Tuesday, March 10, 2009

KOMENTAR: bersama Pak Parjo..

ORANG BANYAK MEMUJI-MUJI:
PERBELANJAAN TAMBAHAN NEGARA.

Syahdan segala orang banyak pun memuji-muji akan perbelanjaan tambahan Negara yang dibentangkan oleh Orangkaya Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak di Balairongseri hari ini 13 Rabiulawal 1430 (10 Mac 2009). Pujian-pujian itu dahulunya pernah juga diberikan kepada Orangkaya Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah semasa mereka menjadi Menteri Kewangan. Segala orang banyak memuji-muji perbelanjaan yang mereka bentangkan di Balairongseri. Arakian terlalu ramai orang yang mahu mendampingi mereka seperti disebut orang banyak: Adat teluk timbunan kapar, adat lurah timbunan angina. Alahai!

Hatta telah beberapa lama di jalan, sampailah ke Pulau Sebat. Maka Bendahara Paduka Raja dan penghulu bendahari dan segala orang-orang besar dan orangkaya-orangkaya sekaliannya keluar mengalu-alukan baginda dengan segala bunyi-bunyian dan alat kerajaan. Maka rupa perahu tiada lagi terbilang banyaknya. Telah bertemu dengan Sultan Mansor Shah, maka sekalian orang-orang besar itu menjunjung duli. Maka Sultan Mansur Shah pun sampailah ke Melaka; maka baginda pun berangkat naik ke istana dua laki isteri. Syahdan segala orang banyak memuji-muji akan segala perbelanjaan Sultan Melaka berkahwin ke Majapahit, kerana tak seorang pun berani menyalahinya seperti disebut dalam ‘Kitab Melayu’ daripada:

HIDUP BAHASA MELAYU!

1 comment:

Seladang said...

Membentang Belanjaan untuk menguntung dan menyelamatkan ekonomi kroni bukan untuk rakyat yang menderita semakin menderita.

Najib Rosmah cuba kabur lagi fikiran rakyat menjelang untuk menjadi PM Malaysia awal April 2009.

Ratus juta billion pun yang dibentangkan di Parlimen, jadah apa kalau hanya sebagai projek isi tabung dan pancing undi untuk Pilihanraya kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai!

Rakyat dah masak dengan lakonan; Badan & Nyawa, 2 watak penyamun dalam Nujum Pak Belalang.