Wednesday, July 1, 2009

SEKSYEN 427 KANUN KESEKSAAN


Dua pelajar IPTA ikat jamin RM5000:
Didakwa khianat kerana 'anti-Rosmah'

Dua pelajar IPTA Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang tadi (30 Jun 2009), atas tuduhan menconteng protes 'anti-Rosmah'. Mereka mengaku tak bersalah, di samping diikat jamin RM5000 setiap seorang mengikut laporan laman web Malaysiakini. Laman berita internet tersebut menyatakan mereka didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25. Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika sabit kesalahan.Tiga lagi individu dicari bagi membantu siasatan. Di percayai tiga individu tersebut ialah presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani.Dalam perkembangan tersebut, kedua tertuduh dibawa ke tahanan di Penjara Sungai Buloh.

Timbalan pendakwaraya Mazelan Jamaludin asalnya meminta jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh untuk semua pertuduhan, termasuk Seksyen 447 kanun yang sama atau kesalahan menceroboh.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum enam bulan penjara atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya.Peguam kedua-dua tertuduh Mohamed Arfizi Mohd Ramli memohon jumlah tersebut dikurangkan kepada RM4,000 kerana kedua-duanya dari keluarga berpendapatan sederhana dan juga masih belajar. Rosbiahanim menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan semula kes itu.

Dalam pada itu, Shazni melalui blog beliau menyatakan keprihatinan beliau kepada ibu bapa dan kerisauan jika kes A. Kugan yang mati dalam tahanan berulang kembali.Seluruh pimpinan persatuan yang dipimpinnya itu telah memutuskan untuk memberikan bantuan guaman kepada kedua tertuduh bagi meringankan beban tanggungan kos guaman keluarga tertuduh, ujar beliau dalam blog nya.Sumber tidak rasmi dari persatuan tersebut juga menyebut akan melancarkan tabung bantuan derma kilat dalam masa terdekat.Di tanya berkaitan situasi beliau yang dicari polis, Shazni hanya menyatakan akan menggunakan saluran undang-undang dengan baik dan bersedia memberikan bantuan bagi siasatan polis terhadap kes ini. - Malaysiakini.

No comments: