Friday, July 10, 2009

LAPORAN HARAKAHDAILY.NET...

Ahli, penyokong PAS diminta
Puasa sunat, solat hajat, 12 Julai

oleh Roy Rasul Fri Jul 10, 09 8:03:33 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli, penyokong parti serta mereka yang bersimpati dengan perjuangan Islam agar melakukan puasa sunat pada hari Ahad, 19 Rejab bersamaan 12 Julai nanti. Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, dalam satu kenyataannya kepada Harakah, berkata puasa sunat bersempena pilihan raya kecil Manek Urai yang bakal berlangsung pada 14 Julai ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, pada sebelah malamnya diminta semua ahli PAS solat hajat dan bermunajat untuk memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan yang cemerlang kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam pilihan raya kecil tersebut. "Semua ahli PAS diminta melaksana arahan daripada Mursyidul Am dan Presiden itu. "Kerjasama dan komitmen semua pihak bagi memastikan kejayaan PAS dalam pilihan raya kecil itu didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Khathira," ujarnya. _ http://harakahdaily.com/

NOSTALGIA RUSUHAN DI SINGAPURA


Natrah meninggal dunia:
Mangsa kepongahan penjajah
KUALA LUMPUR – Bertha Hertogh atau Natrah, nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda semalam. Menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohd. Taib menerusi e-mel kepada Bernama semalam, Natrah meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun. Natrah menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda. Natrah ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi. (Gambar, kenangan suami isteri, Natrah dan Mansor yang dipaksa dipisahkan oleh kepongahan kolonial British)

Mansor ialah anak kepada wartawan dan pemimpin radikal PKMM dari Kelantan, Abdul Kadir Adabi (atau nama sebenarnya, Abdul Kadir bin Ahmad), pengarang buku 'Acuman Mahkota' (1937) yang uga rakan Dr Burhanuddin, Pak Sako dan Ahmad Boestamam. Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin dan Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Singapura sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah. - http://karpetkuning.blogspot.com/

AMARAN KEPADA PENGENDALI BLOG

Penyibar fitnah dalam khutbah:
Gejala buruk kerana pengamal media


Pengamal media termasuk pengendali laman blog dan web diingatkan tak menyibarkan fitnah hingga menimbulkan perkara-perkara negatif dalam masyarakat menurut teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh imam bertugas Ramli Ariffin di Masjid al-Khairriyah, Taman Seri Gombak, Selangor hari ini (10 Jlai 2009). Khutbah berkenaan difahamkan disediakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), turut menyalahkan media dengan gejala sosial yang berlaku, tetapi tak memberikan fakta berkaitan kes-kes terbabit. "Media seharusnya mendidik masyarakat, bukan untuk meruntuhkannya," kata imam bekenaan berdasarkan teks khutbah yang dibacakan.

Sejak Jun 2009 lalu pentadbiran Masjid al-Khairriyah sudah diambil alih oleh jawatankuasa baru membuat serangan pertama kepada media (tak diketahui sama ada media arus perdana, atau lain-lain termasuk Harakah, Suara Keadilan, Siasah, Buletin Rakyat dan lain-lain) dengan melabel sebagai penyibar fitnah. Imam yang bertugas sekadar membacakan teks sahaja, kerana beliau sendiri kurang memahami fungsi pengamal media; apalagi yang berkaitan dengan laman blog dan laman web, menurut salah seorang jemaah yang juga pengendali laman blog, Haji Abu Bakar Ninggal. "Kalau tuduhan yang dilabel kepada pengamal media tak benar, maknanya teks khutbah itu juga adalah penyibar fitnah," beritahu Haji Abu Bakar.

INFO ANTARABANGSA



Closed for Friday prayers:
Minority Muslim Uighurs in Urumqi


By William Foreman, Associated Press Writer – 50 mins ago

URUMQI, China – Mosques in riot-hit Urumqi were ordered to stay closed for Friday prayers in the wake of ethnic violence that has killed at least 156 people, an official said. The prayers after midday are a focal point of the week for the minority Muslim Uighurs in Urumqi, and Chinese authorities took the rare step of restricting them in apparent attempts to deter any large, emotional gatherings at the mosques. "For the sake of public safety all of the mosques have told people that there will be no Friday prayers and that people should stay at home today and pray," said the official at the Yang Hang mosque in downtown Urumqi (pronounced uh-ROOM-chee). She said she was a government worker but refused to give her name. - (Pix - AP - The gate to mosque is padlocked in Urumqi, western China's Xianjiang province, today 10 July 2009).

Outside the mosque with its gold dome and twin minarets, people stopped to read a white paper notice canceling Friday prayers. One middle-aged Uighur (pronounced WEE-ger) woman who would not give her name said she thought the mosque should stay open. "It's not necessary to close it because everyone who enters the mosque is a Muslim. It will be safe," she said. "We just don't have any power," she added, then was pulled away by her husband. Nearby, an elderly Han Chinese woman interrupted a foreign reporter before he could talk to two elderly Uighur women in long traditional dresses and headscarves.

"Of course, the mosque should be closed. Just look at all the damage that has been done," the Han Chinese woman said in a loud voice. "This is a patriotic move for the sake of the well-being of all the ethnic groups," she said before stomping away without giving her name. The other two quietly walked away as well. The violence in Urumqi began Sunday when Uighurs clashed with police while protesting deaths of Uighur factory workers in a brawl in another part of the country. The crowd then scattered throughout Urumqi, attacking Han Chinese, burning cars and smashing windows. Riot police tried to restore order, and officials said 156 people were killed and more than 1,100 were injured.

Thousands of security forces have been patrolling the streets, but that wasn't enough to keep vengeful Han Chinese mobs from hunting down Uighurs on Tuesday. China's top Communist Party leaders have said that ending the ethnic feuding was now "the most urgent task." An official at the China Islamic Association in Beijing, who gave only his surname Jin, said mosques in China have been ordered to suspend Friday prayers before, during the country's outbreak of SARS in 2003. "Our religion is quite flexible, so it's possible to cancel for the benefit of everyone," Jin said. The head of the association, Chen Guangyuan, in an excerpt from a speech posted to the association's Web site Friday said the violence was caused by "evil people" intend on causing ethnic splits. "Don't be fooled by evil people." Chen said.

Uighurs generally practice a moderate form of Sunni Islam that was prevalent in Central Asia under Soviet rule. More militant and austere forms of Islam have made inroads in recent decades. But the government controls the appointments of clerics, helping to deny a pulpit to imams who disagree with official policies. Restrictions on their religion already rankle among Uighurs, a Turkic-speaking people who have complained about the influx of Han Chinese, who make up more than 90 percent of China's population, in the remote western region.

At the Liudaowan mosque in Urumqi, the imam, or priest, Memeti Imam Damala, said the mosque received a notice Thursday night saying not to hold prayers. "You should know the reason why," he said. Security was still noticeable, but not has heavy as in the last several days in Urumqi, with paramilitary officers guarding intersections. Other cities in Xinjiang, such as Kuqa, where bombs were set off before the Olympics last year, said mosques were open.
In Kashgar, a frontier city in southwestern Xinjiang near Pakistan, Afghanistan and Tajikistan, reporters had been told to leave the city Friday, but there was confusion on whether the order would be carried out.

An official with the city's Foreign Affairs office, who gave his name as Keidser, said "all foreign guests in Kashgar had to suspend their travels, group activities and especially interviews and leave Kashgar." A group of about 10 journalists were taken by government officials to the airport. They were later told they may be allowed to stay but had not been allowed to leave the airport. - Associated Press writer Gillian Wong in Urumqi and Associated Press photographer Elizabeth Dalziel in Kashgar contributed to this report.

SEKALI PERSETUA...


Jadi amalan sejak dahulu:
Mereka melihat orang bergelar

Sebermula akan penghulu harakah Islam (PAS) Orangkaya Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan pemansuhan PPSMI ini adalah juga hasil dari kempen berterusan dan perjuangan yang dilakukan oleh pihak pejuang bahasa, pakar pendidikan, pengkaji, ibubapa pelajar, badan-badan bukan kerajaan (NGO), jemaah siasah seperti PAS dan pelbagai lapisan masyarakat. Adapun Orangkaya itu menyeru ia supaya pihak kerajaan memperbetulkan kesilapan lalu kerana melemahkan bahasa Melayu dan peranannya dalam ilmu sejak beberapa lama apabila digubal Kanun Bahasa Kebangsaan 1967.
Terfikirlah kepada fakir akan Orangkaya itu tak melihat ia kepada pejuang-pejuang kerdil yang tak bergelar dan bernama seperti mereka yang duduk di balairong. (Kalau amalan itu dibuat bimbanglah fakir, akan anak-anak buah Orangkaya perangainya sama juga dengan anak-anak buah harakah Melayu itu). Adapun Dato' Hassan Ahmad itu hadir ia bersama anak-anak buah fakir dan Dato' Ruhanie Ahmad, Dato' Mohd Noh Rejab, Ezam Mohd Noor, Prof Hassan, Raja Petra Kamaruddin, Dato' Suhaimi Ibrahim, Dato' Rosli (dan ramai lagi) sebelum digerakkannya akan GMP itu, adanya.

Arakian pada 2007 anak-anak buah harakah Melayu (UMNO) dari Gombak (Dato' Ahmad Bujang dan Haji Yuszahari Yusuff) sudah membawa suara anak-anak buah fakir (dari PRIMA) dalam perhimpunan mereka menyeru 'Bahasa Melayu' itu tiada lain lagi digunakan di negeri ini, sebelum orang lain melawan akan PPSMI itu. Tetapi tiadalah penitir-penitir canang yang hiraukan. (Takkan anak-anak buah Orangkaya itu tak faham akan bahasa kias-kias). Adapun perjuangan bahasa itu, tak semua anak-anak buah harakah Melayu bersetuju dengan penghulu mereka.
Arakian dicriterakan orang dahulukala akan Sultan Ibrahim duduk, maka surat pun disambut oranglah lalu dibaca oleh khatib. Maka Laksamana orang yang bergelar dan bernama itu menunjukkan jari kiri kepada Tun Jana Pakibul sambil berkata: "Sungguhkah tuan hamba membunuh Tun anu, anak Tun anu itu?". Maka sahut Tun Jana Pakibul secara berkias-kias, "Oleh dengan titah maka hamba berani; kerana ia derhaka ke bawah Duli Yang Dipertuan di sini." Begitulah sejak zaman bahari akan orang bergelar bernama sahaja yang kelihatan akan jasa mereka seperti diperbuat orang nyanyi:

Hendak ke mana burung tiak
Batang dititi kayu timbul
Laksamana pergi ke negeri Siak
Gementar hati Tun Jana Pakibul

Maka oleh orang banyak dibacalah 'Kitab Melayu' yang disurat:






HIDUP BAHASA MELAYU!

SEKILAS PANDANG...

Pelajar aliran Melayu dieksprimen:
Wajar bangkit dengan keberangan PPSMI


Ketika melintasi di kaki lima kedai di Taman Rampai, Hulu Kelang pagi semalam (8 Julai 2009), saya ternampak berita utama akhbar di gerai buku ialah PPSMI dimansuhkan, sekalipun ianya akan dilaksana sepenuhnya pada 2012. Kebetulan jam 8.00 pagi, Prof Dato' Dr Mohamad Mansor Abdullah menelefon mengajak bersarapan pagi, disebabkan tak bertugas berikutan pendaftaran baru pelajar-pelajar di UIA, Gombak. Disebabkan lama tak bertemu Ahmad Mahmud, editor Varisari, lantas saya mengajaknya ke Hulu Kelang menemui Ahmad Mahmud (atau nama sebenarnya Radzi Mahmud). Terkejut juga Dato' Dr Mansor kerana menyangka mahu menemui aktor filem Melayu 1950-an Allahyarham Dato' Ahmad Mahmud. (Gambar, di Ipoh 1970-an, Dr Mansor no 3 dari kiri, Ahmad Mahmud no 4 dari kiri dan Pak Dharma mengepit fail).

Ketika seminar penulisan di Ipoh sekitar awal dekad 1970-an, kami bertiga sentiasa bersama sama adasewaktu makan mahupun di dewan seminar yang berlangsung di Sekolah Agama Ta'siah di Jalan Tambon. Lama juga menunggu Ahmad Mahmud di pejabatnya, hingga jam 9.30 pagi baru terjongol bersama Haji Ahmad Idris (ABI). Sementara menunggu Ahmad Mahmud, kai bebrual-bual terlebih dahulu dengan Suhaimi Hamid, editor Hidayah mengenai rakan-rakan penulis. Apalagi Dr Mansor masih kesedihan tak sempat menatap muka Allahyarham Syed Ahmad Syed Abdullah sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Temerloh. Malah ketika bertolak ke Temerloh pagi 7 Julai 2009, beliau juga tak sempat menghubungi saya.
Bagaimanapun rakan-rakan di Temerloh sendiri termasuk L Mankadir Shamsi tak menyedari Syed Ahmad (atau sinonim dengan panggilan 'Abah', di samping nama penanya Sahmad Malaya) dimasukkan ke hospital. Dr Mansor menerima panggilan telefon dari Rahman Yusuff yang melanjutkan pengjian di Surabaya, Indonesia apabila dihubungi oleh keluarganya dari Pahang. Aduhai! Disebabkan Dr Mansor masih terkedu dengan kehilangan 'Abah', justeru isu PPSMI dimansuhkan tak menjadi topik utama. Bagaimanapun sebagai aktivis PRIMA, kita tak peduli sama ada ianya kemenangan rakyat mahupun siapa, tetapi ianya adalah kepentingan Melayu tak mengira aktivis UMNO, PAS mahupun PKR. (Gambar, Sahmad dengan ihsan Siasahdaily)

Ahmad Mahmud atau Mat yang lebih banyak tersengih daripada mengomel, sekadar mencelah sekali sekala mengenai rakan-rakan yang lama tak ditemui. Lainlah Dr Mansor yang becok setiap kali bersua tetap berbangga sebagai anak Melayu yang didewasakan di tengah pendidikan Melayu, mampu menjangkau ke pusat pengajian tinggi di Amerika Syarikat. Apalagi saya bersama Dr Mansor adalah pelajar yang dieksprimen oleh kerajaan UMNO pasca merdeka ketika mengangkat status pendidikan aliran Melayu ke peringkat menengah. Apabila pendidikan aliran Melayu mahu dibunuh, justeru sebagai pelajar yang dieksprimen wajib untuk kami bangkit dengan keberangan yang sukar dibendung. Begitulah!

-Pak Dharma.