Tuesday, June 30, 2009

HUBUNGAN DUA HALA

Elakkan permainan politik licik:
Pertingkat hubungan Malaysia-Indonesia

Menteri Luar Dato' Anifah Aman digesa mempertingkatkan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia bagi mengelakkan terperangkap dengan interigue politik Singapura yang mahu merenggangkan persefahaman serantau, kata Jurucakap Prima Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz (gambar kiri). Beliau yang bau balik dari Jakarta ketika pilihanraya Presiden baru-baru ini, menerima maklum balas dari rakan-rakan di Indonesia mengenai percubaan merenggangkan hubungan dua hala berkenaan. "Kementerian luar perlu memainkan peranan memperingkatkan hubungan tersebut, ketika Singapura tak mahu melihat Malaysia-Indonesia menjalin persahabatan," katanya.

Isu yang dibangkitkan mengenai pembantu rumah sekadar permainan politik, kerana kita perlu menangani hubungan dua hala yang lebih penting kepada kedua-dua negara, menurut Dato' Kamal Amir. Ketika di Jakarta, beliau sempat menerima pandangan rakan-rakan di Indonesia mengenai kelicikan politik Singapura yang tak mahu melihat hubungan dua hala itu dipertingkat demi kepentingan negara berkenaan. "Jangan terperangkap dengan permainan politik mereka, justeru kementerian luar waja mempertingkatkan hubungan tersebut," ujar Dato' Kamal menambah selanjutnya.

No comments: