Friday, June 5, 2009

INFO DARI SEREMBAN...


Mat Hassan dengan pendekatan:
1UMNO dilaksana di Negeri Sembilan

Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Mohamad Hassan dilaporkan melaksana konsep 1UMNO di negeri itu, dengan tak mengamalkan pendekatan 1Malaysia yang menjadi perioriti Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Menurut laporan http://www.amakns.blogspot.com/, UMNO Negeri Sembilan di bawah pimpinan Mohamad, menampilkan kepongahan UMNO sempena 'Sambutan Minggu Perpaduan 2009' peringkat negeri di Senawang, 30 Mei 2009 lalu. "Nampaknya UMNO N.Sembilan tidak perjuangkan konsep 1Malaysia tapi sebaliknya 1Umno," beritahu penduduk-penduduk di sini.

Di sepanjang jalan ke Taman Bandar Senawang sempena sambutan tersebut diadakan, di kiri kanan jalan dihiasi dengan bendera-bendera UMNO sahaja. Tiada bendera MCA, tiada bendera MIC, tiada bendera Gerakan, tiada bendera PPP, menurut beberapa aktivis parti komponen BN di sini. Apalagi bendera PAS, PKR dan DAP jangan haraplah, walaupun Taman Bandar Senawang dalam DUN Paroi yang wakil rakyatnya dari PAS. "DUN Paroi bukanlah kawasan majoriti besar Melayu. Kaum Cina dan India di sini melebihi 35 peratus.Habislah konsep 1Malaysia ilham PM di N.Sembilan, kerana ianya menjadi 1Umno," jelas pendduk tempatan di sini.

No comments: