Sunday, August 5, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)


DARI LAMAN BLOG:

MEMANG SIBUK ORANG POLITIK
KALAU BIMBANG HILANG PENGARUH

Assalammualikum,


Hari minggu (5 Ogos 2007), mungkin sahaja waktu terluang bagi berihat kepada mereka yang bertugas di pejabat, atau terbabit dalam perniagaan dan keusahawanan. Tetapi aktivis politik dikatakan sibuk dengan aturcara masing-masing, bagi memastikan keprihatinan terhadap permasalahan rakyat. Semalam (Sabtu, 4 Ogos 2007) misalnya, PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bukit Mertajam menghadiri Program Mesra Rakyat sempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan di Institut Perguruan Tuanku Bainun di samping memberi penghargaan kepada 60 pejuang kemerdekaan dari UMNO Bahagian Permatang Pauh. TPM Dato’ Seri Najib Tun Razak pula di Kota Kinabalu dengan menyebut Sabah sebagai kubu BN, di samping terlupa fasal insiden dekad 1980-an, apabila PBS mampu mendominan kerajaan negeri.

Mungkin sahaja sudah lebih 20 tahun berlalu, apatah lagi Dato’ Seri Pairin Titingan yang mampu menggugat ketika itu, sudah menyertai BN. Ok lah!. Dalam tempoh beberapa jam pula PM dan TPM terpaksa pula menghadiri ‘Majlis Makan Malam Perdana’ di Petaling Jaya, sempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakail Rakyat Se Malaysia 2007; apalagi Datin Seri Jeanne Abdullah mula mengambil alih jawatan Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti). Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohd Khir Toyo yang kelihatan bersama PM di Bukit Mertajam, kelihatan juga di sisi PM ketika di Petaling Jaya, kabarnya ke Johor pula hari ini (Ahad, 5 Ogos 2007) bagi merasmi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pengerang. Memang sibuk!


Dalam masa kesibukan pimpinan, hulubalang-hulubalang juga turut sibuk apabila ketua parti menjadi sibuk, bertambah sibuk dan sibuk sesibuknya. Kononnya, pimpinan UMNO peringkat Bahagian di Selangor juga ikut sama terkejar-kejar mengekori MB mereka, sama ada ke Bukit Mertajam ke Petaling Jaya, mahupun ke Johor dalam tempoh beberapa jam sahaja. Al-maklumlah, kalau berjauhan dari MB ketika pilihanraya sudah ehem ehem, semakin jauhlah peluang mahu menyusup ke mana-mana menjelang pilihanraya nanti, he heh he heh!

- MULUK-

INFO HAK ASASI MANUSIA:

GELOMBANG FASA KEDUA ISU WPI
PROWARIS AKAN GERAKKAN BERSEPADU

Dalam tempoh 10 hari selepas 4 Ogos 2007, Generasi Profesional & Pewaris Bangsa (ProWaris) akan melancarkan gelombang fasa kedua, sekiranya PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak memberi penjelasan mengenai 20 Perkara tuntutan yang terkandung dalam memorandum berkaitan isu Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor, kata presidennya, Feriz Omar. Bagaimanapun Feriz enggan mempolitikkan isu tersebut, asal sahaja Pak Lah bersedia menerima pandangan orang ramai, sebelum projek berkenanan dilaksanakan. “Kita tak mahu orang politik campur tangan dalam isu yang membabitkan kepentingan orang Melayu di Johor,” beliau menjelaskan.


ProWaris yang mengirim emel kepada semua pengendali laman blog dan laman web berharap semua pihak dapat menyampaikan mesej kepada rakyat mengenai beberapa persoalan yang belum dijelaskan oleh kerajaan. Apalagi Akta 664 yang akan diguna pakai kepada pembangunan wilayah selatan, seolah-olah memberi ruang yang terlalu bebas kepada pelabor-pelabor dari Singapura, ketika pelabor-pelabor lain dari luar negeri memberi tumpuan kepada pelaboran di republik berkenaan. Seterusnya Feriz mengakui, ProWaris tak menolak sebarang projek pembangunan kerajaan, tetapi bukanlah secara semborono seperti dilakukan ke atas WPI.


SOKONGAN KEPADA PROWARIS

Jawatankuasa Ad-Hoc Warga Prihatin Malaysia (PRIMA) memberi jaminan akan memberi sokongan penuh kepada perjuangan ProWaris dalam isu WPI. Jurucakap PRIMA, Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz memberitahu pimpinan yang diketuai sasterawan Dharmala N.S. bersetuju menggerakkan PRIMA bersama ProWaris dengan membawa lebih ramai NGO dan pengendali laman web dan lama blog memperjuangkan kepentingan Melayu di Johor bagi mengelakkan rakyat dikongkong ‘perhambaan minda’ berterusan, seolah-olah mengadaptasi naratif kegoblokan pemikiran di masa lalu apabila negeri-negeri Melayu satu demi satu jatuh kepada penjajah barat, kata Kamal.


Menurutnya ‘perhambaan minda’ masyarakat Melayu pada dekad 1770-an, dengan menyerahkan nasib masa depan anak cucu kepada sesiapa berkuasa ketika itu, justeru setiap perjanjian yang dimetrai semua menguntungkan sebelah pihak iaitu penjajah barat. Kata Kamal lagi, bangsa Melayu ketika itu yang memang daif dengan pemikiran kritis, terpaksa menyerahkan sahaja urusan hidup mereka kepada pimpinan yang berkuasa menentukan sebarang surat perjanjian. “Akhirnya pemimpin Melayu ketika itu diikat dengan perjanjian-perjanjian goblok, menyebabkan negeri Melayu dijajah satau demi satu, beritahu Kamal selanjutnya.


Setakat ini beberapa aktivis NGO termasuk MANTAP dari IPTA sudah mengadakan perjumpaan dengan ProWaris, dalam menyambut cabaran bagi menggerakkan gelombang fasa kedua. Bagaimanapun menurut Kamal, pimpinan PRIMA sasterawan Dharmala tak ikut menyertai perjumpaan yang dianjurkan ProWaris di Johor Bahru pada 15 Ogos 2007 ini, berikutan program lain iaitu kunjungan hormat menemui mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad di Putrajaya yang sudah diatur terlebih dahulu. Pihak ProWaris memberitahu, perjumpaan di Johor Bahru turut disertai oleh Gabungan Penulis Nasional (Gapena).

MUSA HASSAN SUDAH MEMBERI ‘SIGNAL’

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sudah memberi ‘signal’ mengenai spekulasi pilihanraya akan diadakan pada bila-bila masa. Laporan radio jam 4.00 petang hari ini (5 Ogos 2007) menyebut Tan Sri Musa sebagai berkata di Johor Bahru, anggota polis sudah bersiap sedia bagi menghadapi pilihanraya, di samping cuti anggotanya dibekukan hingga selesai pilihanraya. Kalau pihak polis sudah membuat kenyataan terbuka, maknanya lebih ‘wa caya lu’, kalau dibandingkan dengan Suruhanjaya Pilihanraya SPR. Tak hairanlah khidmat Tan Sri Musa masih diperlukan, sekalipun dikatakan umur bersaranya sudah sampai di garisan.


KOMENTAR
bersama Pak Parjo


‘POLITIK ANGKA’ MAKIN HEBAT
JANJI PILIHANRAYA PUN BERMULA

Bagi penganalisis politik, ‘signal’ pilihanraya sudah dijangka sejak Februari lagi, ketika ramai guru-guru diminta mendaftar sebagai petugas pilihanraya; apalagi guru-guru yang sekolah mereka digunakan sebagai pusat mengundi. UMNO pula semakin galak menganjurkan kursus pilihanraya kerana ‘burung tempua tak akan bersarang rendah, kalau takkan ada berada’. Terpulanglah! Apalagi menteri-menteri pun sudah umumkan ‘politik angka’ sebagai propaganda yang sudah klise, seperti keperihalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin memproklamir dana RM300 juta, kononnya bagi membantu nelayan dengan pinjaman tanpa faedah menerusi Projek Transformasi Nelayan di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).


Tak menghairankan fasal ‘politik angka’ ini, kerana Amerika Syarikat (AS) juga guna ‘politik angka’ apabila melobi negara-negara Islam, apabila polisi menyerang Iraq dan Afghanistan menjadi agenda. Malah ketika serangan pertama ke atas Iraq pada 1990 pun, Bush Sr menjanjikan ‘politik angka’ ke atas Mesir, dengan melupuskan hutang berbilion ringgit. Tetapi selepas kejatuhan Saddam Hussein, rakyat Iraq baru menyedari AS memberi kontrak dan projek mega kepada negara-negara yang menyokong misi haramnya. Isu pekerja-pekerja Korea Selatan yang dijadikan tebusan di Afgahnistan, adalah sebagai kontrak dan projek mega yang ditawarkan kepada pelabor-pelabor Korea. Justeru yang sukar mahu mempercaya ‘politik angka’, apalagi ‘empat angka’ setiap minggu hingga premis terbabit penuh sesak, ialah:
HIDUP BAHASA MELAYU!

Saturday, August 4, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)

(menentang penindasan minda manusia kepada manusia)


DARI LAMAN BLOG:

PETANDA AWAL PILIHANRAYA

Assalammualikum,

Mesyuarat perwakilan UMNO merata sekarang, sebagai petanda awal pilihanraya semakin ehem ehem. Tak tahulah sama ada tahun 2007 atau 2008, segalanya terpulang kepada ilham number one. Kalau dibandingkan dengan period Tunku Abdul Rahman memegang jawatan number one, memang jauh berbeza kerana mungkin sahaja ianya mengikut peredaran masa yang serba mencabar, membebar dan menibar. Entahlah! Pada dekad 1960-an misalnya, Tunku umumkan pembubaran Parlimen terlalu awal, malah kempen juga dalam tempoh sebulan dengan dibenarkan rapat umum terbuka. Tetapi lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang, gamaknya!



Isu bahasa Melayu bukan sahaja dibahaskan di kalangan pencinta-pencinta bahasa, malah ahli-ahli UMNO turut mempersoal relevannnya ‘Bahasa Malaysia’. Kabarnya, sudah ada Bahagian UMNO membawa usul mengenai ‘Bahasa Melayu’ wajarlah diperkasakan, di samping menolak ‘Bahasa Malaysia’ yang kononnya bukan lagi berjatidiri Melayu. Maknanya, orang Melayu tak mahu ‘Bahasa Melayu’ dilupuskan seolah-olah masuk incenirator, kerana bangsa Melayu tak kira ianya aktivis parti politik yang berbeza pendekatan, mereka tak mahu bertolak ansur dalam isu Bahasa Melayu, seperti disebut pengarang di zaman dahulukala menerusi ungkapan Hang Tuah kononnya, ‘takkan Melayu hilang di dunia’!

INFO HAK ASASI MANUSIA:

PAK LAH DIBERI TEMPOH 10 HARI
BERI PENJELASAN KORIDOR ISKANDAR



Perdana Menteri Dato’ Abdullah Ahmad Badawi diberi tempoh 10 hari lagi bagi menjelaskan kedudukan memorandum yang diserahkan oleh Generasi Profesional & Pewaris Bangsa (ProWaris) sebulan lalu mengenai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor. ProWaris dikatakan menuntut 20 Perkara bekaitan WPI supaya dikaji semula sebelum ianya dilaksanakan. Presiden ProWaris, Feriz Omar dilaporkan sudah menyampaikan memorandum berkenaan kepada Pak Lah sendiri sebelum PM ke luar negeri baru-baru ini, dengan memberi jaminan akan dipertimbangkan dalam tempoh 10 hari selepas memorandum berkenaan diserahkan.


Bagaimanapun Feriz Omar dikatakan kecewa, sesudah 20 hari berlalu tiada sebarang maklumbalas yang diberi mengenai tuntutan 20 Perkara yang dikemukakan oleh pihak ProWaris. Justeru katanya, pihak ProWaris memberi tempoh 10 hari lagi (dari tarikh 4 Ogos 2007) bagi membolehkan Pak Lah mempertimbangkan 20 Perkara yang dituntut. Menurut laporan, Feriz masih yakin Pak Lah bersedia memberikan pertimbangan, kerana banyak isu berbangkit masih dipersoal. Katanya, ProWaris memberi sokongan kepada semua projek pembangunan kerajaan, asal sahaja ianya tak merugikan bangsa Melayu.


KERTAS PELAKSANAAN KORIDOR
TAK DISEBUT BAHASA MELAYU

Jurucakap Jawatankuasa Ad-Hoc Warga Prihatin (PRIMA) Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz mempersoal kertas pelaksanaan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang tak disebut dalam Bahasa Melayu. Dalam pertemuan dengan beberapa pengendali laman blog di sebuah kedai makan Minang, di Kampung Baru hari ini (4 Ogos 2007), Kamal melahirkan rasa kecewa kerana kertas pelaksanaan itu tak disebut dalam Bahasa Melayu. Justeru beliau membuat spekulasi ianya tak memberi kepentingan kepada warga Johor sendiri, apabila sebahagian besar manfaatnya dimonopoli oleh Singapura. “Tak jelas sama ada ianya diberi tempoh pajakan kepada pelabor-pelabor seperti dilakukan oleh Indonesia apabila membangunkan Pulau Batam,” katanya.


Kamal turut mempertikaikan, isu Akta 664 yang disembahkan bagi perkenan raja-raja Melayu pada 12 Februari 2007, tetapi diwartakan pada 13 Februari 2007. Menurutnya, berdasarkan pengalaman di masa lalu belum pernah berlaku sebarang akta yang disembah kepada raja-raja Melayu diwartakan dalam tempoh satu hari sahaja. Katanya, Perkara 8 (1) (a) yang menyebut Pengerusi Bersama WPI ialah Perdana Menteri dan Menteri Besar, sebaliknya pada Perkara 8 (2), apabila PM tak menyertai mesyuarat WPI, TPM pula mewakili PM, menyebabkan kedudukan MB selaku ‘Pengerusi Bersama’ tak berfungsi.


Juteru kata Kamal selanjutnya, WPI perlu diberhentikan sebelum ianya dilaksanakan kerana banyak persoalan yang beli diberi penjelasan. “Kita tak perlu menunggu sebarang penjelasan PM, kalau ianya meletakkan orang Melayu dalam dilema WPI hanya perlukan ‘full stop’ sahaja, “ ujarnya.


ZAHRIN PERSOAL LOKASI:
LINGKUNGAN KAWASAN WPI


Aktivis UMNO yang dipecat Sdr Zaharin Mohd Yassin mempersoal keluasan lokasi Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), kerana tak dinyatakan secara komprehensif. Dalam pertemuan dengan PRIMA, beliau yang juga dikenali ‘Sang Kelembai’ dalam laman blog dan penulisannya menyebut, kerajaan perlu memberitahu jumlah keluasan yang terbabit dengan WPI. Katanya, ketika KEJORA dilaksanakan ianya ditetapkan persempadanan wilayah yang terbabit dalam projek berkenaan. “Pak Lah perlu bersikap telus bagi meyakinkan rakyat, WPI adalam pembangunan untuk kepentingan rakyat, bukan disitilahkan kepada ‘Wilayah Pembangunan Imperialis’ oleh orang ramai,” beliau menambah seterusnya.


Zaharin yang juga pernah berkhidmat dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut melahirkan rasa bimbang, sekiranya WPI tak dijelaskan persempadanan sebenar, kebobrokan pembangunan ekonomi boleh berlaku. Katanya, PKNS juga pernah membawa pelabor ke Selangor, tetapi ‘diperbudak-budakkan’ oleh kalangan kapitalis apabial diberi intensif mendirikan kilang di Sungai Way. Zaharin memberitahu kalangan pengendali blog yang mengadakan pertemuan hari ini (4 Ogos 2007) di Kampung Baru, insiden di Sungai Way ialah pelabur-pelabur menutup kilang mereka selepas pajakan 10 tahun, tetapi terus beroperasi dengan menukar nama syarikat yang baru berdasarkan intensif yang diberikan oleh kerajaan.


INFO SASTERA & BUDAYA:
SASTERAWAN NEGARA DI UPSI
LEGASI KESUSASTERAAN MELAYU

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim menganjurkan dialog bersama ‘Sasterawan Negara’ pada 9 Ogos 2007. Tiga orang ‘Sasterawan Negara’ yang menyertai pertemuan tersebut termasuklah Dato’ Profesor Emeritus Shahnon Ahmad, Dato’ A. Samad Said dan S. Othman Kelantan. Menurut Dato’ Dr. Mohd Mansor Abdullah yang aktivis PRIMA, beliau dihubungi oleh pihak panatia majlis berkenaan, Profesor Mohd Yusuff Hassan mengenai aktiviti berkenaan, bagi mendekatkan pelajar-pelajar UPSI kepada sastera Melayu. Peneraju PRIMA sasterawan Dharmala N.S. dan Dr Mansor akan hadir dalam perjumpaan tersebut, sebagai keprihatinan kepada sastera dan budaya Melayu.


Secara historikal perkembangan sastera Melayu memang digerakkan di UPSI, atau sebelumnya dikenali Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Malah kebangkitan sasterawan Melayu pada dekad 1930-an memang digerakkan di UPSI dengan penubuhan ‘Pejabat Karang Mengarang MPSI’ yang dikendali oleh Pendeta Tan Sri Zaaba. Novel-novel Melayu juga banyak diterbitkan oleh Pejabat Karang Mengarang MPSI sebelum ianya dipindahkan kepada DBP pada dekad 1950-an. Pengarang-pengarang tersohor ketika itu seperti Ponggok, Ahmad Murad Nasaruddin, Harun Aminulrasyid, Mohd Yusuff Ahmad dan ramai lagi adalah memulakan bakat mereka di MPSI. “Kita sentiasa menyokong setiap aktiviti sastera dan budaya Melayu,” beritahu Mansor yang juga mantan Timbalan Naib Canselor (HEP) UTM.


KOMENTAR
bersama Pak Parjo

RAJA NAZRIN MENITSKAN AIRMATA
IMBAU PERJUANGAN TUN DR ISMAIL

Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menitiskan airmata ketika bertitah melancarkan buku ‘Bukan Kerana Pangkat: Tun Dr Ismail Dan Masanya’ di Universiti Malaya pada 3 Ogos 2007. Memang baginda seorang raja yang prihatin dengan perjuangan nasionalisme malah dilaporkan dalam satu majlis di Perak, baginda juga turut menghargai pejuang-pejuang nasionalisme yang lain termasuk Dr. Buharnuddin al-Helmy, Dato’ Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Dato’ Panglima Bukit Gantang dan beberapa tokoh gerakan nasionalisme dari Perak. Memang sukar di kalangan pimpinan UMNO sendiri menitiskan air mata apabila mengimbau perjuangan tokoh-tokoh di masa lalu.


Tun Dr. Ismail memang pimpinan UMNO paling disayangi oleh Almarhom Tunku, malah ketika Pesuruhjaya Tinggi, Gerald Templer menawarkan jawatan menteri kepada Parti Perikatan pada 1953, Tunku menamakan ‘Tun Dr. Ismail’ dan ‘Tun H.S. Lee’. Sekalipun pemerhati politik menyebut menteri paling rapat dengan Tunku ialah Tan Sri Senu Abdul Rahman dan Tan Sri Khir Johari, tetapi ketika ditemuramah oleh penulis pada 1982, Tunku berulang kali menyebut beliau sayangkan Tun Dr. Ismail. Dalam temuramah itu, Tunku memberitahu pada dekad 1960-an, Tun Dr. Ismail beberapa kali menghantar surat perletakan jawatan sebagai menteri kabinet.


Kata Almarhom Tunku, beliau tak menjawab surat yang dihantar oleh Tun Dr. Ismail menyebabkan rakannya itu datang ke kediaman rasminya di Residency. Lantas Tunku bersembunyi, kerana tak mahu menemui Tun Dr. Ismail ketika sedang marah. Selepas beberapa hari setelah Tun Dr. Ismail berasa ‘sejuk hati’ barulah beliau mahu menemui rakannya itu, sambil berpura-pura tak mengetahui surat perletakan jawatan itu. Memang Tunku mengakui akan kesetiaan Tun Dr. Ismail sebagai sahabat dan rakan seperjuangan, seperti yang sentiasa ingat akan kawan-kawan seperti Tan Sri Abdul Samad Idris, Pak Sako dan Pak Boestamam ialah:

Friday, August 3, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)

CATATAN LAMAN BLOG:

Assalammualaikum,


Alhamdullillah, kita meneruskan semula laman blog dengan aman tenteram, mudah-mudahan tiada lagi gangguan virus yang menyekat, mengikat dan merekat kebebasan intelektual kita bagi membebaskan perhambaan minda. Petang ini (3 Ogos 2007), di sebuah gerai teh tarik di Taman Seri Gombak, saya bersama mantan Timbalan Naib Canselor (HEP) UTM Dato’ Seri Dr. Mohd Mansor Abdullah seronok menikmati roti canai, justeri mengingatkan saya kepada Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris. Bezanya, kalau dengan Tan Sri Abdul Samad beliau akan menikmati roti canai bersama ayam goreng.



Dato’ Mansor pula menjamahnya bersama kari kambing yang ditakuti oleh mereka berpenyakit darah tinggi atau kencing manis. “Setakat ini, saya masih belum diganggu sakit darah tinggi atau kencing manis, Alhamdullillah!” beritahu Dato’ Mansor yang masih diperlukan tenaganya oleh UIA di Sungai Pusu, Gombak. Tak tahulah kenapa lain-lain IPTA macam tak kenal kepada Dato’ Mansor, mahupun IPTS sekalipun beliau baru mencecah usia 62 tahun sahaja. Masih gagah lagi, malah mampu memberikan idea yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang sama ada di IPTA mahupun IPTS selepas jadi ‘orang pencen’.

- Dharmala N.S.

INFO HAK ASASI MANUSIA:

PENGUATKUASA VS AHLI MAJLIS
GARA-GARA SI PENJUAL DURIAN

Gara-gara si penjual durian melonggokkan buah-buah berkenaan di tepi jalan kawasan perumahan di sini, menimbulkan suasana tegang apabila pihak penguatkuasa mahu menyaman si penjual terbabit. Kebetulan pula seorang Ahli Majlis Perbandaran minum di gerai berdekatan, justeru beliau cuba menasihatkan penguatkuasa supaya menggunakan ‘budi bicara’. Rupa-rupanya si penguatkuasa tak memahami istilah ‘budi bicara’, malah tak mengenali langsung Ahli Majlis Perbandaran terbabit. “Penjual durian ini datang dari jauh, berilah dia peluang berniaga di tepi jalan, hanya pada musim durian setahun sekali sahaja,” Ahli Majlis Perbandaran itu cuba mencari penyelesaian.


Ironinya, si penguatkuasa tak peduli siapa sahaja yang cuba menghalang tugasnya. Apalagi lori juga sudah tersedia untuk memunggah buah-buah durian berkenaan, kerana ketika itu siapa lagi yang berkuasa kalau bukan si penguatkuasa. Disebabkan kecewa dengan sikap si penguatkuasa, makanya si Ahli Majlis Perbandaran itu (sudah tentulah orang kuat UMNO Bahagian) juga naik berang kerana sikap provokasi si penguatkuasa. Beliau pun memperkenalkan dirinya sebagai Ahli Majlis Perbandaran, di samping beliau ingatkan si penguatkuasa ‘menghitung’ jumlah buah durian yang mahu diangkut. “Saya mahu pastikan jumlah yang diangkut tak kurang walau seulas (bukan sebiji), apabila sampai di Majlis Perbandaran!” katanya.

Selepas menyedari yang meminta gunakan ‘budi bicara’ itu Ahli Majlis Perbadnaran, si penguatkuasa pun berlaku dengan tak bercakap sepatah kata. Tak hairanlah Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohd Khir Toyo mengkritik kaki tangan awam mengenai mereka yang menerima anugerah kecemerlangan secara terancang. Peniaga terbabit adalah orang Melayu yang menjual buah durian di tepu jalan kawasan perumahan hanya setahun sekali sahaja, iaitu musim buah-buahan. Munkin juga si penguatkuasa terbabit belum pernah terjumpa istilah ‘budi bicara’, gamakanya!

DARI UTARA MENUJU KE TIMUR:
WILAYAH EKONOMI KORIDOR DICANANG


Jadual PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi terlalu terbatas, dalam masa tak sampai 24 jam beliau sudah sampai di Kota Bharu dari Pulau Pinang. Di Pulau Pinang Pak Lah sekadar menyebut projek jambatan, begitu juga di Kedah mahu meningkatkan pendapatan petani-petani dengan peruntukan RM177 bilion, sekalipun sebelum tragedi 13 Mei, petani-petani di Kedah sudah dibayangkan dengan usaha ‘meningkatkan ekonomi’ mereka. Politik ‘angka’ dengan peruntukan berjuta-juta dulu, sekarang sudah berbilion-bilion pula, tetapi ‘Mat Jenin’ terus juga dengan pokok kelapa nan sebatangnya. Orang Melayu digalakkan ‘merebut peluang’, tetapi peluang apa yang mahu direbut, kalau nasi dipinggan pun dimiliki ‘orang lain’. Aduhai!

Tiba-tiba sahaja di Kelantan, Pak Lah sebut mengenai ‘Islam Hadhari’ bukanlah menyesatkan ummah, sebaliknya sesuai komuniti bukan Islam juga. Isu ‘Islam Hadhari’ tak disebut ketika di Kedah dan di Pulau Pinang, seolah-olah mereka di negeri berkenaan sudah memahami ‘Islam Hadhari’, berbeza dengan di Kelantan yang kurang memahami ‘Islam Hadhari’. Gamaknya! Begitu juga dengan propaganda Bush dalam misi haramnya di Iraq dan Afghanistan, dia sekadar menyebut ‘memerangi keganasan’. Apabila di negara-negara barat dia memerangi ‘militan Islam’ atau ‘pelampau Islam’. Aduhai, tra la la, tra la la!

KURSUS PILIHANRAYA RANCAK
PERSIAPAN UMNO MAKIN KETARA

Pilihanraya sekadar menunggu ilham PM Dato’ Abdullah Ahmad Badawi, tetapi ilham berkenaan sudah disampaikan kepada semua Bahagian UMNO. Tak hairanlah, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sudah ‘menembak kancil, rusa yang kena’. Al-maklumlah! Hari ini (3 Ogos 2007) kursus pilihanraya bagi kawasan DUN di Negeri Selangor sudah digerakkan. Kabarnya, merungut juga mereka yang dipanggil berkursus kerana lokasinya di situ, di situ juga. Mereka meminta kursus bagi persediaan pilihanraya, seelok-eloknya sekali sekala bawalah ke kawasan peranginan di luar negeri Selangor, misalnya ke pesisir pantai atau lebik baik juga ke Kota Kinabalu, setidak-tidaknya melonjak ke puncak kejayaan di pergunungan!


Memang ramai juga pimpinan peringkat Bahagian mahu mengiringi Menteri Besar Dato’ Seri Mohd Khir Toyo ke Pengerang, Johor besok (4 Ogos 2007) yang diundang merasmikan mesyuarat perwakilan Bahagian berkenaan. Mungkin sahaja Pengerang dikira pesisir pantai juga, malah berhadapan dengan Selat Teberau yang bersetentang dengan Singapura di selatan dan Laut Cina Selatan di sebelah timur. Kabarnya banyak juga lokasi sejarah di Pengerang termasuk wilayah yang menjadi tempat sembunyi Si Bongkok Tanjung Puteri yang popular dipromosi oleh Cikgu Shahrom Hussein. Pimpinan UMNO Bahagian di Selangor yang mengiring MB, bolehlah tanyakan Dato’ Azalina Othman Said mengenai Si Bongkok tu, he heh he heh!
KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TUN DR M
PRIMA akan membuat kunjungan hormat ke pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya 15 Ogos 2007 akan datang. Jurucakap PRIMA Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz memberitahu kunjungan itu dibuat sekembalinya Tun Dr M dari luar negeri. Aktivis PRIMA yang akan menyertai kunjungan hormat menemui Tun Dr M antaranya termasuk Yahaya Ismail, Dharmala N.S, Haji Abu Bakar Ninggal, Mohd Sayuti Omar dan beberapa lagi yang belum sempat dihubungi. Kata Dato' Kamal, kunjungan ini sebagai perjumpaan biasa untuk menerima penjelasan daripada Tun Dr M berkaitan isu budaya dan bahasa Melayu. Disamping itu Dato' Kamal juga menjelaskan perjumpaan esok hari (4 Ogos 2007) akan diadakan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dharmala N.S dan Raja Petra Kamaruddin dijangka hadir.

INFO SASTERA & BUDAYA:

DEKLAMASI PUISI DI DBP
SASARAN KEPADA KANAK-KANAK


Ladin Nuawi memberitahu, pertandingan deklamasi puisi kanak-kanak di gerakkan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 24 Ogos 2007 ini. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu kanak-kanak berusia 7 – 9 tahun, dan mereka yang berusia 10 – 12 tahun. Dalam istilah lain ialah pelajar-pelajar Darjah 1 – 3; di samping Darjah 4 – 6, atau khusus kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Menurut Ladin yang juga aktivis teater kanak-kanak, pertandingan tersebut terbuka kepada umum, justeru mereka yang berminat bolehlah hubungi Cik Fazilah tel: 03-21482521 atau Puan Zeti dengan tel: 03-218481254. Membawa puisi kepada kanak-kanak mungkin juga bermaksud baik, tetapi sudah didekatkan mereka kepada puisi ketika pada Darjah 1.

Usaha DBP mendekatkan puisi kepada kanak-kanak, bolehlah diterima sebagai permulaan yang baik. Setidak-tidaknya kementerian juga memberikan perhatian kepada subjek sastera di peringkat sekolah menengah rendah, seperti pda dekad 1960-an dan 1970-an dulu. Pada alaf baru ini, pelajar-pelajar sekolah menengah sendiri mencemuh subjek sastera kerana ianya bukan lagi ‘wajib’. Makannya kalau lingkup subjek sastera pun, biak pi laa! Pelajar-pelajar lebih bangga dengan subjek metametik, sains, fizik atau kimia yang kononnya lebih ‘cerah masa depan’ kalau dibandingkan dengan subjek sastera. Begitulah yang diberitahu kepada mereka!


KOMENTAR
bersama Pak Parjo

SIGNAL SUDAH DIBERI JELAS
PIMPINAN PERLU FAHAM, FAHAMLAH!


Kalau pimpinan dulu sering memberitahu, ianya akan berundur apabila menerima signal khidmatnya tak diperlukan lagi. Tak tahulah dengan senario dalam UMNO sekarang, kerana signal nampaknya sudah diberi jelas sejelas-jelasnya. Misalnya apabila Ketua Perhubungan UMNO negeri Perak Dato’ Seri Mohd Tajul Rosli Ghazali umumkan, negeri Perak akan memberi sokongan kepada Khairy Jamaluddin menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO sekiranya Dato’ Seri Hishamuddin Hussein berundur. Secara zahirnya cakap berlapik menyebut ‘kalau berundur’, sebaliknya sudah tentu signal sebenar ialah ‘silakan berundur’.


Di masa lalu juga penjajah Inggeris secara diplomasi menyebut tugas mereka ialah ‘penasihat’ raja-raja Melayu, sebaliknya istilah sebenar ialah ‘nasihat itu mesti dipatuhi’. Apalagi Dato Seri Hishamuddin belumpun umumkan fasal mahu berundur dari jawatan Ketua Pemuda, tup tup sudah disebut-sebut akan penggantinya. Begitulah ‘signal’ yang perlu diterima sebagai ‘nasihat yang mesti dipatuhi’, kerana di persimpangan jalan juga diletakkan lampu signal. Apabila lampu signal sudah memancar merah, kalau mahu pecut juga, hadapilah risikonya. Begitu juga ketika lampu hijau memancar, sekiranya tunggu juga makanya kenderaan di belakang akan menyondol, seperti yang sentiasa memerhati lampu berwarna warni dan kulauan bunga api memancar malam kemerdekaan ialah:

Thursday, August 2, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)

CATATAN LAMAN BLOG:

VIRUS YANG BERBAHAYA
APABILA IANYA TAK TELUS

Assalamualaikum,

Sukar mahu memberi jawapan, apabila rakan-rakan bertanya. Laman Blog PRIMA tiba-tiba sahaja tak diteruskan kesinambungan artikel hariannya pada 31 Julai diikuti 1 Ogos 2007. Kalau disebabkan virus hingga artikel terganggu untuk dimasukkan ke dalam blok, tak mengapalah! Memang komputer yang canggih pun hanya ciptaan makhluk, sudah tentu mengalami kekurangan dan kelemahan, tetapi kita bimbang keadaan yang tak telus menyebabkan kebebasan intelektual terhalang, tergalang dan terkalang! Masalah yang dihadapi sekadar artikel tak boleh dimasukkan ke dalam blog, sebaliknya untuk mengikuti artikel lama di dalam blog, Alhamdullillah!


Hanya pada petang 1 Ogos 2007, jurucakap PRIMA Dato’ Kamal Amir memberitahu acara ‘Sepetang Bersama Raja Petra Kamaruddin’ pada 4 Ogos 2007 terpaksa dibatalkan disebabkan suasana tak mengizinkan. Disebabkan blog PRIMA tak boleh beroperasi, makanya pembatalan itu disalurkan melalui laman web Malaysia Today. Pengarang veteran Yahaya Ismail (Pak Ya) pula meminta banyak-banyak sabar ketika menghadapi masalah ‘virus’ yang mengganggu laman blog, sekalipun ianya sekadar menyuarakan kegusaran majoriti rakyat.


INFO HAK ASASI MANUSIA:


CYBER CAFÉ JADI TUMPUAN
ORANG DEWASA MACAM ‘SPY’

Ketika laman web dan laman blog diarahkan dipantau oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz, cyber café (CC) yang sebelumnya menjadi tumpuan remaja, tiba-tiba turut dikunjungi orang dewasa. Sejak 28 Julai kelihatan ‘orang dewasa’ yang berambut pendek bertubuh sasa menghadap komputer di CC, sambil melingas-lingas pandang ke sekililing seolah-olah perisik atau ‘spy’ dalam filem-filem Hollywood yang popular sekitar dekad 1960-an dan 1970-an. Malah remaja-remaja yag sering ke CC juga berasa hairan, kerana ‘orang dewasa’ terbabit tak pernah dilihat sebelumnya menghadap komputer macam mereka yang habiskan masa di CC.


Laporan kalangan remaja terbabit mengenai ‘orang dewasa’ turut sama ke CC untuk ‘menengok’ komputer. Remaja memang sering ke CC bagi menghabiskan masa lapang mereka dengan bermain game; kadangkala pelajar-pelajar dengan uniform sekolah (yang dilarang oleh peraturan kerajaan kepada pengendali-pengendali CC) juga turut bermain game di komputer. Tak tahulah ‘orang dewasa’ terbabit bermain game, atau melayari laman web dan laman blog. 1 Ogos 2007 jam 12.00 tengahari, dikatakan ‘orang dewasa’ kelihatan di salah satu CC di Seri Gombak, di samping pelajar-pelajar beruniform sekolah turut hiruk pikuk di bilik sebelahnya.


NARATIF MEMAJUKAN KELANTAN


Politik ‘angka’ dengan mengumum jumlah berbilion ringgit untuk projek bangunkan negeri Kelantan, sudah menjadi naratif seolah-olah negeri berkenaan termundur, terundur dan terkendur sejak dekad 1960-an lagi. Hingga terlupa pula bagi tempoh 1978 – 1990. takkan negeri Kelantan tak dimajukan, dibangunkan dengan ditingkatkan tahap ekonomi rakyat. Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris ketika memegang jawatan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, pernah memberitahu rakan-rakan, mengenai peniaga-peniaga Melayu yang mendominasi pasar-pasar utama di rantau Melayu hanya di Kota Bharu (Kelantan) dan di Bukittinggi (Sumatera Barat).


Laporan TV1 hari ini 2 Ogos 2007 (5.00 petang) misalnya, menampilkan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan politik ‘angka’ ketika berkunjung di Kota Bharu. Ironinya, RTM sempat pula menjana propaganda dengan menyebut kerajaan negeri tak mampu memajukan ‘Kelantan’. Malah wartawan penyiar tak keruan apabila pembesar suara pun bagaikan buat hal, ketika meminta seoranng YB membuat komen. Apalagi yang tersengih-sengih di sebelah PM bukanlah MB kelantan bagi melaksanakan projek pembangunan, tetapi alahai!

INFO SASTERA & BUDAYA:

PENGGIAT TEATER KANAK-KANAK
UJIBAKAT DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

Penggiat teater kanak-kanak tersohor Ladin Nuawi mengadakan uji bakat bagi mementaskan teater kanak-kanak di bawah kumpulannya ‘Bingkas Bayan’ di DBP 5 Ogos 2007. Ladin memang dikenali penggiat teater yang banyak bereksprimen, tetapi memilih teater kanak-kanak sebagai keutamaannya. Sekalipun tak dijelaskan butir-butir selanjutnya mengenai teater kanak-kanak yang digerakkan oleh Ladin, mereka yang berminat boleh sahaja menghubunginya menerusi h/p 012-3721453 atau melayari laman webnya http://www.bingkasbayan.com/ bagi keterangan lanjut.

Mungkin sahaja teater kanak-kanak dianggap baru di Melaysia, tetapi ianya sudah lama digerakkan di luar negeri. Malah di USM satu ketika dulu pernah diperkenalkan oleh Mustapha Kamal Yassin kertas pengajian ‘Educational Teater’ yag menjuruskan kepada teater kanak-kanak. Syabas kepada Ladin yang menggerakkan teater kanak-kanak, dengan membawa kelainan dalam perkembangan teater Melayu sekalipun secara logiknya sukar membolosi tembok ‘Istana Budaya’. Teruskan Ladin!


KOMENTAR
bersama Pak Parjo
TANGKAK NAIK TARAF
NARATIF PUTERI GUNUNG LEDANG

Tangkak dan Keluang sudah dinaikkan taraf menjadi daerah di negeri Johor, seperti disebut Menteri Besar Dato’ Seri Haji Abdul Ghani Othman dalam laporan TV hari ini (2 Ogos 2007). Maknanya bertambah dua buah daerah lagi di Johor, sekaligus dua orang pegawai daerah ditambah bagi mentadbir pejabat daerahnya. Tak hairanlah Johor yang luas muka buminya berdasarkan geografi bertambah dua lagi daerah; mudah-mudahan bertambah pula dua lagi Bahagian UMNO dengan dua ketua Bahagian yang berharap menerima geran itu geran ini, projek itu projek ini dan he he he he he!

Keluang termasuk di dalam wilayah ekonomi Koridor Selatan kabarnya, justeru perlu dinaikkan taraf segera menjadi sebuah daerah. Tetapi Tangkak lokasinya di utara sedikit, malah popular dengan Gunung Ledang yang menjadi naratif kesultanan Melayu satu ketika dulu. Kalaulah Sultan Mahmud Syah mampu membina jambatan emas dan jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang pada period Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, mungkin sahaja Tangkak menjadi wilayah Melaka. Tetapi peta Persekutuan Tanah Melayu dilakar oleh penjajah barat, bukannya anak-anak Melayu sendiri, kerana yang masih membaca epik ‘Sejarah Melayu’ ialah:

Wednesday, August 1, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)

(menentang penindasan minda manusia kepada manusia)


INFO HAK ASASI MANUSIA:

TAHNIAH ‘HARI PAHLAWAN’
ANCAMAN MUSUH ANTARABANGSA


Rakyat Malaysia memberi sokongan kepada mereka yang terbabit dalam perjuangan mempertahankan negara daripada ancaman musuh sempena sambutan‘Hari Pahlawan’ hari ini (31 Julai 2007). Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam teks titah baginda juga mahukan rakyat mengenang jasa pahlawan-pahlawan kita yang terkorban dalam perjuangan mempertahankan keselamatan negara, apalagi daripada ancaman pengganas antarabangsa. Baginda bertitah seperti dilaporkan oleh berita radio 1.00 tengahari, buat masa sekarang negara berada dalam keadaan aman tenteram.


Perdana Menteri, Dato’ Abdullah Ahmad Badawi pula ketika berucap di Pulau Pinang melancarkan wilayah ekonomi ‘Koridor Utara’ di negeri itu mahukan rakyat amalkan budaya ‘melonjak ke puncak kejayaan’ bagi menikmati kemerdekaan dengan lebih bermakna. Tak tahulah, sama ada selama ini rakyat amalkan atau tidak budaya melonjak ke puncak kejayaan itu, kerana orang tua-tua kita ingatkan ‘kalau baru keluar kerabang, jangan cuba terbang tinggi’. Apalagi mereka yang mahu terbang tinggi pula, ada ura-ura akan ‘dicantas’ seperti keperihalan Dato’ Seri Dr. Rais Yatim yang diminta menjadi Setiausaha Agung Komanwel kerana he heh he heh!


SELAMATKAH KAWASAN PERUMAHAN KITA

Isu siling Parlimen bocor, bangunan-bangunan yang dibina juga bocor, bukan salah Jabatan Kerja Raya (JKR), kata menterinya, Dato’ Seri S. Samy Vellu. Mungkin juga kawasan perumahan yang tak selamat, tak salah kementerian perumahan dan kerajaan tempatan, sekalipun yang meluluskan prsedurnya memang jabatan terbabit. Banyak juga kawasan perumahan, tak dinilai semula tahap keselamatan, kerana semuanya dikatakan ok belaka. Kalaua jabatan dah kata ok, kementerian pun akan ok, yang tak ok ialah pembeli dan penggunaan yang masih terkongkong di bawah ‘perhambaan minda’.


Kawasan perumahan di Taman Seri Gombak misalnya, tak pernah dipersoal apabila dinding rumah bertemu dengan jalan. Mungkin prosedur ‘kerajaan tempatan’ di Selayang begitu, semuanya ok! Dinding rumah yang bercantum dengan jalan, belumlah roboh tetapi berbekas juga apabila digesel lori atau kenderaan berat sikit. (Lori trelar memang tak masuk). Penghuni juga bimbang mahu tinggalkan rumah, manalah tahu dikorek pula oleh ‘tetamu tak diundang’, malah terus ke tengah ruang. Perumahan terbabit kebanyakan di fasa 9, Taman Seri Gombak yang kononnya mempunyai ‘history scenary’ bagi menarik pembeli dan pengguna sebelum ini. Entahlah!


INFO SASTERA & BUDAYA:

KEGOBLOKAN PIMPINAN NEGARA
MEWUJUDKAN KORUPTER BANGSA


Pengkritik sastera tersohor sekitar dekad 1960-an Yahaya Ismail, sudah meneliti puisi-puisi yang dimuat dalam antologi sajak ‘Melayu Mudah Lupa’. Beliau yang diminta menulis ‘kata pengantar’ mengakui merasa terharu selepas meneliti semua puisi-puisi terbabit, yang rata-rata terpanggil dengan ‘kebobrokan’ pentadbiran negara sekarang, apabila lebih didominasi oleh ‘kegoblokan’ pimpinan menampilkan kumpulan koruptor bagi menginjak-injak kedudukan budaya Melayu. Malah kata Yahaya dikenali dengan panggilan ‘Pak Ya’, kebobrokan dan kegoblokan itu menjadikan orang Melayu sekadar menghitung detik hari-hari terakhir ‘Askar Melayu’, ‘Keretapi Tanah Melayu’, ‘Utusan Melayu’ dan akhir sekali ‘raja-raja Melayu’ yang mereka miliki sekarang!


Bagi Pak Ya antara puisi-puisi yang menarik perhatiannya termasuklah, Melayu Lupa Melayu (Zakaria Bidin), Jiwa Merdeka (Habsah Hasan), Punah (M.Z. Alias), Daya Juang Melayu (A.Aziz Deraman), Gurindam Bahasa Merdeka (Leo A.W.S.), Bawakan Secangkir Kopi Puteri-Puteriku (Dharmala N.S.), Maaf, Aku Belum Merdeka (Bahrin Ramly), Gah Di Kertas Saja (Aladdin Muhammad), Bahasa Mahkota Bangsa (Rejab F.I.), Peribumi Itu Tidak Lagi Berbumi (Adiah Mat Lana), Melayukah Itu (Ehsan Jamily). Mentera Bahasa (M. Ashikin), Ruginya Kerana Lambat Dilahirkan (Nurul Salwa), 50 Tahun Berlalu (Kamal Amir), Bangsaku Yang Pemaaf (Ahmad Sarju) Mukhiddin Jais (Kaduk) dan Kibarkan Panji Diri (Mohd Sayuti Omar).


Menurut Pak Ya puisi-puisi lain juga turut mengungkap kehebatan penyair dalam menyampaikan mesej menolak ‘perhambaan minda manusia kepada manusi’ ke arah meneruskan pemikiran ‘kebebasan intelektual’ seperti Haron Kidam (Melayuku: Oh Melayuku), Abham T.R. (Apalah Makna Merdeka), Ladin Nuawi (Guru, Kubu Ilmu), Najmi (Dekad), Tanah Pesaka (Halimahton Abu Bakar), Mohamad Salleh Salimin (Patah Tumbuh, Tumbang Berdiri), Kemerdekaan Dan Cermin Filosofi Bangsa Melayu (Saloma Mat Lajis), Bila Engkau Bercakap Tentang Kampung Gunung Mesah (Ramli Abdul Halim), Pari-Pari Ilusi (Yassinsalleh), Sobri Ahmad (Bukan Si Spiderman) dan 31 Ogos (Dinsman).


KOMENTAR
Bersama Pak Parjo


DILEMA BEKAS PELAJAR-PELAJAR
MANGSA SEKOLAH MENENGAH MELAYU



Dilema bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Melayu yang dieksprimen pada dekad 1950-an yang dibangkitkan oleh mantan Timbalan Naib Canselor (HEP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dato’ Dr. Mohd Mansor Abdullah, seolah-olah mirip juga seperti ‘Dilema Melayu’ Tun Dr. Mahathir Mohammad yang pernah menimbulkan kontroversi. Buku ‘Dilema Melayu’ diharamkan penghujung 1969, sekalipun Tunku mengakui beliau tak pernah membaca teks mahupun huraian mengenai buku berkenaan. Tetapi dilema bekas pelajar-pelajar sekolah menengah Melayu iaitu mengenai Bahasa Melayu ditukar kepada ‘Bahasa Malaysia’ selepas mereka menjadi mangsa ketika semangat ahli-ahli UMNO berkobar-kobar mahu mendaulatkan Bahasa Melayu pada period awal pasca mereka.


Bukan Mansor sahaja menjadi mangsa, ramai lagi turut menjadi mangsa apabila ibu bapa mereka memilih sekolah menenagh Melayu bagi memenuhi ‘modal insan’ ketika itu. Kabarnya di Seremban, Haji Sidek Harun (ayah penulis Nisa Harun, yang juga seorang peguam), sekadar mampu berkhidmat dalam perkeranian apabila lulus SPM, kerana hadnya setakat itu sahaja. Selepas SPM mereka tak boleh lagi meneruskan ‘budaya melonjak ke puncak kejayaan’, kerana universiti Melayu belum ada, dan STP untuk masuk universiti Melayu entah di mana. Tahun 1963 – bukan sahaja dilema, tapi gelap semata selepas menamatkan SPM. Alahai!
Tak apalah, asal sahaja Bahasa Melayu kekal sebagai ‘aliran Melayu’nya. Apabila ‘Bahasa Melayu’ dimahkotakan sebagai ‘Bahasa Malaysia’ – seperti kata penyair Ahmad Sarju ‘Hati Siapa Tak Terharu’ (sajaknya yang memenangi Hadiah Sastera Nasional pada 1971). Kalau tak mahu Bahasa Melayu, tak perlulah susah-susah gerakkan sekolah menengah Melayu pada 1958. Ketika itu sudah boleh ditubuhkan sekolah menengah Malaysia, dan Mansor juga akan memasuki ‘Sekolah Menengah Malaysia’. Segalanya macam cerita berbingkai yang digemari orang tua-tua dulu kerana jalan ceritanya yang berangkai-rangkai, berungkai-rungkai dan berantai-rantai memang menyeronokkan:

Monday, July 30, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYASIA (PRIMA)
(menentang perhambaan manusia kepada manusia)


INFO HAK ASASI MANUSIA
(dari meja pimpinan)

PM SIBUK DENGAN KORIDOR
TPM PULA FASAL DERITA SUDAN



Ketika Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu fasal ‘Wilayah Ekonomi Koridor Utara’ dengan memerlukan pembiyaan RM177 bilion, bagi membantu petani-petani di utara, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pula sibuk dengan derma untuk rakyat Sudan yang menderita. Kutipan dana diperlukan untuk dihantarkan ke Dahfor. Laporan berita radio hari ini (30 Julai 2007), macam serba tak kena pula, kerana PM sibuk nak bantu rakyat di utara, TPM pula dengan dana untuk dihantar ke luar negara. Kenek-kenek la ude, lembu patoh le tanduk ke? (apologi kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee).
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Muhammad Haji Hassan pula serba salah fasal Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato’ Seri Dr. Rais Yatim enggan dilantik memegang jawatan Setiausaha Agung Komanwel. Justeru Dato’ Muhammad meminta Dr. Rais menimbang semula. Istilah sekarang, Dato’ Muhmamad bukan lagi meminta Dr. Rais menimbang semula, tetapi lebih kepada mendesaknya. Satu ketika di Dewan Rakyat sekitar 1990, yang sering sangat sebut ‘kerajaan akan timbang’ ialah Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan ketika itu, Dato’ K. Kumaran menyebabkan Speaker pun turut mencelah: Berapa kati mahu timbang?. Aduhai!

UNDANGAN KEPADA PENULIS BLOGGER

Jawatankuasa Ad-Hoc Warga Prihatin Malaysia (PRIMA) menganjurkan ‘Sepetang Bersama Raja Petra’, 5 Ogos 2007 ini di Serambi Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa jam 4.00 petang. Penulis-penulis blogger dijemput hadir bagi memberi sokongan moral kepada Raja Petra Kamaruddin yang berhadapan dengan ancaman pihak yang berkuasa, lagi berkuasa dan mahu terus berkuasa. Jurucakap PRIMA, Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz berkata, sokongan moral kepada Raja Petra bukan bermakna mencabar kepimpinan negara, tetapi mempertahankan ‘kebebasan intelektual’ bagi menentang ‘perhambaan minda manusia kepada manusia’ bagi menjana masyarakat yang tak menerima ‘robot bernyawa’.



Dato’ Kamal, menambah inisiatif yang digerakkan oleh PRIMA sekadar memberi sokongan moral, justeru ianya tak dibiyai oleh mana-mana pihak. Malah kemungkinan pula, mereka yang hadir dalam majlis tersebut boleh menghulur derma seberapa yang reda, bagi mengongkosi perbelanjaan ‘minum petang’ itu. Mereka yang berminat menyertai majlis ini, di samping sesi berdialog dengan Raja Petra, bolehlah mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi emel PRIMA: muluk47@gmail.com. atau hubungi Dato’ Kamal sendiri h/p 012-3975055 atau Mohd Sayuti Omar h/p 019-2336996, emel MSOmelayu@gmail.com.

PENGANGGURAN DAN PEKERJA ASING


Aktivis PRIMA Haji Abu Bakar Ninggal kesal dengan kemasukan ramai pendatang asing bagi mengisi kekosongan pekerjaan di sektor pasaraya mahupun perniagaan lain. Katanya, majoriti pengangguran di kalangan lulusan SPM apalagi yang gagal selepas menduduki PMR, disebabkan mereka tak mempunyai peluang pekerjaan. Pasaraya yang dibangunkan di bandar-bandar termasuk Kuala Lumpur, lebih berminat dengan pekerja asing dengan gaji yang murah berbanding dengan pekerja-pekerja tempatan. Justeru pemilik-pemilik pasaraya mahu mengaut keuntungan besar, di samping memunggah kekayaah dengan mengeksploitasi ‘sumber manusia’ yang boleh diperolehi lebih murah.

“Kebanyakan pekerja-pekerja pasaraya terdiri dari pekerja asing, yang tak tahu Bahasa Melayu menyebabkan sukar berkumunikasi,” kata Haji Bakar memberitahu laman blog PRIMA. Pekerja-pekerja asing dari Thailand, Mynmar atau Bangladesh dibayar dengan gaji murah, menyebabkan pemilik pasaraya besar lebih selesa dengan fenomena begitu, beliau menjelaskan. Menurut Haji Bakar lagi, pasaraya-pasaraya kecil di kawasan perumahan juga memilih pekerja-pekerja asing dengan menempatkan mereka di rumah-rumah khas yang disewa sebagai asrama. Beliau percaya, pekerja-pekerja tempatan tak menolak untuk bekerja di pasaraya-pasaraya bagi menyelesaikan isu pengangguran.

INFO SASTERA & BUDAYA

MAJLIS KEBUDAYAAN TERUS DIPINGGIR
APALAGI MEMARTABAT JATIDIRI MELAYU



Memang acara kebudayaan dianggap tak menjana longgokan ekonomi, justeru ianya dipinggirkan, apalagi ianya mempunyai kaitan memartabat jatidiri Melayu. Bukan sahaja ‘Seminar Persuratan dan Sastera’ dalam ‘Dialog Utara’ di Alor Setar bermula 26 Julai lalu, tak diberi liputan meluas oleh media, malah beberapa aktiviti yang lain turut tak diberi perhatian. Misalnya, pesta budaya di Tampin, Negeri Sembilan hari ini (30 Julai 2007) sekadar kenyataan Dato’ Seri Dr Rais Yatim sahaja disiarkan oleh berita radio. Negeri Sembilan yang berbangga dengan keunikan seni budayanya, tetapi sekadar untuk dihebatkan di kampung halaman sendiri sahaja.


Sekalipun menteri kebudayaan dari Negeri Sembilan, lagu rakyatnya ‘ghontak kudo’ tenggelam oleh ‘dikir barat’ di Kelantan dan ‘boria’ di Pulau Pinang. Begitulah pameran lukisan ‘Payung Terkembang’ di Seremban pada 25 Mei 2007, seolah-olah tak diketahui umum, kecuali segelintir penduduk-penduduk di Negeri Sembilan sahaja. Dalam majlis syarahan ‘Adat Perpatih Menungkah Zaman’ di Kuala Pilah pada 6 Julai 2007 juga tak diketahui sangat oleh orang ramai, mungkin sahaja segelintir penduduk di Kuala Pilah. Memang sukar sangat mahu mengajak bersama-sama memartabat jatidiri Melayu, apabila ringgit dan sen menjadi idola!


Mungkin sahaja Dato’ Dr. Rais, tak peduli sangat fasal pegawai-pegawai yang lebih berminat jadi ‘akulah aku’, daripada meminati budaya bangsanya. Kabarnya, pengalaman seseorang yang sering ‘menebeng’ bersama Tan Sri Abdul Samad Idris ketika mesyuarat di Muzium Negeri Sembilan, mereka yang hadir (jawatankuasa penyelidikan budaya Muzium Negeri Sembilan), lebih gemar bermesyuarat daripada ‘laksana’ kerja. Kalau sering mesyuarat, bolehlah ehem ehem sikit, agaknya! Memang elaons mesyuarat tak banyak mana, tapi kena fikir juga kata orang tua-tua ‘orang disuruh diberi upah, lembu di padang di beri makan’. Begitulah!


KOMENTAR
bersama Pak Parjo

MANTAN MB VS RAJA PETRA
RM 100 RIBU UNTUK TAJA BLOGGER



Tentu pengendali laman blog hidup mewah dengan pendapatan RM100 ribu sebulan ditaja oleh organisasi luar, seperti disebut mantan Menteri Besar Selangor, Senator Tan Sri Muhammad Mohd Taib. Gaji menteri dan menteri besar pun tak sampai mencecah angka berkenaan. Tolol sangat organisasi luar yang mahu menaja pengendali laman blog sekalipun mereka tak menerima input apa-apa. Kalau mereka mahu melabur pun tentulah cari mereka yang berkuasa, bagi menerima tender, projek atau komisen seperti isu yang masih ehem ehem. Apalagi seperti kata Zaharin Mohd Yassin, yang lebih tolol ialah mereka yang tak tahu membezakan yang mana laman blog, yang mana laman web!

Raja Petra bukan pengendali laman blog, tetapi laman web kerana beliau perlu membeli ‘tapak’ bagi operasinya. Pengendali laman blog pula ‘menumpang’ pada tapak orang lain. Begitulah! Justeru kata Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan kepada media: “Bagi sebarang tindakan, mahkamah perlu menentukan di mana kesalahan jenayah itu (hasutan) dilakukan dan sekiranya di luar bidang kuasa maksudnya selain di Malaysia, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa. Undang-undang berkaitan jenayah tidak jelas dan boleh menimbulkan pertikaian dan dalam perkara ini sekiranya dibawa ke mahkamah, mereka (mahkamah) perlu membuat keputusan.”

Isu blogger nampaknya menampilkan kegarangan Dato’ Muhammad yang lama tenggelam berikutan kes di Australia tak lama dulu. Apabila desas desus pilihanraya semakin hampir, tiba-tiba sahaja Dato’ Muhammad meledak dengan isu blogger. Kalau Raja Petra tak kendalikan laman web, mungkinlah gerangannya Dato’ Muhammad
makin dilupakan oleh rakyat Selangor yang tercari-cari namanya dalam senarai calon pilihanraya 2004 lalu. Sepertilah penjelasan Ambiga mengenai undang-undang cyber, memang sukar difahami kerana yang tahu fasal kanun tanah dalam kanuncara di masa lampau sahaja ialah:

Sunday, July 29, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
(menentang penindasan minda manusia kepada manusia)

INFO HAK ASASI MANUSIA:
(dari meja pimpinan)

PAK LAH INGATKAN BLOGGERS:
ISU YANG KABUR SEMAKIN KABUR


Semua pihak menghormati amaran Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai isu pengendali lama blog yang menulis sesuka hati, tak berhati dan tak berhati-hati. Pak Lah dikatakan memberitahu media di Hotel Hyatt Regency di Kuantan, Pahang sebelum menghadiri majlis perkahwinan kakitangan Seri Perdana di Kampung Balok, Beserah. Pak Lah juga meminta tak dibincangkan lagi isu Tan Sri Musa Hassan dan Dato’ Seri Zulkifli Mat Noor. Mudah-mudahan isu yang kabur semakin kabur, kalaupun tak bertambah kabur lagi dikaburkan.


Fenomena yang berlaku dalam isu-isu seperti kes Tan Sri Musa dan Dato’ Seri Zulkifli tak boleh dipersoal, seolah-olah mirip kepada filem ‘Musang Berjanggut’ yang diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee pada dekad 1950-an dulu. Dalam filem tersebut P. Ramlee secara sinikal mengolah watak Sultan Alam Syahbana (Ahmad Nesfu) memberi perintah, isu ‘Musang Berjanggut’ ditutup, malah jangan diungkit-ungkit. Sebabnya Dato’ Nikah Kahwin atau ‘Musang Berjanggut’ itu ketika ‘mengurat’ isteri Nila Utama berkata: Salah tu memang salah (iaitu mengurat perempuan ketika suaminya tiada di rumah), tapi itu undang-undang Dato’ yang bikin!

Bukan semua pula ahli UMNO marahkan laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin. Kalaulah Raja Petra menghina DYMM Yang Dipertuan Agong, samalah pula kesalahannya seperti Kumpulan Ma’aunah yang ‘menderhaka’, jutseru perlulah dibicarakan mengikut perundangan negara kita. Di zaman kesultanan Melayu Melaka, ‘penderhaka’ seperti Hang Jebat digantung kaki ke atas kepala ke bawah, keluarganya dibunuh, dan rumahnya dibongkar serta dibuang ke laut (mengikut kontrak sosial di Bukit Seguntang). Ironinya, kubur Hang Jebat ditemui pula di Melaka, kubur Sultan Mansor Syah entah ke manalah pula!

DI MANA KEBAL YANG DIKEBALKAN?

Perihal pengendali laman blog yang tak kebal, seperti disebut oleh Pak Lah, semua pihak sudah maklum. Kalau raja-raja Melayu (selepas pindaan perlembagaan dekad 1990-an) pun tak kebal, takkan Raja Petra Kamaruddin boleh dikebalkan. Zaharin Mohd Yassin juga tak dikebalkan, malah dipecat dari parti yang didukungnya kerana sudah tersebati alam dirinya ‘Melayu itu UMNO’ dan ‘UMNO itu Melayu’. Begitulah. Makanya elok juga renungkan fasal ‘kekebalan’ yang pernah diberikan kepada raja-raja Melayu sebelum ianya dipinda.
Ketika isu pindaan perlembagaan tengah hebat, termasuklah isu kereta ‘Lamborgini’ DYMM Sultan Kelantan, Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan membuat kujungan ke Balai Undang Luak Johol. Maka tergamamlah ahli jawatankuasa yang membuat kunjungan apabila Undang Luak Johol (Allahyarham) Dato’ Abdul bin Ali keluar dengan parang di tangan. Rupa-rupanya beliau menetak tangannya sendiri dengan parang, sambil bertanya kepada ahli jawatankuasa terbabit: Kalau nak tahu kebal atau tak kebalnya institusi istana, begitulah!

Tak masuk lagi dengan insiden mengenai individu yang merampas ‘Istana Lama’ di Seri Menanti di Kuala Pilah pada dekad 1990an. Penyelesaiannya, tak perlulah bawa FRU, tetapi pihak muzium pujuk saja dengan berpura-pura menyembah individu terbabit seolah-olah menjunjung duli iaitu: Ampun tuanku beribu-ribu ampun, patik memohon limpah kurnia tuanku, eloklah tuanku berangkat turun dari istananya, supaya patik sekalian dapat mengadakan upacara menjunjung duli! Individu terbabit turun dari istana dengan tak menimbulkan sebarang kekecohan.

CORAT CORET PRIMA

Jurucakap PRIMA, Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz terbang ke London 30 Julai 2007 bagi menghadiri konvokesyen anaknya yang menuntut di sana. Tahniah kepada Kamal yang memanfaatkan peluang ke arah menampilkan anak Melayu dalam polisi ‘modal insan’ Pak Lah.

PRIMA juga mengucapkan tahniah kepada penyair Ahmad Sarju dari Kelang, Selangor yang meraikan majlis perkahwinan anaknya hari ini (29 Julai 2007). Moga-moga jodoh mereka berkekalan, di samping meneruskan budaya dan adat resam Melayu yang kita waris sejak turun temurun.




INFO SASTERA & BUDAYA :

MEDIA YANG TAK PRIHATIN
DENGAN ISU BAHASA DAN PERSURATAN

Lebih 200 peserta menghadiri ‘Pertemuan Dialog Utara’ di Alor Setar, Kedah iaitu siri seminar bahasa dan persuratan yang digerakkan oleh GAPENA dengan kerjasama kerajaan negeri Kedah. Sejak seminar tersebut digerakkan Jumaat lalu (27 Julai 2007), media kurang memberi liputan mengenai perkembangan dan perjalanan seminar berkenaan. Tak tahulah di mana silapnya, tetapi lapor mantan Timbalan Naib Canselor (HEP) UTM, Dato’ Dr Mohd Mansor Abdullah, sambutan menggalakkan dengan sesi perbincangan kertas kerja berjalan dalam suasana hangat.

Bagusnya, pertandingan lagu-lagu asli untuk remaja disiarkan terus menerus ke TV1, di samping Menteri Penerangan Dato’ Seri Zainuddin Maidin beriring-iringan dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyamapikan hadiah kepada pemenang. Pertandingan bolasepak Asia di Jakarta antara Arab Saudi dan Iraq juga disiarkan terus menerus oleh TV1, disebabkan ada sponsor yang membuat tajaan. Isu bahasa dan persuratan Melayu, memang tak siapa pun mahu membuat penajaan kerana ehem ehem! Tak apalah Pak Ismail Hussein atau Dr Mansor, cukuplah semarakkan di hati – BAHASA MELAYU BAHASA BANGSA MELAYU!


KOMENTAR
bersama Pak Parjo

MAJLIS ULANG TAHUN PPP
KEYVEAS MAHU KELUAR BN

Memang sah pilihanraya ‘around the corner’, hingga demamnya sudah menular menjadi virus yang lebih berat. Ketika menyambut ulangtahun Parti Progresif Penduduk (PPP), Presidennya Dato’ M. Keyveas membuat ultimatum mahu membawa partinya keluar BN, kalau tak dipenuhi tuntutannya memperoleh 4 kerusi Parlimen, 12 kerusi DUN, 79 kerusi majlis tempatan dan jawatan ‘Datuk Bandar Ipoh’. Tak hairanlah dengan tuntutan PPP, kerana mungkin sahaja pihaknya sudah mengenal pasti iaitu UMNO macam batang padi rebah, hingga tekukur pun berani meniti. Gamaknya!

Hebat juga Keyveas. Apalagi ungkit mengenai perjanjian Tun Abdul Razak dengan Dr Seenivasagam pengasas PPP (sebelum itu dikenali Parti Progresif Rakyat). Tak tahulah pengasas PPP yang mana berunding dengan Tun Abdul Razak, kerana ketika parti itu menyertai BN – D.R. Seenivasagam (bukan Dr. atau nama sebenarnya Dharma Raja Seenivasagam) sudahpun meninggal dunia. Kedudukan abangnya Sri Padhmaraja Seenivasagam (S.P. Seenivasagam) yang memimpin PPP pada pilihanraya 1969 juga tergugat selaku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ipoh. Apalagi pada pilihanraya 1974, S.P. Seenivasagam sendiri bertanding atas tiket BN tewas di Parlimen Mengelembu.

Seenivasagam pula pernah dipujuk menjadi Ketua Pembangkang Parlimen (sekalipun mempunyai 4 kerusi Parlimen sahaja), kononnya pimpinan DAP menemui pemimpin PPP itu di Hotel Federal selepas pindaan perlembagaan dibuat bagi memulihkan Parlimen yang digantung berikutan tragedi 13 Mei. Mereka berbuat demikian setelah Tan Sri Mohd Asri Haji Muda meninggalkan kerusi Ketua Pembangkang untuk menyertai kerajaan campuran (belum lagi dibentuk BN ketika itu). Apalagi banyak perkara yang tersirat dan tersurat pada dekad 1960-an dan 1970-an itu masih lagi dalam ingatan: