Perlu Dilihat Dari Sudut Positif:
Isu Kekebalan Raja & Bahasa Melayu

Barangkali Rais Yatin jujur menampilkan dua isu berkenaan, malah PRIMA sudah terbabit bukan sahaja menerusi laman blog, malah turut mengirim memorandum kepada raja-raja Melayu dan pimpinan Melayu (walaupun tak dapat diserahkan secara bertemu muka). Justeru PRIMA mengucapkan tahniah kepada Rais Yatim apabila perjuangkan dua isu berkenaan (sekalipun beliau sebenarnya daripada pendidikan aliran Inggeris) tetapi kecintaan kepada Bahasa Melayu dengan menolak PPSMI dan pertahankan imuniti raja-raja, memang seperkara yang dibanggakan. Sikap Rais Yatim yang berani itu kadangkala dilihat 'macam mengecar ikan di sungai'; beliau sekadar terpinga-pinga apabila ikan terlepas dari jeramak.

Tak wajar kita melihat penampilan raja-raja sekadar dari segi negatif, berikutan sistem feudal dianggap tak menyebabkan berlakunya 'perhambaan minda'. Tetapi wajar juga dilhat daripada sikap positif, perlunya immuniti raja di tengah masyarakat majmuk di Malaysia. Kalau kita rasa bangga dengan gerakan nasionalisme, siapakah yang memberi suntikan semangat di belakang tabir? UMNO sendiri diasaskan menerusi dana yang dikutip, malah sebahagian besar adalah disumbangkan oleh raja-raja Melayu. Daripada $15 ribu (sekarang RM15 ribu) yang dikutip menerusi akhbar Majlis, RM6 ribu sahaja didermakan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhom Tuanku Abdul Rahman.
Begitu ketika pahlawan Mat Kilau hampir ditangkap oleh British, beliau bersembunyi di Istana Kelantan, malah Sultan Kelantan ketika itu bermuslihat dengan mengisytihar pahlawan Melayu itu sudah meninggal dunia dalam insiden pada 1890-an. (Mat Kilau kemudian ditemui pada 1969 di Maran, Pahang). Sultan Abdullah di Perak juga rela dibuang ke Pulay Sycelles, kerana turut sama pertahankan Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Ngah Ibrahim pada 1876 di Pasir Salak. Pak Sako sendiri mengakui beliau pernah disembunyikan oleh Sultan Terangganu pada 1936 apabila diburu oleh Inggeris dengan tindakannya meninggalkan perkhidmatan kerajaan. Askar Melayu yang melarikan dari tahanan Jepun pada 1940-an juga diberi perlindungan di Istana Seri Menanti, di samping diberi wang saku. Semua insiden ini perlu dilihat secara positif apabila menyentuh isu kekebalan raja-raja. Begitulah!
-Pak Dharma.
2 comments:
Apakah kerpentingannya orang yang bercakap politik tetapi tidak duduk dalam parti politik? Tak lain tak bukan ianya lebihkurang kera yang duduk di atas pagar menunggu jagung mana yang masak untuk dibaham!
Apakah hanya mereka yang duduk dalam parti politik sahaja yang berpolitik. Apakah hanya ahli persatuan bahasa Melayu sahaja berhak berbahasa Melayu, selainnya tidak...
Post a Comment