Saturday, July 25, 2009
JEMPUTAN KEPADA SEMUA...
BACA PUISI 'MANIFESTASI RAKYAT'
Warga Prihatin Malaysia (PRIMA)
menjemput ke majlis
BACA PUISI MANIFESTASI RAKYAT
menentang PPSMI dan isu rakyat prolitar.
Tempat: Kelab Golf Perangsang, Templer Park, Selangor
Masa : 8.30 malam
Tarikh : 15 Ogos 2009
Tetamu Istimewa Turut Hadir
Semua dijemput hadir.
Turut mengundang
Pimpinan PRIMA:
Pak Dharma - Yahaya Ismail - Dato' Kamal Amir - Prof Dato' Dr Mohamad Mansor Abdullah - Yassinsalleh - Dr Seri Intan Mokhtar - Datin Rozie Rahman - L Mankadir Shamsi - Ahmad Nizam Hamid - Zainal Rasidin - MSO - Yasleh Rita Ayu - Adiah Mat Lana - Haji Abu Bakar Ninggal - Zakaria Bidin.
==========================================
SEKILAS PANDANG...
Berdasarkan laporan TV jam 5.00 petang hari ini (25 Julai 2009), pimpinan UMNO Kelantan, Dato' Mustapha Mohammad menyusun strategi untuk merampas kerajaan negeri Kelantan pada PRU13 akan datang. Dato' Mustapha @ Tok Pa menaruh harapan tinggi pada PRU13 (tak pula diketahui bila, sama ada 2013 atau 2012 atau 2011 atau 2010), berikutan pencapaian UMNO pada PRK Manek Urai, 15 Julai 2009. Barangkali juga Tok Pa akan mempengaruhi Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bagi memilih tarikh 15 Julai bagi menggerakkan pilihan raya, memandangkan tarikh berkenaan membawa 'ong' kepada UMNO. - (Gambar, Tok Pa baju biru, akan susun strategi heh heh heh)
Memang Najib berminat juga dengan 'politik angka', apalagi sebelumnya terlalu seronok dengan pengumuman menyalurkan peruntukan angka juta dan bilion bagi projek-projek di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau - tapi angka-angka berkenaan seolah-olah senasib dengan angka 4D. Semuanya jadi 'wal hasil balik hasal; wal hasal balik hasil! Di Penanti, tak mahu lagi sebut jaminan projek berangka-angka setelah dianggap membazir, tetapi di Manek Urai dengan janji jambatan baru RM7 juta hampir berjaya memenangi kerusi DUN berkenaan. Kalau tak disebabkan pengundi tegar 65 orang yang mempertahan benteng PAS, barangkali bkan sahaja Tok Pa boleh menepuk-nepuk dada (sampai bergegar heh heh heh), malah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Najib akan mencebek bibir pada Tun Abdullah Ahmad Badawi!
Memang tarikh 16 September tak membawa tuah kepada pembangkang, sejak pimpinan PR Dato' Seri Anwar Ibrahim gagal menjadi mercu tanda memperoklamir 'kerajaan alternatif' pada 16 September 2008. Barangkali Najib merasakan 16 September lebih sesuai dengan UMNO, apalagi pada 31 Ogos 1963 pimpinan Tunku-Tun Razak tak mampu mengisytiharkan serentak penubuhan Malaysia dan Hari Kebangsaan Tanah Melayu ketika itu. Sebaliknya, bagi tempoh menjelang 16 September itu dilaporkan beberapa kejutan dikatakan mungkin berlaku, termasuk penetapan tarikh 2 September sebutan semula kes dakwaan liwat Anwar di Mahkamah Tinggi. Hemmmmm!
info suara prolitar...
Baru fakir miskin terima bantuan
Salam, Apa pekerjaan pegawai2 zakat ni ek? PPZ/PZZ (tolong betulkan singkatan). Yg saya nampak harini, pegawai2 di tempat kerja saya slalu dpt risalah/broucher pemotongan gaji utk bayar zakat dan pungutan zakat utk hari raya. Kerja dorang mintak duit utk keluar zakat. Tapi dari segi membahagikan zakat kena tunggu keluar berita 'Bersama Mu' dlm tv baru laaa sibuk2 nak dtg beri makanan dan sebagainya pertolongan yg perlu. Tunggu mak saya (JKKK) bagi borang ke Kebajikan Masyarakat baru laaa nak trigger tolong... klu tak senyappp seribu bahasa.
Nape? duit zakat tu adakah harta yg boleh dikumpul-kumpulkan sampai jadi byk berjuta-juta berbilion-bilion baru nak sedekah/bahagi-bahagikan? Paling penting, cari org fakir miskin dari ceruk2 negeri mana pun.. bahagikan zakat tu, tolong depa tu... sediakan tempat tinggal yg selesa, kemudahan memberi ilmu utk meneruskan hidup bg anak2 fakir miskin tu pastu dari segi makanan dan minuman dan sebagainya... bukan biarkan org lain buat repot ada pengemis/fakir miskin kat kg. baru laa nak terhegeh-hegeh jalankan tugas... bukan dah keluar tv baru nak terhegeh-hegeh berikan bantuan... alaaahaii...
Tak berkat gaji yg didapati jika kerja buat tak habis, buat kerja setengah jalan jeeee... (mintak/pungut zakat) tapi kerja mencari fakir2 miskin nak kena tunggu org report baru nak jalankan tugas. Maaf la, duit zakat klu dah berjuta-juta tapi masih ada lagi fakir miskin tu, LU PIKIR LA SENDIRI!!: - sham ringgo <shamringgo@yahoo.com> Monday, 20 July, 2009 16:19:15
SANTAI BERSAMA LESUNGBATU...
Dikemas kini setiap hari:Bebas mahu perkata pendapat
Kalau ada masa hari ini, terlanjur ada depan komputer, jenguklah www.lesungbatu.webs.com. Ia tentunya lain dari yang lain. Ada rencana politik, jenaka, ungkapan emas, gambar menarik, video, pendapat pengunjung laman web/pembaca dan lain-lain. Laman web ini adalah satu-satunya dikemaskini setiap hari. Tidak siapa akan ketinggalan kerana tidak mengunjunginya, tetapi sudah ramai yang tidak mahu tinggalkan laman web ini.
Satu-satunya juga laman web yang bebas mahu memperkatakan apa juga pendapat yang munasabah dan membina. Setiap penyertaan sama ada dalam bentuk tulisan atau bahan-bahan untuk dikongsi bersama amat dihargai.
Wasallam.
Zakaria Bidin (Abang Zek) Pengelola lesungbatu.
MOHD AFFANDI HASSAN MENULIS...
SUARA DARI REMBAU...
Anwar Ibrahim dan Nik Aziz ialah antara pemimpin utama yang sudah menyatakan persetujuan untuk hadir bersama dalam Himpunan Rakyat 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur. Ini diumumkan oleh Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh ketika sidang media sebentar tadi selepas menghantar surat makluman kepada pihak istana mengenai penghantaran 'Deklarasi Rakyat'.Selain dua pemimpin tersebut, Tn Guru Hj Hadi Awang, Presiden PAS dan ramai lagi pimpinan termasuk pimpinan 83 pertubuhan yang menyokong Deklarasi tersebut telah menyatakan persetujuan untuk hadir.