNO.

10. Orang Melayu tidak percaya yang pemberontakan bersenjata akan berkesan. Ini adalah kerana negara yang akan di warisi jika menang sekalipun sudah tentu akan rosak teruk kerana peperangan.

11. Pendekatan orang Melayu dan UMNO mengambilkira kemampuan mereka. Mungkin perjuangan UMNO tidak gah seperti perjuangan kemerdekaan bersenjata di negara-negara lain, tetapi kemerdekaan yang dicapai oleh UMNO lebih bermakna kerana Malaysia dapat menegak pendirian sendiri dan mengecam kuasa besar di dunia apabila mereka membuat kesalahan.12. Sesungguhnya UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan yang bermakna. Chin Peng berjuang untuk mendirikan pemerintahan diktator Komunis yang akan menjajah orang Melayu dan kaum-kaum lain juga.

HARAPAN DARI BEIJENG...


Azam hubungan China-Malaysia:
Telunjuk lurus kelengkeng berkait

PERDANA Menteri China, Wen Jiabao menyambut ketibaan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak di Great Hall of the People, semalam (3 Jun 2009). Najib berazam tingkat lagi hubungan bagi manfaat rakyatDATUK Seri Najib Razak semalam berazam untuk membawa hubungan Malaysia-China, yang dirintis bapanya 35 tahun lalu, ke peringkat lebih tinggi dan memberi manfaat lebih besar kepada rakyat kedua-dua negara, ketika kempen diperhebat dalam negara mengimbau kekejaman komunis dan menolak usaha Chin Peng balik ke Malaysia; macam telunjuk lurus kelengkeng berkait. Alahai!

Najib berkata, hasil keberanian dan keputusan bijak generasi Allahyarham Tun Razak Hussein dan mendiang Zhou Enlai (disebut Chou Enlai) untuk menjalin hubungan diplomatik kedua-dua negara pada 1974 sedang dinikmati generasi pemimpin Malaysia-China sekarang. Pada pilihan raya 1974 poster-poster besar Tun Razal bersalam dengan Mao Zedung (Maou Tse Tung) disibarkan ke seluruh negara bagi kempen untuk BN. Secara kebetulan BN menang besar, kerana ketika itu PAS dan Gerakan terperangkap dengan janji-janji UMNO untuk menjadi komponen BN.

"Saya sebagai anak Tun Razak, berazam untuk membawa hubungan kedua-dua negara ke peringkat yang jauh lebih tinggi. Kalau pepatah Cina ada menyebut 'kalau minum air dari telaga, jangan lupa orang yang menggalinya', saya ingin ubah sedikit iaitu kita gali lebih banyak telaga.
Menjadi tanggungjawab pemimpin Malaysia generasi saya untuk menggali lebih banyak telaga supaya lebih banyak airnya mengalir untuk dinikmati rakyat kedua-dua negara," kata Najib ketika berucap selepas menerima anugerah Doktor Kehormat daripada Beijing Foreign Studies University (BFSU) di sini. Anugerah itu, yang disampaikan oleh Presiden BFSU merangkap Timbalan Menteri Pendidikan China, Prof Hao Ping adalah lambang keakraban hubungan Malaysia-China khususnya dalam bidang pendidikan, bahasa dan kebudayaan.

Justeru adakah gambar Najib-Wen Jiabou akan digunakan pada pilihanraya akan datang PRU13, sebagai azam Tun Razak memenangi semula hati rakyat Malaysia pada 1974, selepas dibri pengajaran pada pilihanraya 1969. Selain mempunyai Jabatan Penggajian Malaysia sejak 12 tahun lalu, BFSU pada 2007 menyediakan Kerusi Penggajian Melayu. Tahun ini saja, lebih 60 pelajar China mengikuti program Penggajian Melayu, manakala 36 pelajar Malaysia mempelajari bahasa Cina di peringkat ijazah. Oleh itu kenapa pendukung-pendukung PPSMI berkeras menganggap bahasa Melayu tak layak jadi bahasa ilmu, kerana kepentingan politik dan heh heh heh!