Saturday, April 25, 2009

ANALITIKAL KECOH TERENGGANU...


Polis cari penyokong Idris Jusoh:
Kes ugut menerusi SMS sidang DUN


Bekas Menteri Besar Terengganu Dato' Idris Jusoh dikatakan terbabit dalam kecoh sebelum persidangan DUN, berikutan sumber menyebut polis sedang mengesan bekas calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 lepas, Dato' Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir (gambar kiri). Bekas Setiausaha Politik Idris Jusoh itu dikehendaki membantu siasatan berhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN baru-baru ini.


Ahmad Ramzi juga adalah calon BN yang tewas kepada Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang pada PRU12. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Fauzi Abduri memberitahu media baru-baru ini, bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, dicari untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut."Ahmad Ramzi dicari kerana beliau adalah antara individu yang mengeluarkan kenyataan kepada media pada malam ketiga-tiga Adun itu menerima SMS ugutan berkenaan."

2 comments:

Seladang said...

Umno masih lagi mengamalkan 'baling batu sembunyi tangan! Itu sesama mereka. Kalau dengan musuh tentu lagi hebat kerjanya!

Rakyat dah tauuuuu!!!!!

Anonymous said...

Polis nafi cari setiausaha politik bekas MB


KUALA TERENGGANU: Polis menafikan mencari Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohammad Zubir, setiausaha politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh seperti dilaporkan beberapa akhbar kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata beliau keliru dan terkejut apabila beberapa akhbar melaporkan polis mencari Ahmad Ramzi kerana beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu.

Beberapa akhbar (selain keluaran Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad) kelmarin memetik Mohd Fauzi sebagai berkata, polis mencari Ahmad Ramzi bagi membantu siasatan berhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ancaman bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu awal minggu lalu.