Assalamualaikum,
Blok barat terutama Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya Israel mahu melihat pergolakan di Iran akan berakhir seperti insiden 1979 apabila Shah Palavi digulingkan oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini menerusi revolusi rakyat. Atau menerima nasib kehancuran komunisme dalam "velvet revolutions" di Eropah Timur. Mereka meramalkan krisis di Iran akan berakhir dengan pertumpahan darah yang memilukan di China pada 1989 dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai di Tiananmen Square. Memang blok barat menunggu-nunggu kejatuhan Presiden Mahmoud Ahmadinejad atas alasan membangunkan sumber nuklear.
Justeru selepas memenangi semula pilihanraya Presiden Iran, seorang wartawan Jepun sengaja menguji Ahmadinejad dengan mengemukakan soalan berkaitan pembangunan sumber nuklear Iran. Jawapan ringkas Ahmadinejad juga cukup berkesan iaitu sumber nuklear tak berbahaya kepada Jepun, seperti keperihalan AS menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki pada 1945. Pembangunan sumber nuklear Iran dan Korea Utara juga tak memusnahkan Iraq, Palestin dan Afghanistan. Jawapan kepada soalan tersebut sudah tentulah AS sebagai negara pemusnah dan menimbulkan permasalahan dunia.

Wartawan-wartawan barat pula membuat pelbagai spekulasi termasuk sokongan kepada Mir Hossein Mousavi yang dianggap sebagai calon 'pramatic conservative'. Tunjuk perasaan di luar Tehran termasuk di Kuala Lumpur juga memperlihat tentangan terhadap Ahmadinejad, malah di Kuala Lumpur penunjuk perasaan mendakwa hak mereka sebagai pemilih dinafikan. Apakah rakyat AS di Kuala Lumpur juga diberi hak mengundi? Memang polisi penadbiran AS yang berusaha menjatuhkan pimpinan negara-negara yang tak menyokong kepongahan dan keperongosan mereka. Begitulah!
-Pak Dharma.
No comments:
Post a Comment