MONANG KALAH SAMO JO!
KHILAF YANG LALU TAK DIJADIKAN PEDOMAN
Assalamualaikum,
AW bukanlah marah sebab pasukan kegemaran AW, Negeri Sembilan kalah, tapi AW geram melihat penyokong Kelantan tetap membaling mercun dan botol air ke arah padang. Sudah menang tapi masih nak tunjuk lagak!


Berpatah balik pada cerita final tadi, masa di separuh masa kedua, Aidil Zafuan tercedera disebabkan pemain Kelantan. Dan selepas itu permainan Negeri Sembilan terus jatuh merudum. Kenapa sampai begitu? Begitu juga masa di kawasan corner, pemain Kelantan dan Negeri Sembilan berebut-rebut bola . Tapi kenapa pemain Kelantan nak marah-marah. AW rasa ramai pemain Negeri Sembilan dikasari, tetapi mereka mampu mengawal emosi.Kenapa tidak pemain Kelantan?Seorang pemain Kelantan naik berang apabila Shukor Adan tidak sengaja menolaknya, tapi Shukor Adan dengan pantas mengawal perasaan marah. Kan elok begitu?
Apa-apa hal, tahniah pada Kelantan. Tapi sesungguhnya AW bangga menjadi anak Negeri Sembilan sebab orang kampung AW (penyokong-penyokong Negeri Sembilan) menjadi orang yang bertamadun sebab tak baling mercun dan botol air walaupun kalah. Bagi AW, Negeri Sembilan tetap menang dan tak perlu malu sebab lepas ini "bukan kito yang kono saman ngan kono kutok!"
~HOBEN JANG HOBEN!~
-ANAK WARISAN...
6 comments:
sya bersetuju yang penyokong kelantan mentalitinya rendah,lihat sampah dihadapan mereka duduk.mereka menang tapi moral mereka hampas...sy juga tidak setuju dengan bendera bulan yang dibawa mereka....boleh jadi pergaduhan ..maklumlah yang datang ialah yang yang berdarah muda...
betul tu...apa guna menang tp buat stadium jadi tong sampah segera?sikap mereka ni boleh memalukan nama negara di persada dunia.harap mereka boleh berubah....
memang saya akui menyokong kelantan emotional.... kena cuba control bagi menyemarakkan sukan bola sepak di malaysia, stadium selalu penuh itu memang saya respect
betul tu, sharinginfoz...
saya ni kelantanese tapi cukup bengang dengan sebahagian kurap yang tak reti bahasa tu. mereka sebenarnya bukan nak tengok bola atau nak bersukan tetapi nak cari gaduh semata-mata. kalau menang seronok sebab menang tapi kalau kalah pun mereka tetap seronok sebab dapat peluang buat kacau. memalukan bangsa saja! patutnya halau aje keluar jangan bagi masuk!
saya percaya bahawa bukan semua kelantanese bersikap demikian...cume sama2 la kita berdoa agar mereka berubah...
Post a Comment