Monday, June 1, 2009

KATA DUA KPD HISHAM


Terengganu terus bergolak:
Atau singkir MB serta merta
Nab Presiden UMNO Dato' Seri Hishamuddin Hussein yang dilantik oleh Majlis Tertinggi (MT) selaku Pengerusi Perhubungan Negeri Terengganu diberi kata dua sama ada meminta Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said meletak jawatan atau menghadapi undi tak percaya apabila DUN bersidang Ogos ini. Kumpulan pendesak 18 ADUN itu mempunyai cukup majoriti untuk lakukan undi tak percaya, menurut sumber yang rapat dengan kumpulan berkenaan. "Penyelesaian krisis di Terengganu ialah Ahmad Said perlu meletakkan jawatan serta merta," beritahu sumber tersebut kepada beberapa laman blog.
Dalam perjumpaan di pejabat Hishamuddin di Putrajaya 20 Mei lalu, kata dua itu sudah disampaikan kepada beliau selaku Pengerusi Perhubunan Negeri Terengganu. Ahmad Said di samping bekas Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Idris Jusoh turut hadir dalam perjumpaan tersebut bagi mencari formula menyelesaikan krisis UMNO Terengganu. Keputusan tersebut bukan sahaja memberi kata dua kepada Hishamuddin, malah dilihat sebagai protes dengan pelantikannya selaku pengerusi perhubungan. "Dalam perkembangan ini bekas setiausaha perhubungan, Dato' Rosol Wahid dilihat sebagai ADUN yang mahukan Ahmad meletak jawatan" menurut sumber it menambah.

1 comment:

Seladang said...

Lubuk dah kena tuba, mengelupurlah ikannya! Siapa siapkan tanggok?