Friday, May 22, 2009

ULASAN JURUCAKAP PRIMA...


Cari penyelesaian sebenar:
Bubarkan segera DUN Perak

Jurucakap PRIMA Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz merumuskan keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya petang ini (22 Mei 2009) masih tak merungkai krisis perlembagaan di negeri Perak, selagi DUN tak dibubarkan disamping menyerahkan semula mandat kepada rakyat. Justeru menurut Dato' Kamal Amir yang juga bekas Exco Pemuda UMNO, Dato' Dr Zambry Abd Kadir sekadar mampu duduk di kerusi pejabat Menteri Besar Perak, hakikatnya pencapaian beliau adalah 'zero' di mata rakyat. "UMNO sekadar boleh mengelirukan dirinya sendiri, bukan sesuatu yang mutlak," beliau menambah.

Dato' Kamal Amir yang berasal dari Sitiawan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu mengisytiharkan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Perak yang sah. Beliau juga menarik perhatian kepada tragedi 1876, apabila mahkamah skular British juga mampu menurunkan Sultan Abdullah daripada takhta, seterusnya dibuang ke Pulau Sycelles apabila mereka mendominasi kuasa. Sebaliknya rakyat Perak tak menerima British memerintah di tanah airnya, walaupun secara fizikal British berkuasa dengan tentera dan polisnya, kata Dato' Kamal Amir. "Jalan sebaik-baiknya janganlah meniru agenda penjajah, kerana kuasa itu tak akan kekal," beritahu beliau.

2 comments:

Anonymous said...

Sudahlah Kamal. Betulkah kau ada Dato?

Cakap macam bagus. Dulu kau wartawan cover apa? Tulis buku pun buku stim ...

Katun penyamar penyokong Ku Li ni.

Orang macam ni penjahanam bagaikan api dalam serkam untuk UMNO.

Macam mana ngaku orang UMNO tapi anak sendiri PKR? Dahlah tu kerja pejabat Wan Azizah!

Seladang said...

Najib takuttttttt!!!!!