TENTANGAN RAKYAT BERASAS!
Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI): Laporan audit dedahkan kroni BN mengaut keuntungan menjangkau RM5 bilion. Alahai! Kenapa mahu berdolak dalih pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang bersungguh-sungguh pertahankan dasar PPSMI? Sekarang terbongkar apabila PPSMI menerima peruntukan RM4.99 bilion oleh kerajaan bagi tahun 2002 hingga 2008, dalam pelaksanaan dasar berkenaan ianya dimonopoli oleh syarikat-syarikat yang didominasi oleh kroni pemimpin-pemimpin UMNO. Justeru, inilah rahsia sebenar pendukung-pendukung PPSMI pertahankan pelaksanaannya, hingga sanggup menggadaikan maruah Bahasa Melayu untuk diperdagangkan.
Dalam laporan Ketua Audit Negara bagi 2007 jelas mendedahkan, Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan Kementerian Pelajaran untuk membuat perolehan peralatan secara rundingan terus dengan dengan Syarikat Time Engineering Berhad bernilai RM775.24 juta bagi tempoh 2003 hingga 2006. Di samping itu pada 20 September 2002, Kementerian Kewangan telah melantik 10 syarikat secara rundingan terus bagi membekalkan peralatan untuk program PPSMI melibatkan perbelanjaan RM826.72 juta kepada 9,441 buah sekolah. Justeru penentang pejuang-pejuang bahasa terhadap PPSMI adalah berasas, apabila UMNO/BN memperdagangkan Bahasa Melayu demi kepentingan kroni-kroni mereka.
5 comments:
Kontraktor besarnya time tetapi majoriti kontraktor kecil yang dapat kerja adalah dikalangan anak muda penyokong pakatan rakyat.
Kalau setakat peruntukkan, itu boleh difahami. Mestilah ada bekalan dan peralatanyg diperlukan untuk PPSMI.
Fahamlah kamu tak suka PPSMI. Tapi tak boleh main sweeping stmt mcam ini.
Kalau peruntukkan sebanyak RM4.99 billion, macammana Yassin Salleh kata keuntungan jangkau RM5 billion? Wah! Masuk duit tak payah deliver product? Kah kah kah ...katun betul.
Logikkah peruntukkan RM5 billion selama lima tahun untuk PPSMI saja? Ini maknanya RM1 billion setahun. Buktikan?
Adakah hanya untuk PPSMI atau kesemua peruntukkan buku2 teks dan persediaan pendidikkan sekolah sekali gus?
Cuba perincikan syarikat2 yang didominasi kroni UMNO? Terlalu am pertuduhannya!
Kawan saya Melayu ada sykt percetakkan dan dapat juga kontrak cetak buku teks. Dia memang competitive. Tak kasi dia tak peduli, ada business lain. Tak kroni pun?
Time Engineering itu syarikat kroni ke atau syarikat Khazanah? Biar cek betul2.
Pada Sept 2002 saya faham kenapa perlu buat direct nego. Kalau nak open tender, tak sempat nak deliver untuk sekolah buka akhir tahun. Cara open tender perlu melalui proses banyak sangat. Menurut direct nego, syarikat2 hantar profil dan dikaji kepupayaan. Bila dah shortlisted, diberi senarai barangan yg diperlu dan mereka masuk quotation. Syarikat ini akan ditemu untuk negotation harga kerana kementeriaan ada yardstick harga masing2 dan dipinta turunkan harga dan kalau tak boleh, ada adjust.
Nak tuduh main sebarang ini menunjukkan kebodohan. Asal sykt dapat projek atau kontrak dari kerajaan di panggil kroni UMNO. Macam mana orang Melayu nak berniaga. Kalau dapat kontrak dari kerajaan negeri PR, kroni tak?
Penulis ini semua bukan boleh percaya. Banyak buaya, bukan orang ramai tak tahu. Baik berpuisi ssyok sendiri sajalah hangpa...
kalau rasa penulis tak boleh percaya tak payah sibuk2 masuk baca ruangan ni...bg aku bnda btul kita amik...bnda tak btul timbang2kn..dr memBABI buta mengata org baik pikir mcm na nk survive diri dgn ekonomi skrg..sekurang2nya penulis ni bongkarkn bnda yg spatutnya..terang2an..hang ni anonymous berani ckp blkg...baik hang gebang jer kt kedai kopi...plz be d intelectual person..mansuh nyer PPSMI kita tak lg menyusahkn murid2, guru2 utk bergelumang dlm PPSMI yg hanya mmberi ruang "BANGSAT2 PPSMI" memnuhkan duit simpanan sndiri.mmg yer suplier PPSMI akn khilangan 'project' yg bg aku tak seberapa...drp aku kehilagan "bangsa" aku yg semakin pupus dgn anak muda tergeliat lidah nk bercakap Bahasa melayu tu sendiri. Berpuisi bkn bermakna syok sndiri...siapa lg nk mengangungkn bahasa kita...Alamatnya melayu itu sendiri akn kehilangan identiti dek kerana ada "makhluk" yg ingin mengaut keuntungan...xde PPSMI ni dulu pn aku boleh je ckp orang puteh smpai ke England aku dh pegi...tp "BAHASA IBUNDA" aku masih sebati dlm jiwa...PPSMI bkn meningkatkn lg penguasaan ank2 muda utk belajar Bahasa Inggeris, tetapi akan membantutkan pembelajaran mereka kerana tidak ada minat dlm proses pembelajaran yg diajar oleh guru2 yg mereka sendri tidak berminat utk mengajar dlm subjek ni....
Bila orang berkata si kurap gatal-gatal badan, maka si kurap pun menjawab, aku tak gagal pun! Begitulah bila orang kata pemimpin Umno kaut keuntungan kroninya melalui perniagaan PPSMI, ada yang menjawab, tak ada pun! Punyalah kuat bodek atau dianya yang sapu bersih macam Kasim Baba sapu harta penyamun dalam gua?
Dah baca Lapuran odit 2007? Ya ke tak ya? Jangan marah dan serang macam di Parlimen baru-baru ni! Itu kerja manusia tak bertamaddun!
Melihat respons kepada komen saya tempuh hari, nampak sangat orang2 sastera ni bodoh biang.
Lojikke peruntukkan RM4.99 billion, dapat untung RM5 billion? Ini zimbabwe ke?
Ginilah orang2 sastera, hiduplah dgn angan2 puisi dan sajak.
Tak usah bincang perkara2 yang otak mereng kanan (right brainer) tak boleh paham dan tak kesampaian.
Dunia kira2, perundangan dan rasional, bukan dunia kamu.
Menggelakkan nak suruh main percaya buta. Bila dikatakan tak logik, tak upaya nak bahas untuk buktikan lojik saranan yassin salleh.
Paling boleh dia kata, jangan baca kalau tak percaya. Saya kaki bodek.
Tak apalah. Macam mana orang nak respek orang2 sastera, tak habis emosi. Banyak sangat bersajak, bergurindam, dan bersyair dengan penuh angan2.
Budak corot sekolah masuk sastera. Yang pandai2 masuk sains.
Hairan orangsastera nak sibuk pasal matapelajaran sains dan matematik. Bukan mereka faham dy/dx.
Ilmu sastera melayu dan dewan bahasa pun mereka tak boleh sebarkan dan urus.
Nak debat isu PPSMI pun tak boleh artikulasikan dgn baik. Sana sini samai orang faham. Dia orang ni pass ujian oral BM SPM masa sekolah tak?
Bila dah tak boleh diterima, buat konpirasi rasuah. Ini main dengar2 cakap, tak main. Itu wayang kulit anwar al juburi.
BUKTIKAN dengan data dan perincian!!!!
Post a Comment