Monday, April 6, 2009

SURAT DARI YASSINSALLEH...


Elakkan jadi warga tolol:
Bangkit selamatkan maruah

Esok April 7, 09. Salam sejahtera pada seluruh kerabatku anak bangsa Malaysia, warga: Batang Air, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Esok April 7, 09 kalian akan mempertaruhkan hak, maruah dan harga diri. Pilihan kalian adalah tempahan nasib masa depan cucu cicitmu. Keputusan kalian adalah penngakuan kebijaksanaan atau mengakurkan ketololanmu. Pilihan kalian adalah maruah atau rasuah menerima atau menolak kezaliman; menjadi kerbau atau lembu atau beruk makye dungu. Undi kalian adalah nilai darjatmu selaku rakyat negara berperlembagaan, selaku rakyat beragama dan bertamaddun selaku rakyat yang tidak tolol dan bahlol.

Selamat memilih untuk manifestasikan nurainimu, duhai para kerabatku Anak Bangsa Malaysia. Amal Makruf Nahi Mungkarkah atau membuangkan pakaianmu untuk dianggap sopan oleh masyarakat orang-orang telanjang. April 6, 09 aku di Bukit Selambau kini, aku sedang membakar fatamorgana. Esok sama-sama kita menunggu dengan harapan melihat kebangkitan suara rakyat, setelah sekian lama 'mati kerana takut'! April 3, 09 rakyat Malaysia semakin dikelirukan dengan kekalutan UMNO, keserabutan PM baru dan kebobrokan mimpi yang dihantui igau menakutkan. Warga Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air bangkitlah dengan semangat selamatkan maruah negara!


-Yassinsalleh
Bukit Selambau, Kedah
April 6, 09.

No comments: