
Tapi kita perhatikan Dewan Rakyat sekarang sudah mula menggunakan bahasa Inggeris, hatta oleh Speaker sendiri. Tak perlu sebut “dengan izin” lagi. Sudah bebas betul. Adakah ini gara-gara projek PPSMI? Kata mereka, dengan mengukuhkan PPSMI di sekolah-sekolah, bahasa Melayu tidak diketepikan, hanya tidak dijadikan bahasa matematik dan sains. Bahasa Melayu terus diajar dan terus dipertuturkan di rumah dan di sekolah, oleh itu tidak ada sebab PPSMI mesti dihapuskan. Pandangan cetek dan bodoh begini begitu yakin diucapkan, begitu membanggakan, walaupun setelah 51 tahun lebih merdeka, membuktikan betapa kuatnya pengaruh kolonial dalam cara berfikir.


Siapa mahu belajar bahasa Melayu di Malaysia? Tetapi pelajar seluruh dunia akan tertumpu ke Malaysia jika bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar. Sekarang orang Melayu harus faham bahawa mereka telah ditipu oleh para pemimpin mereka, ahli-ahli politik yang seronok bercakap tentang masa depan bangsa dan bahasa Melayu, tetapi perbuatan mereka menuju kepada terhapusnya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Ini satu pengkhianatan, dan ini mesti difahami oleh orang Melayu/Malaysia. Kita harus memanggil mereka pengkhianat kerana pada dasarnya mereka adalah berjiwa pengkhianat. Tidak saja mereka pengkhianat, tetapi cara mereka mengaut keuntungan daripada perdagangan bahasa Inggeris itu terlalu kasar dan biadab.
Jika tujuan mereka untuk mencerdikkan bangsa Melayu, mengapa tidak boleh dibuat dengan meningkatkan mutu bahasa itu sebagai bahasa ilmu? Mengapa mesti digantikan dengan bahasa Inggeris? Jika mereka ingin menjadikan matematik dan sains sebagai asas pembinaan tamadun Malaysia, mengapa mesti melalui bahasa Inggeris, tidak bahasa Melayu? Inilah kekeliruan mereka yang lahir dari jiwa mereka yang memang memperlekehkan bahasa Melayu. Inilah bukti bahawa mereka sebenarnya hanya berminat mendapat kekayaan kebendaan, bukan membina tamadun. Sebab itulah mereka mesti disebut dan dianggap sebagai pengkhianat.
Sekarang pengkhianat ini melemparkan semua jenis kejahatan kepada pejuang bahasa, dengan tuduhan paling keji bahawa para pejuang itu tak lebih daripada alat pembangkang untuk mencapai cita-cita politik mereka. Satu lagi jenis perlekehan para pengkhianat ini terhadap sesiapa juga yang tidak bersetuju dengan mereka dan menentang mereka. Mengapa orang Melayu melahirkan dan membiarkan hidup pemimpin seperti ini? Semuanya kerana kekeliruan mereka terhadap peranan sebenar UMNO. Orang Melayu tidak diajar untuk membezakan antara “perunding” kemerdekaan, iaitu peranan UMNO dan para pemimpinnya yang ditaja oleh Inggeris (tegasnya: UMNO adalah tajaan penjajah Inggeris), dengan “pejuang” kemerdekaan yang sebenarnya.
UMNO telah berjaya menghapuskan nama-nama penting pejuang kemerdekaan dalam sejarah Malaysia, dengan mendakwa merekalah “pejuang” sebenar yang telah pun berjaya mendapatkan “kemerdekaan” daripada Inggeris tanpa tumpah setitik darah. Satu kejayaan besar dan satu keistimewaan, kata mereka. Mereka lupa pembunuhan terjadi selepas merdeka, hasil hasutan mereka setelah diketepikan dalam pilihan raya 1969. Sekarang mereka menunggu 13 Mei II untuk membuang dasar PPSMI ke Lautan China yang mereka harap akan terjadi untuk memastikan mereka terus berkuasa.

UMNO telah berjaya menghapuskan nama-nama penting pejuang kemerdekaan dalam sejarah Malaysia, dengan mendakwa merekalah “pejuang” sebenar yang telah pun berjaya mendapatkan “kemerdekaan” daripada Inggeris tanpa tumpah setitik darah. Satu kejayaan besar dan satu keistimewaan, kata mereka. Mereka lupa pembunuhan terjadi selepas merdeka, hasil hasutan mereka setelah diketepikan dalam pilihan raya 1969. Sekarang mereka menunggu 13 Mei II untuk membuang dasar PPSMI ke Lautan China yang mereka harap akan terjadi untuk memastikan mereka terus berkuasa.
Segala ucapan mereka pada waktu ini semuanya terarah untuk menimbulkan huru-hara, penuh amaran dan fitnah untuk menyediakan suasana yang membolehkan mereka mencetuskan huru-hara. Ada yang sampai melanggar Dewan Rakyat untuk menunjukkan kehebatan mereka. Sanggupkah orang Melayu berbunuhan kerana PPSMI? Nampaknya mereka disediakan oleh para pengkhianat ini untuk menuju ke arah itu. (9/3/2009)
(* Mohd Affandi Hassan ialah sasterawan, pengkritik sastera dan pemikir budaya yang banyak menghasilkan novel, cerpen dan artikel yang berkaitan budaya dan sastera Melayu. Beliau juga pesara PTD dan bekas pegawai tinggi dalam beberapa kementerian yang lantang menyuarakan pandangan dari kritikan yang bernas.)
2 comments:
Di Malaysia ini sudah banyak manusia yang hidup sebagai tunggul kerana didikan Pemimpin Umno/Bn! Mereka sudah lupa keagongan bahasa ibunda mereka.
Pejuangan Memansuhkan PPSMI mesti diteruskan sama ada PPSMI berkubur atau kita hancur! Pantang sekali-kali undur!
Kalau benarlah pandangan menyatakan PPSMI tidak mengjejaskan bahasa dan bangsa Melayu kerana kita masih tetap Melayu.
Kalau begitu kenapa tidak bahasa Inggeriskan semua sekali subjek di sekolah. Ataupun tukarkan terus bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris dan bukan lagi bahasa Melayu.
Post a Comment