T/k Najib Kekalkan Jawatan KM
Belumpun Perhimpunan Agung bermula (24-28 Mac 2009), UMNO sudah kelam kabut, berkelabut dan berserabut. Ada yang bersalah tak boleh bertanding; ada yang bersalah kena beri amaran, ada bersalah tak pula diambil tindakan. Teringat pula babak filem 'Pendekar Bujang Lapok' apabila Sudin mengeja sekolah buat huruf- alif tendang mim, nun tendang wau - sarkas! Barangkali itulah hakikat sebenarnya sekarang. Tak hairanlah, apabila Dato' Muhd Ali Rustam dalam kenyataan media hari ini (19 Mac 2009) tiba-tiba sahaja mengucapkan terima kasih kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak kerana mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Melaka. Kenapa berterima kasih kepada Najib? Misteri di sebalik kenyataan itu perlulah dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.
Desas desus menyebut terdapatnya konspirasi bagi menjatuhkan Ali Rustam yang kononnya diketuai oleh seseorang yang berpengaruh kepada UMNO, bersama seorang calon yang akan bertanding jawatan tertinggi dan dua orang ahli Lembaga Disiplin. Ironinya, Tun Dr Mahathir Mohamad juga turut mengulas dengan meminta Lembaga Disiplin tak melayan rayuan Ali Rustam, seperti laporan akhbar Utusan Melayu. Sepanjang ingatan saya Tun Dr M belum diminta nasihatnya oleh pimpinan UMNO; justeru sama ada Lembaga Disiplin mahu melayan atau tidak, terpulanglah! Dalam masa komunikasi semakin canggih banyak SMS yang boleh diterima oleh perwakilan yang UMNO yang bertumpu ke KL, 24 Mac ini.
Bersama ini dilampirkan antara SMS yang diterima, tetapi tak diketahui daripada puncanya: "Asm. Wbt. Sdr sekalian. Ini adalah random 'academic survey'. Tolong berikan senarai nama heh heh heh atau hus hus hus yang terbaik, baik atau patut dibuang..." Nampaknya ekonomi dunia sekarang gawat, UMNO mungkin akan bercawat. 'Politik wang' tak ada bukti, semuanya pakai 'tembak rambang' sahaja. Tak apa kita tabik dengan Pengerusi Lembaga Disiplin; apalagi SPRM juga sudah bersiap sedia 'on your mark, get set, go go go...!'. Tetapi kenyataan media Ali Rustam yang berterima kasih kepada Najib (kenapa tak kepada Pak Lah) kerana mengekalkan jawatan Ketua Menteri Melaka, perlu diambil kira oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen. Alahai!
(*Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz, ialah bekas Exco Pemuda UMNO bagi biro hal ehwal antarabangsa pada period Pemuda UMNO dipimpin oleh Dato' Seri Mohd Najib Razak. Beliau mempunyai banyak hubungan dengan pimpinan UMNO sekarang yang sebelumnya adalah dari kalangan Pemuda. Bekas wartawan Utusan Malaysia dan Ketua Editor di Karangkraf, beliau adalah pengasas persatuan wartawan hiburan EJA bersama Allahyarham Dato' Khalid Jaffri dan Norshah Tamby pada dekad 1970-an).
3 comments:
Cakap Mahathir betoi...
Cakap Hadi pun betoi...
Sudahlah Ali,
Sudahlah KJ,
Jika sayang UMNO, korbankan keahliaan anda...
Jika hendak jadi perosak UMNO,
jadilah Si Zaid dan Si Nuar sebagai idola.
ADAM AMIN
Kg Jerlun, Kedah.
Sudah lah Kamal Amir.
Buat duit dengan Amin Shah. Lompat bos dari Anwar. Kemudian Najib. sekarang Ku Li.
Nampak macam hebat sekarang. Padahal penulis URTV dan dulu tulis cerita stim Mona Gersang.
Mengaku Dato. Dato tipu.
Orang macam ini boleh pakai cakapnya?
SEMALAM JUGA KITA SUDAH TAHU AKAN PENDIRIAN TUN YANG MENYOKONG TAN SRI MUHYIDIN YASSIN SEBAGAI TPM, ALHAMDULILLAH, INILAH YANG SAYA TUNGU TUNGGUKAN NI.
SAYA NAK CAKAP SIKIT LA KALAU ADA PENYOKONG ALI RUSTAM KAT SINI, YANG DATANG MEMBACA BLOG SAYA YANG TAK SEBERAPA INI, SAYA AMAT BERSIMPATI TERHADAP APA YANG DAH TERJADI KEPADA DATO SRI ALI RUSTAM, TAPI TUAN TUAN SEKALIAN, ANGGAPLAH INI SURATAN TAKDIR, BUKAN REZEKI DIA...
YALAH, BANYAK YANG PERTIKAI KENAPA BELIAU SAJA YANG KENA PADAHAL ORANG DAH DIDAPATI BERSALAH PUN MASIH BOLEH BERTANDING KAN? ITU SAYA TAK TAU, KITA TERIMA JE LA KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT...ALLAH TA'ALA MAHA MENGETAHUI DAN ALLAH TELAH MEMBERI KITA AKAL FIKIRAN, SO PILIH LAH DENGAN BIJAK YA. INGAT! INI BUKAN PERKARA MAIN-MAIN TAU! INI ADALAH SOAL MASA DEPAN NEGARA, APA KEPUTUSAN YANG KITA BUAT HARI INI AKAN MENENTUKAN HARI ESOK UNTUK ANAK CUCU KITA....JANGANLAH KITA TERPEDAYA DENGAN SEDIKIT HABUAN YANG TAK BERMAKNA!!! ESPECIALLY PERWAKILAN UMNO YANG BERJUMLAH LEBIH 2500 TU...MASA DEPAN UMNO TERLETAK DI TANGAN ANDA, MAKA UNDILAH DENGAN BIJAK DAN FIKIRLAH SEMASAK-MASAKNYA SEBELUM MEMBUAT PENGUNDIAN....
KEPADA PENYOKONG DATO SRI ALI RUSTAM, JANGANLAH IKUT HATI, JANGANLAH KERANA MARAH ANDA NANTI MEMBUAT KEPUTUSAN YANG AKAN DISESALI DI KEMUDIAN HARI....MARAH, YA SAYA FAHAM ANDA MARAH DAN ANDA MERASA BENDA YANG BERLAKU INI SEPERTI TIDAK ADIL KAN? TAPI TUAN-TUAN SEKALIAN, INI ADALAH SURATAN TAKDIR TUAN-TUAN, TERIMALAH TAKDIR ALLAH NI DENGAN HATI YANG TERBUKA DAN JANGANLAH ANGGAP APA YANG BERLAKU INI ADALAH PERANCANGAN JAHAT DARI SESETENGAH PIHAK, JANGANLAH KITA BEREMOSI! INILAH YANG HENDAK DILIHAT OLEH PIHAK PEMBANGKANG, MEREKA SUKA LIHAT ORANG-ORANG UMNO BERPECAH-BELAH!
YANG TAK MENARIKNYA, SEMALAM SAYA ADA MENERIMA SMS MENGATAKAN BAHAWASANYA PENYOKONG-PENYOKONG DATO SRI ALI RUSTAM AKAN SABOTAJ TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DENGAN MEMBERIKAN SOKONGAN MEREKA KEPADA CALON YANG LAGI SATU! YANG PELIKNYA, KENAPA TAN SRI MUHYIDDIN DIPERSALAHKAN PULAK YA? KENAPA? WHY? HMMM....
TAHUKAH TUAN-TUAN, KALAU TIDAK DISEBABKAN OLEH KEBERANIAN DAN KELANTANGAN SUARA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN UNTUK MEMPERCEPATKAN PERALIHAN KUASA INI, ADAKAH PERALIHAN AKAN BERLAKU DENGAN SEBEGINI CEPAT? PATUTKAH TUAN-TUAN SEMUA MARAHKAN TAN SRI YANG SANGGUP MELETAKKAN LEHERNYA DI HUJUNG PEDANG DEMI MENYELAMATKAN UMNO TERUS DARI TENGGELAM? INIKAH CARA KITA MEMBALAS BUDI BAIK TAN SRI? DENGAN MENGIKUT EMOSI?
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN ADALAH SEORANG WIRA YANG SANGGUP MEYAMPAIKAN HASRAT AKAR UMBI WALAUPUN IANYA BOLEH MENCANCAM KEDUDUKAN BELIAU....MANA WIRA-WIRA LAIN MASA TU? SEMUANYA MEMBISU SERIBU BAHASA.....
INGATLAH, JANGAN LUPA AKAN JASA TAN SRI MUHYIDDIN KEPADA UMNO DAN NEGARA, SOKONGLAH BELIAU TANPA BERBELAH BAGI, BELIAU ADALAH PARTNER DATO SRI NAJIB YANG TERBAIK!!! INI JUGA DIAKUI OLEH TUN DR MAHATHIR.
JADI SAYA MINTAK PADA PENYOKONG-PENYOKONG ALI RUSTAM SUPAYA FIKIR MASAK-MASAK SEBELUM PEMILIHAN. ORANG TUA-TUA KATA IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA!
MARILAH KITA MENAIKKAN UMNO SEMULA KE SATU TAHAP YANG LEBIH TINGGI!!!
SEKIAN BUAT KALI INI DAN FIKIR-FIKIRKANLAH YA!!!!
Post a Comment