Telunjuk lurus kelengkeng berkait:
Ke arah 'pepat di luar rencong di dalam'!
Assalamualaikum,
Tak semena-mena ramai pula pimpinan UMNO memuji Pesiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang dan timbalannya Ustaz Nasharuddin Mat Isu yang membangkitkan isu 'Kerajaan Perpaduan' di samping menganggapnya berpandangan jauh. Justeru tiba-tiba sahaja pimpinan UMNO yang dilantik menduduki MT menyifatkan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 'menanam tebu di bibir', sebaliknya orang yang sama juga yang haramkan simbol PAS pada 1978 ketika memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri. Barangkali 'menanam tebu di bibir' lebih baik daripada 'telunjuk lurus kelengkeng berkait', kerana sikap berkenaan menjurus kepada 'pepat di luar rencong di dalam'.
Harapan memang membumbung tinggi terhadap Hadi Awang, ketika DUN Terengganu semakin goyah, goyang dan goncang. Heh heh heh! Spekulasi menyebut 18 DUN UMNO menyokong Dato' Seri Idris Jusoh, dengan 6 DUN sahaja memihak kepada Menteri Besar Dato' Ahmad Said. Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Dato' Seri Hishamuddin Hussein pula memanggil pimpinan negeri ke Putrajaya (seolah-olah bos memanggil heh heh heh), di samping mendapat jaminan tak akan berlaku undi tak percaya dalam persidangan dijangka Julai atau Ogos ini. Tetapi 18 ADUN terbabit sudah memadai untuk menggugat keputusan bos yang tak turun ke Terengganu untuk berunding.
Dengan 6 sahaja ADUN UMNO termasuk seorang MCA tak mungkin mampu pertahankan Dato' Ahmad Said, justeru pimpinan UMNO memerlukan sokongan 8 ADUN PAS yang diketuai oleh Hadi Awang. Bagaimanapun 8 ADUN PAS terbabit tak mencukupi majoriti untuk pertahankan kerajaan negeri pimpinan MB Dato' Ahmad Said, melainkan pimpinan UMNO terpaksa menerima Idris Jusoh atau barangkali terbentuk kerajaan negeri Bebas yang pertama di Malaysia? Seterusnya sama ada aib, malu dan pilu terpaksa juga menerima kerajaan Bebas kembali menyrtai UMNO. Barangkali!
Apalagi majoriti penyokong MCA sebagai parti komponen terpenting dalam BN sudah memberi signal yang jelas kepada pimpinan UMNO menerusi laman blog Presidennya Dato' Seri Ong Tee Kiat. Ong Tee Kiat yang diangkat oleh UMNO bagi menyingkirkan Dato' Harun Idris pada pilihanraya kecil Ampang Jaya pada 1988, secara terbuka menunjukkan MCA mahu keluar dari BN. Daripada 3084 yang memberi respon pada kaji selidik berkenaan 78.1% atau 2409 mahukan MCA keluar dari BN. Kekalutan ini yang menyebabkan pimpinan UMNO tak berasa malu untuk mengiktiraf Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa berpandangan jauh. Isy isy isy!
-Pak Dharma
No comments:
Post a Comment