Karyawan fasih bahasa Inggeris:
Belajar teknikal filem dari Hongkong

Sekiranya bahasa Inggeris itu bahasa ilmu, kenapa karyawan-karyawan filem Hollywood yang fasih berbahasa Inggeris terpaksa mempelajari ilmu tkenikal perfileman daripada karyawan yang tak fasih berbahasa Inggeris? Ketika saya ke Armsterdam tak lama dulu, saya menaiki van yang dipandu pengusaha pelancong. Rupa-rupanya pengusaha pelancong itu seorang State Councelor (atau di sini ADUN) yang memandu sendiri van berkenaan, di samping fasih berbahasa Inggeris. Beliau tak mempunyai kemahiran dalam sains dan matematik, sekalipun fasih berbahasa Inggeris, justeru bagi menambahkan pendapatan beliau terbabit dalam perusahaan pelancongan. Maknanya, bahasa Inggeris tak melambangkan ketinggian ilmu seseorang. - Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz, Jurucakap PRIMA.
No comments:
Post a Comment