Nota bertulis Azilah Hadri:
Tak punya sebarang motif
“Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya.”
Demikian kata Cif Inspektor Azilah Hadri pada 4 Feb lalu sambil membacakan nota bertulis.
Beliau yang mula memberi keterangan pada 15 Jan lalu , berkata dia tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh dan melenyapkan wanita itu sebaliknya tujuan dia berjumpa dengannya (Altantuya) hanya untuk menasihati Altantuya secara lembut supaya tidak mengugut Abdul Razak dan tidak membuat kecoh di rumah penganalisis politik itu.
Azilah juga memberitahu mahkamah dia diarahkan oleh seorang anggota polis atasan, DSP Musa Safri untuk membantu Abdul Razak dan tidak mungkin melakukan perbuatan “bodoh” (membunuh) itu apatah lagi dia adalah anggota polis.
Pembelaan Sirul Azhar pula amat mengejutkan kerana dia bukan sahaja dilihat mengalirkan air mata, malah kenyataannya bahawa dia sekadar kambing hitam yang harus dikorbankan, amat menyentuh perasaan.
Friday, April 10, 2009
PUISI
Bila Mentari
Pada Satu Ketika
Di suatu sudut waktu
mendandan pelangi
di rambut lembayung
sambil meligarkan
helang segara
mengutip
bintang-bintang luka
di kesaujanaan
langit malam pilu
mengulit bulan sayu
tanpa tangis tanpa sendu.
Makanya,
itulah ketikanya
detik yang satu itu
tanpa mungkir
meledak dan maraklah
timbunan ranting-ranting amarah
membakar longgokan dahan-dahan
kesesatan sang algojo
yang sekian lama
mengorgazem ibunya
di biara kuburan nenek
moyangnya
dan itulah
janji sejarah
pada yang
melupakannya.
Angin menderu,
jangan jatuh menimpa
batu kuburan
malang oh malang.
-Yassinsalleh
jam 1737
April 10, 09
cempaka mula menguntum
di taman tergantung.
Pada Satu Ketika
Di suatu sudut waktu
mendandan pelangi
di rambut lembayung
sambil meligarkan
helang segara
mengutip
bintang-bintang luka
di kesaujanaan
langit malam pilu
mengulit bulan sayu
tanpa tangis tanpa sendu.
Makanya,
itulah ketikanya
detik yang satu itu
tanpa mungkir
meledak dan maraklah
timbunan ranting-ranting amarah
membakar longgokan dahan-dahan
kesesatan sang algojo
yang sekian lama
mengorgazem ibunya
di biara kuburan nenek
moyangnya
dan itulah
janji sejarah
pada yang
melupakannya.
Angin menderu,
jangan jatuh menimpa
batu kuburan
malang oh malang.
-Yassinsalleh
jam 1737
April 10, 09
cempaka mula menguntum
di taman tergantung.
CATATAN DARI KEDAH...
Individu bukan Islam:
Mengubat guna kalimah Allah
Saya diserang strok/angin ahmar pada 17.9.1999. Setelah mengambil makanan kesihatan anugerah Allah meskipun datang dari sekutu Israel United State selain bersenam, Alhamdulillah saya semakin pulih. Namun di sini bukan saya nak cerita tentang strok. Sebaliknya ialah berkenaan 2 individu bukan Islam berketurunan Cina (saya tak suka guna istilah 'bangsa' kerana ia menggambarkan perkauman).Individu pertama ialah pengedar makanan kesihatan bernama Mr Ang Teik Chi yang tahu mengenai kaedah-kaedah mengurut dan ada orang memanggilnya doktor.
Mr Ang pernah mengurut saya dengan dimulakan dengan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim. Sebelum itu beliau 'menjampi' minyak kelapa yang digunakan untuk mengurut itu dengan Surah Al-Fatihah dari mula sampai tamat. Dia juga begitu lancar mengungkapkan ucapan insya Allah saya akan pulih dengan kehendak Allah.Individu kedua ialah pengedar penapis air yang saya sekeluarga mengenalinya sebagai Mr Ong. Bila dia melihat saya yang sebelumnya lumpuh sebahagian badan sudah boleh berjalan serta memandu motokar dia mengungkapkan Alhamdulillah.
Ada beberapa orang kawan memberi komen bahawa hal itu tak betul tapi bila saya tanya di mana silapnya tak ada yang boleh beri penjelasan. Lalu saya katakan bahawa MR Ang dan Mr Ong juga hamba Allah mereka diam.Pada 9.3.2009 seorang saudara baru, Lim Jooi Soon menyamapikan ceramah di Alor Setara dalam satu acara Wacana Minda.Saya kagum dengan pendekatan yang beliau gunakan untuk berdakwah dan mempunyai pengetahuan terhadap kandungan kitab-kitab Injil, al-Quran dan kitab ugama Hindu.
Beliau merupakan saudara baru pertama yang menganut Islam dengan mengekalkan nama Cina setelah berdebat selama 5 tahun dengan mufti berhubung dengan perkara tersebut. Kita doakan beliau mencapai banyak kejayaan dalam usaha dakwahnya.YB Nga Kor Ming bukanlah orang pertama tidak disenangi bila menggunakan ayat-ayat suci ketika berceramahSebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng yang mengatakan dia akan mentadbir mengikut acuan Khalifah Omar Abdul Aziz pernah dituduh sebagai biadap.
Mengapa hal begini berlaku?Ya... tentulah tidak lain kerana kedua-duanya dari DAP! Oleh yang demikian, YB Karpal Singh dan YB Lim Kit Siang juga patut berfikiran terbuka dalam hal ini. Mungkin YB Drs Khalil Idham dan beberapa orang lagi patut berbuat sesuatu dan ada baiknya direnungkan bahawa sebilangan pengarah filem Melayu di zaman awal (kebanyakan berketurunan India) dahulu bukan beragama Islam, tetapi mereka telah menghasilkan bukan sedikit filem-filem berbau Islam.
(*Asalbayu ialah aktivis persuratan di Kedah, yang terbabit dalam perjuangan Bahasa Melayu. Pernah mengalami strok, sebelum diserang sekali lagi baru-baru ini. Nama sebenarnya Abdul Halim berasal Baling dan pernah berkhidmat dalam jabatan kerajaan)

KOMENTAR:
bersama Pak Parjo...
Orangkaya Berlapan tak lagi:
Orangkaya Berlapan tak lagi:
Dikehendaki duduk menjadi menteri
Sebermula orang banyak diberitahu, Orangkaya Berlapan yang gagah perkasa memencak memepertahankan bekas Orangkaya Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tak lagi dikehendaki memanggul alat-alat kebesaran diraja. Adapun Orangkaya Berlapan itu Dato' Seri Syed Hamid Albar seorang namanya, Tan Sri Muhamamad Mohd Taib seorang namanya, Dato' Seri Azallina Othman Said seorang namanya, Dato' Seri Zulhasnan Rafique seorang namanya, Dato' Mohd Zin Mohamaed seorang namanya, Dato' Shahrir Samad seorang namanya Dato' Ong Ka Chuan seorang namanya, Dato' Amirsham A Aziz seorang namanya.
Arakian Orangkaya Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menamakan sekalian menteri-menteri itu 'Jemaah Rakyat', kerana Orangkaya Berlapan yang diganti itu tak dipilih masuk ke balairong seri, tetapi dilantiklah ia menduduki balairong. Shahdan akan Orangkaya Johor Bahru bernama Dato' Shahrir sudah diketahui dirinya tak disukai orang yang berdiri di sebalik pintu seperti perihal Sultan Mahmud memilih bendahara Melaka. Adapun ketika Bendahara Putih mati, disuruh sembilan sekali Orangbesar berdiri di halaman, maka raja tua bonda Sultan Mahmud duduk ia di sebalik pintu.
Hatta, setelah berapa lamanya, maka isteri Sang Sura pun bermukah dengan Sang Guna. Maka Sang Sura pun tahu; maka Sang Guna diadang oleh Sang Sura. Adapun Sang Guna itu baik sikapnya, tegap sasa tubuhnya, akan Sang Sura kecil tubuhnya, rincing mersik. Telah didengar oleh Sultan Mahmud, maka baginda terlalu sayang akan Sang Guna, kerana Sang Guna pada ketika itu bukan barang-barang orang, ialah yang pertama membuat keris tempa Melaka, panjang tengah tiga jengkal. Tetapi Sultan Mahmud sangat kasih akan Sang Sura, maka tidaklah terbicara oleh baginda macam perihal Orangkaya Dato' Seri Najib dengan Orangkaya Berlapan itu seperti disebut dalam 'Kitab Melayu' daripada:
HIDUP BAHASA MELAYU!
DARI LAMAN BLOG...
Kewangan Melayu Goyah:
Sukar beli rumah di Singapura
Assalamualaikum,Komuniti Melayu dan Islam di Singapura tak berpeluang membeli rumah (sekalipun sekadar rumah pangsa) menerusi Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sejak awal tahun 2009 ini. Alasannya ialah kedudukan kewangan komuniti Melayu dan Islam goyah, di negara yang ditadbirkan oleh Lee Kuan Yew sejak 1959. Lee Kuan Yew yang popular dengan polisi 'saman fitnah' bagi membangkrapkan pembangkang, tiba-tiba sahaja berhadapan dengan isu komuniti Melayu dan Islam yang goyah sumber kewangan. Bagaimana sebuah negara yang berbangga dengan pembangunan industrinya di Asia, terjerumus dalam isu 'kemelaratan'.
Isu Melayu Singapura tak sama dengan isu Melayu Pulau Pinang pada dekad 1970-an apabila dibangkitkan oleh bekas pensyarah USM Haji Yahaya Ismail (Pak Ya). Barangkali UMNO melabelkan isu berkenaan sebagai agenda beberapa orang individu yang bermotif politik, di samping menyalurkan idea berkenaan kepada Pak Ya. Ironinya, apabila dibangkitkan isu Melayu, banyak pihak menuding jari sebagai bermotif politik. Bagaimana dengan isu bukan Melayu dan bukan Islam, malah ada pihak mencabar: Langkah mayatnya kalau mahu menjadikan negara ini (Malaysia) negara Islam. Aduhai!
Ketika bertemu penyair Masuri S.N. pada 'Hari Puisi' di Port Dickson awak dekad 1980-an, memang beliau merungut dengan status Bahasa Melayu dan kebudayaan tempatan yang serba tergugat. Masuri yang pernah menjadi pensyarah di Universiti Nanyang, turut terharu dengan penutupan universiti berkenaan apabila Lee Kuan Yew mahu meletakkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu (polisi Lee Kuan Yew sekitar 1980-an, sedang diadaptasi oleh UMNO menerusi PPSMI sekarang). Bagaimanapun Masuri seorang sahaja tak mampu menangani isu berkenaan, berikutan perbezaan pendapat di kalangan pimpinan bahasa dan budaya Melayu di Singapura
Apalagi sewaktu dalam pimpinan Nasrul Haq, pernah juga perbincangan dibuat dengan belia-belia Melayu di Singapura. Bagaimanapun segalanya berakhir macam 'hilang bersama angin', disebabkan majoriti belai-belia terbabit memuji-muji polisi Lee Kuan Yew termasuk memberi status bahasa ilmu kepada Bahasa Inggeris. Saya menerima laporan dari Badaruddin Othman dari Pulau Pinang mengenai pendirian belia-belia Melayu di Singapura ketika itu. (Barangkali belia-belia berkenaan sudah berstatus warga emas, di samping terbabit dengan isu bermasalah untuk membeli rumah pangsa di Singapura sekarang).
Apabila saya terbabit dalam pimpinan parti pembangkang, memang saya berhasrat mahu meninjau masalah belia-belia Melayu di Singapura sekitar dekad 1990-an. Tetapi pimpinan muda (sekarang sudah berstatus Ahli Parlimen dan ADUN), beranggapan isu Melayu di Singapura ialah 'mencampuri urusan dalam negeri jiran'. Ironinya, mereka berasa tak bersalah apabila terbabit dengan krisis di Timor Liste atau di Sri Lanka. Malah turut menghantar delegasi yang kononnya demi hak asasi manusia. Bagaimanapun dalam usia warga emas sekarang, saya berharap kesinambungan perjuangan untuk Melayu di Sinagpura juga perlu diberi perhatian.
-Pak Dharma.
CORETAN ZACK
Kabinet baru diatur:
Kepada siapa mereka suka!
Nak bising buat apa? Semua telah diatur oleh mereka yang diberi mandat memerintah dan menyusun siapa yang mereka suka. Allah juga telah menentukan segala-galanya sepertimana kehendak-Nya. Yang berjaya Tuhan sayang pada mereka sambil meletakkan ujian besar dari yang gugur dan gagal. Yang tidak berjaya pula, Tuhan sedang menguji kesabaran dan iman mereka yang kemudiannya akan disediakan rahmat yang lebih besar sekiranya semasa berkuasa mereka tidak menyeleweng atau menyalah guna kuasa. Kalau mereka banyak menghimpun dosa dan sombong, mereka terimalah padahnya selepas ini.
ANALISIS MOHD AFFANDI...
Janji pembaharuan Najib:
Agaknya ramai yang masih rindukan ketua-ketua parti muka lama yang kalah pilihan raya, yang telah ditolak rakyat hidup-hidup. Tentulah mereka sangat istimewa kepada PM baru, walaupun rakyat sudah meluat melihat mereka, terutama ketika berucap berdegar-degar sampai berputar-putar halkum (kalau jantan) atau terhenjut-henjut buah dada lisut (kalau betina). Kata T. S. Eliot, sasterawan besar Inggeris itu: (maaf hendak kutip panjang sedikit kerana tepat sekali dengan apa yang terjadi sekarang):
Oleh itu langkah pertama yang wajib dilakukan ialah mengisytiharkan harta benda anda untuk dilihat rakyat banyak mana hak anda dan banyak mana pula hak rakyat. Jika anda tidak berani melakukannya, minta ampun banyak-banyak kami mahu sembah derhaka: Biarlah tidak usah bekerja untuk kami rakyat yang tidak mahu terhutang budi supaya tidak diungkit-ungkit bila kalah pilihan raya kononnya kami tidak mengenang budi. Kalau tidak mahu, atau malu hendak isytiharkan harta anda pun tidak mengapa, kerana kami tahu berapa banyak harta anda sejak anda menjadi pembela rakyat dan berjuang untuk rakyat.
Simpanlah harta itu di luar atau di dalam negeri, itu hak anda dan kami pun tidak mahu kacau, hanya anda saja yang kacau kami. Jangan buat apa-apa pun atas nama kami jika faedahnya andalah yang menerimanya. Jadi sebenarnya tidak ada kabinet untuk rakyat. Yang ada ialah kabinet yang disusun oleh PM untuk mencerminkan pilihan peribadinya, sama ada dipengaruhi (oleh Dr. Mahathir Mohamed misalnya) atau tidak. Setiap kabinet adalah gambaran matlamat politik seorang PM dan kawan-kawannya, seperti yang diakui bahawa kabinet ini pun bertujuan untuk memenangi pilihan raya ke tiga belas nanti.
Kabinet mala petaka yang berpuaka
Sama ada secara kebetulan atau memang dirancang, pada hari ini 9/4/2009 dua orang mata-mata yang dituduh membunuh wanita Monggolia Altantuya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Belum tentu akan digantung, tapi hukuman telah dibuat. Maka pada hari ini juga rakyat Malaysia bersorak gembira kerana sebuah kabinet baru untuk mereka telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri baru. Tidak tahu mengapa anak Tun Razak yang baru saja dilantik jadi PM membentuk Kabinet yang oh ...oh, eh ... eh biasa saja.

“We are the hollow men/ We are the stuffed men/ Leaning together / Headpiece filled with straw. Alas! / Our dried voices, when / We whisper together / Are quiet and meaningless / As wind in dry grass / Or rats’ feet over broken glass / In our dry cellar." Jelas dan tepat sekali menggambarkan tokoh-tokoh Kabinet baru ini. Seterusnya kata Eliot: “Shape withour form, shade without colour, / Paralysed force, gesture withour motion;/” Telah berkata Tun Razak pula, sasterawan adalah propagandis zamannya.
Tapi bukan T. S. Eliot, yang menggambarkan kehebatan perasaan hampa manusia Eropah selepas Perang Dunia I. Soalan bodoh: Adakah tidak “the hollow men” dalam politik Malaysia, terutama dalam UMNO/BN? Mereka ini pun propagandis zamannya juga kah? Kabinet ini diberi nama kabinet rakyat. Soalan bodoh lagi: Mengapa diberi nama kabinet rakyat? Tidakkah semua kabinet, sejak mula merdeka hingga sekarang, semuanya untuk rakyat? Itulah cara propagandis menonjolkan diri, mesti istimewa dan lain dari yang lain, padahal tidak lebih daripada “ the hollow men stuffed with straw.”
Cara mendekati rakyat begini kelihatan sangat janggal, terlalu menghina kemampuan berfikir rakyat, terlalu memperkecil keupayaan rakyat membaca kepalsuan kata-kata hebat yang tidak lebih daripada ucapan yang “stuffed together with straw.” Sekarang soalan mencabar: Mengapa kabinet ini wajib dinilai dengan kritis? Jawapannya mudah saja: Mereka didakwa dianggotai tokoh-tokoh yang akan membina Negara Satu Malaysia yang memihak kepada rakyat, yang menjadikan kebajikan rakyat paling atas. Betulkah begitu? Katalah betul.
Oleh itu langkah pertama yang wajib dilakukan ialah mengisytiharkan harta benda anda untuk dilihat rakyat banyak mana hak anda dan banyak mana pula hak rakyat. Jika anda tidak berani melakukannya, minta ampun banyak-banyak kami mahu sembah derhaka: Biarlah tidak usah bekerja untuk kami rakyat yang tidak mahu terhutang budi supaya tidak diungkit-ungkit bila kalah pilihan raya kononnya kami tidak mengenang budi. Kalau tidak mahu, atau malu hendak isytiharkan harta anda pun tidak mengapa, kerana kami tahu berapa banyak harta anda sejak anda menjadi pembela rakyat dan berjuang untuk rakyat.
Simpanlah harta itu di luar atau di dalam negeri, itu hak anda dan kami pun tidak mahu kacau, hanya anda saja yang kacau kami. Jangan buat apa-apa pun atas nama kami jika faedahnya andalah yang menerimanya. Jadi sebenarnya tidak ada kabinet untuk rakyat. Yang ada ialah kabinet yang disusun oleh PM untuk mencerminkan pilihan peribadinya, sama ada dipengaruhi (oleh Dr. Mahathir Mohamed misalnya) atau tidak. Setiap kabinet adalah gambaran matlamat politik seorang PM dan kawan-kawannya, seperti yang diakui bahawa kabinet ini pun bertujuan untuk memenangi pilihan raya ke tiga belas nanti.
Tidak salah untuk memenangi pilihan raya, tetapi matlamat politik yang ingin dicapai itu tidak wajar dijadikan matlamat rakyat, kerana anda awal-awal lagi telah memberi amaran kepada rakyat bahawa mereka mesti memilih anda. Itulah rasuah politik paling besar dan tidak boleh dimaafkan oleh rakyat. Jadi rakyat tidak harus tertipu dengan slogan, kerana slogan adalah permainan politik yang tidak semestinya menguntungkan rakyat.
Ahli politik yang duduk dalam kabinet pula harus jujur dan berani mengaku bahawa mereka bukanlah pemimpin yang terbaik untuk negara Malaysia, tetapi mereka berada di situ kerana sistem politik Malaysia tidak dapat menentukan ciri-ciri pemimpin yang baik, bijaksana, amanah, dan takutkan Allah Ta’ala. Jadi anda akan faham mengapa anak Mahathir Mohamed dilantik menjadi Timbalan Menteri penting. Berbeza dengan ciri politik Islam, yang meletakkan yang akhir itu di tempat pertama, oleh itu semua ciri kepemimpinan yang baik dengan sendirinya mengikutinya. [9/4/2009]
(*Mohd. Affandi Hassan, pesara PTD yang berpengalamn dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan. Beliau adalah sasterawan dan pengkritik sastera Melayu tersohor, malah dianggap setanding dengan H.B. Jassin di Indonesia.)

Subscribe to:
Posts (Atom)