Tuesday, June 16, 2009

INFO SASTERA & BUDAYA

PUISI

Siang Ada Matahari

Siang ada matahari
malam ada bulan
bumi ada langit
gunung ada bukit
lembah ada sungai
laut ada ombak
demikianlah sempurnanya
alam diimbangkan Tuhan.

Tapi mengapa ya,
dalam diri manusia
cerdiknya tiada bijaksana
berkasih tiada sayang
berperlembagaan tak bertaklik
berkiblat tak berpedoman
bersyariah tak beriman.

Aduhai Pandikar,
janganlan naman saja yang Mulia
nuraini harus ada sanubari
yang juga mulia
kerana kasih membawa sayang
benci mengiring khianat
hasad menular dengki;
dan janganlah kamu taksub
tak mahu tahu bahawa di situ
kamu ada tarikh tamat tempoh
kami rakyat yang melata
dan jelata
janganlah dianggap bodoh.

Nizar, kamu ada kami
rakyat jelata yang berotak
berhati bernurani mengerti
berbudi dan berani.

-Yassinsalleh
jam 1000
Jun 16, 09
rakaman hansard
sidang kedua puluh satu
ParlimenKALBUrakyat
majikan kepada Speaker
Dewan Rakyat Malaysia.

No comments: