Berdasarkan laporan TV jam 5.00 petang hari ini (25 Julai 2009), pimpinan UMNO Kelantan, Dato' Mustapha Mohammad menyusun strategi untuk merampas kerajaan negeri Kelantan pada PRU13 akan datang. Dato' Mustapha @ Tok Pa menaruh harapan tinggi pada PRU13 (tak pula diketahui bila, sama ada 2013 atau 2012 atau 2011 atau 2010), berikutan pencapaian UMNO pada PRK Manek Urai, 15 Julai 2009. Barangkali juga Tok Pa akan mempengaruhi Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bagi memilih tarikh 15 Julai bagi menggerakkan pilihan raya, memandangkan tarikh berkenaan membawa 'ong' kepada UMNO. - (Gambar, Tok Pa baju biru, akan susun strategi heh heh heh)
Memang Najib berminat juga dengan 'politik angka', apalagi sebelumnya terlalu seronok dengan pengumuman menyalurkan peruntukan angka juta dan bilion bagi projek-projek di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau - tapi angka-angka berkenaan seolah-olah senasib dengan angka 4D. Semuanya jadi 'wal hasil balik hasal; wal hasal balik hasil! Di Penanti, tak mahu lagi sebut jaminan projek berangka-angka setelah dianggap membazir, tetapi di Manek Urai dengan janji jambatan baru RM7 juta hampir berjaya memenangi kerusi DUN berkenaan. Kalau tak disebabkan pengundi tegar 65 orang yang mempertahan benteng PAS, barangkali bkan sahaja Tok Pa boleh menepuk-nepuk dada (sampai bergegar heh heh heh), malah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Najib akan mencebek bibir pada Tun Abdullah Ahmad Badawi!
Memang tarikh 16 September tak membawa tuah kepada pembangkang, sejak pimpinan PR Dato' Seri Anwar Ibrahim gagal menjadi mercu tanda memperoklamir 'kerajaan alternatif' pada 16 September 2008. Barangkali Najib merasakan 16 September lebih sesuai dengan UMNO, apalagi pada 31 Ogos 1963 pimpinan Tunku-Tun Razak tak mampu mengisytiharkan serentak penubuhan Malaysia dan Hari Kebangsaan Tanah Melayu ketika itu. Sebaliknya, bagi tempoh menjelang 16 September itu dilaporkan beberapa kejutan dikatakan mungkin berlaku, termasuk penetapan tarikh 2 September sebutan semula kes dakwaan liwat Anwar di Mahkamah Tinggi. Hemmmmm!
No comments:
Post a Comment