Tuesday, July 21, 2009

SEKILAS PANDANG...

Zaid saran sertai PKR:
Tengku Razaleigh bakal PM?




Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Zaid Ibrahim dilaporkan mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaliegh Hamzah menyertai PKR bagi melaksanakan pimpinan kenegaraan. Tak dijelaskan di mana Dato' Zaid membuat kenyataan, malah apakah ianya sekadar pandangan peribadi? Tetapi Dato' Zaid sudah membuktikan ketegasannya yang tak boleh dipertikaikan oleh pimpinan UMNO. Ketika majoriti pimpinan UMNO brebut-rebut untuk menembusi benteng kebal bagi menduduki kerusi menteri, Dato' Zaid bersedia meletakkan jawatan. Beliau juga turut meletakkan jawatan senator, apabila mempertikai ISA yang menjadi talian hayat UMNO. (Tak sebut BN, sebab MCA, MIC dan Gerakan sudah mendesak minta dikaji semula ISA).

Dato' Zaid juga berjaya mengembalikan semula maruah hakim-hakim yang dicerca sedahsyat-dahyatnya pada 1987, atas kapsitinya selaku menteri yang bertanggungjawab dalam kehakiman. Bagaimanapun pelawaan Dato' Zaid ke atas Tengku Razaleigh barangkali bukan secara peribadi, setidak-tidaknya sudah menerima restu pimpinan PKR termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim juga. Memang Tengku Razaleigh menaruh minat untuk mengukuhkan semula UMNO, selepas percubaannya menggerakkan PSM46 gagal dilestarikan berikutan ramai pimpinannya masih meneruskan budaya UMNO. Sayangnya, pnyertaan semula Tengku Razaleigh dalam UMNO pada 1996, sekadar berperanan sebagai 'gurkha'.

Malah sekiranya UMNO mampu menawan Gua Musang menerusi calon lain, barangkali khidmat Tengku Razaleigh juga akan di freez-kan. Begitulah! Kalangan pimpinan muda UMNO pula tak peduli sangat dengan penampilan Tengku Razaleigh yang dianggap era kegemilangannya sudah berlalu. Sekalipun memang jelas 'yang tersurat dan tersirat' mereka akan ketinggalan jauh di belakang, sekiranya Tengku Razaleigh dibenarkan dalam pimpinan UMNO. Pimpinan muda lebih rela UMNO 'hancai-buncai' daripada menyerahkan kepada Tengku Razaleigh survival politik bangsa. Dengan kedudukan BN 140 kerusi di Dewan Rakyat sekarang (termasuk 1 Bebas), majoriti 40 kerusi hanya bergantung kepada Sabah dan Sarawak.

Sebelum pimpinan PAS mengungkapkan 'Kerajaan Perpaduan' pada Jun 2009, Tengku Razaliegh sudah membayangkan penubuhannya apabila memproklamir untuk bertanding jawatan Presiden UMNO. Kenyataan Dato' Zaid yang mengakui Tengku Razaleigh mempunyai ciri-ciri yang lebih layak menjadi Perdana Menteri dalam saat UMNO 'mencakar sama berkuku, mengerkah sama bertaring' dengan pembangkang, mereka memerlukan pemimpin yang sama seperti Tengku Razaleigh. Sebaliknya pimpinan PKR juga memerlukan pemimpin dengan ciri-ciri seperti Tengku Razaleigh yang tak berhadapan dengan kontorversi. Barangkali!

-Pak Dharma

No comments: