Perhimpunan mansuh ISA
Perhimpunan mansuh ISA 1 Ogos 2009 ini, mula menerima respon daripada kalangan UMNO sendiri termasuk bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Memang segelintir aktivis UMNO cuba pertahankan ISA, barangkali bimbang dengan perubahan sama ada 'mansuh' atau 'dikaji semula' boleh menjejaskan kerjaya politik mereka. Malah dalam UMNO sendiri apabila berlaku anjakan pimpinan amat jelas ianya 'sekali air bah, sekali pasir berubah; sekali raja mangkat, sekali resam bertukar'. Apalagi yang berjawatan menteri kehilangan status, mereka yang berkedudukan YB juga tak berpeluang lagi meneruskan kerjaya pada pilihanraya berikutnya.
ISA sendiri pernah dipinda pada dekad 1960-an, malah ianya menerima sokongan dari PAP (ketika itu Singapura masih di dalam Malaysia). Sokongan juga turut diberi oleh parti yang mewarisi lestari PAP hingga menjelang pilihanraya 1969. Ketika itu mangsa ISA adalah pimpinan PAS, Front Sosialis (Parti Buruh dan Parti Rakyat) dan aktivis masyarakat. Dato' Ahmad Boestamam adalah mangsa ISA dan Akta Darurat yang paling lama merengkok dalam dalam tahanan tanpa bicara sejak kolonial British atas dakwaan 'mengancam keselamatan awam'. Ironinya, selepas Pak Boes ditahan pada 1948, kekacauan tetap berlaku di seluruh negara.
Keadaan menjadi rumit sekiranya pihak militan mengunakan khidmat peguam Jayasuria yang popular pada period kolonial British, kata Tengku Osman. Maknanya, Askar Melayu menjadi serba salah bagi menawan militan kerana apabila diserahkan kepada polis, mereka akan bebas dalam perbicaraan. Sebaliknya apabila keamanan tercapai 'lembu punya susu, sapi dapat nama', malah ini yang berlaku dalam isu ISA. Justeru ISA yang dipertahan sejak period penjajah pada 1948, tak pernah memberi kredit kepada Askar Melayu yang menggerakkan operasi, diserang hendap, malah menjadi mangsa darurat. Gerakan massa dalam perhimpunan mansuh ISA pada 1 Ogos 2009 ini, seharusnya menjadi turning point 'kok mengerat berlandas; kok melompat bersetumpu'. Heh heh heh!
-Pak Dharma
No comments:
Post a Comment