Monday, July 6, 2009

IBU MANOHARA AMALKAN SUSUK

Larikan Manohara ketika 2 tahun:
Ibu amalkan susuk emas setelah x-ray

Bapa Manohara , George Manz, menyifatkan bekas isterinya Daisy Fajarina (Ibu Manohara) sebagai seorang ‘ibu jahat’ dan mengamal ilmu sihir.Bercakap kepada Malay Mail daripada Canada, Manz,58, berkata bahawa Daisy, 44, membawa lari Manohara daripadanya sewaktu dia berumur dua tahun, 15 tahun lalu.Ditanya tentang dakwaannya yang Daisy mengamalkan ilmu sihir, dia berkata : “ Suatu masa waktu kami bersama, saya membawanya kepada seorang dentis yang terkejut apabila melihat gambar X-ray yang menunjukan jarum-jarum emas kecil dan batu permata tertanam dalam dagunya.” (susuk emas dan permata) Malay Mail menghubungi Manz selepas mendapat salinan surat bertarikh 15 June , yang dikirimnya kepada suami Manohara , Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Manz menulis surat kepada Tengku Fakhry yang tidak pernah ditemui sebelumnya, “sebab saya percaya , beliau mampu membebaskan Manohara daripada ibu jahatnya itu”.Beliau juga mengakhiri suratnya itu dengan berkata : “Harapan saya ialah Manohara bebas daripada ibu jahatnya itu.” (lihat surat).Beliau menyatakan kepada Tengku Fakhry bahawa beliau akan mecari pertolongan daripada US State Department untuk mengambil langkah mengembalikan Manohara daripada Indonesia melalui haknya sebagai warga US. Sumber : Malaymail - http://kerabubersuara.blogspot.com/.

No comments: