Sunday, May 24, 2009

KALAU DAH UMNO, UMNO JUGA!


Bubarkan sahaja DUN Perak:
Barangkali UMNO boleh menang

Pelik tetapi benar apabila pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) kesal dengan 'kedegilan' pakatan pembangkang untuk menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang menetapkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah seperti dilapor Mingguan Malaysia hari ini (24 Mei 2009), beritahu aktivis masyarakat di Pahang L.Mankadir Shamsi. Katanya, UMNO (bukan BN kerana komponen yang lain mahu DUN Perak dibubarkan) cuba memutar belitkan fakta mengenai kekacauan akan berlaku jika Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak dibubarkan.

"11 Mei 2009 Mahkamah Tinggi sudah membuat keputusan yang tak menyebelahi UMNO, justeru siapa yang berdegil dan siapa yang nak bermain silap mata?" beliau menjelaskan. Kalau UMNO mahhu berkuasa di Perak bukanlah lebih baik menerusi piliharaya dengan membubarkan DUN Perak, katanya. Lagipun menurut L Mankadri, sekiranya berlaku pilihanraya DUN Perak, belum tentu PR boleh menang, barangkali UMNO boleh memperoleh majoriti dua pertiga. "Nah, sekarang bubarkan sahaja DUN Perak supaya krisis tak berlarutan hingga kepada rayuan ke Mahkamah Persektuan" ujar L Mankadir.



2 comments:

Anonymous said...

Opinions like this made the general public have no respect for penulis melayu ... shallow!

Before they could perangi the close mindedness of others, they better open themselves to information and make informed opinion.

Bodoh dan shallow betul penulis melayu. Macam mana orang Melayu nak sokong penulis melayu????

Perasanlah nak menentang penghambaan minda. Otak sendiri bengap!

Seladang said...

Menentang penghambaan minda suatu perjuangan besar! Perjuangan rakyat! Orangnya mesti berfikiran besar! Jiwanya mesti besar! Bukan macam si pencacai yang mengikut arus untuk dapatkan sesuap nasi dengan pangkat yang secalit. Mereka ini hati kecil! Penakut! Dayus! Kerjanya hanya nak menghambakan minda rakyat macam kerja pemimpin Umno!

Kerana itu komen pun tak berani beri pengenalan!