Sunday, June 14, 2009

SUARA DARI DAERAH KECIL

Sekolah Melayu Teriang di Jelebu:
Lahirkan beberapa tokoh individu

Jabatan pelajaran daerah Jelebu mahupun Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan diminta memberi perhatian kepada Sekolah Kebangsaan Teriang di Jelebu berasaskan fakta sejarah, kata aktivis masyarakat di sini Haji Hassan Abdul Rahman. Beliau mendakwa Sekolah Kebangsaan Teriang yang dibina pada 1895, tetapi hingga sekarang tak mempunyai padang permainan bagi kemudahan kepada pelajar-pelajar. "Sekolah berkenaan tepaksa menumpang padang SRJK Kampung Baru Petaling," beritahu Haji Hassan.

Beliau menarik perhatian kepada fakta sejarah sekolah tersebut sebagai bermulanya pendidikan awal beberapa orang individu tempatan yang dikenali umum sekarang, katanya. Haji Hassan memberitahu di sekolah tersebut Allahyarham Dato' Mendika Menteri Akhir Zaman Dato' Shahmaruddin Abdul Rahman (Undang Luak Jelebu ke 13) menerima pendidikan rendahnya, termasuk juga Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri sekarang (Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak) dan Dato' Seri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Warisan.

Di samping itu Pak Dharma (sasterawan Dharmala N.S.) bersama bekas Ketua Angkatan Tentera Udara Brig Jen (B) Dato' Abbas Mokmin dan bekas Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Mustapha Mohd Zain juga memulakan pendidikan awal mereka di Sekolah Melayu Teriang (sekarang Sekolah Kebangsaan Teriang) pada awal dekad 1950-an. Justeru, kata Haji Hassan adalah wajar jabatan pelajaran memberikan perhatian kepada sekolah berkenaan, dengan mengubahnya menjadi sekolah contoh sebagai kebanggaan daerah Jelebu.

1 comment:

Seladang said...

Masa Pak Dharma belajar dulu ada ke subjek Urusan Rumahtangga berkaitan bagaiumana nak merampas suami orang?