Menjalani kuarantin di rumah:

Tambah beliau, penutupan selama seminggu itu wajar tetapi menjelaskan tempoh tersebut bergantung kepada arahan Kementerian Kesihatan sebelum sesi pembelajaran boleh dimulakan semula. Abdul Latiff dalam pada itu menegaskan, semua mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan awal. Kepada soalan bagaimana virus itu boleh menular ke UPNM dan MTD, Abdul Latiff menjelaskan, siasatan awal mendapati ia virus import.
"Kami dimaklumkan seorang pensyarah UPNM telah melawat Melbourne, Australia sebelum dia disahkan positif H1N1,'' jelasnya. Sehubungan itu, beliau menjelaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah meningkatkan kawalan keluar masuk ke kawasan itu.
Menurutnya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana semua langkah pencegahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah diambil. Penutupan UPNM itu menjadikan ia institusi pengajian tinggi (IPT) kedua yang ditutup akibat H1N1 selepas Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Alor Gajah, Melaka. UiTM Lendu ditutup selama sembilan hari selepas empat penuntutnya positif H1N1 pada 12 Julai lalu.
No comments:
Post a Comment