Saturday, May 2, 2009

Manifestasi seniman rakyat...

Lakonan solo Sabri Yunus:
Dari karya teater Dinsman

Teater Dinsman 'Menunggu Kata Dari Tuhan' (Teater dari Hadis) lakonan solo Sabri Yunus (45 minit) dibantu muzik oleh Sani Sudin Kopratsa (live atas pentas) di Auditorium Muzium Negeri Selangor, Shah Alam 29 April - 3 Mei 2009 (9.00 malam). Sudilah datang menonton. SMS dari Dinsman karyawan teater yang tak jemu-jemu berkarya sebagai manifestasi seniman dengan kebobrokan masyarakat. Bagi peminat-peminat teater, malah orang ramai dijemput turut sama menyaksikan karya terbaru Dinsman.

(*Dinsman adalah aktivis teater, di samping penyair dan pendeklamator puisi. Sajak-sajaknya banyak tesiar di pelbagai media, dan di antara karya teater yang popular ialah 'Jangan Bunuh Diri'. Bekas sidang editorial di DBP, Dinsman lebih selesa berkarya secara bebas bersama rakan-rakannya sperti Ito, Nasir Jani, Sabri Yunus dan Sani Sudin)

1 comment:

Anonymous said...

Sebagai blog yang memperjuangkan hak rakyat adalah diharapkan blog ini dapat bersuara tentang isu air di Selangor. Amat-amat diharapkan supaya kerajaan pusat dan pembangkang (umno bn) tidak mengganggu gugat hak-hak rakyat negeri selangor yang sekarang nie menikmati air percuma... Rakyat bukan untuk diperdagangkan tetapi perlu dibantu sedaya yang boleh.. Janganlah berdolak-dalik....

-Rakyat Selangor-